
gambar di atas, antara sebab lain ana rasa terpanggil nak post artikel ini:
beberapa hari lalu seorang sahabat baik ana ada bertanya (dalam tona mengusik/melawak):
"takkan bagi a 'hand' je kot.. kalau ana minta duit boleh bagi tak..?"haha.. kelakar! meh sini nak bg 'pulangan' yg agak pedas ^^' ana bilang,
"if nak duit dari seorang perempuan, adalah lebih baik kamu pergi cari orang2 yang di Lorong Haji Taib tu. mereka kaya kerana jual body, ana tak ada apa2, yang ada cuma budi. so, tak dapatlah nak bagi duit. a 'hand' tu pun bukan murah.. nilainya lebih mahal kerana melalui jalan halal.."sambungan hujah tersebut sila baca artikel di bawah ^_~
WANITA DI ATAS MUKA BUMIdalam masyarakat melayu, panggilan untuk manusia yang melairkan seseorang di atas muka bumi ini, sudah pastinya mempunyai pelbagai ungkapan. ada yang selesa meneruskan tradisi keluarga dengan panggilan "mak", ada pula yang membahasakan dirinya dengan "bonda", "ibu", "ummi", "mama", atau "mummy". dan bagi sesetengah masyarakat di Pantai Timur Semenanjung, ada yang menyenangi panggilan "mek" atau "check".
walau apa pun panggilan terhadap wanita yang melahirkan manusia, sesungguhnya memperlihatkan besarnya peranannya di sisi masyarakat. kedudukan wanita sebagai penyambung zuriat manusia di atas muka bumi ini amat bermakna dalam kehidupan masyarakat tanpa mengenal batas dan sempadan zaman.
SAAT BERGELAR ISTERI
tatkala seseorang wanita sah menjadi isteri kepada seorang lelaki dalam upacara pernikahan, pastinya air mata mengalir di pipi merupakan tanda sebuah kesyukuran yang tidak terungkap dengan kata-kata. memang besar tanggungjawab seorang isteri berbanding sewaktu alam bujang. memang berbeza peranan seorang isteri berbanding sewaktu alam solo. banyak perkara yang perlu dilalui yang sedikit sebanyak merubah aktiviti seharian. banyak hal yang perlu diharungi yang kekadang mengubah personaliti kehidupan.
walau apapun, seorang wanita perlu berhadapan dengan realiti tersebut. apa guna bergelar isteri tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya dilakukan. apa guna bergelar isteri tetapi tidak memahami peranan yang seharusnya dilaksanakan.
saat bergelar isteri, saat mengaut pahala yang bakal dianugerah Ilahi, sesungguhnya menuntut komitmen daripada wanita sejati. sebagaimana maksud hadith riwayat Bukhari:
"berbuat baiklah terhadap wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk, dan bahagian rusuk yang paling bengkok ialah yang di atas sekali. jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya, jika dibiarkan sahaja tulang itu akan tetap membengkok. maka berbuat baiklah terhadap wanita"

SAAT HAMILKAN BAYI
ketika para isteri disahkan menghamilkan anak, pastinya disambut dengan gembira oleh suami dan ahli keluarga. memulakan fasa hidup baru dengan suami tercinta, kemudian bakal memperoleh cahaya mata merupakan pemberian Tuhan yang amat bermakna dalam sebuah institusi perkahwinan.
daripada hidup seorang, kemudian menjadi dua dan bakal menjadi tiga memperlihatkan proses kehidupan yang menyeronokkan. walaupun sepanjang tempoh kehamilan terdapat pelbagai dugaan dan cabaran, namun kecekalan mengatasi segala.
betapa isteri yang hamil itu sanggup menempuh kesukaran membawa perut selama sembilan bulan merupakan pengorbanan yang amat besar. saban hari menyaksiakan peningkatan berat badan dan pertambahan boyotan perut merupakan fasa-fasa kehidupan yang menginsafkan.
daripada hidup seorang, kemudian menjadi dua dan bakal menjadi tiga memperlihatkan proses kehidupan yang menyeronokkan. walaupun sepanjang tempoh kehamilan terdapat pelbagai dugaan dan cabaran, namun kecekalan mengatasi segala.
betapa isteri yang hamil itu sanggup menempuh kesukaran membawa perut selama sembilan bulan merupakan pengorbanan yang amat besar. saban hari menyaksiakan peningkatan berat badan dan pertambahan boyotan perut merupakan fasa-fasa kehidupan yang menginsafkan.
saat menghamilkan bayi, saat menunggu keluarnya zuriat di atas muka bumi, sesungguhnya menuntut kecekalan daripada seorang wanita yang berani. sebahagian maksud hadis riwayat Muslim: "seluruh dunia ini merupakan pembahagian dan sesuatu yang paling bermanfaat di dunia ialah wanita solehah."
SAAT BERGELAR IBU
bila sahaja bergelar seorang ibu, pastinya lengkaplah kitaran hidup seorang wanita. walaupun digalasi dengan tugasan yang pelbaga, namun demi membesarkan anak-anak, seorang ibu pastinya tidak akan mengabaikan tanggungjawab tersebut. berkat sokongan suami dan ahli keluarga, tentu sekali segala pergerakkan ibu akan menjadi lebih teratur.
proses mengasuh anak-anak memerlukan strategi yang rapi agar urusan keluarga dapat berjalan dengan lancar. kerenah anak-anak yang menangis, bangun menukar lampin dan menyusukannya kala lapar merupakan pengalaman para ibu yang amat istimewa bagi menyempurnakan diri sebagai wanita mulia.
saat bergelar ibu, saat anak-anak meminta untuk dibelai, sesungguhnya menuntut kesabaran yan maha agung daripada seorang wanitayang berhati waja. sebagaimana maksud hadith an-nsa'i:
proses mengasuh anak-anak memerlukan strategi yang rapi agar urusan keluarga dapat berjalan dengan lancar. kerenah anak-anak yang menangis, bangun menukar lampin dan menyusukannya kala lapar merupakan pengalaman para ibu yang amat istimewa bagi menyempurnakan diri sebagai wanita mulia.saat bergelar ibu, saat anak-anak meminta untuk dibelai, sesungguhnya menuntut kesabaran yan maha agung daripada seorang wanitayang berhati waja. sebagaimana maksud hadith an-nsa'i:
"syurga terletak di bawah kaki ibu."
SARANAN BUAT PEMBACA
wanita sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai tunjang masyarakat merupakan individu yang perlu disanjung. peranan wanita sebagai tunggak keluarga yang melahirkan manusia, mengasuh anak-anak dan menguruskan rumah tangga sesungguhnya tidak terungkap kata-kata terbaik buat mereka.
dengan segala penat lelah, dengan segala perih jerih dan dengan segala kudrat yang ada, para wanita yang dipanggil bonda, ibu, ummi, mama atau apa saja sesungguhnya manusia mulia yang seharusnya mendapat penghargaan setiap masa.
sebagaimana kata pujangga,
sebagai seorang anak yang soleh kita takkan tergamak menyakiti hati ibu kita bukan..? so, selamat menghargai wanita, menyanjung wanita dan menghormati wanita dengan seluhurnya..
ANIS MEI 2007
P/S penaja:
pointnya kat sini part "wanita itu lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada kekayaan, kerana bukankah kaum wanita yang telah menampilkan orang-orang besar ke pentas dunia?".. hehe~ mahu di beli dengan harta kah..? tak ternilai rasanya.
dengan segala penat lelah, dengan segala perih jerih dan dengan segala kudrat yang ada, para wanita yang dipanggil bonda, ibu, ummi, mama atau apa saja sesungguhnya manusia mulia yang seharusnya mendapat penghargaan setiap masa.
sebagaimana kata pujangga,
"wanita itu lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada kekayaan, kerana bukankah kaum wanita yang telah menampilkan orang-orang besar ke pentas dunia?"
sebagai seorang anak yang soleh kita takkan tergamak menyakiti hati ibu kita bukan..? so, selamat menghargai wanita, menyanjung wanita dan menghormati wanita dengan seluhurnya..
ANIS MEI 2007
P/S penaja:
pointnya kat sini part "wanita itu lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada kekayaan, kerana bukankah kaum wanita yang telah menampilkan orang-orang besar ke pentas dunia?".. hehe~ mahu di beli dengan harta kah..? tak ternilai rasanya.
teringat ana pada satu lirik lagu ustaz asri ibrahim:
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

teks ini ditujukan khas buat ummi tersayang, yang korbannya sampai mampu mengizinkan anaknya yang kerdil ini berdiri di puncak kejayaan setanding orang lain. tanpa korban nyawanya saat mellahirkan, tanpa penat lelah nya membesarkan, melayan kerenah anah sulung yang rajin bawak masalah ni, tak kan kami terbentuk seindah ciptaan Ilahi ini..
No comments:
Post a Comment