Pages

Sunday, October 30, 2011

al-Khansa', ibu para syuhada'

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Seperti apakah susuk tauladan yang baik bagi seorang ibu dalam menunaikan kewajipan mendidik anak-anak? Ada satu rangkap kata-kata yang tidak asing lagi di telinga kita iaitu tangan yang disangka lembut menghayun buaian telah menggoncang dunia mencipta sejarah. Sesuailah rangkap kata-kata ini untuk kita mengenali siapakah gerangan hamba Allah yang telah melahirkan dan mendidik empat orang Mujahid perang al-Qadisiyyah yang terkenal dalam sejarah Islam.

Dialah al-Khansa’. Al Khansa’ adalah gelaran seorang wanita yang bernama Tumazhir binti ‘Amru bin Sulami. Lafazh al-Khansa’ (muannats) diambil dari kata kha-na-sa (al-Khanas), artinya hidung yang pipih, dan agak naik ke atas. Jadi,al-Khansa’ adalah gelaran bagi wanita yang hidungnya seperti itu.. Al-Khansa’ dilahirkan pada zaman jahiliyah dan membesar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, iaitu Bani Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa’. la adalah seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, pemberani, tegas, tidak pernah berpura-pura, suka berterus terang dan dialah wanita Arab pertama yang pandai bersyair.

Pandai bersyair.


Para sejarawan sepakat bahawa sejarah tidak pernah menceritakan wanita yang lebih pandai bersyair berbanding al-Khansa’, sebelum ataupun selepas beliau meninggal dunia. Pada mulanya beliau tidak pandai bersyair tetapi hanya boleh melantunkan dua atau tiga bait sahaja.

Diriwayatkan bahawa ketika Adi bin Hatim dan saudara perempuannya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka mereka berkata, "Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda." Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya.” Adi menjawab, “Adapun yang paling pandai bersyair adalah Umru'ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Tha'i, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Ma'dikariba.” Rasuluilah SAW membalas, "Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa’ binti Amru, dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah, dan orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib.”

Di zaman jahiliyyah, beliau terkenal dengan syair-syairnya yang menceritakan kenangan tentang orang-orang yang dikasihi terutamanya dua saudara lelakinya, yaitu Mu'awiyah dan Sakhr yang telah meninggal dunia. Ketika Mu’awiyah terbunuh, beliau meratapi kematiannya dalam beberapa bait syair. Tidak lama selepas itu, Shakhr pula terbunuh. Al-Khansa’ amat mencintai saudaranya ini, karena dia amat penyabar, penyantun, dan bertanggungjawah terhadap keluarga. Kematiannya menyebabkan al-Khansa’ sangat tersentak, lalu muncullah bakat bersyairnya yang selama ini terpendam.

Jarir ra. pernah ditanya, “Siapakah yang paling pandai bersyair?” Jarir ra. menjawab, “Kalau tidak ada Al-Khansa’, tentu aku.” Al-Khansa’ selalu bersyair tentang kedua-dua saudaranya, sehingga beliau pernah ditegur oleh Umar bin Khattab ra. Umar ra. pernah bertanya kepada Khansa’, “Mengapa matamu bengkak-bengkak?” Khansa menjawab, “Karena aku terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang terdahulu." Umar berkata, “Wahai Khansa’, mereka semua ahli neraka.” Sahut Khansa’, “sebab itulah yang membuatkan aku lebih kecewa dan lebih sedih. Dahulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya kerana dia adalah ahli neraka.”

Dan Khansa’ pun terus menangis di hadapan Umar sampai khalifah itu merasa kasihan, kemudian beliau menoleh kepada para sahabatnya lalu berkata, “Biarkan dia dengan urusannya.” Selepas keluar daripada menghadap Khalifah Umar, Khansa’ pergi menemui Aisyah Ummul-Mukminin dan meluahkan segala kesedihannya. Beliau merasa seperti mendapat ubat dan hiburan daripada Aisyah yang menambahkan kesabaran dan ketaqwaannya sehingga kemudiannya beliau ikut serta bersama para wanita muslimah lain menyebarkan syiar ajaran Islam dan berjihad di jalan Allah.

Keislaman al-Khansa’ dan Kaumnya


Tatkala mendengar mengenai dakwah Islam, al-Khansa’ pergi menemui Rasulullah bersama kaumnya, Bani Sulaim, dan menyatakan keislaman mereka. Ahli-ahli sejarah menceritakan bahawa pernah suatu ketika Rasulullah menyuruhnya melagukan syair, kemudian kerana kagum dengan keindahan syairnya, baginda mengatakan, “Ayuh teruskan, tambah lagi syairnya, wahai Khansa’!” sambil mengisyaratkan dengan jari telunjuk baginda.

Khansa’ telah banyak menitiskan duka hatinya menerusi syair. Kedukaannya semakin lama semakin reda, dan hatinya menjadi damai setelah beliau bersama kaumnya pergi menemui Rasulullah untuk menyatakan bai’at masuk Islam. Baliau keluarlah dari tempat duduk Rasulullah dengan rasa penuh keimanan dan kesabaran, walaupun masih meratapi kedua saudaranya. Cuma, kini beliau tidak meratap sambil menampar pipi dan mengoyakkan baju seperti yang dilakukan dulu. Islam sebagai agama yang baru saja dipeluknya, mengharamkan perbutan tersebut. Begitulah kuatnya umat Islam terdahulu berpegang pada ajaran Islam seperti firman Allah SWT:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapan: "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang untung. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” [TMQ an-Nuur (24): 51-52]

Wasiat al-Khansa’ Bagi Keempat-empat Anaknya

Al-Khansa’ berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Dari pernikahan itu beliau dikurniakan empat orang anak lelaki. Setelah melalui pembinaan dan pendidikan tangan-tangannya, keempat-empat anak lelakinya itu telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal dan Khansa’ sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada kerana dorongannya terhadap keempat-empat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah . Dalam sebuah riwayat disebutkan, bahwa al-Khansa’ dan keempat-empat puteranya ikut serta dalam perang al-Qadisiyyah.

Sebelum peperangan itu bermula, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa’. Keempat-empat puteranya berdebat untuk menentukan siapakah yang patut diberi peluang untuk ikut berperang melawan tentara Parsi, dan siapakah yang patut tinggal di rumah bersama ibu mereka. Keempat-empatnya saling tunjuk menunjuk kepada yang lain untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh fi sabilillah. Rupa-rupanya, pertengkaran mereka itu telah didengari oleh ibu mereka. Maka Al-Khansa’ mengumpulkan keempat-empat anaknya, dan berkata,

“Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan yang sama. Tidak patut bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau memalukan bapa saudaramu, atau menconteng arang di kening keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah ke barisan paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahi hidup.”

“Kalian semua tahu betapa besar pahala yang Allah janjikan bagi orang-orang yang beriman ketika berjihad melawan orang-orang kafir. Ketahuilah bahawa negeri akhirat yang kekal itu jauh lebih baik dari negeri dunia yang fana. Allah Azza wa Jalla berfirman,Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” [TMQ ali Imran (3): 200] Andaikata esok kalian masih diberi kesihatan oleh Allah, maka perangilah musuh kalian dengan gagah berani, mintalah kemenangan ke atas musuhmu dari Ilahi. Apabila pertempuran mulai sengit dan api peperangan mulai menyala, terjunlah kalian ke jantung musuh, bunuhlah pemimpin mereka saat perang tengah berkecamuk, mudah-mudahan kalian meraih ghanimah dan kemuliaan di negeri yang kekal dan penuh kenikmatan.”

Kepahlawanan Keempat-empat Anaknya

Terdorong oleh nasihat ibunya, keempat-empat puteranya tampil dengan gagah berani. Mereka bangkit demi merealisasikan impian si ibu. Dan tatkala fajar menyingsing, majulah keempat-empat puteranya menuju kem-kem musuh. Sesaat kemudian, anak pertama memulakan serangannya dengan pedang terhunus sambil bersyair,

Saudaraku, ingatlah pesan ibumu tatkala ia menasihatimu di waktu malam..
Nasihatnya sungguh jelas dan tegas, “Majulah dengan geram dan wajah muram!”
Yang kalian hadapi nanti hanyalah anjing-anjing Sasan yang mengaum geram..
Mereka telah yakin akan kehancurannya, maka pilihlah antara kehidupan yang tenteram
atau kematian yang penuh keberuntungan


Ibarat anak panah, anak pertama terus meluru ke tengah-tengah musuh dan berperang mati-matian hingga akhirnya gugur. Semoga Allah merahmatinya. Berikutnya adalah giliran anak yang kedua maju menyerang sambil bersyair,

Ibunda adalah wanita yang hebat dan tabah, pendapatnya sungguh tepat dan bijaksana
Ia perintahkan kita dengan penuh bijaksana, sebagai nasihat yang tulus bagi puteranya
Majulah tanpa memikirkan jumlah mereka dan raihlah kemenangan yang nyata
Atau kematian yang sungguh mulia di jannatul Firdaus yang kekal selamanya


Kemudian dia bertempur hingga ke titisan darah yang terakhir mengikuti saudaranya ke alam baqa’. Semoga Allah merahmatinya. Lalu yang ketiga mengambil bahagian. Dia maju mengikuti jejak saudaranya, lalu bersyair,

Demi Allah, takkan kudurhakai perintah ibu perintah yang sarat dengan rasa kasih sayang
Sebagai kebaktian nan tulus dan kejujuran maka majulah dengan gagah ke medan perang..
Hingga pasukan Kisra terpukul mundur atau biarkan mereka tahu, bagaimana cara berjuang
Janganlah mundur kerana itu tanda kelemahan , raihlah kemenangan walaupun maut menghadang


Kemudian dia terus bertempur hingga mati terbunuh. Semoga Allah merahmatinya. Seterusnya, tibalah giliran anak yang terakhir menyerang. Ia maju lantas bersyair,

Aku bukanlah anak si Khansa’ maupun Akhram , tidak juga Umar atau nenek moyang yang mulia,
Jika aku tak menghalau pasukan Ajam, melawan bahaya dan menghancurkan barisan tentera
Demi kemenangan yang menanti, dan kejayaan ataulah kematian, di jalan yang lebih mulia


Lalu dia pun bertempur habis-habisan hingga gugur. Semoga Allah meredhainya bersama ketiga-tiga saudaranya. Ketika berita gugurnya keempat-empat anaknya tadi sampai telinga al-Khansa’, beliau hanya tabah sambil mengatakan,“Segala puji bagi Allah yang memuliakanku dengan kematian mereka. Aku berharap kepada-Nya agar mengumpulkanku bersama mereka dalam naungan rahmat-Nya.”

Wahai ibu-ibu yang menghayunkan buaian!

Memang telah menjadi kewajipan kalian mendidik anak-anak, tetapi apakah matlamat yang harus kalian tetapkan dalam proses pendidikan tersebut? Jawapannya adalah untuk menjadikan anak-anak kalian hamba-hamba Allah yang bertaqwa sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan Islam di bawah pimpinan Khalifah Islam dan untuk terus menyebarkan Islam ke setiap pelosok dunia dengan jalan jihad. Jadi, al-Khansa’, ibu para syuhada’ ini, adalah salah satu susuk peribadi seorang ibu yang boleh dijadikan teladan oleh ibu-ibu masa kini. Sesungguhnya kewajipan menyebarkan Islam melalui jihad adalah tanggungjawab Daulah Khilafah dan telah menjadikan kewajipan kita semua berusaha mewujudkannya serta mendidik anak-anak kita berjuang dengannya. wallahu 'alam




http://www.mykhilafah.com/srikandi-tauladan/2796

Friday, October 21, 2011

Exhausted - tips ganti tenaga yang hilang

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞




MELANGKAH ke dunia baru, sudah semestinya kebanyakan daripada kita telah pun menyenaraikan azam-azam baru. tak lupa pada yang bakal sibuk menempuh peperiksaan semester, exhausted boleh menjadi perkara sinonim. Tetapi apakah ertinya resolusi ini jika tubuh kita penat dan seterusnya menjejaskan kecergasan mental serta fizikal untuk mengecapinya?

Bercerita tentang kepenatan, anda mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya biarpun tahun baru sepatutnya memberi semangat dan keterujaan membuak-buak. Apabila anda sukar menumpukan perhatian, akhirnya anda mendapati diri hilang kesabaran dan perasaan geram sebaliknya pula bertambah.

Apa yang dirasai ini sebenarnya hanyalah kemalasan atau kurangnya motivasi untuk melakukan apa yang ingin dikecapi.

Perompak tenaga atau motivasi kita ada di mana-mana sahaja. Berita baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.

1.Pengambilan magnesium

Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.

Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.

2. Berjalan

Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.

3. Tidur sebentar

Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.

4. Jangan tinggalkan sarapan pagi

Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.

5. Kemarahan dan tekanan

Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.

“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.

Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.

Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.

Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.

6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol

Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?

Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan penyelesaiannya mudah sahaja - segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair.”

Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.

7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula

Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.

Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.

Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.

8. Snek

Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.

9. Hasilkan latte

Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.

10. Fungsi tiroid

dan sel darah merah

Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.

Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.

Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.

sumber: rakan FB

Wednesday, October 19, 2011

Bayi Ajaib dalam Kandungan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :)

Monday, October 17, 2011

berita gembira buat wanita...!!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Berita GEMBIRA kepada para muslimat yg X SUKA BERTUDUNG..!

Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung.. tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT.. xkesahlah nak pakai LANGSIR ke, KAIN BATIK ke, SELIMUT ke, CADAR ke, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Ikutla atas kreativiti masing2.. (^^,)

Islam itu mudah lg indah, janganlah kita menyukarkannya..



GAMBAR YANG SANGAT SIMPLE UNTUK MENJELASKAN APA ITU HIJAB.

Untuk wanita solehah segala kecantikannya adalah untuk tatapan suami semata-mata tapi untuk perempuan yang tidak menutup aurat kecantikan dirinya untuk dijamu mata-mata sekalian lelaki..





ayam yang ada akal ok la dogol cmtu tanpa HIJAB, kalau manusia..?




♦4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka♦
1 • Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2 • Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3 • Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4 • Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

---------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦

Firman ALLAH S.W.T ~

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"

(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)

Sunday, October 2, 2011

Senyum sahaja ^_^

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"