Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM dan MD FUZI ABD LATEH
am@hmetro.com.my
2010/02/28
KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.
Menurut Siti Nurhanim, sebelum kejadian kejam yang meragut nyawa anaknya, teman lelakinya pernah memarahi Syafia kerana sering muntah ketika diberi makan.
Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.
Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.
Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.
Perut mangsa pecah
KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.
Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.
Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.
Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.
SUNGAI BULOH:
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
2010/03/01
“Saya sudah banyak melakukan kesilapan, kalau boleh saya nak minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ambillah saya, jagalah saya dan anak-anak saya...saya minta tolong sangat,” kata Nurhanim Aziz, 25, tersedu-sedu.
Ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun, Syafia Humairah yang mati didera dalam kejadian di Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, Khamis lalu itu mengharapkan JKM membantu dia dan dua lagi anaknya ditempatkan di rumah kebajikan untuk menjalani pemulihan, kaunseling dan perlindungan bagi memulakan hidup baru.
Dia yang ditemui di rumah keluarganya di Batu 16 1/2, Sungai Plong di sini, berkata dia kini trauma untuk meneruskan hidup dengan kejadian menimpa anak perempuannya itu.
Katanya, dia tidak sanggup lagi hidup menderita kerana terpaksa berdepan satu demi satu cabaran dalam hidup bermula dengan penahanan suaminya, Sahari Usol, 33, di Penjara Sungai Buloh sejak 2006 kerana kesalahan jenayah dan kini kehilangan anak tersayang. Menceritakan pengalaman hidupnya, Nurhanim berkata selepas suami dipenjarakan, dia yang sebelum itu suri rumah sepenuh masa terpaksa bekerja sebagai jurujual di pusat beli-belah di ibu negara bagi menyara tiga anaknya dan pada masa sama berdepan pandangan serong masyarakat kerana bersuamikan banduan.
“Saya masih muda...suami pula ditahan (di penjara) menyebabkan saya hidup menderita. (Kemudian) teman lelaki (suspek) hadir dalam hidup untuk membantu dan menjaga saya sehingga kami merancang untuk berkahwin tetapi suami tidak mahu melepaskan saya. “Pada masa itu, saya tidak tahu kepada siapa hendak mengadu dan meminta tolong, sekarang (kematian anak akibat didera) banyak pihak menyalahkan saya sedangkan ketika menderita tiada siapa yang ambil tahu,” katanya yang turut mengaku serik untuk menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidupnya. Dia turut dikunjungi Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Anak keduanya, Syafia Humairah, 3, mati dengan kesan luka di muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki Nurhanim di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga cedera parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. Syafia meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) ketika dibawa suspek sebelum ditinggalkan di wad kecemasan. Suspek mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu sebelum polis menahan suspek yang mengaku mencederakan Syafia. Sementara itu, Shahrizat berkata, kementeriannya melalui JKM sedia membantu menempatkan Nurhanim dan dua lagi anaknya di rumah kebajikan bagi mendapatkan perlindungan dan pemulihan untuk memulakan hidup baru selepas trauma dengan kejadian menimpa anaknya. Nurhanim berkata, sejak berkenalan dengan teman lelakinya itu, lelaki berkenaan menunjukkan sikap mengambil berat terhadap anak-anaknya termasuk Syafia dan sering membawanya keluar makan bersama sertamembeli pakaian baru untuknya. Namun, Nurhanim tidak menyangka hubungan rapat itu akhirnya bertukar tragedi yang menyebabkan dia kehilangan seorang anak yang pintar, lebih menyedihkan melihat jenazah Syafia dalam keadaan sadis.
“Sebelum ini saya pernah melihat ada kesan luka dan lebam pada badan Syafia tetapi bila saya tanya pada arwah, dia cuma kata terjatuh ketika bermain di luar rumah. Saya tidak menyangka sebenarnya perbuatan itu dilakukan teman lelaki.
“Saya sekarang sentiasa teringatkan arwah...nak melelapkan mata pun nampak wajah arwah. Beberapa hari sebelum meninggal dunia, dia ada membuat permintaan supaya saya memakai tudung,” katanya.
Nurhanim berkata, pada hari kejadian, dia sedang bekerja dan menerima panggilan telefon daripada teman lelakinya yang memberitahu Syafia meninggal dunia akibat terjatuh dari motosikal menyebabkannya terkejut dan bergegas ke HKKB. “Tak sangka rupa-rupanya anak saya tidak terbabit dalam kemalangan, tetapi dipukul dan didera sehingga meninggal dunia,” katanya.
Ditanya mengenai laporan media sebelum ini yang mengatakan dia mengandung empat bulan hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, Nurhanim menafikan kenyataan itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
innalillah wa inna ilaihi roji'un
dh jd complicated kes plak nk kne thabitkn nasab anak tu kpd spe. ayahnya (suami nurhanim) ke teman lelaki ibu mangsa..
satu hal lagi, mne pegi kluarga suami nurhanim ble dia dpenjarakn 4tahun lalu, spatutnya kluarga suami nurhanim tu yg kne amik peranan jaga anak2 nurhanim, cam yg ustaz bari hujahkn dlm cluz n di forum 'illegal nikah baru2 ni'.
bab nasab & wali mjadi isu hangat yg kami kupaskn dlm cluz Juristic Study of Family Institution a.k.a fiqh usrah
kalau suami dpenjara, ada cara lain nak 'bebas' dr ikatan pkahwinan tu if suami xnk lepaskn, either by khulu' or fasakh. qadi yg akn tntukn. xperlu la sampai bskedudukn n dpt lak anak xsah taraf sorg lgi. naifnya masyarakat sekeliling yg xmampu nk bantu dr segi ilmu. ak kesal..
~rasa cm nk buka firm khidmat social utk citizen yg bhadapan dgn konflik xth nk rujuk ke mne if ada kes2 umah tgga~
bulan lepas pn ada gk a sis luar yg refer ke ak kes nikah dsempadan by legal or illegal wali hakim, xdpt dknal pasti pn. then nk mtk cerai tp suami xnk lpaskn, sdgkn si prempuan dh mrangka nk kawen lain. 6thun hdup tnpa nafkah siap dia yg support ktagihan suami pada dadah. pendek kata, nk mtk cerai (fasakh or khulu') kne ada sijil sah pkahwinn dorg tu. masalahnya si suami dh hapuskn sgala dokumen smata2 xnk lpaskn isterinya.
~walaupun xbpe cerdik dlm fiqh usrah n undang2 kluarga islam malaysia, ak tlg pe yg tmampu je kat pompan ni. moga hidayah mengiringi ak n ptunjuk myuluh hdup pompan tu~
