Pages

Showing posts with label bar-maie(pro-contra). Show all posts
Showing posts with label bar-maie(pro-contra). Show all posts

Monday, January 16, 2012

Fikah Luar Negara - Part 2

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


...menyambung dari petikan sebelum ini: FLN Part 1

Seperti yang dikelaskan sebelum ini, posting kali ini kita memasuki part kedua.

1. PART 1 = bab 1, bab 2 dan bab 3 - isu babi dan khuf.
2. PART 2 = bab 4, bab 5 dan bab 6 - berkisar tentang rukhsah Jamak & Qasar
3. PART 3 = bab 7, bab 8, dan bab 9 - melingkari urusan solat Jumaát
4. PART 4 = bab 10 hingga bab 16 - permasalah-permasalahan kecil mengenai pemakaian, bertindik bertatu, sebarkan Islam, makanan, Valentine dan New Year.


***************************************
BAB EMPAT: Rukhsah Jamak Solat


Selain daripada kerana MUSAFIR, rukhsah solat jamak boleh dilakukan dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Jamak kerana HUJAN
2. Jamak kerana SAKIT
3. Jamak kerana HAJAT dan MASYAQQAH (kepayahan yang timbul)


Jamak Sebab Hujan

Syarat-syaratnya:

1. Dibenarkan kepada jemaah yang solat di masjid sahaja.
2. Waktu yang dibenarkan ialah waktu jamak taqdim; Asar & Zohor dilakukan pada waktu Zohor dan Isyak & Maghrib dilakukan pada waktu Maghrib sahaja.
3. Hujan yang turun di waktu Zohor atau Maghrib masih berlarutan hingga jamaáh selesai menunaikan fardhu Zohor atau Maghrib tersebut.
4. Kuantiti hujan yang lebat; membasahkan baju.
5. Dibenarkan kepada jamaáh yang tinggal berjauhan dari masjid (pendapat ulama' Syafiíyyah; namun ia disanggah oleh Imam Nawawi*)

* Imam Nawawi menolak hujah tersebut (point ke-5) melalui dalil daripada Ibnu Abbas yang direkodkan al-Jamaah (semua ulama'hadits terkemuka) seperti dalam hadits Muslim & Tirmidzi kecuali Bukhari & Ibnu Majah.


Jamak Sebab Sakit

Imam Ahmad - HARUS jamak kerana sakit tenat & berat.
Syarat: sakit itu lebih payah bagi Muslim untuk menunaikan solat berbanding hujan.
Rasionalnya: supaya pesakit tidak dibebani dengan menantikan waktu solat & dapat berehat untuk kesembuhan penyakit.

Kitab mazhab Imam Hanbali (al-Raudhul Murbi') - HARUS jamak bagi pesakit kerana khuatir akan menyusahkan jika tidak menjamakkan solat. Kitab ini berdalilkan hadits Muslim daripada Ibnu Abbas.

Pendapat di atas disokong oleh sesetengah ulama' Mazhab Syafi'e (Muzani, Imam Nawawi, Qadhi Hussin, Mutawaali, Rawayani, Khattabi dan lain-lain)


Jamak Sebab Hajat

Contohnya:
1. Doktor yang menjalankan pembedahan berjam-jam
2. Terperangkap dalam kesesakkan lalulintas; hingga tidak memungkinkan untuk keluar daripadanya.
3. Pelajar luar negara yang menghadapi peperiksaan atau kuliah yang memakan masa yang lama pada waktu yang singkat (Zohor & Asar di musim sejuk, kerana masanya pendek)
4. Saintis yang perlu berada di makmal seharian suntuk
5. Tahanan lokap; kerana tidak dapat mengagak waktu solat dengan tepat
6. Pegawai keselamatan yang bertugas dalam kondisi kritikal

Jamak kerana hajat/masyaqqah tidak dibenarkan secara mutlak, tetapi perlu penuhi syarat-syarat berikut:

1. Tidak boleh dijadikan adat/kebiasaan; tanpa keadaan mendesak.
2. Hajat yang benar-benar mendesak; jika ditinggalkan bakal menghilangkan maslahat atau memberi mudhorat.
3. Ia tidak dijadikan bahan untuk permain-mainkan agama.

Rukhsah menjamakkan solat ini disokong oleh beberapa ulama' berikut:

1. Imam Nawawi
2. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
3. Syeikh Abdul Wahab Sya'rani
4. Syeikh Athiyah Saqr
5. Ibnu Hajar dalam Fathul Bari ada menyebut beberapa ulama' yang mengHARUSkan jamak kerana hajat antaranya: Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir, al-Qaffal al-Kabir.


*********************************
BAB LIMA: Fikah Solat Qasar

Dalil-dalil yang mengharuskan:

1. Surah An-Nisa' : 101

2. Ahaditsun Nabawi:
....a. daripada Aisyah riwayat Bukhari & Muslim.
....b. riwayat Imam Ahmad.
....c. daripada Aisyah riwayat ad-Daaruqutni, as-San'ani dan Bayhaqi
....d. daripada Ibnu Umar riwayat at-Tabrani dalam al-Jami' as-Soghir.

3. Ijma' : Ibnu Mundhir di dalam Ensiklopedia Ijma'


Cara Melakukan Qasar:
- hanya solat 4 rakaát (zohor, asar, isyak) sahaja yang boleh dipendekkan.


Hukum Qasar:

a. Majoriti ulama': qasar dikatakan sebagai rukhsah; HARUS dilakukan dan HARUS ditinggalkan. Namun melakukannya adalah lebih baik dan lebih mendekati sunnah rasul s.a.w

b. Abu Hanifah, Zahiriyah, Syiáh Imamiyah - qasar adalah WAJIB kecuali di Masjidil Haram & Masjid Nabawi.


Fikah Luar Negara: PART 1, PART 3, PART 4.

Saturday, January 14, 2012

Fikah Luar Negara - Part 1

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Assalamuálaikum w.t.b..


Lama sudah nggak dibersihin belog kerubuk buruk ini, berhabuk! Ampun, ampun. Ok, kali ni nak kupas sedikit tentang Fikih (saya lebih senang menggunakan term "Fiqh") Luar Negara.

Fiqh Luar Negara karya Dr. Maszlee Malik dan Ustazah Hamidah Mat terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. ini mengupas 16 topik-topik kecil dan dimulai dengan Prinsip-prinsip Fikah Luar Negara supaya bacaan pembaca tidak memesong dari hala tuju sebenar seperti apa maksud penulis.

Saya ingin berkongsi secara ringkas dan mengambil qawl (kata) jumhur fuqaha'/ulama' bagi setiap permasalahan. Ya, ia untuk tidak memanjangkan sesi terang-simpul yang saya cuba utarakan di sini. Jika ingin maklumat secara lanjut, kalian boleh dapatkan buku tersebut sendiri. Isi-isi di sini diusahakan adalah untuk memudahkan rujukan secara ringkas.

Saya bahagikan 16 topik-topik tersebut kepada 4 bahagian; yakni saya akan pecahkan posting Fiqh Luar Negara ini kepada 3 pecahan (parts):

1. PART 1 = bab 1, bab 2 dan bab 3 - isu babi dan khuf.
2. PART 2 = bab 4, bab 5 dan bab 6 - berkisar tentang rukhsah Jamak & Qasar
3. PART 3 = bab 7, bab 8, dan bab 9 - melingkari urusan solat Jumaát
4. PART 4 = bab 10 hingga bab 16 - permasalah-permasalahan kecil mengenai pemakaian, bertindik bertatu, sebarkan Islam, makanan, Valentine dan New Year.


First thing first is, Prinsip-prinsip Fikah Luar Negara:


1. terimalah bahawa "Prinsip perubahan hukum mengikut perubahan waktu dan tempat"
2. tidak terikat dengan satu mazhab; kerana ia mensukarkan pada sesuatu situasi
3. rukhsah; ia harus diterima tanpa menjejaskan hukum asal semasa situasi biasa.
4. darurat; beserta ukur timbang-tara yang munasabah, darurat dibenarkan asal ia untuk memenuhi keperluan dan hajat, sekadar perlu pada masa-masa kecemasan.
5. tidak mengikut hawa nafsu; bukan setiap masa hukum-hakam agama perlu mengikut kehendak kita tetapi kita perlu mengikut tuntutan hukum-hakam dengan berpaksikan taqwa & iman.


*******************************************************


BAB SATU: Kepercayaan Babi yang Menyulitkan Kehidupan Muslim.


pendapat Jumhur Fuqaha':-

DAGING - HARAM dimakan
(seperti yang dikatakan oleh Ibn Mundhir dalam Kitab al-Ijma')

NAJIS - najis MUTAWASSITAH; jika tersentuh hanya perlu disucikan dengan sekali basuhan seperti mensucikan darah, nanah, tahi, kencing etc.
(Jumhur ulama'bersetuju termasuk Imam Nawawi..kecuali Imam Syafié yang mengatakan ia najis MUGHALLAZAH)

Menggunakan ANGGOTA lain - Jumhur ulama' melarang menggunakan walaupun ia najis mutawassitah. Tetapi sebahagian ulama' mengharuskan ia digunakan selepas melalui proses DIBAGH (samak) atau IBID.
(yang mengharuskan: sebilangan ulama' Malikiyyah, Abu Daud, Zahiri, Syawkani)



***************************************

BAB DUA: Menyapu Khuf



Jumhur berpendapat HARUS berdalilkan dalil yang mutawatir maknawi:-

1. kata-kata Nabi Muhammad s.a.w yang dilaporkan oleh Jarir Bin Abdullah.
2. dari Mughirah Bin Syu'bah direkodkan dalam sahih Bukhari & Muslim.
3. direkodkan Muslim, Syurain Bin Hani pernah bertanya kepada Aisyah.


Syarat Menyapu Khuf:

1. Khuf dipakai setelah diambil wudhuk yang sempurna.
2. Khuf perlu menutupi keseluruhan anggota wudhuk kaki.
3. Khuf perlu diperbuat dari bahan kalis air (syarat dari Mazhab Syafié).
4. Khuf diperbuat dari bahan (kulit) yang suci.


Tempoh Menyapu Khuf*:

1. 3 hari 3 malam - bagi yang bermusafir
2. 1 hari 1 malam - bagi yang bermukim


Cara Menyapu Khuf:

menyapu air ke atas lapisan atas khuf (dasar atas kaki). Walau bagaimanapun, mazhab Syafié menSUNATkan menyapu di bawah khuf juga.


Perkara yang Membatalkan Menyapu Khuf:

1. Pemakai membuka khuf.
2. Tamat tempoh penyapuan*.
3. Hadas besar.

rujukan ini mungkin boleh membantu: KHUF


*******************************************

BAB TIGA: Menyapu Stokin dan Kasut


Para fuqaha'sepakat mengHARUSkan muslim menyapu stokin yang diperbuat daripada kulit dan menutupi buku lali. Namun perselisihan berlaku pada stokin biasa (diperbuat daripada bulu atau kapas):


Golongan Pertama:
(Abu Hanifah, segelintir Hanafiyyah, golongan Mazhab Maliki dan majoriti Mazhab Syafié)

Tidak membenarkan khuf berlaku pada pemakaian stokin biasa. Alasannya:
1. Stokin tidak diperbuat daripada kulit.
2. Tidak seperti khuf; tahan di bawa musafir dan kalis air.


Ia ditolak oleh Golongan Kedua, yang terbahagi kepada dua kelompok:

a. (sebahagian daripada mereka yang bermazhab Syafié) dengan beberapa syarat:

--- 1. stokin perlu tebal dan tahan lasak untuk perjalanan jauh (ada yang meletakkan jarak hingga 3 batu, jika terkoyak sebelum sampai 3 batu maka ia tidak boleh disapu)
--- 2. perlu menutupi buku lali

b. (Hanabilah; mazhab Hanbali, dan kebanyakkan Hanafiyyah).
mengHARUSkan khuf berlaku ke atas stokin. Pendapat ini dipopularkan oleh Ibnu Taimiyyah berdasarkan dalil:

i. hadits at-Tirmidzi (hadits hasan sohih), Ibnu Majah, Abu Daud dan Ahmad.
ii. kata-kata Bilal direkodkan oleh Ahmad, at-Tirmidzi (hadits hasan sohih), at-Tabrani dan Baihaqi (hadits dhaif).
iii. 9 sahabat (Ali, Ammar Bin Yasir, Ibnu Masúd, Anas, Ibnu Umar, Barra, Bilal, Ibni Abi Aufa dan Sahl Bin Saad) dan 6 tabiín (Ata', Hassan Basri, Said Bin Musayyab, Ibnu Jubair, Nakha'i dan Thawri) mengHARUSkan menyapu stokin.

footnote:

# Imam Abu Hanifah mengHARUSkan perbuatan ini diakhir hayatnya.
# Dr. Wahbah Zuhayli (Ulama' Syafié) mengHARUSkan menyapu stokin.


... bersambung ke PART 2

Friday, November 25, 2011

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


petikan dari DrMAZA

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.



2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.


Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.


Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.


3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).


Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.



4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit.

Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).


5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.


6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.


7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.


8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.


9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Sunday, September 11, 2011

cukai 'postpaid' kita dengan Khaliq

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Hangat diperkatakan tentang isu kenaikan harga kad tambah nilai...

antara argue dan counter argue nya:

"topup pon dah kene cukai..????? inilah malaysia tanah airku..."

"Dulu beli sim kad prepaid sampai beratus2 harga, sekarang serendah ringgit msia lima, malah kita mampu memilih tanpa pening kepala, dulu tiada siapa impi punya hp beribu2 hrganya, ada iphone, ada BB semuanya ada, dulu usah mimpi si anak kecil jua si pencuci lantai punya upaya, utk memiliki talian utk berbicara, sekrang nikmat itu ditukar dengan kata nista, hanya kerana cukai 6% yang tidak seberapa? sesungguhya amat sedikit kalangan kita yg bersyukur..:)"

dan yang masih mengkaji isu juga turut menyumbangkan fikrah melalui persoalan:

"saya tak faham cukai perkhidmatan prepaid sebenarnya siapa yang kenakan, bukan kerajaan ke yang kenakan. Even cukai indirect so yang saya faham bebanan itu diletakkan kerajaan keatas syarikat lalu syarikat charge dekat pengguna, jadi kita kena tekan siapa sebenarnya kerajaan @ syarikat prepaid.. siapa-siapa yang faham tolong jelaskan"



ok, jom kita cuba tengok dari sudut lain pula bila di-compare-kan dengan keHANGATan isu cukai pd prepaid..:

Andai setiap helaan nafas kita menyedut UDARA Allah ini perlu dibayar, agak-agak berapa banyak ya hutang kita pada Allah? agak-agaknya kita mampu bayar x...? Ini baru nikmat udara, NIKMAT-NIKMAT LAIN BAGAIMANA PULA KIRAANNYA...? MasyaAllah... Subhanallah... Alhamdulillah ya Allah... Betapa Allah tidak berkira dengan kita...

Adakah kita Hamba yang cukup bersyukur dengan segala macam nikmat kurniaan Allah...? seikhlas hati anda, mari sama2 kita ucapkan; ALHAMDULILLAH ya Allah... ALHAMDULILLAH ya Allah.... ALHAMDULILLAH ya Allah atas segala2nya yang Engkau anugerahkan buat kami secara percuma... sesungguhnya aku tak mampu bayar!!!


Friday, July 15, 2011

SAIFUL ISLAM: Idea Anda Menarik. Tapi....


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


ana suka note yang ana baca dari group GAMIS dan ana copy di sini.
sumber rujukan: abu naila

^_^ terpulanglah jika ada yg ingin judge ana as penyokong artikel ini atau apa, kerana ana suka.

sedikit klarifikasi, suka tidak bermaksud sokong. ana suka kerana ia sangat2 mencabar tinta idea dan minda kita berfikir lantas mena'akul dgn lebih dalam. boleh nampak sebenarnya siapa yang betul krn Haqq dan siapa yg terjual dan menjual agama. terserah anda, ana menyokong ustaz Zaharuddin bukan semata-mata kerana beliau 'tok guru' ana bahkan ana kenal bagaimana beliau memanfaatkn ilmu yg beliau ada dan tidak menyalahgunakan ia.

jika ana menyokong ustaz ana sendiri, tidak dapat tidak yg tergolong bersama-sama beliau juga turut ana hormati. idea penulis note di bawah ana hormati, cumanya sebarang analysis itu terpulang pada anda. ana tidak mudah menghukum. selamat membaca. jangan 'hot2', be c0ol n nice ^_~


Tulisan saudara Hasrizal adalah tulisan yang dihiasi dengan sindiran-sindiran kepada kerajaan.
Pada pandangan saya, tujuan tulisan ini disiarkan secara terbuka adalah untuk:

1.Menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
2.Mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
3.Mempromosi ideology pembangkang (Pakatan Rakyat).
4.Menghina sebahagian usaha-usaha murni kerajaan dalam membangunkan Negara.
5.Mempertahankan ideology Khawarij (kumpulan anti-pemerintah)
6.Mendapat perhatian masyarakat dalam rangka meningkatkan followers di blog juga “like” di Face Book.
7.Memperjuangkan demokrasi terlampau mengenepikan sistem Islam.
8.Menghina kerajaan.
8 sebab di atas hanyalah tanggapan saya, di mana mungkin sahaja Hasrizal berpegang dengan salah satu sebab di atas atau sebahagian daripadanya atau keseluruhannya. Saya tidak mahu menghukum niat beliau.

Kelapan-lapan perkara di atas adalah hal yang amat berbahaya. Ia mampu memupuk bina pemikiran NEO-KHAWARIJ, LIBERAL dan SEKULAR terlampau. Di sini saya ingin mencadangkan juga 12 perkara seperti yang beliau cadangkan, tetapi dengan nada dan langkah berbeza:

PERTAMA: Mengawal penghantaran pelajar ke Timur Tengah, kerana kebanyakan pelajar sibuk berpolitik dan tidak menghadiri kelas pengajian di university. Khususnya Mesir. Pelajar-pelajar sibukkan diri dengan PMRAM, sehingga ramai dari kalangan mereka tidak pernah ke kelas, sebaliknya sibuk dengan politik, melancong bahkan ada yang pulang bekerja di Malaysia dan setahun sekali ke Mesir untuk menghadapi peperiksaan tahunan. Tetapi Hasrizal bukan merupakan pelajar Mesir sebalik beliau adalah graduan dari Jordan. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan ideology IKHWAN AL-MUSLIMIN berada di mana-mana. Jika di Mesir ia bergerak secara rahsia, manakala di Jordan agak sedikit terbuka.

KEDUA: Pantau pelajar-pelajar yang menyertai atau yang dipengaruhi oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN. Kerana gerakan inilah yang memusnahkan cara berfikir manusia. Dan penghasilan pengganas kebanyakannya adalah daripada aliran ini. Bahkan penulis artikel di atas pun adalah daripada aliran IKHWAN AL-MUSLIMIN. Pemuja Hassan al-Banna danSyed Qutb, juga DR YUSOF AL-QARADHAWI adalah ciri-ciri mereka. Musuh mereka adalah WAHHABI. SelamanyaIKHWAN AL-MUSLIMIN bertentangan dengan AL-WAHHABI. Kerana IKHWAN menyeru kepada pemberontakan terhadap pemerintah manakala WAHHABI menyeru kepada mentaati pemerintah.


KETIGA: Gamkan kelompok-kelompok yang mendokong BERSIH samada dengan perbuatan, penulisan atau perkataan daripada media-media kerajaan. Khususnya ustaz-ustaz yang jelas menyokong ideologi pembangkang di media-media kerajaan. Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat di TV, TV3, TV9, TV1 dan ASTRO demi untuk mempromosikan ideologi-ideologi mereka. Setelah mereka popular dan mendapat peminat, mereka akan meninggalkan media-media ini, dan membangkang kerajaan. Media-media hanyalah batu loncatan untuk mereka. Mereka sempat buat duit banyak dengan program-program tv.


KEEMPAT: Wujudkan subjek khusus tentang kepentingan mentaati pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah sesuai dengan petunjuk ulama-ulama muktabar. Kerana pemberontak sering berhujjah dengan al-Sunnah al-Dhoifah (hadis lemah dan palsu).


KELIMA: Jelaskan juga metodologi sebenar dalam memahami Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah. Di mana petunjuk Salaf al-Shalih dijadikan sebagai teras kefahaman. Berbeza dengan pemberontak, mereka mengulas Al-Quran dan al-Hadis sesuka hati mereka, kemudian mereka mencipta kaedah-kaedah sebagai alas an untuk mengharuskan pemberontakan seperti demonstrasi bersih. Patutkah hujjah keharusan berdemonstrasi adalah solat berjamaah dan berhimpun di padang arafah? Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit, Ashraf Imam Muda. Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib.


KEENAM: Fokuskan kepada usaha memartabatkan agama. Islamisasikan UMNO. Jadikan Islam tonggak perjuanganUMNO di samping mempertahankan hak-hak bangsa melayu. Jangan jadikan agama untuk kepentingan politik seperti pembangkang yang jelas menjual agama demi politik. Tetapi PAS sekarangpun dah belakangkan suara “NEGARA ISLAM”. Di mana suara-suara ustaz-ustaz PAS seperti Ustaz Zaharuddin, Hasrizal, DR. Abdul Basit ketika pemimpinPAS tawarkan syurga bagi sesiapa yang pangkah PAS? Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib. Tolong jawab dalam program TANYALAH USTAZ.


KETUJUH: Perkenalkan kepada masyarakat siapakah KHAWARIJ. Kelompok antic inilah yang merosakkan ideology manusia. Mereka telah muncul di zaman Nabi. Kini yang tinggal adalah ideology mereka. Abad ini, KHAWARIJ terbesar adalah IKHWAN AL-MUSLIMIN. Penyokong dan pendokong mereka ada di mana-mana. Mereka memanfaatkan ngo-ngo juga parti-parti politik dalam usaha penyebaran fikrah. Di mana ada mereka di situlah ada pemberontakan kepada kerajaan. Mereka suka kepada popularity. Mereka meng”ayat” pembaca melalui tulisan-tulisan cintakan agama walhal matlamat mereka adalah JATUHKAN KERAJAAN. Bahkan usaha merosakkan minda pelajar telah bermula di peringkat sekolah hingga ke university. Dengan bertopengkan nama “USRAH” mereka memasukkan elemen-elemen anti-kerajaan ke dalam silibus-silibus pengajian. Antara tag-line mereka “WAJIB BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH”. Hal ini, telah disebut oleh para sahabat Nabi SAW zaman berzaman.


KELAPAN: Wujudkan hubungan langsung antara ulama dengan pemerintah. Ulama yang rabbani. Yang berpijak teguh di atas Al-quran dan al-Sunnah berdasarkan petunjuk salaf, Ulama-ulama inilah yang akan memberi nasihat dengan telus, tanpa kepentingan, tanpa populariti.


KESEMBILAN: Hati-hati dengan tokoh-tokoh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti Dr Yusof Al-Qaradhawi dan konco-konconya yang memperjuangkan ideology memberontak kepada kerajaan. Fatwa Al-Qaradhawi: sesiapa mati dalam demonstrasi di Mesir, maka dia mati syahid!!. Fatwa ini sangat berbahaya. Fatwa mempromosi demonstrasi jalan yang mengakibatkan huru-hara. Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit. Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Al-Qaradhawi yang kata? Atau adakah kalian nasihat Al-Qaradhawi dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Al-Qaradhawi? Khususnya pd Ust Zaharuddin yang sering menyebut dalam ceramah-ceramahnya “Syaikhuna Dr Yusof Al-Qaradhawi” maksudnya “guru kami Dr Yusof Al-Qaradhawi”.


KESEPULUH: Kerajaan tidak perlu bimbang kepada isu-isu khilafiah fiqh. Tetapi TAKUTILAH isu-isu AQIDAH yangdiFIQHkan juga dirasionalkan oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti isu JIHAD, DEMONSTRASI, MENJATUHKAN PEMERINTAH, KUTUK PEMERINTAH SECARA TERBUKA dan lain-lain. Ketahuilah wahai pemerintahku bahawa isu yang berkaitan dengan ketaatan kepada pemerintah adalah sebahagian dari dasar-dasar aqidah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah.


KESEBELAS: Perbanyakkan program-program agama di media, masjid dan tempat-tempat terbuka. Biarlah bersilibus dalam memastikan keberkesanan program.


KEDUA BELAS: Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu diberikan penjelasan tentang isu-isu Islami agar tidak memberikan pandangan sesuka hati.


KETIGA BELAS: Kerajaan tolong pantau senarai nama Ustaz-ustaz ini kerana mereka adalah pendokong demonstrasi:

1. Ustaz Zaharuddin
2. Ust. Zahazan
3. Ust Dr Abdul Basit
4. Ust. Dr Maszlee Malik
5. Ust Nidzam Abdul Kadir
6. Ust Aizam Mas'ud (Pegawai Di Jakim) hairan, mcm mana JAKIM terlepas pandang Ustaz nie?
7. Ust. Hasrizal Abdul Jamil
8. Ust. Dr Zulkifli al-Bakri
9. Ust. Khairuddin aman Razali
10. Imam Muda Ust Ashraf
11. Ust Ramadhan Fitri
12. Dr. Wifaq

Berikut adalah senarai nama Ustaz-ustaz yang menyokong demonstrasi. Nama-nama mereka disebut satu persatu oleh Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) beserta gambar latar di link:

www.youtube.com/watch?v=ObSmxjnQNxY

Mereka menamakan kelompok mereka sebagai Ulama Wasathiyyah dan perhimpunan mereka sebagai USRAH ILMUAN SYARI"AH. Mohon pihak berkuasa memantau perkembangan ideologi mereka.

Cukuplah di sini. 13 vs 7

Monday, May 23, 2011

kenapa tolak U.K?



“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


sujud lemah terakhir mohon Allah kasihi ana dan bebaskan ana dari sakit2 kepala & emosi fikirkan hal Durham tu berakhir dengan 1001 ketenangan bila ana tulis email ini:

Dear Ms Cherie Tutt (PG Senior Admission Officer),

In the Name of my God, I withdraw or decline the place to study at Durham University for this year as I've made consultations with my God and He is pleasure with my decision

thank you very much Ms Cherie Tutt.

best regards,
XXXX XXXXX


****** email replied:

Thank you for your email informing the University you are declining your offer.
May we take this opportunity to wish you luck with any future studies.

Kind Regards,
Julie

Julie Mills
Postgraduate Admissions
Student Recruitment & Admissions Office


kenapa tolak U.K?

1. dari doa istikharah, jika sesuatu urusan itu makin susah nak direalisasikan maka ana faham itu Allah tak izinkan berlaku..
"takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya."
check balik dari doa ini, ana terima Durham diawal offer dulu then ana jadi serabut.. ditaqdirkan ia sangat susah untuk diselesaikan DAN barkahnya semacam hilang bila terbit di hati rasa 'tak sedap' nak teruskan..

"...jika dalam ilmuMu hal ini (Master at Durham..) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya."
walaupun ramai lecturers dan individu yang menyokong dan kuat membantu ana untuk pergi, tapi hal yg 'menjauhkan' tu lebih kuat menekan.. so ana decide untuk lepaskan..



2. "..Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.." dari permohonan kepada Ilahi ini ana dibukakan hikmah yang sangat banyak untuk melihat apa manfa'ah nya berada di Malaysia untuk setahun akan datang..:

  • tawaran ke institusi di Malaysia yang menawarkan elaun sambil belajar perlu ana grab. first, blh salurkan sedikit rezeqi itu buat adik2 nak sambung belajar. second, bantu umi abah melalui kurangkan bebankan mereka walaupun ana tak dapat bagi kemewahan wang, tp mudah2an dengan support adik2 dan tak bebankan tanggungjawab kewangan mereka itu lebih baik impaknya.
  • hero ana kurang baik prestasinya untuk ke IPTA, so ana cadang nak stay kat Malaysia dulu untuk ikut sama seat for STAM (cita2 ana sejak 2005, tapi dek kerana UIAM panggil ana untuk degree umi suruh pergi, lalu ana lupakan tawaran maahad untuk STAM). hero ana dan ana akan seat for STAM di sekolah dan tahun yang sama, Insya Alah.
  • umi abah ada minta ana uruskan hal sekolah hero kedua; ana kena 'touch up' hero kedua ni macam ana 'touch up' hero pertama. so nak hantar ke sekolah yang jauh dari rumah biar biasa latih disiplin diri. tapi if ana ke U.K abah tak bagi hero kedua ni sekolah jauh2, sebab tak de orang akan pantau si kecil ini. then dengan penolakkan U.K ana mampu pantau hero kecil ini dan plan asal akan berjalan semula, 'touch up' di bawah pengawasan ana.
  • umi angkat ana di Ampang minta ana tolongkan adik angkat ana ni utk further lakarkan masa depan. targetnya nak ke UIAM, tapi adik angkat ana ni masih di form2, so langkah arabic & english nya perlu bermula dari sekarang ana fikir. then keputusan menolak U.K membantu manfa'at kan insan lain melalui usaha ini.
  • hari terakhir bercuti di rumah baru2 ni, selepas istikharah diputuskan hero pertama ana dapat tawaran ke IIC, 'adik' kepada UIAM. biarlah IPTS pun asalkan dia tidak perlu ke STAM. ana risau prestasi arabicnya walaupun SPM dia lebih berpotensi pada arabic dr english. so, jika dia ke IIC, ana perlu ada di K.L utk kawal selia aktiviti hero utama keluarga. lelaki ini adalah sentuhan pertama ana mengacuankan seorang anak lelaki harapan keluarga, ana bentuk dia dengan izin Allah sejak umi abah masih laksanakan tanggungjawab mereka pada dia, ana turut 'campurtangan' membentuk. ana tak boleh lepas tangan selagi dia tak lengkap jadi pejuang Islam. hikmah ana tolak U.K juga ada di sini, lakaran hidup seorang pemuda masa depan akan ana selesaikan.

  • sponsorship:
  1. university boleh offer untuk further study, tapi kimbalan baliknya ana kena jadi lecturer. maaf, ana tak minat jadi lecturer. so sponsorship itu memang tak pandang langsung
  2. banks. rata2 bank conventional (yg ada Islamic windows) offer sponsorshipnya dengan bonding. that one I'm not prefer. katakan bank tu letak ana di posisi conventional upon grad master nanti, oh alangkah malangnya ana yang ada syari'ah education bekerja dengan bidang conventional.
  3. sponsorship badan2 besar lain yang tidak bonding pulak SURELY & CONFIRM ada attach dengan riba. hah! yang tu Allah dah isytihar perang awal2. jika ana ambil juga memang cari nahas! bukan senang nak jaga & pupuk iman, tiba2 senang2 hati nak telan wang riba @ get involve with it. mintak simpang dikk..

  • antara sebab sipi lain yg memudahkan ana tolak U.K, ana masih dalam kursus lesen motor dan kereta. so, if ke U.K tahun ini ana mungkin terpaksa 'burn'kn RM500 yang dah di sponsor full oleh kawan ana ni. jangan rugikan orang yg kuat menyokong. (huh~ kelas memandu adalah kelas yg paling membosankan)
  • ana masih consult dengan lecturers kat sini utk belajar sambil2 ilmu2 tambahan. dan lecturers kat sini kenal baik dengan ana untuk mereka minta sesuatu research assistanship. berbaloi sangat dekat dengan ulama' yang kenal dengan kita. sedang berada di U.K belum tentu kita tidak di-anaktiri-kan.
  • ana kurang cukup semangat untuk redah U.K sorg2 tanpa sesiapa yang ana kenal di sana.


see...!! banyak giler hikmah dan kelebihan terselindung di sebalik menolakkan ni. walaupun sangat banyak kata2 yg menguji seperti: "kalau aku jadi ko aku gi U.K tu". kawan cakap, mak kepada kawan pun cakap gitu, tutor ana cakap cmtu..

xpe, Allah dah pilih macam apa yang Allah ptuskan dalam hati ana ^_^ fi amanillah..!



****************** **********************

berikut ana kongsikan beberapa sesi nasihat dari insan yg concern kebajikan ana:

bro abdul ghani, my finance tutor:
"one of my lecturers was married that time and she wanted to do phd in U.K. her husband asked her a simple question: do u want to do phd or u want to go to U.K? she then understood that phd can be done anywhere as long as you are willing to learn. and U.K can be visited anytime she wants. plus, this offer being 1st is not enough reason"
- ana jawab ana nak ke U.K for both reasons; learn for M.A and visit as well

"so just go for it lah. if u lose u'll lose 5k. but the return will be high insha Allah. just go for it. ur path to knowledge inshaAllah will be made aesy by Allah swt.."
"this me saying, 'if I was u I would have taken it' "
kata2 akhir brother a.ghani 20 may lalu

then my along pun ana minta pendapat, katanya
"klu dh tak minat lg wat master kt durham tu, tak yah la gi.. lg2 tu kn kt luar negara. once dh gi no turning back. dh dpt inceif tu g je dlu. at least still dlm msia n dpt elaun.. pastu klu minat smbung master bleh ketruskan klu nk.. n klu xmnt jgk master acceptla mne2 offer yg dpt. lg2 dlm msia."
thanks along! 22nd may 2011


thanks dan alf as-syukr juga buat semua yang menyokong dan memberi pandangan.. sangat ramai yang suruh gi tapi ana pilih untuk tidak pergi..

adios Durham University.. Islamic Finance is very good, but Allah said it is not good for me for the time being. (n_n)

Friday, February 18, 2011

Aurat vs.Urat

aurat lagi..?? xabes2 pasal aurat, sejak dr kuar perut mak sampai la dh tua bangka nih xsudah2 lg bicara bab nih ~bg org yg xske tdedah dgn isu2 agama gni sjak kecik jela yg akn merungut n pk xlarat dh nk jmpe bab nih~

ok, kali ni nk petik sedikit dr teguran Dr.abu ameenah bilal philip yg dtg kat UIAM jumaat malam minggu lepas. rentetan jawapan kepada soalan seorang sister yg menganggap 'adalah tidak adil cam perempuan je yg dberatkn dgn isu aurat sedangkan lelaki tidak. knp perempuan kne cover sume tp laki bebas bpakaian dr perempuan alkisahnya lebih kurg begitu la mafhum soalan yg ana faham.

jwpn syeikh gni~as my understanding, klu salah sesape yg dtg mse tu dpersilakn betulkn~:

perempuan ni dinilai-mahalkn dgn identiti menutup aurat sbb every inch/part of their body are priceless. cuma itu je dberatkan pun, yg lain2 sume lelaki kena buat; means sume amanah tertanggung di bahu lelaki; bkn kena jaga diri sendiri jek, siap hal & pertanggungjawaban atas perempuan pun lelaki yg akan jawab nanti. hatta bab solat pun perempuan siap dpt cuti every month lg~tak sume perempuan la kot~. tgk, bpe byk punya keringanan kt perempuan.

rata2 muslims even kita tgk norm kat malaysia sendiri perempuan mostly dh tutup almost everytink ~wlupn pd hakikatnya bsepah lg kt luar nuh duk dedah2 sne sni~. ok, ni nk tgk dr context rakyat2 UIAM lah.. perempuan mmg dh muslimah tp lelaki...

kata syeikh, lelaki xsedar yg sbenarnya mereka mdedahk aurat. antaranya pakai seluar ketat. klu pakai 'sarung'/pelikat tu kre ok lg.

mmg betul ckp syeikh. akhirnya beliau mengutarakn rse yg dh lme ana pendam. ~aduhh, tsiksa tanggung sorg2~. rse cm waktu syeikh ckp tu ana nak gi depan amik microfon tlg sokong n taukidkn lagi hujah beliau.


sedikit pkongsian pgalamn (dr cerita kwn2 n observation):

dr sekolah selalu duk observe pe'el dan pesyen bdk2 laki pakai seluar type nk tlondeh tuh. apakah mereka xpunya pinggang utk sangkut seluar bg rapi? or xde tali pinggang? ~kalu xde meh nak bg ana punya. beli sama citarasa dgn my brother lg, tali pinggang lelaki pn ana ada utk diri sendiri, xkn bdk2 laki sndiri xde kowtt..?~

~cluz skill 3rd year, ada bdk laki bcangkung tunggu lecturer skill xdtg2 lg. klu yer pun cbe la pakai bju labuh cket. sister sbuk duk kumpul koleksi t-shirt labuh nak cover sume, apsal laki duk singkat lagi..???

skelas dgn para2 senior,4th year. SEPATUTNYA mereka dh 24 tahun maklum dgn hal2 aurat. nak bdiskusi dgn sir pun xperlu lah dari jauh 'pelusuk' meja sampai nak 'melentikkn badan' atas meja smata2 nk bincang dgn sir. once dh lentikkn badan tuh sure baju akan terangkat lalu..%&*^%$#..!! cbe gi dekat2 dgn sir, straight-kn badan elok2 utk bincang/tanya apa2.

lain, tempat wudhuk lelaki dkawasan yg tbuka. paip rendah mmg muslimin kena cangkung nk bwudhuk. kalau baju singkat/x tuck-in, korg rse pe yg jadi..? bkn suka2 je nk tgk, even kalau spe2 lalu kt kawasan tbuka gitu pun conpem sume akn nmpk. aurat tu bkn prempuan je dosa tgk, hatta ia dh 'mlimpah' had sampai kalau laki tgk pun blh dosa. yer la, msti de muslimin laen yg dtg dr belakang dorg utk bwudhuk jgk. ana rse kn, dh smpai msenya lelaki pun kena wat tempat wudhuk tertutup gk ~nk kne bwk kt SRC tak nih?~

trend seluar londeh tetap ada hatta duk tgk bdk2 universiti pun still dgn imej seluar bagai nk 'luruh' xtahu bila bakal 'luruh'nya. ~risau kalau jln sebelah dorg~ seluar ketat pun sme gak, mmg dh xckup kain ke? or seluar loose makin mahal sekarang nih?? tak 'lemas' ke component dorg tu?? hadoilaaa......haihhhh!

tu baru bab seluar. xmasuk bab jubah lagi. jubah dah sunnah tp cara muslims pakai dh lari sangat dr sunnah. org perempuan sibuk duk cari/beli kain dalam utk cover dr nampak bayang2 betis/paha. knp lelaki tak nak buat gitu. dah tahu jubah laki de yg jarang bak tayangan wayang kulit bergerak, PLEASE la initiate-kn sesuatu agar urat dan aurat kalian tu tjaga cket.

ini bukan hal x menundukkan pandangan lg dh, tundukkan pun, dh klu nk jd 'rezeqi' a.k.a MUSIBAH nk tergelapnya hati tu TERNAMPAK sekali toleh mmg kne maki dlm hati la jwbnya org2 yg xreti nak observe aurat diri sendiri. ~mujur la Allah anugerahkan mata ini rabun tahap KAW, blh tanggal spek je ble jln. once tlanggar dinding or tiang, mmg... aish2!~ kalau de yg tegur kt jalan tu ana xrespon, paham2 la yg mata lg dua dah dicabut smentara bjalan dikhalayak.

pernah baca teguran ustaz zaharuddin pd wanita2? " Wanita yg pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara & punggungnya ( krn baju sempit) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan di khalayak dengan kemaluannya sedang 'keras' terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu? namun tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu hakikat sedang berkata kepada yg melihat, "cantik & besar tak payu daraku, punggungnku?" di khalayak awam." - meh skrg ana plak nk tlg lengkapkan teguran ustaz ana tuh; ustaz tegur pompuan ana tegur yg laki. biar anak murid n tok guru sama2 laser.

last but not least, tlg lah jaga diri kalian, baik kalian lelaki atau perempuan. jaga aurat diri utk tlg jaga hati orang lain (kalau tak pun hati org tu 'menikmati' keindahan tubuh kalian, sudah tentu ada jgak effectnya pd hatinya walau sedikit; hilang abeh segala hafazan! ~plg teruk pun kena maki jek "apa punya bdk, dh besar bljr kt U tp xreti2 xfhm2 lg??!!"~), simpan la mata cantik kalian yg bkilau2 tu (biru, ijo, kuning, coklat) utk tgk yg dah dihalalkan jek ~tgk laki/bini msg2 sudey~.

if kalian adalah lelaki/perempuan yg baik n rapi menjaga, tlg2 lah kengkawan kalian andai mereka 'tersasar' dr garis-panduan aurat nih. manusia tu mudah lupa, jadi ingat2 kan lah..~ana sendiri pun masih perlu byk dtegur~

Allah memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jenis. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Katakanlah kepada laki–laki yang beriman : ”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. An Nuur [24]: 30 )

Dalam lanjutan ayat ini, Allah juga berfirman,

“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)

~mujur la pakai spek, blh tanggal ble de 'pemandangan' tak indah. cbe kalau pakai contact lens, huh! mau meraba jalan lepas excidently tbe2 tpaksa tanggalkn lens bila tnmpk 'pemandangan' kurang permai tersebut~

Tuesday, January 11, 2011

SAFAR: antara mitos dan realiti

sedikit perkongsian tentang beberapa isu mitos masyarakat dahulu terhadap bulan safar. ini cuma sekadar bacaan biasa yg tidak berniat menyentuh mana2 sensitiviti kaum dan sebagainya. dan ia bertujuan sekadar berkongsi ceritera masyarakat dari pembacaan masa lapang.
~sementara menantikan post2 terkini yg masih dalam penulisan untuk di-update dalam DZUR ni~

Safar adalah nama bulan kedua dalam kalender Islam atau kalender Hijriyah yang berdasarkan tahun Qamariyah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Ia berada diurutan kedua sesudah bulan Muharram.

Asal kata Safar dari Shafar. Yang menurut bahasa (linguistik) bererti kosong, ada pula yang mengartikannya kuning.

Sebab dinamakan Safar, karena kebiasaan orang-orang Arab zaman dulu sering meninggalkan tempat kediaman atau rumah mereka sehingga kosong untuk berperang menuntut pembalasan atas musuh-musuh mereka. Ada pula yang menyatakan, nama Safar diambil nama suatu jenis penyakit sebagaimana yang diyakini oleh orang-orang Arab jahiliyah pada masa dulu, yakni penyakit Safar yang bersarang di dalam perut, akibat dari adanya sejenis ulat besar yang sangat berbahaya. Kita kenal penyakit itu sekarang dengan nama penyakit Kusta. Ada pula yang menyatakan, Safar adalah sejenis angin berhawa panas yang menyerang bahagian perut dan mengakibatkan orang yang terkenanya menjadi sakit.

Di dalam bulan ini, ada juga kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara ibadah khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini terjadi karena menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala petaka, khususnya pada rabu minggu terakhir dibulan Safar. Sehingga ada Beberapa kepercayaan masyarakat tentang adanya mitos pada bulan safar ini, sebagaimana yang diyakini oleh kalangan masyarakat Sunda dan Banjar; dari yang paling muda sampai yang paling tua.

Menurut masyarakat Sunda

Safar adalah bulan yang dianggap pamali untuk mengadakan pesta perayaan, seperti hajat pernikahan atau sunatan anak. Mereka sangat mempercayai tentang mala petaka yang akan turun pada Rabu Wekasan. Setidaknya menurut mereka ada dua musibah yang akan terjadi pada bulan ini, yaitu:

1. Paceklik Order (orang ekonomi cakap: DOWNTURN DEMAND. hehe~)

Berbeda dengan bulan Raya Agung (hari raya Idul Adha) yang ramai dengan acara hajatan terutama di akhir pekan, di bulan Safar janur kuning tidak lagi terlihat menghiasi gang dan gedung-gedung serbaguna. Masyarakat Sunda enggan untuk melangsungkan pesta perayaan pada bulan ini. Menurut Ahmad Gibson Al-Busthomi, seorang seniman Sunda, dalam sebuah diskusinya yang menyatakan bahwa dalam masyarakat Sunda tidak dikenal system perhitungan hari baik (astrologi) seperti dalam masyarakat Jawa. Namun, larangan melangsungkan pesta pernikahan atau sunatan ternyata sangat kuat tertancap dalam benak masyrakat. Mereka meyakini ikatan pernikahan yang dilakukan di bulan Safar tidak akan abadi, dan kedepannya akan sulit untuk mendapatkan keturunan (Zuriat).

Hal ini kemudian diperkuat dengan pandangan bahwa bulan Safar adalah bulan kahwin anjing. Di beberapa wewengkon tatar Sunda, terutama daerah yang dekat dengan hutan dan masih terdapat anjing liar, pada bulan ini sering terdengar gonggongan dan lolongan anjing. Anjing-anjing tersebut sedang naik birahi dan melakukan perkahwinan. Oleh karena itu orang Sunda cadu menikah di bulan ini, karena mereka tidak mau disamakan dengan binatang yang dianggap najis itu.

Kondisi tersebut tentu saja membawa pengaruh ekonomis kepada orang-orang yang bergelut di bisnis pesta hajatan. Para pengusaha perencana pernikahan, seniman, termasuk mubaligh mengalami paceklik order, tidak ada yang mengundang. Mereka akhirnya”berpuasa”, bahkan beberapa diantaranya harus berpindah pekerjaan di bidang lain untuk sementara waktu. Keadaan paceklik order ini baru berakhir tatkala bulan mulud tiba. Dalam sebuah peribahasa Sunda disebutkan “kokoro manggih mulud” orang yang sedang sengsara kemudian mendapat rezeki yang besar seperti bulan mulud. Para pekerja bisnis hajatan yang di bulan Safar dalam kondisi tiseun (sepi order), memasuki bulan mulud mereka kembali merema (banyak order).2. Bulan Bala'ie

Bulan Safar juga diyakini sebagai bulan bala'ie (bulan bencana). Keyakinan ini sudah terpatri kuat dalam benak masyarakat Sunda. Di bulan ini turun 70.000 penyakit untuk satu tahun ke depan. Berbagai musibah dan bencana juga banyak muncul dibulan ini. Lihat saja berbagai bencana yang saat ini terus melanda beberapa daerah Indonesia, menurut beberapa kalangan Sunda tradisional itu merupakan pertanda akan mitos tersebut. Mitos bulan bencana ini juga diperkuat dengan cerita sejarah kehancuran masyarakat zaman dahulu. Sejak zaman dahulu bencana senantiasa diturunkan di bulan Safar. Allah telah menghukum kaum yang tidak beriman seperti kaum ‘Aad dan Tsamud pada bulan ini.

Masyarakat Sunda pun meyakini bala bencana akan menjauh dan terbebas darinya, apabila menjalani ritual tolak bala dan bersedekah. Ritual tolak bala dilangsungkan dengan cara memanjatkan do’a dan mandi di pantai, sungai atau tempat-tempat keramat tertentu untuk membuang sial. Di masyarakat Cirebon ritual mandi Safar dikenal dengan ngirab.

Menurut masyarakat Banjar

Bagi orang Banjar, bulan Safar dianggap sebagai “bulan sial, bulan panas, bulan diturunkannya bala, dan bulan yang harus diwaspadai keberadaannya”. Kerana pada bulan ini, segala penyakit, racun, dan hal-hal magik memiliki kekuatan yang lebih dibanding pada bulan lainnya. Dalam anggapan masyarakat, kesialan bulan Safar akan semakin meningkat jika ketemu dengan Arba’ Musta’mir.

Karenanya menjadi semacam kebiasaan bagi orang Banjar untuk melakukan hal-hal tertentu untuk menghindari kesialan pada hari itu, misalnya;
1) Sholat sunnah mutlak disertai doa tolak bala,
2) Selamatan kampung, biasanya disertai dengan menulis wafak di atas piring kemudian dibilas dengan air, seterusnya dicampurkan dengan air di dalam drum supaya bisa dibagi-bagikan kepada orang banyak untuk diminum,
3) Mandi Safar untuk membuang sial, penyakit, dan hal-hal yang tidak baik. Mandi Safar ini menjadi atraksi wisata menarik di Kal-Teng yang dipromosikan. Mandi Safar ini merupakan tradisi masyarakat yang mendiami tepian sungai Mentaya,
4) Tidak melakukan atau bepergian jauh,
5) Tidak melakukan hal-hal yang menjadi pantangan, dan sebagainya. Bagi orang Jawa, untuk menyambut Arba’ Musta’mir (Rebo Wekasan) biasanya dilakukan dengan membuat kuih apam dari beras, kuih tersebut dibagi-bagikan kepada tetangga.

Hal lain yang juga menarik untuk diamati adalah, adanya anggapan orang Banjar bahwa anak-anak yang dilahirkan pada hari Arba’ Musta’mir jika sudah agak besar akan menjadi anak yang nakal dan hiperaktif. Sehingga untuk mencegah anak tersebut agar tidak nakal, disyaratkan agar sesudah ia lahir ditimbang (batimbang).

Namun seiring dengan perkembangan zaman dan peredaran waktu, kepercayaan masyarakat Sunda maupun masyarakat Banjar sebagaimana dijelaskan diatas, memang sudah mulai berkurang dan mengalami perubahan, tidak seperti dulu lagi dalam memandang bulan Safar. Dan tentu saja, masih ada beberapa orang yang menganggap Safar sebagai bulan kesialan, penuh bencana, penyakit, panas, dilarang melangsungkan pesta pernikahan atau sunatan, dan nahas.

Dalam kalangan masyarakat Sunda kepercayaan atau keyakinan tersebut dipandang memiliki benang merah dengan kearifan masyarakat tempatan (local wisdom). Larangan untuk melakukan aktivitas hajatan di bulan Safar memang tepat, kerana di bulan ini keadaan cuaca seringkali tidak bersahabat. Larangan ini juga boleh diposisikan sebagai penumbuh kesedaran tentang keseimbangan hidup. Masyarakat diajarkan ada waktunya untuk bersuka cita, bergembira dan berpesta, serta adakalanya pula harus beristirahat dan bersiap-siap menghadapi dugaan, derita dan duka cita. Dengan begitu akan tumbuh kesedaran hidup yang lebih hakiki.

Tolak bala dengan banyak memberi sedekah mengandung makna solidaritas sosial, “paheuyeuk-heuyeuk leungeun” atau saling membantu dan saling menolong. Tatkala di bulan ini tidak ada pesta hajatan, orang-orang miskin yang biasa membantu menjadi kehilangan sumber rezeki. Dengan sedekah mereka kembali mendapatkan topangan hidup.

Sedangkan, di kalangan masyarakat Banjar kepercayaan atau keyakinan tentang mitos bulan Safar ini, menurut penulis, boleh jadi kerana memang banyak kes-kes atau kejadian yang menimpa orang Banjar dan kebetulan pas di bulan Safar. Sehingga kerana seringnya terjadi apa yang ditakuti oleh orang Banjar di atas pada bulan Safar, lalu mereka menganggap bulan Safar sebagai bulan penuh kesialan, marabahaya, dan seterusnya. Akibatnya, dalam perspektif orang Banjar, bulan Safar adalah bulan yang harus diwaspadai dan ditakuti. Pantang bagi mereka untuk melakukan kegiatan-kegiatan penting di bulan Safar, misalnya perkawinan, membangun batajak (rumah), menurunkan kapal, bepergian jauh (madam), memulakan usaha (dagang, bercocok tanam), mendulang emas atau intan, dan sebagainya. Sebab, pengakhiran dari semua kegiatan tersebut dalam pemahaman mereka adalah kegagalan dan kesusahan, dan khusus bagi mereka yang mendulang sangat rentan terkena racun atau wisa.

Nah, untuk itulah menjadi hal yang signifikan menjernihkan semula kepercayaan dan keyakinan (pemahaman) masyarakat terhadap bulan Safar, agar tidak menjadi sebuah mitos dan trauma yang menakutkan.

Menurut catatan sejarah Islam sendiri banyak peristiwa-peristiwa penting yang terjadi dibulan Safar, antara lain:
1) Berlangsungnya perkawinan Nabi Muhammad Saw dengan Khadijah binti Khuwalid,
2) Peperangan pertama yang diikuti Rasulullah Saw, yakni perang ‘Wudan’ atau ‘Abwa’ untuk menentang kekufuran,
3) Peperangan Zi-Amin dan Bi’ru Ma’unah yang terjadi pada tahun ke-3 dan ke-4 Hijriyah, dibawah pimpinan Al-Munzir bin ‘Amr As Sa’idiy,
4) Perang Khaibar terhadap orang-orang Yahudi, terjadi pada tahun ke-7 Hijriyah,
5) Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran kota Damaskus (Syiria) di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid,
6) Pelantikan ‘Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gubernur Andalusia (Spanyol) pada thun 113 H, 7) Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari (ulama besar Kalimantan) dilahirkan pada tanggal 15 Safar 1122 H, dan lain-lain. Dengan demikian bulan Safar tidak selalu identik dengan bulan kejelekan atau bulan kesialan.

Al-Quran dengan tegas menyatakan:
“Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.” (QS. At-Taubah 51).

Pada ayat yang lain:
“Jika kamu ditimpa musibah, maka katakanlah “Innaalillahi wa Inaailaihi Raaji’uun”.

Inilah sepatutnya yang menjadi pegangan umat Islam dalam memaknai bulan Safar dan hal-hal yang terjadi di dalamnya dengan memperbanyak amal ibadah, dzikir, doa, sedekah, guna lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Rasulullah Saw sendiri menamai bulan Safar sebagai bulan sunnah atau Safar Al-Khair.

Waallahu A’lamu Bishowab

edited.
credit to: islahuddin


Datuk Wira Rashid Redza Md. Salleh (Mufti Melaka):
“Sukar mengikis amalan khurafat Safar ini mungkin kerana ia telah menjadi adat dan warisan turun temurun sejak nenek moyang lagi.
“Pewaris adat kuno tidak beradab ini cetek dan lemah dalam pegangan agama dan mereka yang terlibat pula sukar untuk dipastikan,” katanya.

Datuk Ahmad Alawi Adnan (Mufti Sabah);
“Fatwa menghalang amalan khurafat bulan Safar pernah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 18 Januari 2001. Ia sebagai panduan kepada masyarakat Islam negeri ini. “Namun seseorang itu tidak akan mampu memberi hidayah kepada seseorang lain melainkan dengan izin Allah s.w.t.

http://halida.multiply.com/reviews/item/63

Saturday, October 23, 2010

'fesyen Islami' zaman ini

saya memikir2, isu terkini apakah yg akan saya sertakan dalam term paper Contemporary Issues in Usuluddin. dari topik BBA(sales on deferred payment) saya dapat idea utk mengulas isu terkini 'Islamic Fashion Show' juga memandang isu yg agk terlepas kebelakang tp masih hangat dipraktikkan; 'tudung membonggol-untakan belakang kepala muslimah'. hmm.. ok tak..??

Awasi Islamic Fashion Show

Oleh my Foundation in Islamic Economy ustaz:

Zaharuddin Abd Rahman

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

* Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
* Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
* Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
* Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
* Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
* Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.

Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

read more www.zaharuddin.net juga ustaz's blogspot.

22 Oktober 2010


BUSANA MUSLIMAH
ulasan ustaz Hasrizal beberapa bulan lepas juga memuatkan isu 'hijab' terkini zaman ini:

LANDSKAP SEMASA

Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.

Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.

Baguslah begitu.

Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.

Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.

PENTAKRIFAN


“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33])

Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?

Bagaimana dengan batas-batas Aurat?

Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?

Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]

Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas
kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?

Sekadar meletakkan sesuatu di atas kepala, atau melabuhkan top hingga ke bawah ala-ala jubah atau abaya, jadilah ia BUSANA MUSLIMAH!

Di manakah Islamnya?

Pakaian ini diberikan kepada artis-artis yang mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat di hati sesama insan. Tetapi niat yang baik itu ditemukan dengan solusi yang sangat jauh daripada Islam. Apatah lagi, dengan status pemakainya sebagai ikon masyarakat (jika masih mahu mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.

Tidak sampai ke suku ketiga tahun 2010, penyelewengan cara berpakaian menurut Islam semakin menjadi-jadi.

Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?

Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.

BEBAS

“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.

“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.

Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.

baca selanjutnya di posting lalu atau ke ustaz hasrizal (^_^)

any suggestion or comment? please leave it below this post. tQ!

Monday, October 18, 2010

Meet The Fan with MZ, IIUM Gombak

ada hutang yg perlu dibayar oleh puak2 penyebar khabar angin tempoh hari..

sekitar acara MTF bersama Maher Zain, ada isu yg timbul. satu article dari sebuah laman web terkemuka di Malaysia telah menghuru-harakan pandangan masyarakat pada kampus saya di Gombak.

program agak lambat dimulakan seperti yang tertera pada tentatif program. kami rencanakan ia patut bermula jam 5 petang. apa yang terjadi hasil dari kelewatan MZ dan rombongan tiba ke CAC. mohon maaf kerana terpaksa 'drag' masa yg mencetus masalah.

Seminar Room yg bakal menempatkan sesi MTF agak lenggang sebelum ia mula dibanjiri peminat dari dalam dan luar UIAM.

muslimin juga tidak ketinggalan menyertai MTF. saya terasa ingin mengulas sedikit. hanya muslimah yang dicanang berakhlaq buruk dengan terjerit2 terkinja2 dengan MZ, kalau etika adab melayu memang perempuan itu patut bersuluh adab dan etika kesopanan. tapi, bukankah ar-rasul s.a.w menyuruh kita semua (muslimin & muslimat) berakhlaq sopan..?? so, adakah kelakuan muslimin yang terkinja2 terjerit2 itu suatu hal yg biasa?? pada saya lagi lah tak relevan sebab lelaki boleh plak hyper-emosi dgn MZ. pelik benar tu. lelaki bukankah lebih di sinonim kan dengan makhluq yg kurang 'power' dr segi emosi..? lagi pula jika dia muslim, (lelaki+muslim = kurang emosi+beradab mulia). ke dalam konteks orang2 yg menyebar fitnah itu lelaki boleh terkinja2 terjerit2?? ~saya antara saksi utama menyaksikan semua ini~


ini pula cerita muslimah (tak semua bergelar muslimah itu mukminah). dan saya melihat sendiri siapa yg terjerit2 dan terkinja2 itu. benarkah mereka itu muslimah dari UIAM atau peminat luar yg turut datang dan sertai MTF (sebab orang luar pun turut dibenarkan sertai program kami sepetang itu)? fitnahnya juga datang mengatakan 'ustazah' yg berperangai kurang sopan. pastikah lidah yg melemparkan kata2 itu..??

committes yg bertugas saya tempatkan di sini demi menjaga acara supaya technically dan syari'ah-ly nya tidak dilanggar. bukan saja anak2 buah saya hadir menjaga lokasi, committees central CONVEST'10 juga turun CAC membantu kelncaran program.


apa yang saya ingat, sepanjang saya berada dalam bilik tersebut, saya perhatikan memang committees menjaga peminat dari percampuran. dan saya sendiri ada mengeluarkan arahan minta committees berjaga2 dengan giliran masuk lelaki-perempuan; peminat yg agresif menyerbu masuk dari melanggar jarak lelaki dan perempuan.

antara back-up committees yg turut membantu membetulkan keadaan. tidak ada yg dibenarkan melanggar etika. external factors yg membawa kepada mana pelanggaran syar'ie dan etika dan adab, kami yang control.


tempat kami sediakan segalanya biar menepati etika secara uruf adatnya dan juga syari'ahnya

committees yg berjaga2 juga selalu berpegang dengan 'apa2 jua biar Syari'ah didahulukan'.
kerana ahli2 kami bukan terdiri dari calang2 orang dlm muamalah. dakwah & tarbiah adalah ideologi mereka.

lagu2 yg kami pilih juga artis2 yg kami jemput (bukan adam lambert atau jennifer lopez) adalah salah satu medium yg turut berpaksi menjaga etika dalam berhibur sambil menderma.

Program Manager sendiri merupakan imam yg kuat berpegang pada nasihat ke arah maaruf.

dan jika masih ada yang ter-over react tak kira lah lelaki atau perempuan, muslimin atau muslimat, orang malaysia atau foreigners kami dah control dgn setegas mungkin. yang tak dapat kami control bila sebilangan foreigner yg tidak endahkan arahan & menyalahkan kami melebih2kan malaysian. lalu andai si penyebar fitnah 'ustazah2 terjerit2 terkinja2' itu ditempat kami, saya ingin bertanya: apakah tindakan kalian..?? mau diberi penampar kah pada mereka yg over-acting tu..??


madam saya di cluz usuludin ada mengupas isu ini bila saya kemukan soalan peribadi dalam kelas. disaksi-dengarkan seisi kelas; antara komen madam, atas daya kita dah control sume external factor yg boleh dikawal, jika msih ada yg terkeluar dari syar'ie, tanggungjawab kemudiannya tergalas atas bahu individu masing2.

dan pada insan2 yg berpegang bahawa musik itu haram, saya tak mampu nak ubah persepsi kalian. moga keputusan yg kalian pegang itu bukan shj atas dasar pegang 100% pada sunnah; malah harapnya ia juga berpaksi dari ilmu2 fiqh, usulfiqh juga isu2 sekitar usuluddin.

apa2 masalah yg masih berbangkit saya dengan senang hati rela nak bawa kalian menghadap lecturer2 saya di ketiga2 department usuluddin, fiqh & usulfiqh, juga quran & sunnah. saya kenal lecturer2 saya dengan baik, mereka juga kenal saya secara peribadi. mau kah..??

~jika isu ini di bawa ke muka pengadilan, saya antara yg akan turun padang menjadi saksi kepada acara tersebut, kerana saya antara yg bertugas sepanjang petang tersebut memastikan segalanya berjalan lancar di sekitar CAC (sbg petugas utama preparation & technical bersama2 kamera ditangan saya merakam 'gambar' kelakuan manusia). mata saya dan kamera ini saksi utama kejadian yg digembar-gemburkan 'muslimah terjerit2 terkinja2'~

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"