Pages

Showing posts with label rentas alam. Show all posts
Showing posts with label rentas alam. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Jalan Da'3wah di bumi Hong Kong

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


"Ballighu ánni walau aayah.."

Permulaannya ia kelihatan payah, setiap insan tidak mahu mendengar. Tetapi semangat juang Rasulallah s.a.w membakar dalam diri mereka. TAHNIAH..!!




sedikit informasi:

Antara dialek yang digunakan oleh penduduk di Hong Kong ialah Mandarin (sekitar 850 million daripada penduduknya), Wu (90 million), Cantonese/Yue (70 million) and Min (50 million).

Selepas English, apa kata kuasai pula bahasa yang bakal menguasai ekonomi dunia akan datang? Kerana kelihatannya Amerika makin meruncing.

video via IKRAM Dublin

Tuesday, December 6, 2011

Revolusi Syria: Punca Sebenar

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Salam alaikum.

Alhamdulillah hari ini 05/12/11, saya (irfan masiri) diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini.

Yang beri talk pasal revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.


Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.

2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.

3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5) Kita banyak tak tahu ttg isu syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim.. manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan.. segala gambar dan video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para demonstran yang btekad utk merakam sndr kezaliman tsebut dan kbykn drpd mrk telah menemui syahid.. sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim basyar asad dgn harga 100 dolar.. syeikh dr khaled hasan al hindawi merupakan delegasi khas syeikh dr yusuf al qardhawi ke asia tenggara utk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar..


*******************************
Punca Revolusi.


puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.


*****************************
Rakyat Marah.

1) kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.

2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.

3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.

4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.

5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.


*********************************************************
Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.

2) 39000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.

4) 9000 tahanan ditahan.

5) 413 orang telah syahid didalam penjara.

6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!

8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

10) Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.


*******************
Berita Baik.

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2) Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.

4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.

semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia2 diluar sana harus tahu tentang ini.

semoga Allah redha akan usaha kita.

syukron.terima kasih.thank you.

p/s: tulisan senget itu saya tambah setelah ambil dari mereka2 yang ikut sekali dalam talk mengenai Syria ini.

berkongsi info dari pena: Irfan Masiri

Monday, December 5, 2011

'Garden of Knowledge & Virtue' Sedang Digilap Kembali

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Melalui pena bicara Madam Martinelli Hashim:

Sudah kerap saya minta UIA hidupkan kembali doa pagi sebelum kerja, bacaan Qur'an sebelum solat dan khutbah Jumaat menggunakan sistem suara berpusat agar semua warga boleh dengar, tiba-tiba pagi semalam rektor umumkan ia akan dilaksanakan mulai Isnin ini...alhamdulillah. Harap PA system UIA yang dah lama tak digunakan itu masih berfungsi.

Mula Isnin semua pejabat dalam UIA akan ditutup 15 minit sebelum azan zohor dan buka 15 minit lepas azan dan semua staf akan solat di masjid.. Tahniah Datuk Rector Prof. Zaleha Kamaruddin.. Pendekatan Islamik yang sangat diharapkan.. ^^



ana tumpang gembira & tetap mendoakan yang terbaik.. tahniah buat pentadbiran adik junior Double Degree: Mohamad Iqbal.

walaupun isu study couple masih belum berjaya dinyahbuang dari menjadi 'habitat' sebahagian students yang bakal menempuh final exams -_-'

Saturday, December 3, 2011

Al-Fatihah buat Almarhum Illham Ellani

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Selamat jalan sahabatku, moga Allah meredhai perjalananmu menuju padaNya, Ya Allah ampunkanlah dosa2nya, rahmatilah dia kasihanilah dia, redhailah dia, tempatkan dia bersama para anbia' dan solihin...

al-Faatihah..

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأدخله الجنة



ana tak kenal almarhum, tetapi sempat beberapa detik tahu tentang beliau sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. saat ana sedang melangkah kaki ke medan tarbiyyah, lutut lemah kerana pemergian insan ini sangat menyentuh hati.


"Baru pulang dari MAS Cargo Sepang, menyambut ketibaan jenazah Arwah Ilham Illani dari Jordan yang turut ditemani ibu bapa arwah. Arwah seorang Old Putra Royal Military College yang menerima biasiswa Kementerian Pertahanan dalam bidang kedoktoran di Jordan. Meninggal akibat leukumia. Kagum melihat ketenangan ibu dan bapa arwah semasa menguruskan perjalanan jenazah anak bongsu mereka. Senyuman dan ucapan terima kasih tak lekang dari mulut mereka berdua. Setenang menyambut kelahiran anak mereka ke dunia, setenang itu jugalah mereka melepaskan anak bongsu kesayangan mengadap Illahi. Paling tidak, membuatkan mata yang memandang berfikir, mampukah aku setenang dan seredho itu? Alfatihah buat arwah..."

gambar: akh Hayyi Mohamad & akh Mohamed Akmal

Friday, December 2, 2011

Muzoharaat: di Sekitar

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Muzoharaat:

Dataran Tahrir, Mesir - 20 November 2011*
*berlarutan selama beberapa hari

UIAM Demo Tolak 1.0 - 24 November 2011

‘Walk for Freedom’, Malaysia - 29 November 2011


Public sector strike rallies held across UK - 30 November 2011



jangan lupa, Palestin masih menanti kita dibebaskan.

Wednesday, November 30, 2011

The Real Battle Field, Begins..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Episod percaturan padang bola antara Malaysia dan Indonesia diakhiri dengan kegembiraan berpihak kepada Malaysia; yang seterusnya bola sepak negara terpaksa akur kalah pada Bahrain dengan perbezaan satu mata; 3-2.

Episod nasib ummah di bumi yang tertegaknya universiti tertua dunia, al-Azhar masih dalam percaturan:

Pre-Stages (determination):

Peringkat Pertama (28 November 2011) - Cairo, Alexandria, Damietta, Fayoum, Port Said, Kafr El-Sheikh, Assiut, Luxor dan Red Sea.

Peringkat Kedua (14 Disember 2011) - Giza, Menoufiya (Shibin El-Kom), Sharqiya (Zaqazik), Beheira (Damanhur), Beni Suef, Ismailiya, Suez, Sohag dan Aswan.

Peringkat Ketiga (3 Januari 2012) - Gharbiya (Tanta), Daqahliya (Mansurah), Minya, Qalioubiya, North Sinai, South Sinai, Marsa Matrouh, Qena dan New Valley.

..::sumber: Azhar al-Marbawi::..

Allahumma a’3izzal Isalama wal Muslimin. Allahumma allif baina Qulubihim wa tsabbitaqdamahum..!




bukan sahaja semangat yang sama dengan kita bersorak pada bola patut kita semarakkan di sini, malah bergunung-gunung doa didambakan, agar bumi anbiyak ini bakal terus subur dengan tertegaknya kalimah Allah tanpa sebarang nifaq yang menyelubungi kebebasan raíyyah.


Stage 1:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil hamd..

Keputusan tak rasmi pilihanraya Mesir peringkat pertama, menunjukkan Islamiyyin dan gerakan Islam samaada dari parti Ikhwan Muslimin (al-Hurriyyah wa al-'adalah), Parti Salafi (al-Nur) dan lain-lain, sedang mendahului carta.

Semoga peringkat seterusnya, menjadi penyejuk mata para pencinta Islam.




antara info yang ana perolehi dari ustaz Nasrudin Hassan:

Ikhwanul Muslimin dan Salafi menang besar dlm pilihanraya umum Mesir. Hampir 120 kerusi drpd 168 kerusi untuk peringkat pertama di 9 Muhafazah. Keputusan rasmi belum diumumkan lagi. Masih ada dua peringkat iaitu pada 14 Dec dan 3 Jan. Sama - samalah kita berdoa untuk kemenangan besar bagi golongan Islam.



gambar: حزب الحرية والعدالة - الإخوان المسلمين

updated info:

Ikhwan bertanding 45 kerusi ulangan, menang 34 kerusi dan kalah 11 kerusi. Peringkat Pertama di 9 Muhafazat drpd 168 kerusi, Ikhwan dapat 44 kerusi atas tiket Parti Al Adalah wal Hurriyah dan 36 kerusi atas tiket parti bebas so = 80 kerusi. Salafi dapat 28 kerusi atas tiket Parti An Nuur dan 5 kerusi atas tiket parti bebas so = 33 kerusi. Parti Wasot dpt5 kerusi atas tiket parti. Total golongan Islam dapat 118 kerusi drpd 168 kerusi. Ada satu dua lagi calon bebas yang disokong oleh oleh Ikhwan menang dan satu parlimen dalam 5 kerusi dibatalkan. Insyaallah akan diulang pada January ini.

Saturday, June 25, 2011

ana di Sweileh, Amman, Jordan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


menjadi sebahagian Persatuan Penuntut Malaysia Amman-Jordan, iyakah? mungkin iya, sebab ana sedang melanjutkan study di sini; walaupun dalam jangka masa yang pendek.



disebalik gambar ini terselit pelbagai cerita hidup ana di bumi anbiya'. hari ini baru genap 10 hari ana menetap di sini; rumah pertama ana sewa seumur hidup ini ialah di Sweileh ^_^ di sini, selepas grad degree.

cerita2 sebelum gambar ini terakam akan ana cuba siapkan; dua post terkebelakang dan satu post (melepasi gambar ini) tentang Imtihan Mustawa.

~tapi ana tak janji la bila akan siapkn, tp ia akan siap.. insyaAllah jika umur masih di jasad & mood utk menulis kembali~

Monday, June 20, 2011

langkah pertama ke UJ

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Bismillah..

tersenyum puas. sepuas-puasnya. :-) tak terkata syukur dalam hati. tak terlafaz memuji Ilahi.

puas dapat lakukan segala2nya sendirian hari ini, di bumi asing bagi diri. untuk yang sekejap tadi terlaksana; ana boleh connectkn wireless sendiri dengan arahan bil 'arabiyyah seperti tertera di bilik wireless. sebab nak tanya library assistant tu ana mulakan dengan "do you speak English?", dia jawab "no". last2 ana ubah soalan jadi bahasa arab tanya cemane nk connect to internet, sekat2 gk cakap pun. kakak tu wat bhsa isyarat jek suh tgk kt sisi kaca bilik wifi tu
best! (sbb kakak librarian tu xblh nk tlg ana, dia xblh speaking. usahakn sendiri je sng)



ni roundbout jami'ah kott ~dh xde pmandu pelancong, kte kaci nama sndiri jek~

**************FLASHBACK******************

hari ini langkah pertama ana cuba keluar jalan-jalan ke jami'ah sendirian (cubaa kedua sbnrnya sbb kt airport dh pnh ckp dgn pkcik mkcik). nak cuba-try -test potensi diri. masih basah dalam ingatan doa ustaz bahasa arab pebret ana sejak tingkatan 2 hingga tingkatan 5, kata beliau "robe'ah ni kalau kena campak kat mana2 pelusuk dunia pun Insya Allah dia boleh hidup". ana ingat masa tu ustaz bicara soal bahasa arab ana. syukur! Alhamdulillah. mudah2an.

sejak usai subuh ana online, dapat email dari kakak R.A minta sesuatu untuk thesis Dr. then mampir dhuha ana chat dengan kakak tu lagi, ada lagi requestnya. so ana decide nak ke maktabah jami'ah hari ini. tujuan2 lain nak jalan sendiri2, nak gi tanya2 pasal II-TASOL dan masuk usha library.

suhu takat beku badan dah meninggi, so ana jadi 'segan' nak keluar dari kepompong selimut sampai la usai waktu dhuha. hampir masuk zohor; kurang 20min ana dah gerak keluar. targetnya nak jama'ah di masjid jami'ah jek.

jalan kaki menuruni jalan berbukit sweileh, sorang2. lintas jejantas menghala ke seberang jalan. bus pendek (coaster) ke Jami'ah al-Urduniyyah @ raiesiy ana masuk lepas konduktor tu 'promote' destinasi. (thx to dijah utk info pasal coaster) sebelum masuk tu ana cakap dgn konduktor, "boleh tolong saya tak untuk sampai ke UJ?" (cakap dlm arabic baku kott.. huhu~ tewas ana)

hulur 1JD dapat balik syiling rubu' (2 keping) dan 5 qurush (3 keping). so, kira sendirilah tambang ke jami'ah kena berapa. heheh. style ana baru merasa pegang syiling2 ni ana genggam lama2 syiling tu, then otak ligat kira bape amount yg kena charge ni. otak 'economy' main peranan utk faham currency.

dalam coaster ana usha2 jalan, memikirkan mampu tak ana jalan kaki jek ke jami'ah. sebab setakat jalan sejauh yg dilalui coaster dlm 10 min tu mcm dh bese buat kt Malaysia. nanti nak try :'p

sampai je kt raiesiy konduktor tu panggil ana turun. "mana jami'ahnya?", ana tanya encik konduktor jawab tapi ana lak xfaham pe dia cakap, hahaha~ (dah bape kali asyik tersenyum sorang2 sebab kutip pengalaman sendirian)

ok. nice! mata melilau cari di mana jami'ahnya. sebab sume bangunan sama kaler, batu2 dan kotak2 bentuknya. tak macam IIUM, tgk kepala setiap bangunan dah tahu dah yang biru itu lah univ nya. mata terus mencari2 tulisan pada papan tanda atau pada bangunan. tu dia! nampak dah! seberang jalan dari posisi ana turun coaster tadi. ada satu lorong kecik yang membolehkan ana cross terus dari jalan. nampak macam bahaya. mata melilau lagi, ternampak satu signboard in arabic "(mafhumnya) untuk keselamatan anda sila gunakan jejantas bawah tanah". haha~ ye ke camtu nak terjemah sign board tu?? ntah, ana belasah jek, asalkan faham. heh. (thx to azeelah sbb b4 ana berangkat td dia ada bg hint psl 'tangga ke bawah')

usha2 jejantas bawah tanah tu ada la gerai2 kecil kiri kanan sepanjang jejantas. bau rokok lagi kuat, sebab ruangan agak tertutup (xde la tertutup sangat pun). kiranya sepanjang ana duduk kat Urdun selama 5 hari ni ana dah jadi PEROKOK PASIF! wal'iyazubillah if lepas ni terdedah dgn kanser. T_T

keluar je dari jejantas tu, toleh kiri dah nampak pintu pagar jami'ah. gi kat pak guard cakap "ana tolibah jadidah", nak masuk la pakcik.. pastu dia touch kad milik dia lalu ana pun masuklah. sambil2 jalan ke dalam mata ana asyik memerhati orang, memerhati binaan dan alam sekeliling. mula2 dah nampak library, "main library" tulisan dari hadapan.

memang tujuan nak ke situ pun. tapi azan baru je selesai berkumandang, so ana target nak ke masjid dulu.

pusing2 kepala tak nampak pun masjid. directly ana approach dua orang sister. ana tanya boleh speaking tak? dorang kata tak boleh. fine. kamus dalam kepala otak slow2 di-reheat. sekseee ambe wehh.. belum lagi masuk kelas lughah tapi dah kena banyak2 cakap. nak minta sister ni tunjukkan masjid. mula la ana berbahasa baku.. eceh~ kiya bath hay.


masjid pertama di Urdun ana solat dalamnya

sister tu baik hati nak temankan ana sampai masjid. so mula lah perjalanan + ta'aruf ana dengan seorang urdunian gurl. 1st impression dia, ana ni min indonisi (teringat lak kat filem KCB). "ana malizi (separuh indonisi)" kompem la kena kecek arab beb, sebab dia tak boleh kecek english. dalam banyak2 perbualan tu ana tewas dua kali part yang xfaham, then dia ulang bila ana khabarkan yang ana xfaham, "part mana yg xfaham tu?", tanya dia. "semua sekali" haha~ sian dia ulang, ok la kali keduanya ana faham gak. cerita punya cerita, ini isi2 perbualan kami:

namanya salma, umur 22 tahun. dia lepasan agriculture specialize dalam landscape. katanya hari ini ana baru nak daftar markaz lughah tapi hari ni dia punya graduasi. hehe~ tanya salma ana ijazah apa kat malaysia, hehe (lagi). salma cakap dia sangat berhajat nak datang malaysia, ana "ahlan2" kan jela. dia suka tengok satu masjid cantik kat malaysia katanya, warna biru2 terletak atas air. (masjid apa ya? ana bantai jek masjid shah alam. ekeke~)


jalan pertama saksi ana bicara in arabic, haha ~xley caye tol~

nak ke masjid melalui markaz lughah. hahh, nampak dah salah satu lagi target nak gi jup lagi!
dah sampai masjid kami bertukar2 no. hp.. :'p ngee~~ ilalliqa' la jawabnya.

cerita dalam masjid

dari gate masjid ana nampak dah sign ke arah tempat masuk perempuan. ikut jek dah sampai. Alhamdulillah sempat jama'ah. kali pertama jama'ah di masjid kat urdun yg pertama ana jejaki ^_^ syok sgt! rindukan masjid dah lama nih. zohor ana masbu'. sambil ana selesaikan empat rakaat tu imam dah siap buat solat ghaib dah (solat ghaib la kot sbb nhy bdiri & takbir). time tasyahud tu ada dua sister gi usha dekat2 beg laptop ana. (beg selalu letak depan time solat, buat sutrah jgk), "jameel!" katanya.

"woii pmpn (ditujukan kat ana), ko solat ape nih? xkhusyuk!!", errkkk.. nape dorg ganggu konsentrasi ana dihujung2 solat, dah sedap2 'ralit' dlm solat td. =.='

sister tu tunggu sampai ana bagi salam kott. then dia menampakkan diri pada ana smbil kata "taqabbalallah mink".

tahu tak sister tu usha apa kat beg ana? dia takjub dengan button batch Life Line 4 Gaza ana; dua biji, satu hitam (beli masa demo kat tabung haji tahun lepas), satu lagi putih (fan club batch; dapat masa seminar di UIA baru2 ni). sister tu mungkin aim ana ni 'pejuang kecil' palestine ^_^


apa yg menarik minat sis tu yer?

kharij al-Masjid - markaz lughah

time nak kuar dari gate tu ada pakcik berisi tahan ana. dia cam request sumtink. tapi dia cakap arab la plak. ana serius xfaham. pastu dia cakap "awk student sini kan, so nak tengok ......." perkataan yg ..... tu ana xtahu apa yang dia sebut, tapi kat necktie dia ada lambang UJ, sah pakgad sni. lepas ni ana lepas dari pakgad tu dgn jwpn "sy student baru kat sini" baru ana dapat jawapan dia nak apa. matric kad la syg oitt!! xpe la, dah lepas pun.

UIA xplak minta mtrik kad klu nak masuk masjid -_-'


jalan ke markaz lughah

jalan2 ana gi ke markaz lughah terus. ingat nak tanya apa2 yang patut dulu sblm hari berkenaan (26th is the registration day). nak masuk tak masuk ana jadi blur. masuk jgk. level bawah tu kosong. tiba2 lalu seorang jejaka berbaju hijau. kat poketnya ada 'jenama' UJ. rupa cm student engin kt uia dah bajunya. ana tanya "boleh cakap english tak?", "no". jawab bro tu. ok, then dia tahan dua orang sister. soalan yang sama ana tanya. seorang tak faham english then sorang lagi ngaku boleh cakap english. ana tanya la katne nak regist. dia xfaham. =.=' tadi cakap faham -_-'' ish2. then ana pun 'buka' la lughah ana, "katne pejabat markaz lughah ni?" (tpaksa guna arabic fushah gk. adess. segan.) hahh!!, tiga2 orang tadi faham terus permintaan ana. heh. kan senang..!!

("kau la robe', spe suh gi start dgn english. biasakan la arabic tu", "bukan xnk cakap, risau lambat jek. bohsan orang tunggu nanti")

haha~ memang ana senyum utk kali kelimanya hari ni. senyum sendiri terasa lucu.


markaz lughah pandangan on da way ke masjid

naik tingkat atas (spt yg telah ditunjukkan tiga orang tadi) ana nampak dua orang makcik pakai baju hijau cam bro td gk. ok, assumption ana, "mereka ni geng2 cleaner UJ kot". pusing2 kiri kanan cari pejabat untuk daftar. xnampak langsung ghupe nye pejabat, mane ler deme letak neh... last2 ana ternampak nama Tawfiq; International Student Advisor. "mesti dia boleh faham english". part ini paling mudah. nama ana disemak dalam sistem, then borang ana di print out. "update balik info anda", then ana pun isi alamat kat urdun, fon number dan passport number. dua keping gambar diberikan + potostat passport. dah, khalas! bayarannya nanti ana datang semula dia suh bawak. exam mustawa pada 27hb kat level bawah katanya mengakhiri sesi tengahari tu :-) Alhamdulillah.. selesai gak. (thx to hanani utk info alamat rumah buat ana mengisi form bg lengkap)

next destination; library. masuknya tak perlu matrik kad cm UIA. UIA lak masuk kat main gate xperlukan matrik kad tp library kena. pusing punya pusing ana masuk kawasan buku2 level bawah dlu. tengok la apa yang boelh didapati kat sni. nak cari buku pasal siasah syar'ieyyah utk bab syura. dalam maktabah syamilah ada kott (thx to wan abdbaith sbb bagi ana maktabah syamilah semalam lepas cluz usul fiqh), tapi tak reti nak guna lagi. ana lebih mencintai buku dan selesa nak guna buku dari e-book. leceh cket.

then pusing2 sekitar rak cari buku blur bertandang lagi "kat sini xde OPAC ke? jenuh la nak kobek satu2 buku yg kita nak tu duk ktne". ana dah sampai ke bahagian history tapi xreti nak selongkar sume buku. buka maktabah syamilah je la baca sambil2. mata ngantok lak menghadap laptop, "xley jadi ni, kena jalan2 gak dr statik cmni". jalan2 baru la nampak ada arahan cmne nak excess wireless (itu pun lepas minta nk speaking english dgn kakak librarian tu tp dia xboleh speaking) cut short je ana bgtaw ana nak online tapi xblh. lantas ini hasilnya... ^_~ baca arahan bil arabiyy how to connect to the wireless.

bersyukur tak terkata pada doa qudus & direct dr ustaz terbaek ana sejak form2 dlu, "rabe'ah ni campak je kat bumi mana dia boleh terus hidup"

note: nk say sorry to amat (Asma' Amatullah Hasanuddin), bukan akak xmau balas amat cakap2 arab dgn akak dulu, tapi sj mengatal 'ego' nak mumarasah. heh. tengok la skrg, mmg kaw2 kena speakang arab gk.. zasss..!! sepak laju amat kat ana nanti.. ngeee~~

rasa hati nak tulis 1st experience dari hari pertama datang sini kat my luvly blog, tapi tengok mood la kott.. malas nak menulis sekarang nih (-_-) pk kerja R.A, pk Kenaf projek lagi. serabut!

malas nak amik gambar DAN malas nak upload dlm laptop. nanti2 lah yer.. (sbb dah ada orang Malaysia tanyakan, "gambar xde ke?")


ana tgh 'main' dgn OPAC

(amat, gmbr I kt cermin pintu kira valid la yer utk diluluskan sbg gambar I, eyh?)



nah, tgk la gambar2 gaya malas ana amik nih.. petang ni lepas je solat asar masuk balik library. td otak beku kjup xtahu nak buat apa smpai mengantuk. skrg dh berani gi explore ke tingkat dua; kat sini ada OPAC, pastu buku2 dlm ni agk tersusun bbnding di lvl1, berhabuk je cm xde org sentuh (ke library ni penah kena ribut pasir wal debu?)

ana skrg dah jumpa buku yg dkehendaki; system syura, tp ana kne duk celah2 rak (buat port sendiri) sbb plug point hanya ada pada tiang xde kt dinding cm kt dar al-Hikmah IIUM (nk kne buka email tgk apa request kakak R.A) smbil siapkn note ni (heheh). buku pertama ana pegang td pasal Qudha' oleh al-kindi & daftar ringkas sejarah perkembangan Islam.


hah, ni la system coding buku2 kt sni, seksee den. mula2 xreti pstu dh bljr sndiri :-) Allah ajar ana cepat faham cket

Monday, June 13, 2011

sabab peluk Islam - ada sungai dalam laut



Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'an

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Q.S Al Furqan 53).

Pada suatu hari Mr.Jacques Yves Costeau ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi“Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.



Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.



Sumber: voa-islam & Abu Khuzaifah

Wednesday, April 20, 2011

Syeikh Sudais di bumi UIAM

jendela mhadap masjid d'kuak luas usai maghrib, kdengaran tazkirah then fardhu 'Isyak diimamkn dgn meriah.
"mcm pnh ku dgr suara ini kt bacaan al-Quran d'IKIM.fm"
, bisik hati sndiri

"tak gi masjid ke tgk syeikh sudais?"
SubhanAllah3!! kan ana dah cakap, suara imam tu ana kenal. Syeikh SUDAIS dtg UIAM ^_^ teruja!

~UIAM ni bumi wajib shuyukh akn dtg bziarah, barakallahu lana..~



maklumat penuh aktivity syeikh ana sertakan di sini: MUZIR

Friday, April 15, 2011

bingkisan rindu UIAM

semester ini berakhir dengan begitu indah.; semester akhir. Dalam dewan exams saja ana banyak tersenyum sendiri. bila asatizah ana tersangat baik memahamkan soalan untuk ana.

Ustaz Shayuthy; Dr. (Takhrij Hadith),
"assalam ustaz, ana hanya mampu jawab semampu apa yang ana boleh hafaz. andai mana2 part ana tak mampu ingat maafkan ana, ana su'ul-hifz. banyak nama2 kitbab & isinya perlu dihafaz. mohon doa ustaz"
mesej sebelum masuk dewan exams pagi td. dalam dewan,
"ustaz, alfaz jarh wa ta'dil ni kena listkan semua 12 tingkatan dgn syarah & martabatnya sekali ke?"
total semua tu 12 (level perawi) x 3 (class martabat, syarah martabat, alfaz martabat) = 36 syarah utk 7 markah! "jawab pe yang enti mampu jer". ustaz buatkan ana tersenyum happy + best!

30 min sebelum exam tamat ana dah siap, tapi banyak je lompang2 jawapan, gorengan menjadi lah dengan segala rencah merepek. tak mampu nak ingat isi seluruh kitab secara detail. 'ala kulli hal ana sangat enjoy buat takhrij hadith! ^^



Sir Adewale; Dr. (Corporate Finance),
"sir, according to the cash conversion cycle, it would be like this... bla bla.."
sambil tangan ni laju lukis graf yg ana ingat dalam kepala,
"so, this statement should be wrong, am I right?"
sir senyum2 sambil bg isyarat ^_~ ana faham cuma ana keliru. tiba2 sir mencelah bagi formula untuk kira dividend payout ratio. mane sempat ana nak tilik formula sebab sibuk baca manahij mufassirin (kebetulan dua paper final dalam sehari), untuk CF cuma ingat apa yang dah belajar dalam kelas je. Alhamdulillah sir yakin ana boleh buat lalu dia bantu ana untuk ingatkan formula.

"sister rabi'ah.. it's ok.."
sir bagi isyarat suh stop melorek ABCDE answer booklet, walhal tinggal lagi dua je butir2 perlu dwarna-hitamkan. dalam hati sedih sebab sir suruh stop gak, tp bila tengok cara sir minta stop tu nampak air muka IHSAN beliau, beliau akan tolong student2 dia. hehe~ (ana tak main tipu ^^ )

bila ana cerita risaukan paper CF takut kena repeat, Dr Wan Sabri cakap "that's what we want.. orang yang boleh perform walaupun it quite tough". huhu~ rasa semangat balik.


madam azura (english for occupational purpose),

"madam, xpe ke surat komplen saya ni pendek camni?"
dah siap jawab complaint letter baru sibuk nak tanya.
"xpe, asalkan u ada isi. memang purpose kotak jawapan disediakan kecik camtu utk student buat sesimple mungkin"
dah mampir ke minit2 akhir exam ana habiskan tulisan2 akhir. nokhtah!. itu exam terakhir untuk degree ini insya Allah.

"ni, surat bagi pada luqman. kirim salam saya pada dia, luqman dah keluar dulu dia siap awal"
madam serahkan surat sokongan untuk sambung belajar pada ana dan sokongan untuk kerja pada luqman; sahabat baik ana sejak matrix. madam arif sangat kerenah kami selalu buli-membuli dalam kelas. akrab. so, surat untuk luqman madam amanahkan pada ana lah.

thanks a lot madam! akhir kelas hari tu madam bagi tart buah seorang dua ketul, luqman paksa ana ambil tiga sebab ramai tak datang, nanti tak habis (kononnya..) ^_~
sebelum jawab exam tadi pun madam bahagi2kan bungkusan gula-gula kopiko utk semua student dia, bekal takut sleepy masa menjawab. madam memang sweet!


Ustaz Saad ad-Deen Mansur; asst. prof. (jarh wa ta'dil),

"ustaz, kaif li ajib hazas-sual.. bla.. bla.." dua tiga kali ana tahan ustaz tanya macam2, minta difahamkan. :) ustaz berhati lembut, banyak beliau translatekan untuk ana soalan dalam arabic ke english, then tugas ana pula nak 'goreng' jawapan2 in arabic.

ustaz Sa'ad paling kerap panggil nama ana dalam kelas, saja2 sebut dicelah2 syarahan beliau. paling kurang setiap kelas sekali. paling banyak tiga kali setiap kelas. kalau nak dikira pun hanya dua kelas je beliau tak sebut nama ana, huhu~ itu baru sem ni, dicampur-campur dua sem lain ana ambil dua subjek berbeza dengan beliau, maka jadilah ana seperti maksud nama ana "musim bunga-penawar", sbb doa ustaz tu kan maqbul jgk. hehe~


Ustazah Nadzirah Mohd (manahij mufassirin),

ana tak banyak sembang dengan ustazah personally, kadang-kadang cuma mencelah jawab bila ustazah tanya dalam kelas. disebabkan jawapan ana bagi sume ayat2 gelong belaka, maka ramailah brother dan sister yang kenal mulut laju + merepek ana nih.
"ilmu dari kitab tu berupa mutiara! tapi kami tak mampu nak hafaz seisi kitab bi diqqah"
"InsyaALLAH, all the Best to my students, ingat pesan ustazah MAN JADDA WAJADA .... ILMU is not for 'exam', but to explore the Truth & beauty of ISLAM."
ana suka ustazah berwajah lembut ni, tapi ana cam takut nak akrab sebab nampak garang kot ^^ sbnrnya tak.. ustazah mungkin tegas.

buat sahabat-sahabat seperjuangan, I'll be missing all of you through out my life.

time study de yg bergelak ketawa bagai nak pecah perut. gossip + nyakat orang 'menu utama' pencetus gelak ketawa tu.

main2 dengan senjata hebat ana, "bertukar!". ~ khas untuk husna.

siap ada yang masakkan nasi untuk iftar lagi. teringat pada budu dan tempoyak qlate! ~ dedicated to isma.

itu masak dah final year, ana masih ingat masa tika diawal sem kami masuk Gombak, boleh dikatakan setiap hari akan masak nasi + lauk-pauk, termasuk sahur (sampai ana dah dapat title 'mama' of the room). bilik ana jadi pelopor open-room masa e'id fitri 2008. menunya semua kami masak sendiri; ketupat, rendang, nasi impit. hanya menu utama (bihun goreng kampung) je yg kami tak mampu masak sendiri sebab ia diperlukan dalam kuantiti yang banyak. lepas2 tu sume rajin wat open-r0om ^_^


tapi, bila dah masing2 kena saman dengan pihak mahallah sume pakat bawak balik rumah periuk nasi, jadi surut minat ana nak memasak, jadi makin malas. mahallah2 di UIAM haramkan memasak di bilik. bilik ana saja kena 2 saman bernilai RM50 setiap satu. kalau orang tanya ana pandai masak ke tak senang je jawab, "tak pandai! mahallah bunuh minat masak, dh jadi malas da". ngeh2!

sebenarnya itu semua untuk elak dari litar pintas. mana tidaknya, satu level ada 8 bilik, satu bilik ada 4 orang ke 8 orang. then satu blok ada 4 level. di mahallah ana saja ada la dalam 7 blok. total semua (8x4x4x7=?), kalau purata masing2 bawak rice co0ker je pun boleh meletup mahallah! jangan terkejut tiba2 mahallah safiyyah tinggal kenangan, hehe~ sebab ramai foreigner sini degil, nak jgak masak, habis gelap gelita blok ana selalu blackout!


kenangan lain: kadang tu picnic peribadi ke taman tasik titiwangsa, celebrate all da brithdays, raikan raya dengan gilir2 ke rumah kawan2 sekitar KL. edisi rempit serata KL belum lagi dikira. semua tu kenangan yang sangat2 manis!.



untuk rakan-rakan gelak tangis suka dan duka, terima kasih kerana berada di sisi ku, sejak matrix hingga sekarang; 6 tahun kita bina keakraban, selama itu rasa hati kita dicarik-carik dengan kerenah insan, kerenah birokrasi universiti, mehnah study yang tak pernah padam. moga hari-hari kemudian kita makin kuat berukhuwah. rindu dikejauhan..


programs.. macam-macam jenis & genre program ana ikut serta jadi tenaga kerja, dari peringkat block representative sampai la seluas-luas dunia program ana dah teroka. walaupun bukan atas jawatan yang besar2 tapi Alhamdulillah ana dah belajar semua jenis peringkat program yang di-conduct; dalam university, luar university, government body. belajar memerhati kerenah manusia dan belajar mengutip ilmu2 & pengalaman mereka.



Thursday, March 17, 2011

Peristiwa Akhir Zaman

42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama.

Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata,
“Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).

2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Ertinya:

Daripada Ummul Mu’minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata,
" (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.

H.R. Bukhari Muslimi

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
“Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘.
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan ‘ttakut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Ertinya:

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,
“Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

H.R. Muslim

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

5. GOLONGAN ANTI HADITH

Ertinya:

Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
“Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.”

H.R. Abu Daud

Keterangan

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Ertinya:

Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,
“Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.

H.R. Bukhari

Keterangan

Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi’ar-syi’ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi’ar-syi’ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati.

Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat

7. ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw,
“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.

H.R. Muslim

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat.

Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

8. BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”.

H.R. Termizi

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.,
“Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.


Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
“Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka

10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya,
“Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.


11. ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Ertinya:

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,
“Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”.

H.R. Thabrani

Keterangan

Di antara tanda-tanda qiamat ialah:

  • Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
  • Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
  • Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
  • Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
  • Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
  • Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

12. DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,
“Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”.

Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya);

Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”.

H.R. Baihaqi

Keterangan

Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema’siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.

13. DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

H.R. Muslim

Keterangan

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.


14. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw,
“Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.

H.R. Muslim

Keterangan

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

15. HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA TEMPAT

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,
“Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.

H.R. Ibnu Majah

Keterangan
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

16. ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR

Ertinya:

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda,
“Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi”.

H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’.
Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.

Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

17. SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN

Ertinya:

Daripada Anas r.a. berkata,
“Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan.”

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.

18. HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT

Ertinya:

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw.,
“Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”,

maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.

H.R. Muslim

Keterangan

Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

19. UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Ertinya:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

H.R. Muslim

Keterangan

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

20. PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU

Ertinya:

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda,
“Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.

H.R. Hakim

Keterangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ

Ertinya:

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw.,
“Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq”.

H.R. Ibnu Ady

Keterangan

Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Ertinya:

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda,
“Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.

H.R. Tirmizi

Keterangan

Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan

23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda.
“Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.

Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
“Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah”? Nabi saw. menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan”.

H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatberlakunya peperangan demi peperangan.

Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri.

Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.

25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Ertinya:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
“Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.

H.R.Termizi

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata:
“Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.

H.R.Baihaqi

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.;
“Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”
.
H.R.Muslim

Keterangan

Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu.

Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.

Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;
“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.

H.R.Muslim

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir.

Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, “kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu”.

Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA

Ertinya:

Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:
” Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”.

H.R.Muslim

Keterangan

Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.

Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.

30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;
‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”.

H.R.Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.

31. KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH

Ertinya:

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;
“Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam”.

H.R.Ibnu Majah

Keterangan

Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari’at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.

32. ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN

Ertinya:

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;
‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” .

H.R Ahmad

Keterangan

Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya.

Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.

33. ISLAM NAMA SAHAJA

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.;
“Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;
“Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”.

Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

H.R Ibnu Majah

35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda:
” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  • Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • Zakat dijadikan hutang.
  • Suami memperturutkan kehendak isteri.
  • Anak derhaka terhadap ibunya,
  • Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  • Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  • Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  • Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  • Para artis-artis disanjung-sanjung.
  • Muzik banyak dimainkan.
  • Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
  • Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.

H.R Termizi

Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda;
“Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
  • Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
  • Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
  • Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
  • Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
  • Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.

H.R Ibnu Majah

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
“Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan terjadi hari qiamat?”.

Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya”.

Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”.

Maka Nabi saw. bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”.

H.R Bukhari

Keterangan

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.

38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Ertinya:

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:
“Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.

H.R Abu Daud

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

39. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda;
“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
H.R Termizi


Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.

Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

40. GOLONGAN YANG SELAMAT

Ertinya:

Daripada ‘Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
“Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat”? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah”. (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

H.R Ibnu Majah

Keterangan

Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “Ahlus Sunnah wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.

41. LAHIRNYA IMAM MAHADI

Ertinya:

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda:
“Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku”.

H.R Termizi

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa ‘alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu.

Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam.

42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan:

“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

sources:
http://hikmatun.wordpress.com/2009/12/08/42-hadith-tentang-peristiwa-akhir-zaman/

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"