Pages

Showing posts with label sirah awwalun. Show all posts
Showing posts with label sirah awwalun. Show all posts

Friday, November 25, 2011

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


petikan dari DrMAZA

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.



2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.


Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.


Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.


3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).


Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.



4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit.

Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).


5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.


6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.


7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.


8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.


9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Sunday, October 30, 2011

al-Khansa', ibu para syuhada'

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Seperti apakah susuk tauladan yang baik bagi seorang ibu dalam menunaikan kewajipan mendidik anak-anak? Ada satu rangkap kata-kata yang tidak asing lagi di telinga kita iaitu tangan yang disangka lembut menghayun buaian telah menggoncang dunia mencipta sejarah. Sesuailah rangkap kata-kata ini untuk kita mengenali siapakah gerangan hamba Allah yang telah melahirkan dan mendidik empat orang Mujahid perang al-Qadisiyyah yang terkenal dalam sejarah Islam.

Dialah al-Khansa’. Al Khansa’ adalah gelaran seorang wanita yang bernama Tumazhir binti ‘Amru bin Sulami. Lafazh al-Khansa’ (muannats) diambil dari kata kha-na-sa (al-Khanas), artinya hidung yang pipih, dan agak naik ke atas. Jadi,al-Khansa’ adalah gelaran bagi wanita yang hidungnya seperti itu.. Al-Khansa’ dilahirkan pada zaman jahiliyah dan membesar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, iaitu Bani Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa’. la adalah seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, pemberani, tegas, tidak pernah berpura-pura, suka berterus terang dan dialah wanita Arab pertama yang pandai bersyair.

Pandai bersyair.


Para sejarawan sepakat bahawa sejarah tidak pernah menceritakan wanita yang lebih pandai bersyair berbanding al-Khansa’, sebelum ataupun selepas beliau meninggal dunia. Pada mulanya beliau tidak pandai bersyair tetapi hanya boleh melantunkan dua atau tiga bait sahaja.

Diriwayatkan bahawa ketika Adi bin Hatim dan saudara perempuannya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka mereka berkata, "Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda." Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya.” Adi menjawab, “Adapun yang paling pandai bersyair adalah Umru'ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Tha'i, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Ma'dikariba.” Rasuluilah SAW membalas, "Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa’ binti Amru, dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah, dan orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib.”

Di zaman jahiliyyah, beliau terkenal dengan syair-syairnya yang menceritakan kenangan tentang orang-orang yang dikasihi terutamanya dua saudara lelakinya, yaitu Mu'awiyah dan Sakhr yang telah meninggal dunia. Ketika Mu’awiyah terbunuh, beliau meratapi kematiannya dalam beberapa bait syair. Tidak lama selepas itu, Shakhr pula terbunuh. Al-Khansa’ amat mencintai saudaranya ini, karena dia amat penyabar, penyantun, dan bertanggungjawah terhadap keluarga. Kematiannya menyebabkan al-Khansa’ sangat tersentak, lalu muncullah bakat bersyairnya yang selama ini terpendam.

Jarir ra. pernah ditanya, “Siapakah yang paling pandai bersyair?” Jarir ra. menjawab, “Kalau tidak ada Al-Khansa’, tentu aku.” Al-Khansa’ selalu bersyair tentang kedua-dua saudaranya, sehingga beliau pernah ditegur oleh Umar bin Khattab ra. Umar ra. pernah bertanya kepada Khansa’, “Mengapa matamu bengkak-bengkak?” Khansa menjawab, “Karena aku terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang terdahulu." Umar berkata, “Wahai Khansa’, mereka semua ahli neraka.” Sahut Khansa’, “sebab itulah yang membuatkan aku lebih kecewa dan lebih sedih. Dahulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya kerana dia adalah ahli neraka.”

Dan Khansa’ pun terus menangis di hadapan Umar sampai khalifah itu merasa kasihan, kemudian beliau menoleh kepada para sahabatnya lalu berkata, “Biarkan dia dengan urusannya.” Selepas keluar daripada menghadap Khalifah Umar, Khansa’ pergi menemui Aisyah Ummul-Mukminin dan meluahkan segala kesedihannya. Beliau merasa seperti mendapat ubat dan hiburan daripada Aisyah yang menambahkan kesabaran dan ketaqwaannya sehingga kemudiannya beliau ikut serta bersama para wanita muslimah lain menyebarkan syiar ajaran Islam dan berjihad di jalan Allah.

Keislaman al-Khansa’ dan Kaumnya


Tatkala mendengar mengenai dakwah Islam, al-Khansa’ pergi menemui Rasulullah bersama kaumnya, Bani Sulaim, dan menyatakan keislaman mereka. Ahli-ahli sejarah menceritakan bahawa pernah suatu ketika Rasulullah menyuruhnya melagukan syair, kemudian kerana kagum dengan keindahan syairnya, baginda mengatakan, “Ayuh teruskan, tambah lagi syairnya, wahai Khansa’!” sambil mengisyaratkan dengan jari telunjuk baginda.

Khansa’ telah banyak menitiskan duka hatinya menerusi syair. Kedukaannya semakin lama semakin reda, dan hatinya menjadi damai setelah beliau bersama kaumnya pergi menemui Rasulullah untuk menyatakan bai’at masuk Islam. Baliau keluarlah dari tempat duduk Rasulullah dengan rasa penuh keimanan dan kesabaran, walaupun masih meratapi kedua saudaranya. Cuma, kini beliau tidak meratap sambil menampar pipi dan mengoyakkan baju seperti yang dilakukan dulu. Islam sebagai agama yang baru saja dipeluknya, mengharamkan perbutan tersebut. Begitulah kuatnya umat Islam terdahulu berpegang pada ajaran Islam seperti firman Allah SWT:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapan: "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang untung. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” [TMQ an-Nuur (24): 51-52]

Wasiat al-Khansa’ Bagi Keempat-empat Anaknya

Al-Khansa’ berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Dari pernikahan itu beliau dikurniakan empat orang anak lelaki. Setelah melalui pembinaan dan pendidikan tangan-tangannya, keempat-empat anak lelakinya itu telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal dan Khansa’ sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada kerana dorongannya terhadap keempat-empat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah . Dalam sebuah riwayat disebutkan, bahwa al-Khansa’ dan keempat-empat puteranya ikut serta dalam perang al-Qadisiyyah.

Sebelum peperangan itu bermula, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa’. Keempat-empat puteranya berdebat untuk menentukan siapakah yang patut diberi peluang untuk ikut berperang melawan tentara Parsi, dan siapakah yang patut tinggal di rumah bersama ibu mereka. Keempat-empatnya saling tunjuk menunjuk kepada yang lain untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh fi sabilillah. Rupa-rupanya, pertengkaran mereka itu telah didengari oleh ibu mereka. Maka Al-Khansa’ mengumpulkan keempat-empat anaknya, dan berkata,

“Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan yang sama. Tidak patut bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau memalukan bapa saudaramu, atau menconteng arang di kening keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah ke barisan paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahi hidup.”

“Kalian semua tahu betapa besar pahala yang Allah janjikan bagi orang-orang yang beriman ketika berjihad melawan orang-orang kafir. Ketahuilah bahawa negeri akhirat yang kekal itu jauh lebih baik dari negeri dunia yang fana. Allah Azza wa Jalla berfirman,Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” [TMQ ali Imran (3): 200] Andaikata esok kalian masih diberi kesihatan oleh Allah, maka perangilah musuh kalian dengan gagah berani, mintalah kemenangan ke atas musuhmu dari Ilahi. Apabila pertempuran mulai sengit dan api peperangan mulai menyala, terjunlah kalian ke jantung musuh, bunuhlah pemimpin mereka saat perang tengah berkecamuk, mudah-mudahan kalian meraih ghanimah dan kemuliaan di negeri yang kekal dan penuh kenikmatan.”

Kepahlawanan Keempat-empat Anaknya

Terdorong oleh nasihat ibunya, keempat-empat puteranya tampil dengan gagah berani. Mereka bangkit demi merealisasikan impian si ibu. Dan tatkala fajar menyingsing, majulah keempat-empat puteranya menuju kem-kem musuh. Sesaat kemudian, anak pertama memulakan serangannya dengan pedang terhunus sambil bersyair,

Saudaraku, ingatlah pesan ibumu tatkala ia menasihatimu di waktu malam..
Nasihatnya sungguh jelas dan tegas, “Majulah dengan geram dan wajah muram!”
Yang kalian hadapi nanti hanyalah anjing-anjing Sasan yang mengaum geram..
Mereka telah yakin akan kehancurannya, maka pilihlah antara kehidupan yang tenteram
atau kematian yang penuh keberuntungan


Ibarat anak panah, anak pertama terus meluru ke tengah-tengah musuh dan berperang mati-matian hingga akhirnya gugur. Semoga Allah merahmatinya. Berikutnya adalah giliran anak yang kedua maju menyerang sambil bersyair,

Ibunda adalah wanita yang hebat dan tabah, pendapatnya sungguh tepat dan bijaksana
Ia perintahkan kita dengan penuh bijaksana, sebagai nasihat yang tulus bagi puteranya
Majulah tanpa memikirkan jumlah mereka dan raihlah kemenangan yang nyata
Atau kematian yang sungguh mulia di jannatul Firdaus yang kekal selamanya


Kemudian dia bertempur hingga ke titisan darah yang terakhir mengikuti saudaranya ke alam baqa’. Semoga Allah merahmatinya. Lalu yang ketiga mengambil bahagian. Dia maju mengikuti jejak saudaranya, lalu bersyair,

Demi Allah, takkan kudurhakai perintah ibu perintah yang sarat dengan rasa kasih sayang
Sebagai kebaktian nan tulus dan kejujuran maka majulah dengan gagah ke medan perang..
Hingga pasukan Kisra terpukul mundur atau biarkan mereka tahu, bagaimana cara berjuang
Janganlah mundur kerana itu tanda kelemahan , raihlah kemenangan walaupun maut menghadang


Kemudian dia terus bertempur hingga mati terbunuh. Semoga Allah merahmatinya. Seterusnya, tibalah giliran anak yang terakhir menyerang. Ia maju lantas bersyair,

Aku bukanlah anak si Khansa’ maupun Akhram , tidak juga Umar atau nenek moyang yang mulia,
Jika aku tak menghalau pasukan Ajam, melawan bahaya dan menghancurkan barisan tentera
Demi kemenangan yang menanti, dan kejayaan ataulah kematian, di jalan yang lebih mulia


Lalu dia pun bertempur habis-habisan hingga gugur. Semoga Allah meredhainya bersama ketiga-tiga saudaranya. Ketika berita gugurnya keempat-empat anaknya tadi sampai telinga al-Khansa’, beliau hanya tabah sambil mengatakan,“Segala puji bagi Allah yang memuliakanku dengan kematian mereka. Aku berharap kepada-Nya agar mengumpulkanku bersama mereka dalam naungan rahmat-Nya.”

Wahai ibu-ibu yang menghayunkan buaian!

Memang telah menjadi kewajipan kalian mendidik anak-anak, tetapi apakah matlamat yang harus kalian tetapkan dalam proses pendidikan tersebut? Jawapannya adalah untuk menjadikan anak-anak kalian hamba-hamba Allah yang bertaqwa sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan Islam di bawah pimpinan Khalifah Islam dan untuk terus menyebarkan Islam ke setiap pelosok dunia dengan jalan jihad. Jadi, al-Khansa’, ibu para syuhada’ ini, adalah salah satu susuk peribadi seorang ibu yang boleh dijadikan teladan oleh ibu-ibu masa kini. Sesungguhnya kewajipan menyebarkan Islam melalui jihad adalah tanggungjawab Daulah Khilafah dan telah menjadikan kewajipan kita semua berusaha mewujudkannya serta mendidik anak-anak kita berjuang dengannya. wallahu 'alam




http://www.mykhilafah.com/srikandi-tauladan/2796

Wednesday, September 7, 2011

mein name ist rab'ah el adawea

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞





ana masih ingat di zaman kanak-kanak ana ada TERtonton cerita ini:




p/s: salah satu link dr keseluruhan cerita.


masa tu tak faham arab sgt pun, kecik lagi. tapi kekuatan ana yang Allah bagi boleh faham di otak bila melihat dengan mata. antara gambaran yang ana masih ingat, sang rabeah dicurahkan air kotor untuk beliau berwudhuk dalam penjara, tetapi air itu berubah menjadi suci bersih. dan juga, ada orang lemparkan ular berbisa ketika sang wanita sufi sujud dalam solat, ular itu berubah menjadi kalungan bunga di leher rabeah. permulaan cerita, mereka adik beradik dipisahkan dari kecil. rabeah banyak diuji dan jiwanya tetap utuh. ana pun ingat2 lupa ceritanya. Allahu álam.


nah, ini sedikit perkongsian daripada pengajian Umdatul Ahkam #28 - bab nikah:


Friday, July 22, 2011

bagaimana ketaatan kepada pemimpin?

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


memetik sedikit tazkirah (peringatan dr laman sosial FaceBook) ada dua point penting untuk di'tadabbur' dari kisah khalifah di bawah. ana tidak mahu banyak menganalisa, cuma sekadar berkongsi fakta:


1. Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani: “Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya. Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”. Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”. Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.


Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula dikatakan mazhab salaf melarang sama sekali menegur pemerintah di khalayak rakyat?!





Suatu hari, Umar Abdul Aziz mdapat tahu yang anaknya telah membeli mata cincin dengan harga 1000 dirham perak. Lantas dia menulis surat kepada anaknya

"Aku mdapat tahu yang engkau mmbeli mata cincin dengan harga 1000 dirham.Sekiranya surat ini sampai kepadamu,

Jualkanlah ia dan kenyangkanlah 1000 orang dengan duit itu. Belilah mata cincin yang harganya 2 dirham sahaja yang di buat dari besi cina"

-Dipetik dari Kitab Risalah Qusyairiah

khazanah dr DrMAZA.com & Abu Khuzaifah

Wednesday, June 1, 2011

Syifa' Binti Abdullah al-Adawiyyah r.a.

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


bertepatan dengan minat ana bidang kedoktoran, ana bentangkan satu sejarah sahabiyyah terdahulu..

* * * *

Namanya Syifa' binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam.

Kemuliaan

Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. Sesuai dengan namanya Syifa' memiliki kepakaran dalam istirqa' iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.

Beliau turut memiliki kedudukan yang terhormat di sisi Ummahatul Mukminin, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. As-Syifa' sentiasa datang menjenguk Ummul Mukminin, Hafsah dan mengajarkannya menulis. Rasulullah s.a.w. telah menyuruh as-Syifa' mengajarkan Hafsah menulis dan cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah. Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Syifa' binti Abdullah bahawa dia berkata: "Rasulullah s.a.w. datang menjengukku dan aku sedang bersama Hafsah. Rasulullah berkata kepadaku, "Ajarkanlah Hafsah cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah sebagaimana engkau mengajarkannya menulis."

Rasulullah s.a.w. menghormatinya dan bersaliturahim dengannya. Rasulullah s.a.w. juga telah memberinya sebuah rumah di Madinah. As-Syifa' telah tinggal di rumah tersebut bersama anaknya Sulaiman.

Kepakaran dalam Perubatan

Pada zaman jahiliyyah, Syifa' binti Abdullah mengubati sakit kulit dengan menggunakan ruqayyah. Setelah memeluk Islam, dia telah datang bertemu Rasulullah untuk meminta izin agar dapat meneruskan pekerjaannya itu. Ibnu Qayyum berkata bahawa di zaman jahiliyyah as-Syifa' menggunakan ruqayyah untuk mengubati penyakit kulit. Ketika turut serta dalam hijrah dan membaiah Nabi s.a.w. dia telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.:

"Ya Rasulullah, pada zaman jahiliyyah aku mengubati penyakit kulit dengan cara ruqayyah dan aku ingin memperlihatkannya kepadamu."

Syifa' berkata, maksudnya: "Dengan nama Allah, sampai kembali ke asalnya dan tidak membahayakan seseorang pun. Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini."

Ibnu Qayyum berkata: "Syifa' binti Abdullah membaca ruqayyah tersebut sebanyak tujuh kali ke atas sebuah dahan gaharu. Kemudian, dia menumbuknya sampai halus pada tempat yang bersih dengan menggunakan batu yang tajam. Setelah itu, dia akan menggoreskannya ke atas penyakit kulit tersebut."

Setelah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w. beliau meneruskan pekerjaannya itu.As-syifa' juga menyertai beberapa peperangan sebagai tentera dan juga pasukan perubatan.

Bersama Umar al-Khattab

Syifa' binti Abdullah mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Umar al-Khattab r.a. sebagaimana mulianya as-Syifa' di sisi Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar selalu mengutamakan as-Syifa' dalam hal pandangan. Bahkan, beliau turut memberi kepercayaan kepada as-Syifa' dengan melantiknya sebagai seorang qadhi di pasar. As-Syifa' adalah Muslimah pertama memegang jawatan itu. Beliau memikul tugas tersebut dengan penuh amanah dan tegas.

Pada suatu hari, as-Syifa' melihat sekelompok anak muda berjalan dengan perlahan dan bercakap dengan lambatnya. As-Syifa' bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah ahli ibadah." As-Syifa' membalas: "Demi Allah! Dahulu Umar ibn Khattab berjalan dengan pantas, bercakap dengan lantang dan apabila memukul pasti sangat sakit dan dialah sebenarnya yang disebut sebagai ahli ibadah."

Umar Ibn Khattab sentiasa datang menjenguk as-Syifa' dan bertanyakan keadaannya, anak dan suaminya. Umar juga kerap membimbing mereka kepada kebaikan kalau keadaan memerlukan. Syifa' binti Abdullah berkata: "Umar ibn Khattab datang ke rumahku. Dia melihat dua orang lelaki tertidur di rumahku (suami dan anak as-Syifa'). Umar ibn Khattab bertanya: "Ada apa dengan dua orang lelaki ini sehingga mereka tidak solat berjemaah dengan kami?" Aku menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Mereka berdua solat bersama yang lain – ketika itu bulan Ramadhan – mereka terus solat berdua sampai datang waktu Subuh. Setelah mereka solat Subuh, mereka tidur. Umar ibn Khattab berkata: "Solat Subuh berjemaah bersama yang lain lebih baik bagiku daripada solat sepanjang malam sampai datang Subuh." Hal ini menunjukkan pemahaman fiqh Umar yang mendalam dan bimbingan halus daripadanya yang berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w dan anjuran untuk menghadiri solat jemaah.

As-Syifa' dan Hadis Rasulullah s.a.w.

As-Syifa' r.a. juga sempat meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. secara terus dan dari Umar al-Khattab. Adapun yang meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. daripada as-Syifa' adalah anaknya Sulaiman, kedua cucunya Abu Bakar bin Sulaiman dan Utsman bin Sulaiman, hamba sahayanya Abu Ishaq dan Hafsah Ummul Mukminin.

Di antara riwayatnya, bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebaik-baik pekerjaan. Baginda menjawab: "Beriman kepada Allah, jihad di jalanNya dan haji yang mabrur."

As-Syifa' menghabiskan hayatnya untuk menuntut ilmu, beramal, berzuhud dan beribadah sehingga ajal menjemputnya pada zaman khalifah Umar al-Khattab pada tahun 20H.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Ilahi.

Marilah kita berdoa: "Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini."

- Artikel iluvislam.com


Sanatan Helwah ya... nafsi.

Tuesday, May 10, 2011

Syaitan Benci Suara Azan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

lately laungan azan dari corong speaker masjid SHAH, Gombak sangat melunakkan hati. rasa terpanggil nak selalu ke masjid. bukan dulu jarang2, tapi sekarang rasa lebih terpujuk. ana nak kongsikan sedikit info berkenaan azan di sisi syaitan.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya sebuah hadith berkaitan dengan kelebihan azan dan syaitan melarikan diri apabila mendengar seruan azan dikumandangkan.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan akan berpaling melarikan diri sambil mengeluarkan angin yang sangat kuat(berkentut), sehingga ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila selesai azan ia pun datang dengan segera sehinggalah apabila ditaswib (diiqamahkan) untuk solat, ia pun akan berpaling melarikan diri kembali sehinggalah apabila telah selesai iqamah ia pun datang untuk mendatangkan was-was antara seseorang yang sedang solat. Ia (syaitan) berkata kepadanya, 'ingatlah yang tersebut, ingatlah yang tersebut' iaitu sesuatu yang tidak pernah diingat sebelum ini sehinggalah seseorang itu tidak mengetahui berapa rakaat dia solat."
(Riwayat Muslim dalam sahihnya, kitab solat, bab permulaan azan)


kebanyakan pengulas hadith menjelaskan bahwa maksud syaitan dalam hadith tersebut ialah iblis dan tenteranya. Ia dinamakan syaitan kerana syaitan ialah setiap yang jahat, khianat dan melampaui batas sama ada di kalangan jin dan juga manusia. Walau bagaimanapun syaitan di kalangan manusia tidak melarikan diri apabila mendengar suara azan. Kewujudan syaitan di kalangan jin dan manusia sememangnya diakui sendiri oleh Allah dalam al-Quran.

Firman Allah s.w.t:
"Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap nabi, musuh mereka dari syaitan manusia dan jin yang membisikkan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain perkataan palsu yang indah-indah lagi penuh dengan tipu daya.."
(al-An'am : 113)


MENGAPA LARI

persoalan yang timbul ialah mengapa syaitan jin melarikan diri sambil mengeluarkan angin (kentut) apabila mendengar suara azan atau iqamah?

Secara zahirnya dapat dinyatakan bahawa syaitan mengeluarkan angin (kentut) itu secara sengaja. Namun, dapat juga dikatakan dengan tidak sengaja.

Sekiranya syaitan mengeluarkan angin (kentut) dengan sengaja, kerana ia tidak mahu mendengar suara azan tersebut yang mengandungi seruan tauhid dan juga penyaksian manusia (anak2 Adam) terhadap ketauhidan Allah s.w.t atau kerana ia memandang remeh suara azan tersebut, maka ia bersikap biadap dan tidak berakhlaq sebagaimana gelagat atau kerenah orang-orang bodoh dan keji.

Namun, andainya angin atau kentut yang keluar itu bukan disengajakan, ia menunjukkan ketakutan yang amat sangat apabila mendengar suara azan sehingga melarikan diri dan tidak dapat menguasai diri sendiri pada waktu tersebut, sebagai suatu kehinaan ke atsnya. Sebagaimana orang yang ketakutan melarikan diri dari sesuatu dengan meredah dan melanggar apa sahaja kerana tidak dapat mengawal atau menguasai diri sendiri pada waktu itu.

apa keadaan sekalipun sama ada sengaja atau tidak, hadith ini menjelaskan bahawa suara azan merupakan antara suara yang amat dibenci oleh syaitan.

ini dapat dilihat dalam satu hadith yang lain juga riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a beliau berkata: aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan apabila mendengar panggilan (azan) untuk solat ia akan pergi melarikan diri sehinggalah ke Rauha' (nama suatu tempat lebih kurang 36 batu dari Madinah)." Ia sebagaimana hikayat dari al-'Amasy dari Abi Sufyan. Ini menunjukkan bahwa syaitan melarikan diri sehingga tidak mendengar lagi suara azan agar ia dapat merasai keamanan dan ketenteraman.

Selain itu, azan dan iaqamah juga membuktikan bahawa manusia mengetahui dan mengikuti jalan kedamaian, ketenteraman dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Lebih penting, manusia sanggup menyelusuri jalan kejayaan mereka di akhirat nanti dengan menyahut seruan azan dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Didalam solat itu ada ibadah rukuk dan sujud yang merupakan suatu bentuk ibadah yang tidak dapat dilaksanakan oleh jin syaitan jin.

Justeru, Rasulallah s.a.w menegaskan dalam sabdanya: "sekiranya manusia mengetahui apa yang disediakan pada seruan (azan) dan juga saf pertama kemudian mereka tidak dapati melainkan dengan cara mengundi (mencabut anak panah) nescaya mereka akan mengundi(untuk mendapatkan saf yang pertama). Sekiranya mereka mengetahui apa yang terdapat pada solat Isyak pada malam hari dan solat Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan cara merangkak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)

tidak dinyatakan dalam hadith bahawa syaitan melarikan diri apabila mendengar bacaan al-Quran, zikir, solat atau ibadah-ibadah yang lain. Ini menunjukkan bahawa an-Nida' atau azan itu sendiri merupakan suatu syi'ar yang cukup agung bagi seorang Muslim dan masyarakat Islam.



SAKSI PADA HARI AKHIRAT

Masyarakat juga perlu memilih muazin atau bila daripada individu-individu yang mempunyai suara yang lantang serta dapat menarik masyarakat ke masjid. Kerana Rasulallah s.a.w sendiri memerintahkan Bilal r.a agar mengumandangkan azan kerana Bilal r.a dikatakan mempunyai suara yang kuat lagi lantang. Rasulallah s.a.w menjelaskan dalam sabdanya:
"Imam itu merupakan seorang penjamin manakala muazin pula orang yang diberi amanah. Ya Allah, Engkau tunjukkanlah para imam dan ampunkanlah para muazin."


Setiap yang mendengar suara azan akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak kepada para muazin yang mengumandangkan suara azan. Justeru, Rasulallah s.a.w menasihati dan membimbing para sahabat agar mengumandangkan azan walau di mana mereka berada apabila masuk waktu dan mendirikan solat berjemaah. Dalam satu hadith riwayat al-Bukhari dari Abi Sa'id al-Khiudri r.a, beliau berkata kepada Abdullah bin Abdul Rahman bin Abi Sa'sa'ah al-Ansari:
"Wahai sahabatku, sesungguhnya aku melihat engkau suka mengembala kambing biri-biri ke lembah-lembah (badiyah) di ceruk rantau, maka apabila engkau berada bersama ternakanmu atau di lembah-lembah sana hendaklah engkau azan untuk solat, angkatlah (kuatkan) suaramu kerana sesungguhnya tidak mendengar deruan suara muazin oleh jin dan manusia serta sesuatu pun melainkan akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat nanti. Aku mendengarnya dari Rasulallah s.a.w."


rujukan Muhammad Syauqi Khadir al-Sayyid "Anwar Min al-Sunnah". 1990

petikan ANIS Jun 2010, celik fiqah oleh Dr.Nik Yusri Musa (pensyarah pusat pengajian umum, UKM)

Thursday, April 21, 2011

preparation for R.A

...sambungan dari qisah ana mula menjejakkan kaki ke dunia R.A. di bawah ini ana letak beberapa potongan teks yg ana sempat baca semalam, dalam tempoh masa kurang sejam sebelum terlelap.

cumanya di bawah ini hanya keratan teks yg mungkin menarik untuk dibaca di waktu2 senggang. full articles boleh di baca melalui laman academia.edu ana ^_^
happy reading!



1. The Islamic Concept of Knowledge

Dr. Sayyid Wahid Akhtar
Vol XII No. 3

In the Islamic theory of knowledge, the term used for knowledge in Arabic is 'ilm, which, as Rosenthal has justifiably pointed out, has a much wider connotation than its synonyms in English and other Western languages. 'Knowledge' falls short of expressing all the aspects of 'ilm. Knowledge in the Western world means information about something, divine or corporeal, while 'ilm is an all-embracing term covering theory, action and education. Rosenthal, highlighting the importance of this term in Muslim civilization and Islam, says that it gives them a distinctive shape.

It may be said that Islam is the path of "knowledge." No other religion or ideology has so much emphasized the importance of 'ilm. In the Qur'an the word 'alim has occurred in 140 places, while al-'ilm in 27.


In all, the total number of verses in which 'ilm or its derivatives and associated words are used is 704. The aids of knowledge such as book, pen, ink etc. amount to almost the same number. Qalam occurs in two places, al-kitab in 230 verses, among which al-kitab for al-Qur'an occurs in 81 verses. Other words associated with writing occur in 319 verses. It is important to note that pen and book are essential to the acquisition of knowledge. The Islamic revelation started with the word iqra' ('read!' or 'recite!').

*************************************

2. The Qur'an, Knowledge, and Science

A. Abd-Allah :

The Description of Knowledge in the Qur'an and by the Prophet (saas)


The Relationship Between the Qur'an and Modern Science :

A. - On the ongoing process of creation

B. - On pollution and the wasting of natural resources

C. - On the dual nature of iron

D. - On the origin of life in water

E. - On the diversity of mankind

F. - On the Water Cycle

G. - On Human Embryological and Fetal Development

H. - On Cosmology

*************************************

3. Islamic Conception of Knowledge

In the Holy Quran the word al-Ilm, knowledge, and its derivatives are used more than 780 times. The first few verses that were revealed to our Holy Prophet (SAW) mention the importance of reading, pen, and teaching for human beings:

Read: in the name of your Lord who created. He created man from something which clings. Read and your Lord is the most generous. Who taught with pen. Taught man what he knew not..." (96:1-5)


Traditions attributed to the Holy Prophet (SAW) in this regard, some of which are quoted below:

• It is an obligation for every Muslim to seek knowledge.

• Seek knowledge even if it be in China.

• Seek knowledge from cradle to grove.

• Scholars are the heirs of the prophets.

• The ink of the learned will be weighed with the blood of the martyrs on the Resurrection Day; and then, the ink of the learned would be preferred to the blood of the martyrs.

• Anyone who pursues a course in search of knowledge, God will ease his way to paradise.

• The most learned of men is the one who gathers knowledge from others on his own; the most worthy of men is the most knowing and the meanest is the most ignorant.

• Acquire knowledge, it enables its possessor to distinguish right from wrong; it lights the way to heaven.



Some Wise Sayings of Imam Ali (AS) in this regard, which are quoted below:
• O you who carry knowledge around with you; are you only carrying it around with you? For surely knowledge belongs to whoever knows and then acts accordingly, so that his action corresponds to his knowledge. There will be a people who will carry knowledge around with them, but it will not pass beyond their shoulders. Their inner most thoughts will contradict what they display in public, and their actions will contradict what they know.

• Do not turn your knowledge into ignorance and your surety into doubt. When you acquire knowledge then act in accordance with it and when you achieve surety then proceed with it.

• Knowledge is accompanied by action. Thus he who knows acts in accordance with it. Knowledge is called through action. Thus if called it responds and if left uncalled it leaves.

• The lowest form of knowledge is the one which (only) appears upon the tongue while the loftiest is the one made manifest by the organs and the limbs.

• Verbal Knowledge is of the least value, while practical knowledge is of the highest.

• The more knowledgeable the man, the more valuable the man.

• The most complete gift of God is a life based on knowledge.

• Knowledge gives life to the soul. Knowledge creates fear of God.

• Practice makes knowledge perfect.

• The one who engages in business without knowledge of its laws is inevitably dragged into usury.

• Two types of people will never be satiated, the seeker of knowledge and the seeker of this world.

• The best companion is satisfaction while knowledge is a noble heritage. Good morals are renewable garments and thought is a clear mirror.

• There is no virtue in your possession of excessive wealth and offspring rather virtue and merit are (awarded) by greater knowledge and insistence and by your devotion to your Lord.

• When a dead person is placed in his grave, four kinds of fire will cover him, but then the prayer will come and put one of them out, and the fast will come and put another one of them out, and then charity will come and put another one out, and knowledge will come and put the forth one out, and it will say: If I had come sooner, I would a have put all of them out, and given you delight for I am with you now, and you'll not see anything else distressing.

• When Allah wishes to humiliate a person He prevents him from gaining knowledge.

Knowledge is better than Wealth because of the following seven reasons:

1. Knowledge is inheritance of Prophets while wealth is inheritance of Firauns (Pharaohs).

2. Knowledge does not diminish (rather increases) with spending, while wealth diminishes with spending.

3. Wealth requires to be protected, while knowledge protects its owner.

4. Knowledge will enter the Kafan (Shroud) while wealth will be prevented from doing so.

5. Wealth reaches both believers and unbelievers (Kafir), while knowledge is reserved only for those who are worthy of it.

6. Knowledge will facilitate passing over the Seraat (Bridge over Hell) while wealth will pore hurdles.

7. People are always in need of scholars while they might not be in need of those possessing wealth.

Sunday, April 10, 2011

mutiara Sirah dari Ilmu Jarh wa Ta'dil

assalamualaikum..

memulakan bicara kalam kali ini.. ada sesuatu yang menarik perhatian saya tatkala fokus study paper department al-quran & as-sunnah ni.

tentang apa yang pernah saya tahu dan saya baca sejak kecil, rupanya itu semua palsu belaka!

kini saya nak rungkaikan, untuk catatan ilmu peribadi dan untuk siapa-siapa yang tak pernah tahu pun bahawa pe yang kita pernah dengar dulu itu semuanya tak sahih!

sumber ini datang dari pecahan Bidang Keilmuan Berasakan Ilmu Jarh Wa Ta'dil. dari bidang2 ini terpecah antaranya:

Ilmu Qiraat
Ilmu Hadith
Ilmu at-Tarikh (sejarah)
Ilmu Lughah & Adab
Ilmu al-Hakm wal Qudha'

lalu dari pecahan Ilmu Sejarah (at-tarikh) itu saya dapati sejarah ini benar2 diulas mengikut sumber yang sahih

PENGENALAN:

Ilmu Jarh wa Ta'dil telah memainkan peranannya dalam menyaring segala maklumat yang dibawa berdasarkan para penulis dan kitab-kitab sejarah yang ditulis. antaranya karya Ibn Ishaq.

Muhammad bin Ishaq bin Yasar (wafat 151 H), hamba maula kepada Qais bin Makramah bin al-Muthalib. Beliau membesar di Madinah dan sempat belajar dari beberapa orang tokoh ulama terkenal seperti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, Abban bin 'Uthman bin 'Affan, Muhammad bin Ali bin al-Hussain bin Ali dan selainnya.

Beliau adalah seorang yang paling mahir di bidang Sirah seperti abb maghazi (peperangan) dan juga Siyar (ekspedisi). Beliau diterima sebagai yang dipercayai (Tsiqah) oleh Yahya bin Ma'in, Ibnu Hanbal, Ibnu al-Madini dan selainnya. Namun, sesetengah ulama seperti Imam Malik, Yahya al-Qatthan dan beberapa orang lagi imam di dalam bidang ilmu Jarh wa Ta'dil mencatatkan (Tajrih) aspek periwayatannya.

Sesetengah ulama pula menganggap Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syi'ah. Anutannya mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam periwayatan Sirah yang beliau nukilkan. Antara siri kajian sirah beliau berjudul al-Maghazi.

Kitab ini tidak sampai ke tangan kita, namun salah seorang anak muridnya iaitu Ibnu Hisyam (wafat 218 H) telah mengutip secara bebas ataupun meringkaskan cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang masyhur dikenali dengan judul Sirah Ibnu Hisyam, sebuah kitab rujukan sirah utama masa kini!. Beliau bertalaqqi dengan Ziyad bin Abdullah (wafat 183 H) yang meriwayatkannya secara langsung dari Ibnu Ishaq.

banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana pra Islam yang diriwayatkan oleh beliau sedangkan ia tidak terdapat pada penulis dan pengarang sirah yang lain. Cerita-cerita ini pula lebih cenderung menyokong fahaman Syi'ah, iaitu sama ada mengangkat Ali bin Abi Talib atau keluarganya atau meminggirkan sumbangan atau menburuk-burukkan para sahabat yang lain terutamanya Muawiyah, Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain.

ISI-ISI PENTING:

point-point yang saya cuba highlightkan dari kenyataan saya di awal tadi ialah pada diantara cerita yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan dipertikaikan oleh ulama' :


1. kisah Hindun yang dikatakan memakan jantung Hamzah bin Abdul Muthalib. Cerita ini tidak pernah diceritakan oleh orang lain dari sumber yang boleh dipercayai seperti dalam kitab Sahih al-Bukhari dan selainnya. Malahan, Wahsyi yang membunuh Hamzah sendiri tidak pernah menyebut tentang kisah ini di dalam beberapa hadith berkaitan peristiwa Uhud dan selepasnya. Motif utama penceritaan ini yang berjay dikesan berkemungkinan besar adalah bertujuan mencacatkan keperibadian Hindun iaitu ibu kepada Muawiyah yang menjadi musuh utama bagi golongan Syi'ah.


2. kekarutan di dalam cerita-cerita tentang Muawiyah bin Abu Sufyan yang menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan cuba mengambil kesempatan demi merebut jawatan khalifah dari Ali bin Abi Thalib. Motif penyebaran cerita ini adalah untuk mencederakan peribadi Muawiyah. Apabila keperibadian beliau ini dipertikaikan oleh masyarakat Islam sendiri, bermakna al-Quran yang ada pada hari ini berkemungkinana juga boleh dipertikaikan, memandangkan beliau adalah salah seorang penulis wahyu Nabi s.a.w yang terkemuka.


3. Kisah penghijrahan Nabi s.a.w dari rumah baginda pada waktu malam baginda dikepung. Lalu digantikan oleh Ali bin Abi Thalib di atas tempat tidur baginda Nabi s.a.w. Pada mata kasarnya ia menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Ali bin Abi Thalib.

Tetapi dalam hadith paling sahih (sahih al-Bukhari), dinyatakan bahawa Nabi s.a.w berhijrah dari rumah Abu Bakar pada waktu siang hari. Dalam sahih al-Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abdullah bin Abu Bakar yang berkhemah berdekatan tempat persembunyian baginda berdua. Manakala, hamba Abu Bakar iaitu Amir bin Fuhairah pula berpura-pura menggembala kambing untuk menghantar bekalan susu kepada baginda s.a.w dan tuannya. Begitu juga kisah Asma' yang mendapat gelaran Zu al-Nithaqain dan lain-lain keluarga Abu Bakar di dalam peristiwa hijrah ini.

tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishaq ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar sekeluarga sesuai dengan aqidah Syi'ah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, 'Aisyah dan selainnya.


4. kisah mempersaudarakan Ali binAbu Thalib dengan Nabi s.a.w. Suatu kisah yang tidak logik, apabila diperhatikan dari motif 'mempersaudarakan' itu sendiri kerana sememangnya Ali adalah sepupu baginda s.a.w yang pernah tinggal bersama-sama di Makkah.motifyang dapat dikenalpasti ialah untuk menaikkan martabat Ali bin Abi Thalib untuk merasionalkan hujah bahawa beliaulah yang paling layak dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan baginda s.a.w.

PENUTUP:


banyak lagi kisah yang aneh yang dikeluarkan oleh Ibnu Ishaq secara perseorangan tanpa hujah dan fakta yang kukuh. Lalu tidak hairanlah apabila ulama besar seperti Imam Malik bin Anas sendiri mengungkapkan: "beliau ini adalah salah seorang dajjal"

antara sejarahwan yang sezaman dengan Ibnu Ishaq ialah Muhammad bin Umar al-Waqidi (wafat 207 H). Beliau juga ditolak periwayatannya oleh ramai ulama' kerana kelemahannya (dho'if) di dalam periwayatan hadith.

sekian, itu saja kupasan dari saya atas rasa bersalah sebab dah lama percaya tentang kisah2 1, 2, 3 seperti di atas tu. ini hikmah dari belajar Ilmu Jarh wa Ta'dil (^_^)

..::sumber, Ilmu al-Jarh wa at-Ta'dil dari koleksi kitab2 ustaz saya; ustaz Sa'ad ad-Deen Mansur (terjemahan kitab dari buku Jahabersa tulisan Rosli Mokhtar & Mohd Fikri Che Hussain) ::..

Tuesday, March 22, 2011

Nasabnya dimuliakan

ana teringat dulu masa hadiri dialog interfaith, ada seorang brother ni tanya pada brother Shah Kirit, begini mafhumnya: "adakah ibu bapa Nabi s.a.w di kira kafir atau bagaimana..? jika kita kata Islam tu di baru sampai tika nabi s.a.w diutuskan" mungkin ana de salah faham soalan, tp yg nak di ceritakan di sini ialah tentang susurjalur keturunan nabi s.a.w. ALLAH MULIAKAN NASAB RASULALLAH S.A.W - Mencintai peribadi Rasulallah s.a.w perlu dimulai langkah mengenal jalur keturunan baginda yang bersih lagi mulia. Allah telah meletakkan ketinggian dan dan kemuliaan Nabi s.a.w dengan memilih nasab baginda s.a.w terdiri daripada kalangan orang-orang terhormat lagi mulia. Nabi s.a.w dilahirkan dalam keluarga bangsawan yang mat dihormati, iaitu Bani Hasyim. ini kerana Bani Hasyim mempunyai kedudukan yang terkemuka serta mempunyai pengaruh yang kuat di kota Makkah al-Mukarramah. nasab yang sempurna lagi mulia bagi Nabi Muhammad s.a.w yang berurutan sampai ke 'Adnan tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. ia adalah seperti berikut:
Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muttolib ibn Abdu Manaf ibn Qusai ibn Kilab ibn Murrah ibn Ka'ab ibn Lu'ai ibn Ghalib ibn Fihr ibn Malik ibn Nadhr ibn Kinanah ibn Khuzaimah ibn Mudrikah ibn Ilyas ibn Mudhar ibn Nizar ibn Ma'ad ibn 'Adnan.
PERAWI nasab ini telah ditetapkan oleh hadith yang mutawatir (hadith yang diriwayatkan ramai perawi dan menurut kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk berdusta) dan persepakatan para ulama'. manakala nasab Nabi s.a.w selepas 'Adnan yang menyambung rantaian nasab sehingga Nabi Ismail a.s ialah senarai yang tidak disepakati tentang kesahihannya. pernah pada suatu hari Rasulallah s.a.w berdiri di atas mimbar dan menyebut tentang nasabnya yang mulia:
"aku adalah Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muttolib. Allah telah menciptakan ciptaan dan menjadikanku sebaik-baik ciptaanNya. kemudian menjadikan mereka dua kelompok dan memilihku yang terbaik daripada kelompok itu, kemudian menjadikan mereka beberapa kabilah yang terbaik dan memilihku dari kabilah yang terbaik. kemudian menjadikan mereka beberapa rumah dan memilihku daripada rumah sebaik-baik rumah dan anggotanya."
(riwayat Imam Tirmizi dan Ahmad) BANI HASYIM Wathilah ibn al-Asqa' r.a berkata, bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:
"sesungguhnya Allah memilih daripada keturunan Ismail puak Kinanah, dan daripada Kinanah dipilih puak Quraisy, dan daripada Quraisy dipilih Bani Hasyim, dan dipilihnya aku daripada Bani Hasyim."
(dipetik dari kitab as-Syifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa, halaman 59. Imam Tirmizi mengatakan hadith ini sahih. Imam Muslim juga memasukkan hadith ini ke dalam kitab sahihnya). di antara keistimewaan dan kemuliaan Rasulallah s.a.w juga tidak terdapat dikalangan keturunan baginda s.a.w semenjak Nabi Adam a.s lagi ialah orang-orang yang melakukan zina. keistimewaan ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi, at-Tabrani di dalam al-Ausat dan Abu Nu'aim di dalam ad-Dalail. daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"tidaklah aku dilahirkan daripada pernikahan kaum Jahiliah walau sedikitpun, dan tidaklah aku dilahirkan melainkan dengan pernikahan secara Islam."
(al-Hafiz Imam al-Suyuti di dalam Khasais al-Nabawiyyah al-Kubra, jilid 1 halaman 97. Diriwayatkan juga Ibnu Saad dan Ibn Kathir dalam Bidayah wa al-Nihayah) Rasulallah s.a.w bersabda:
"Allah menzahirkan aku ke bumi dalam tubuh Adam a.s, menempatkan aku di dalam tubuh Nuh a.s, dan kemudian menyimpan aku di dalam tubuh Ibrahim a.s. Allah kemudian memindahkan aku dari satu tubuh ke tubuh yang lainnya, dan adri satu rahim ke rahim lainnya dari kalangan orang-orang mulia sehingga aku dilahirkan melalui kedua bonda ayahandaku. tidak satu pun daripada mereka tersebut berpasangan melalui penzinaan."
(hadith ini perlu dklarifikasikan lagi erana penulis tidak menyebut sumber asal hadith ini diambil) LIMA RATUS IBU disebutkan oleh Hisyam u-ibn Muhammad al-Kulabi a.s yang meriwayatkan daripada ayahandanya bahawa,
"aku telah menulis (nama) lima ratus ibu bagi Nabi Muhammad s.a.w, dan tidaklah aku mendapati dari kalangan mereka yang berzina serta tiada daripada mereka ini terlibat dengan amalan-amalan kaum Jahiliah walau sedikit pun."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi:
"sentiasalah aku berpindah dari sulbi (benih) generasi-generasi yang suci ke rahim para ibu yang suci bersih."
Rasulallah s.a.w juga bersabda,
"kedua-dua ibu bapaku tidak pernah berzina sama sekali."
(riwayat Ibnu Umar al-'Adni di dalam musnadnya) berkata Guru kami, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki dalam kitabnya, Keistimewaan Rasulallah s.a.w bahawa:
"seluruh jaluran Nabi Muhammad s.a.w adalah terdiri daripada orang-orang yang terhormat dan mempunyai maruah serta akhlaq yang mulia. difahami di sini, bahawa Rasulallah s.a.w lahir dari pernikahan yang sahih, sekalipun baginda s.a.w, ayahanda serta bonda baginda s.a.w berada ditengah kemelut Jahiliah yang jauh dari tatasusila dan adab kesopanan tamadun manusia. tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, bahawa seluruh keturunan datuk nenek Nabi s.a.w adalah terdiri daripada orang-orang yang beriman kepada Allah kerana mereka semua adalah pilihan Allah."
di dalam sebuah Athar, Nabi s.a.w bersabda:
"sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim a.s, satu golongan manusia yang tetap atas fitrah (beriman) menyembah Allah"
(Al-Hafiz al-Suyuti, Al-Ta'zim wa al-Minnah fi Anna Abawayy Rasulallah fi al-Jannah, halaman 55) ANIS OKTOBER 2010 p/s: ana rasa buku ini patut boleh memberi jawapan kepada brother yang tanyakan tentang keturunan asal Nabi s.a.w itu beriman atau tidak.. sekian untuk kali ini.. Allahu 'alam..

Wednesday, March 9, 2011

Jom tiru tabiat makan Nabi s.a.w

assalam...

jumpa lagi ^_~ dalam mo0d ceria walaupun masa makin sempit menanti final exams dan segala tugasan yang tertimbun di bahu..

pagi td sempat ana baca perihal mulakan hidup dengan penuh syukur dan ceria. semuanya datang dgn baik andai tidur dan bangun kita dari tidur itu terisi penuh dengan cara yang mengundang kasih sayang (rahmah) Ilahi.

ok, selain dari tidur yang cukup dan berkualiti ana nak bicara sedikit tentang makan dan makanan. blog orang yang suka makan akan terisi penuh dengan kajian tentang makanan. bukan dengan objektif "hidup untuk makan" (then ana akan memaknakan blog ini dengan hal2 kelazatan makanan ssemata-mata), tapi dengan objektif "makan untuk hidup" (men-toyyiba-kan yang halal) untuk lebih menceriakan bangun tidur yang telah ceria seawal pagi tadi.

sedikit perkongsian cara makan nabi s.a.w untuk di-sunnah-kan dalam kehidupan kita:

dalam sahih bukhari ada contoh-contoh ketertiban Nabi s.a.w memilih makanan. satu hadith dari sahabat memberitahu, Nabi s.a.w melarang campuran tamar mekar dengan tamar kering (tamar vs. ruttab), juga melarang mencampurkan kismis dengan tamar kering.

ummul mukminin Aisyah r.ha pula memberitahu bahawa Nabi s.a.w pernah makan tembikai/timun dengan tamar segar. jelas Aisyah lagi bahawa Nabi s.a.w berkata, :
"panas makanan ini dileraikan dengan kesejukkan makanan yang satu lagi, dan meleraikan kesejukkan makanan ini dengan kepanasan makanan yang satu lagi."

Aisyah juga menyebut bahawa Rasulallah s.a.w melarang menggabungkan susu dan ikan.

sains juga menyokong tabiat makan Nabi s.a.w ini dengan membuktikan salah kombinasi makanan menghasilkan paras pH yang tidak seimbang dan penyerapan nutrisi yang tidak betul untuk badan kita. lalu masalah penghadaman bakal berlaku.

Dr Ted Morter, CEO HealthSystem menasihatkan agar tidak menggabungkan protein dengan kanji (cth: nasi/roti/ubi dengan telur/daging/ayam). tapi, sedar atau tidak itu lah tabiat makan orang melayu/malaysia..?? makan nasi campur berlauk ayam dan sayur!

gabungan makanan protein dan kanji memerlukan persekitaran penghadaman yang berbeza. kanji atau karbohidrat boleh dihadamkan dengan cepat manakala protein memerlukan masa 5 jam untuk dihadamkan.

tambahan pula, persekitaran lebih berasid diperlukan untuk menghadamkan protein.

adalah dinasihatkan jangan mencampurkan protein dengan kanji, tetapi dibenarkan campuran protein (daging etc) dengan sayur-sayuran atau kanji dengan sayur-sayuran.

nampaknya orang-orang kita perlu ubah tabiat makan untuk lebih meng-HALAL & TOYYIBA-kan rezeqi Allah di muka bumi ini.

ana sendiri sedang cuba mengamalkan sunnah itu. tengah membuang tabiat makan lama yang dah bersarang dalam tobi'at hidup. moga Allah bantu kita menjalankan kehidupan yang lebih baik.

p/s: 'doktor' falsafah tidur untuk mulakan hari yang baik mungkin boleh bergabung idea dengan 'doktor' makan untuk kelansungan hidup yang sihat (hanya student adab je akan faham :'p)

Thursday, February 10, 2011

kuasa seorang khalifah

semalam, berlalu dari library melangkah pulang ke mahallah.. baru je usai azan maghrib berkumandang saat baru melepasi lintasan jalan raya. terserempak dengan pak guard bwak moto keluar dari pondok jaga mahallah menuju ke masjid mungkin.

"alangkah bagusnya kalu semua student menuju solat jama'ah. tak de oarng yang nak fikir nak buat jahat pada bila2 masa pun. tenang & senang aku nak solat jama'ah gak kat masjid"

itu bukan gomelan pak guard pada ana, tapi gomelan ana membayangkan pak guard punya hati berbicara demikian. kesian tengok mereka struggle jaga maslahah student2 di sini hampir separuh hari bertukar2 shif. tapi mereka belum tentu sempat nak kejar jama'ah kat masjid kelima2 waktu, bimbang & nak jaga kita. lagi2 saat orang bergegas menuju masjid tika tarawih bulan ramadhan. mungkin rasa hati mereka ingin sama2 memeriahkan malam2 ramadhan macam kita, tapi time2 tu la banyak plak masalah yang student buat (ish2...!!)

mana etika kita sebagai khalifah..?
nak mengamankan dunia tanpa perlu orang lain (pak guard) bersusah2 (jaga kaum2 hawa nih) kerana niat jahat kita (I mean if ada yang nak mencuri or nak pecah masuk mahallah perempuan tu or etc)

~~~~~

pesanan ustaz hanafi abdul malik menjelma dalam kepala:

"ingat senang ke nak berdakwah..? tak senang. semua kerja dalam dunia ni tak senang. tapi bila kita buat sesuatu kerja biar kerja itu punya nilai di dunia & akhirat walaupun ia barang sekecil zarah cuma"

tamsilan ustaz, cuba tanya orang2 yang kerja punggut/kutip/sapu sampah. senang tak kutip sampah hari2? penat tak? berbau tak? tanya pula pada pakcik2/makcik2 cleaner. penat tak kerja ni? susah tak? mesti dorg jawab penat. camtu jgak la kita ni yang nak berdakwah & dekati masyarakat untuk merubah mereka (sbb masa tu tengah mood operasi Jejak Belia Metropolitan)

tapi, once kita ikhlaskan niat kerana Allah, ganjaran pahala dah satu then dapat lak menyumbang kepada masyarakat. contohnya pakcik/makcik cleaner tadi, kalau tak sebab usaha penat lelah mereka itu tak kan indah punya alam sekeliling kita. kalau tak kerana orang2 yang kutip sampah (siap kena tahan bau hari2) tu habis berbau alam sekitar kita sampah terbiar. kita juga (ustaz fokus pada kami semua), jangan menghukum tapi berdakwah atas dasar merubah mereka.

so, pesan ustaz: hargailah orang sekeliling kita walau apa pun kerjanya. kerana usaha mereka yg kita nampak kecil tu sebenarnya beri banyak hikmah dalam hidup kita. dan kita pula, andai rasa susah/payah melakukan sesuatu kerja, ikhlaskan hati buat kerana Allah. insya Allah langkah kita akan terasa diringankan PLUS lagi nikmat manisnya ganjaran syurga & redho Allah kelak bertambah2 berbaloi. andai kita tidak dihargai, it's ok. asalkan kuasa tertinggi menerima.

~~~~

hmm.. kenapa tiba2 berfikiran begini..? kenapa tiba2 anda menulis ini ya RAS..? ntah la.. sbb kadang2 melihat & memerhati senario insan2 hidup di sekeliling kita buat saya terfikirkan macam2 perkara.. betapa hebat kuasa seorang khalifah andai segala tuntutan syariah dijunjung tinggi dalam hidup (pak guard tak susah, makcik cleaner rasa senang berbakti, pakcik kerja angkut sampah rasa HAPPY je duk dengan sampah hari2, then kita pun rasa takkan mengeluh belajar tinggi2....)

saya teringat pagi tadi ada saya terbaca dari majalah ANIS. menunggu waktu2 dhuha.
CARILAH KEMAQBULAN: dalam apa bab sekalipun, apa yang kita buat bukan sekadar memelihara sah dan batal. tetapi hendaklah mencari kemaqbulan. sah ini kita hanya fikir buat yang wajib dan tinggalkan yang haram. ini amalan budak-budak. tetapi umur kita, kena cari kemaqbulan. hendak mencari maqbul perkara asas yang mesti ada ialah adab. kita hendaklah beradab dengan Allah s.w.t

apabila memperkatakan tentang adab, perlu ada dua perkara yang disebut nilai tambahan. pertama buat sunat (yang wajib tetap dipelihara) dan yang kedua bersungguh-sungguh tinggalkan yang makruh. barulah mudah mendapat kemaqbulan. - ustaz sabri abd rani, perunding motivasi Fokus Budi.
gabung-jalin 3 komponen besar syari'ah; ibadah+fiqh+akhlaq then improvekn lagi dengan nilai2 tambah tu, tak mustahil kuasa seorang khalifah mampu bangkit mentadbir alam dengan penuh harmoni.

kembali memetik kenangan bersama2 ABIM ke operasi Jejak Belia Metropolitan, rasa sayu hati melihat begitu ramai peribadi2 muslim yang carik & rosak kerana kuasa kekhalifahan mereka sirna. dek tersalah pilih kawan atau terjebak dengan kejutan budaya.. T_T

usaha kita..? biar lah kecik atau kelihatan sedikit, namun biar impaknya menembusi pembentukkan insan2 baru. insan2 yang akan berubah dan kemudian dia pula akan merubah orang lain.

caranya..?? berhikmahlah.. TOP-UP diri dengan nilai tambah untuk kita kuat RE-CHARGE kuasa kekhalifahan orang lain.
HEBATNYA SOLAT MEREKA

Hatim bin Asam r.a ditanya orang mengenai tentang hal keadaannya mengenai solat. Jawab Hatim, "Tiba waktu solat aku pun berwudhuk dan pergi ke tempat solat. Aku duduk di situ sehingga ketegangan anggota tubuhku kendur (berasa tenang). kemudian aku pun berdiri untuk solat."

"semasa inilah aku membayangkan satu gambaran yang jelas di hadapan mataku iaiatu Kaabah di hadapanku, kakiku berdiri di atas Titian (Sirat) dengan syurga di sebelah kananku dan neraka di sebelah kiriku. Izrail di belakangku. Aku berasa seolah-olah inilah solatku yang terakhir"

"aku lemas dalam dua perasaan - takut solatku tidak diterima dan berharap sungguh agar solatku diterima. dalam keadaan inilah aku menunaikan solat dengan penuh keikhlasan dan ketaatan"

Thursday, January 13, 2011

MODE: Takhrij Hadith bab Riba

mencari kedudukan hadith, hukum & sanadnya (yg mungkin punya pelbagai susur galur sanad):

الورق بالورق ربا إلاهاء هاء. والذهب بالذهب ربا إلا هاء هاء.
وفي رواية:الورق بالذهب ربا إلا هاء هاء, والبر بالبر ربا إلا هاء هاء, والشعير بالشعير ربا إلا هاء هاء, والتمر بالتمر ربا إلا هاء هاء


di dalam sunan sittah dalam masa 7 hari. bukan senang memandangkan mu'jam fehres pun nk menduga dengan ratusan bab yg kena selidik.. huhu~ allahummansurna..

memang hebat lah ulama' hadith (muhaddithun) dulu2 sbb beribu2 hadith mereka berjaya kumpulkan dan lagi plak himpunan kitab2 sahih yg ada kat tangan kita sekarang ~ana yg baru nak mula dengan satu hadith pun dah rse berat n tak mampu~



Sunan Sittah mahsyurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan al-Muwatta’ atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah hadis maudu’. Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah seperti berikut;

1) Sunan Tirmizi: (Menyebut ikhtilaf ulamak)

Kitab hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.

2) Sunan Abu Daud: (Menyebut dalil masing-masing ulamak)

Setelah melihat ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh mereka.

3) Sahih Bukhari: (Mengajar cara istinbad hukum dan menyatakan hadis paling sahih)

Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbad hukum daripada hadis, ini dapat kita lihat pada setiap ‘tarjamatul bab’ (tajuk bab) yang telah diistinbadkan oleh beliau daripada ayat Quran atau hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan.

4) Sahih Muslim: (Memperbanyakkan hadis sahih)

Imam Muslim memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza, seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari di bawah ‘tarjamatul bab’nya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu tinggi.

5) Sunan Nasaie: (Mengajar supaya meneliti hadis perawi)

Imam Nasaie menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan kecacatan (‘illal) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu.

6) Sunan ibnu Majah: (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis)

Ini merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu’, maka para pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini. Sekiranya maudu’, maka apakah sebabnya? Begitulah seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis.

---------------------

Inilah yang perlu diketahui oleh para pencinta hadis yang ingin mendalami ilmu wahyu ini. Sesungguhnya susunan kitab Sunan Sittah bukanlah isyarat kepada kitab-kitab hadis yang paling muktabar dan sahih (selain Sahih Bukhari dan Muslim), tetapi semuanya mempunyai kepentingan tertentu dalam sistem pengajian hadis yakni sebagai asas utama yang wajib dipelajari sebelum mendalami kitab-kitab hadis yang lainnya.

Wallahuaklam. credit to halaqah.net

Wednesday, November 17, 2010

SALAM E'IDUL ADHA buat semua (^_^)

menyemak erti pengorbanan: pengorbanan apa yang dah ana lakukan untuk ummah.. bertanya pada diri dan sahabat2 juga.. moga setiap detik mampu kita manfaatkan buat ummah dimasa akan datang.. perjuangan menuntut ilmu juga pengorbanan, korban masa, duit, dan tenaga jua minda. kelak, hasil dari semua itu kita akan mentadbir bumi ini sebagai khalifah..

~moga bumi Malaysia dan seluruh negara Islam akan betul2 mengadaptasikan ummah dan daulah toyyibah dengan kepimpinan generasi kita kelak, ameen!~

sedikit tazkirah yang ana sempat baca di musim final exam lalu, kini ana ingin berkongsi di sini. moga sama2 beroleh manfa'ah.

Padang ‘Arafah.. simbolik sebuah perhimpunan seluruh ummah. Tidak membezakan darjat dan kedudukan serta taraf kerana ia sama di sisi Allah. Padang ‘Arafah, gambaran mahsyar!

Fakta: ‘Arafah ialah salah satu masy’ar haji (tempat ibadah) di luar batas Tanah Haram Makkah. Jaraknya kira-kira 22km dari sebelah Tenggara Masjidil Haram. Luasnya kira-kira 10.4km persegi. Wukuf di ‘Arafah merupakan rukun haji yang utama. Ini bererti sesiapa yang berniat haji tetapi tida sempat wuquf maka dia ibarat tidak melakukan haji, kerana Rasulallah s.a.w bersabda: “Haji itu ialah ‘Arafah.”

KHUTBAH WIDA'



disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Padang ‘Arafah pastinya mengimbas kembali detik-detik itu. Di sinilah pada tahun ke-10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wida’, Rasulallah s.a.w menyampaikan khutbahnya yang terakhir.

Baginda bertolak ke ‘Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.

Baginda pun bangun berdiri menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:


rujukan teks arab

“segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepadaNya. Kita berlindung denganNya daripada kejahatan diri dan keburukkan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayah kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya. aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allahsupaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaatiNya. Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar baik-baik apa yang akan ku katakana ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah dampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebgai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah s.w.t. wajib ke atas mereka untuk mengjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, amak wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seseorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah da Sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t Tuhan kamu dan menunaika solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah s.w.t telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa ynag mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan dipersoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab: “kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda s.a.w lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya kea rah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulallah s.a.w mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulallah s.a.w dengan kuatknya di ‘Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.”

Sumber rujukan:
Buku Makkatul Mukarramah Kelebihan dan Sejarah oleh Abdul Basit bin Abdul Rahman.
ANIS December 2007

Sunday, October 24, 2010

Imam Abu Hanifah

THE FOUR GREAT IMAAMS
(Rahmatullaahi Alaihim)
Compiled by:
Students of Jamea Tul Imam Muhammad Zakaria (R.A)

Jamea Publication No.4

IMAAM ABU HANIFAH (R.A.)

Imaam of Imaams; Lamp of the Ummah; Leader of the Jurists and Mujtahideen; Hafize-Hadith Hadhrat Imaam Abu Hanifah (R.A) was a prestigious Mujtahid, Muhaddith, authoritative person, truthfully spoken, abstinent, wise, and pious.

A great many Muhadditheen and Hanafi, Shafi’ee, Maaliki and Hanbali Ulamaa are in unison with regards to Imaam Sahib’s strengths and virtues. Thousands of literary works have been compiled by Imaam Abu Hanifah (R. A.). Amongst the Imaams ‘Imaam-e-Aazam’ (Greatest of the Imaams ) was the address of Imaam Abu Hanifah (RA.) alone. A great group of Ulamaa and Muhadditheen remained the followers of Imaam Abu Hanifah (RA.), and more than half of the Ummah of Prophet Muhammed Sallallahu Alaihi Wasallam are, till this day, followers also.

He was born in the era of the Companions may Allah be pleased with them. Abstinent, God fearing, generous, knowledgeable and virtuous are all attributes collectively found of Imaam Abu Hanifah (R.A.).

His origination is in Kufa, which at the time, was the greatest centre of ahaadith. As, in Kufa thousands of Companions may Allah be pleased with them of Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam had resided there; more than one thousand jurists were born in Kufa of which one hundred and fifty were Companions of the Holy Prophet Sallallahu Alaihi Wasallam. Kufa, was where the ranked Hadhrat Abdullah Ibn Mas’ud may Allah be pleased with him and Hadhrat Abu Hurairamay Allah be pleased with him had previously resided.

Imaam Sahib’s upbringing and education was achieved in such a reputed educational centre, and he reaped much advantage from the Ulamaa of Haramain.

LINEAGE: Nu’maan ibn Thabit Ibn Zuta Ibn Maah\ lbn Marzubaan. (Difference of opinion lies only in choice of wording not name.)

YEAR & PLACE of BIRTH: 80 A.H. Kufa, Iraq.

RENOWNED ADDRESS: Imaam-e-Aazam \ Abu Hanifah (R. A.).

SPECIAL ATTRIBUTE: It has been unanimously agreed that Imaam Abu Hanifah (RA.) was a Taabi‘ee. There are various differing quotes concerning the number of Companions seen by Imaam Sahib. Sahib-e-Ikmaal narrates a total of 26, whilst Hafiz Ibn Hajr quotes 8. The most opposed view is that of Hafiz Almizzi whom has stated 72 Companions (R. A.).

ACQUISITION OF KNOWLEDGE:Primary, basic Islamic teachings were acquired as a child, which were short lived due to Imaam Abu Hanifah’ s father’s death. Subsequently, he supported the family business.

MEANS OF LIVELIHOOD: Silk Merchant.

ADVANCEMENT OF KNOWLEDGE: At the age of 22 years much spare time was spent in debating. In this period of time Imaam Sha’bee (R. A.) advised Imaam Abu Hanifah ( R.A.) to associate himself with a scholar.

Being unable to answer a query regarding the correct Sunnah procedure of divorce, Imaam Abu Hanifah began to join the gatherings of lmam Hammad (R. A), (student of Hadhrat Anas (RA.) ), disposing of his works as a debator. For the next ten consecutive years he remained the student of Imaam Hammad (R.A.). After two years, for a period of two months Imaam Hammad took a sudden leave to Basra ( due to his relative’s death) leaving Imaam Abu Hanifah (R. A.) to continue his works in Kufa. Imaam Abu Hanifah (R. A.) remained Imaam Hammad’s student for a further 8 years.

MOST EMINENT TEACHER OF JURISPRUDENCE:

Imaam Hammad (R A)

MOST EMINENT TEACHER OF AHAADEETH:

Imaam Aamir Sha’bi (R. A.).

NO. 0F AHAADEETH ACQUIRED:

4,000 Ahaadeeth in which 2,000 Ahaadeeth from Imaam Hammad ( RA.)alone.

3 PROMINENT PRINCIPLES UPON WHICH IMAAM ABU HANIFAH ACCEPTED AHAADEETH:

1).Since the initial day of hearing the hadith it is remembered in its correct form to the very time of narration.

2). The hadith must have been projected by the Holy Prophet Sallallahu Alaihi Wasallam and narrated onwards via wholly reliable persons.

3). Any Ahaadeeth which contradicted the Qur’an or other famous Ahaadeeth were unacceptable.

A SMALL GLIMPSE OF IMAAM ABU HANIFA’S (R.A.) TEACHERS: Aamir Ibn Shurahbeel, Sha’abi Kufi, Alqama Ibn Marthad, Ziyaad Ibn Ilaqa, Adi Ibn Thabit, Qataada Basri, Muhammed Ibn Munkadir Madni, Simaak Ibn Harb, Qays Ibn Muslim Kufi, Mansoor Ibn Umar etc. etc.

A SMALL GLIMPSE OF IMAAM ABU HANIFA’S (R.A.) STUDENTS: Qazi Abu Yusuf, Muhammad Ibn Hasan, Zufar Ibn Huzayl, Hammad Ibn Abu Hanifah, Abu Ismat Mugheera Ibn Miqsam,Yunus Ibn Is‘haaq, Abu Bakr Ibn Ayyaash, Abdullah Ibn Mubarak, Ali Ibn Aasim, Ja’ far Ibn Awn, Ubaydullah Ibn Musa etc. etc.

IMAAM ABU HANIFAH’S (R.A.) LITERARY WORKS: ‘Kitaab-ul-Aathar’ - compiled from a total of 70,000 Ahaadeeth, ‘Aalim-wal-muta ‘allim’, ‘Fiqhe Akbar’, ‘Jaami’ul Masaneed’, ‘Kitaabul Rad alal Qaadiriyah’ etc. etc.

IMAAM ABU HANIFAH’S CHARACTERISTICS:

a). Impartiality: Imaam Abu Hanifah (R. A.) has never accepted a favour from anyone and so was never indebted to anyone.

b). Humanitarian ways& generosity: On seeing Imaam Abu Hanifah (R. A.) a passer by avoided him and took a different path. When Imaam Abu Hanifah (R.A.) questioned as to why he did so, he replied that he was ashamed of himself as he was Imaam Abu Hanifah’s debtor of 10 000 Dirhams. The man’s humbleness over took Imaam Abu Hanifah (R.A.) and so he forgave the repayment of the debt.

c). Kind heartedness: Once, whilst sitting in a Masjid Imaam Sahib learnt of someone who had fallen from a roof. Immediately, Imaam Sahib departed from the gathering, barefooted, and ran to the place of accident. Until the injured recovered, Imaam Sahib paid daily visits to nurse him.

d). Disposition: Imaam Sahib would never speak unless it was necessary to do so. Someone mentioned before Sufyan Thawri (R.A.) that he had never heard Imaam Sahib back biting. Sufyan (R.A.) replied, "Abu Hanifah (R.A.) is not such a fool that he will destroy his own good deeds."

e). Abstinence & God Fearing Ways:

i). Sharik has stated, "I have never once observed Imaam Abu Hanifah reposing within the nights hours."

ii). Abu Nu’aym states, "Even before observing salaah Imaam Hanifah (R. A.) would weep and supplicate before Allah."

iii). There is no such Surah within the Qur’an which I have not recited during Nafl prayers." - Abu Hanifah (R. A.)

iv). Kharija lbn Mus’ab has stated that 4 religious leaders have completed the recitation of the entire Qur’an in one rakaah of salaah alone. Uthmaan Ibn Affaan (RA.), Tameen Daari (RA.), Sa’eed Ibn Jubair (R. A.) and Imaam Abu Hanifah (R. A.).

v). There was once acknowledgment of a stolen sheep. Imaam Abu Hanifah inquired and researched as to how long a sheep lives. After finding out, he never ate sheep for 7 years, fearing that the meat may be from the stolen sheep.

vi). For 40 consecutive years Imaam Sahib observed a nocturnal practice of performing Fajr salaah with the ablution of Esha.

NO. 0F QUR’AN’S COMPLETED IN RAMADHAAN : 60

NO. OF PILGRIMAGES OBSERVED IN LIFETIME: 55

TRIALS & TRIBULATIONS:

Trial No.1: During the reign of Ibn Hubaira Imaam Abu Hanifah ( R.A.) rejected his request of the post of Chief Justice. (As Imaam Sahib did not want to collaborate with the corrupt).

Consequence of Rejection : Tormented by passing through the city mounted upon a horse, whereby he was whipped 10 times a day for eleven consecutive days.

Trial No.2: During the reign of Abu Jaafar Mansoor again the above request was pledged, yet again rejected.

Consequence of Rejection No.2: Imprisoned and violently beaten.

Prolongation of Trial: Khalifa Abu Ja’far Mansoor again urged that Imaam Sahib should reconsider. Finally, Imaam Sahib swore by Allah that he would not accept.

Consequence: Imaam Sahib was lashed, shirtless 30 times, drawing blood that seeped to his heels. He was again imprisoned, with restricted rations for 15 days, after which he was forcefully made to drink a poison that led to his martyrdom.

STATE OF DEATH:In the state of prostration.

AGE & DATE OF DEATH: 70 years of age : 150 A.H. in the month of Rajab. (others have stated Sha’baan and Shawwaal also).

BURIAL: Six Janaazah salaah were conducted in order to cater for more than

50,000 people whom had collected. His son, and only child; Hammad, lead the last Janazah salaah.

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"