۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
lately laungan azan dari corong speaker masjid SHAH, Gombak sangat melunakkan hati. rasa terpanggil nak selalu ke masjid. bukan dulu jarang2, tapi sekarang rasa lebih terpujuk. ana nak kongsikan sedikit info berkenaan azan di sisi syaitan.
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya sebuah hadith berkaitan dengan kelebihan azan dan syaitan melarikan diri apabila mendengar seruan azan dikumandangkan.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
kebanyakan pengulas hadith menjelaskan bahwa maksud syaitan dalam hadith tersebut ialah iblis dan tenteranya. Ia dinamakan syaitan kerana syaitan ialah setiap yang jahat, khianat dan melampaui batas sama ada di kalangan jin dan juga manusia. Walau bagaimanapun syaitan di kalangan manusia tidak melarikan diri apabila mendengar suara azan. Kewujudan syaitan di kalangan jin dan manusia sememangnya diakui sendiri oleh Allah dalam al-Quran.
Firman Allah s.w.t:
MENGAPA LARI
persoalan yang timbul ialah mengapa syaitan jin melarikan diri sambil mengeluarkan angin (kentut) apabila mendengar suara azan atau iqamah?
Secara zahirnya dapat dinyatakan bahawa syaitan mengeluarkan angin (kentut) itu secara sengaja. Namun, dapat juga dikatakan dengan tidak sengaja.
Sekiranya syaitan mengeluarkan angin (kentut) dengan sengaja, kerana ia tidak mahu mendengar suara azan tersebut yang mengandungi seruan tauhid dan juga penyaksian manusia (anak2 Adam) terhadap ketauhidan Allah s.w.t atau kerana ia memandang remeh suara azan tersebut, maka ia bersikap biadap dan tidak berakhlaq sebagaimana gelagat atau kerenah orang-orang bodoh dan keji.
Namun, andainya angin atau kentut yang keluar itu bukan disengajakan, ia menunjukkan ketakutan yang amat sangat apabila mendengar suara azan sehingga melarikan diri dan tidak dapat menguasai diri sendiri pada waktu tersebut, sebagai suatu kehinaan ke atsnya. Sebagaimana orang yang ketakutan melarikan diri dari sesuatu dengan meredah dan melanggar apa sahaja kerana tidak dapat mengawal atau menguasai diri sendiri pada waktu itu.
apa keadaan sekalipun sama ada sengaja atau tidak, hadith ini menjelaskan bahawa suara azan merupakan antara suara yang amat dibenci oleh syaitan.
ini dapat dilihat dalam satu hadith yang lain juga riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a beliau berkata: aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan apabila mendengar panggilan (azan) untuk solat ia akan pergi melarikan diri sehinggalah ke Rauha' (nama suatu tempat lebih kurang 36 batu dari Madinah)." Ia sebagaimana hikayat dari al-'Amasy dari Abi Sufyan. Ini menunjukkan bahwa syaitan melarikan diri sehingga tidak mendengar lagi suara azan agar ia dapat merasai keamanan dan ketenteraman.
Selain itu, azan dan iaqamah juga membuktikan bahawa manusia mengetahui dan mengikuti jalan kedamaian, ketenteraman dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Lebih penting, manusia sanggup menyelusuri jalan kejayaan mereka di akhirat nanti dengan menyahut seruan azan dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Didalam solat itu ada ibadah rukuk dan sujud yang merupakan suatu bentuk ibadah yang tidak dapat dilaksanakan oleh jin syaitan jin.
Justeru, Rasulallah s.a.w menegaskan dalam sabdanya: "sekiranya manusia mengetahui apa yang disediakan pada seruan (azan) dan juga saf pertama kemudian mereka tidak dapati melainkan dengan cara mengundi (mencabut anak panah) nescaya mereka akan mengundi(untuk mendapatkan saf yang pertama). Sekiranya mereka mengetahui apa yang terdapat pada solat Isyak pada malam hari dan solat Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan cara merangkak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)
tidak dinyatakan dalam hadith bahawa syaitan melarikan diri apabila mendengar bacaan al-Quran, zikir, solat atau ibadah-ibadah yang lain. Ini menunjukkan bahawa an-Nida' atau azan itu sendiri merupakan suatu syi'ar yang cukup agung bagi seorang Muslim dan masyarakat Islam.

SAKSI PADA HARI AKHIRAT
Masyarakat juga perlu memilih muazin atau bila daripada individu-individu yang mempunyai suara yang lantang serta dapat menarik masyarakat ke masjid. Kerana Rasulallah s.a.w sendiri memerintahkan Bilal r.a agar mengumandangkan azan kerana Bilal r.a dikatakan mempunyai suara yang kuat lagi lantang. Rasulallah s.a.w menjelaskan dalam sabdanya:
Setiap yang mendengar suara azan akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak kepada para muazin yang mengumandangkan suara azan. Justeru, Rasulallah s.a.w menasihati dan membimbing para sahabat agar mengumandangkan azan walau di mana mereka berada apabila masuk waktu dan mendirikan solat berjemaah. Dalam satu hadith riwayat al-Bukhari dari Abi Sa'id al-Khiudri r.a, beliau berkata kepada Abdullah bin Abdul Rahman bin Abi Sa'sa'ah al-Ansari:
rujukan Muhammad Syauqi Khadir al-Sayyid "Anwar Min al-Sunnah". 1990
petikan ANIS Jun 2010, celik fiqah oleh Dr.Nik Yusri Musa (pensyarah pusat pengajian umum, UKM)
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya sebuah hadith berkaitan dengan kelebihan azan dan syaitan melarikan diri apabila mendengar seruan azan dikumandangkan.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan akan berpaling melarikan diri sambil mengeluarkan angin yang sangat kuat(berkentut), sehingga ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila selesai azan ia pun datang dengan segera sehinggalah apabila ditaswib (diiqamahkan) untuk solat, ia pun akan berpaling melarikan diri kembali sehinggalah apabila telah selesai iqamah ia pun datang untuk mendatangkan was-was antara seseorang yang sedang solat. Ia (syaitan) berkata kepadanya, 'ingatlah yang tersebut, ingatlah yang tersebut' iaitu sesuatu yang tidak pernah diingat sebelum ini sehinggalah seseorang itu tidak mengetahui berapa rakaat dia solat."(Riwayat Muslim dalam sahihnya, kitab solat, bab permulaan azan)
kebanyakan pengulas hadith menjelaskan bahwa maksud syaitan dalam hadith tersebut ialah iblis dan tenteranya. Ia dinamakan syaitan kerana syaitan ialah setiap yang jahat, khianat dan melampaui batas sama ada di kalangan jin dan juga manusia. Walau bagaimanapun syaitan di kalangan manusia tidak melarikan diri apabila mendengar suara azan. Kewujudan syaitan di kalangan jin dan manusia sememangnya diakui sendiri oleh Allah dalam al-Quran.Firman Allah s.w.t:
"Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap nabi, musuh mereka dari syaitan manusia dan jin yang membisikkan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain perkataan palsu yang indah-indah lagi penuh dengan tipu daya.."(al-An'am : 113)
MENGAPA LARI
persoalan yang timbul ialah mengapa syaitan jin melarikan diri sambil mengeluarkan angin (kentut) apabila mendengar suara azan atau iqamah?
Secara zahirnya dapat dinyatakan bahawa syaitan mengeluarkan angin (kentut) itu secara sengaja. Namun, dapat juga dikatakan dengan tidak sengaja.
Sekiranya syaitan mengeluarkan angin (kentut) dengan sengaja, kerana ia tidak mahu mendengar suara azan tersebut yang mengandungi seruan tauhid dan juga penyaksian manusia (anak2 Adam) terhadap ketauhidan Allah s.w.t atau kerana ia memandang remeh suara azan tersebut, maka ia bersikap biadap dan tidak berakhlaq sebagaimana gelagat atau kerenah orang-orang bodoh dan keji.
Namun, andainya angin atau kentut yang keluar itu bukan disengajakan, ia menunjukkan ketakutan yang amat sangat apabila mendengar suara azan sehingga melarikan diri dan tidak dapat menguasai diri sendiri pada waktu tersebut, sebagai suatu kehinaan ke atsnya. Sebagaimana orang yang ketakutan melarikan diri dari sesuatu dengan meredah dan melanggar apa sahaja kerana tidak dapat mengawal atau menguasai diri sendiri pada waktu itu.
apa keadaan sekalipun sama ada sengaja atau tidak, hadith ini menjelaskan bahawa suara azan merupakan antara suara yang amat dibenci oleh syaitan.
ini dapat dilihat dalam satu hadith yang lain juga riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a beliau berkata: aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan apabila mendengar panggilan (azan) untuk solat ia akan pergi melarikan diri sehinggalah ke Rauha' (nama suatu tempat lebih kurang 36 batu dari Madinah)." Ia sebagaimana hikayat dari al-'Amasy dari Abi Sufyan. Ini menunjukkan bahwa syaitan melarikan diri sehingga tidak mendengar lagi suara azan agar ia dapat merasai keamanan dan ketenteraman.
Selain itu, azan dan iaqamah juga membuktikan bahawa manusia mengetahui dan mengikuti jalan kedamaian, ketenteraman dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Lebih penting, manusia sanggup menyelusuri jalan kejayaan mereka di akhirat nanti dengan menyahut seruan azan dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Didalam solat itu ada ibadah rukuk dan sujud yang merupakan suatu bentuk ibadah yang tidak dapat dilaksanakan oleh jin syaitan jin.
Justeru, Rasulallah s.a.w menegaskan dalam sabdanya: "sekiranya manusia mengetahui apa yang disediakan pada seruan (azan) dan juga saf pertama kemudian mereka tidak dapati melainkan dengan cara mengundi (mencabut anak panah) nescaya mereka akan mengundi(untuk mendapatkan saf yang pertama). Sekiranya mereka mengetahui apa yang terdapat pada solat Isyak pada malam hari dan solat Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan cara merangkak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)
tidak dinyatakan dalam hadith bahawa syaitan melarikan diri apabila mendengar bacaan al-Quran, zikir, solat atau ibadah-ibadah yang lain. Ini menunjukkan bahawa an-Nida' atau azan itu sendiri merupakan suatu syi'ar yang cukup agung bagi seorang Muslim dan masyarakat Islam.

SAKSI PADA HARI AKHIRAT
Masyarakat juga perlu memilih muazin atau bila daripada individu-individu yang mempunyai suara yang lantang serta dapat menarik masyarakat ke masjid. Kerana Rasulallah s.a.w sendiri memerintahkan Bilal r.a agar mengumandangkan azan kerana Bilal r.a dikatakan mempunyai suara yang kuat lagi lantang. Rasulallah s.a.w menjelaskan dalam sabdanya:
"Imam itu merupakan seorang penjamin manakala muazin pula orang yang diberi amanah. Ya Allah, Engkau tunjukkanlah para imam dan ampunkanlah para muazin."
Setiap yang mendengar suara azan akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak kepada para muazin yang mengumandangkan suara azan. Justeru, Rasulallah s.a.w menasihati dan membimbing para sahabat agar mengumandangkan azan walau di mana mereka berada apabila masuk waktu dan mendirikan solat berjemaah. Dalam satu hadith riwayat al-Bukhari dari Abi Sa'id al-Khiudri r.a, beliau berkata kepada Abdullah bin Abdul Rahman bin Abi Sa'sa'ah al-Ansari:
"Wahai sahabatku, sesungguhnya aku melihat engkau suka mengembala kambing biri-biri ke lembah-lembah (badiyah) di ceruk rantau, maka apabila engkau berada bersama ternakanmu atau di lembah-lembah sana hendaklah engkau azan untuk solat, angkatlah (kuatkan) suaramu kerana sesungguhnya tidak mendengar deruan suara muazin oleh jin dan manusia serta sesuatu pun melainkan akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat nanti. Aku mendengarnya dari Rasulallah s.a.w."
rujukan Muhammad Syauqi Khadir al-Sayyid "Anwar Min al-Sunnah". 1990
petikan ANIS Jun 2010, celik fiqah oleh Dr.Nik Yusri Musa (pensyarah pusat pengajian umum, UKM)
No comments:
Post a Comment