Pages

Showing posts with label ilmu dan amal: sains keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label ilmu dan amal: sains keibubapaan. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Bayi Ajaib dalam Kandungan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :)

Wednesday, April 27, 2011

Simply for Teeth

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

akhir-akhir ramai pula ana dengar berita rakan2 yang sakit gigi. barangkali kita makin tua. anak-anak kecil sakit gigi kerana proses salin gigi susu ke gigi kekal. kita? sakit gigi bakal dicabut jela jawabnya. hehe~


teringat tentang satu hadith dari bab Taharah yang berkait rapat dengan Tibb Nabawiyy:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم عند كل صلاة بوضوء لأمرتهم عند كل صلاة بوضوء ومع كل وضوء سواك

الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن تيمية - المصدر: شرح العمدة (الطهارة) - الصفحة أو الرقم: 1/394
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح

dari sumber lain:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda:
“Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali hendak menunaikan sholat”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).


ada sebab kenapa Nabi s.a.w 'hampir' mewajibkan kita bersugi tiap kali solat kn?

syarah hadith lebih detail silalah rajin2kan diri menilik kitab2 kat library, hehe~


just nak kongsi sedikit info tentang penjagaan gigi:

siwak itu element terpenting untuk kuatkan gigi dan gusi, kayu siwak mengandungi bahan-bahan anti-bacteria dan mempunyai pewangi yang dapat menghilangkan bau busuk. kalau dapat bersugi setiap kali solat adalah lebih baik. kalau tak pun gosok gigi dengan ubat gigi siwak pun ok gk ^^

antara tips lain untuk gigi yang ana tahu:


1. elakkan minum/ makan minuman/makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. - ana terbaca tentang gigi yang banyak terkena ais (selalu minum air ais) akan mudah reput. sama lah macam tulang yang selalu terdedah dengan cuaca sejuk melampau, senang rapuh. tulang dan gigi tu ada persamaan komposisinya.. "bones and teeth share the properties of being mostly hard in consistency and containing a high mineral content"

"Exposure to high temperatures can burn and vaporize most water and organic material in the body; the materials that resist vaporization are mostly the inorganic content-- which in the case of teeth and bone is some variation on calcium phospate. Teeth can endure higher temperatures than bone simply because they have a higher mineral density, so there is less that is volatized in a high-heat environment."

quoted from Mark Bornfeld DDS (www.dentaltwins.com). faham tak..? hehe~ apa yang ana tahu kita kena jaga gigi dari panas/sejuk melampau terutamanya dalam makanan & minuman.


2. lain2, lepas minum susu jangan tinggalkan mulut tanpa berkumur atau berus gigi. susu memang elok untuk gigi tapi lemak dari susu tu tak elok untuk gigi. ana pernah baca susu yang dimaksudkan ialah susu kambing. Allahu 'alam.. mungkin boleh apply kat susu lembu juga, sebab susu terbaik (susu kambing) pun diminta kita berkumur-kumur, inikan lagi susu2 biasa yang lain.
~sumber ini masih dalam kajian, sahih atau tak bila ia dikatakan sunnah Nabi s.a.w~


3. umi ana selalu pesan antara bahan2 semulajadi yang baik untuk gigi ialah daun semambu dan cengkih.

daun semambu atau daun neem ni bukan sekadar orang buat ubat untuk demam campak je, untuk gigi pun kegunaannya paling popular adalah mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

cengkih pun sama, ada kandungan anti septik, yang ni abah selalu tinggalkan pesan untuk kebaikkan gigi ana; supaya jadikan cengkih dan siwak kawan terbaik gigi kita.
"Kandungan kimia pada cengkeh adalah karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin B1, lemak, protein, dan eugenol"


ana kerap sakit gigi?

mengikut pengalaman, pertama kali sakit gigi masa umur 4 tahun. meraung abeh satu rumah tak boleh duduk diam. abah bawak ke klinik gigi. masa buat appointment dan sambil2 tunggu tu ok lagi, boleh buat muka 'co0l', kononnya "nothing will be happened". anak 'hero' la katakan..

bila dah masuk ke 'labor-room', ana tengok ramai sangat yang datang kelilingi ana. cuak! "dorg ni nak buat apa ramai2 nih?". kat kepala terbayang citer kawan2 mengusik, "doktor gigi akan cabut gigi guna player, spana etc". bila dah berhadapan dengan situasi sebenar ramai2 nurse datang 'menyibuk' kat gigi yang sakit tu, ana 'naik minyak'. ^_~

maka berlakulah aksi pergelutan melibatkan 'kick-boxing' + 'taekwando-karate act' antara ana dengan dentist dan nurses sekalian. last2 daripada plan dorg nak cabut gigi ana sampai la dah bergelut camtu, akhirnya ana dilepaskan dengan gigi tak tercabut dan dapat peket kecil cengkih + minyak cengkih. gigi yang sakit tu bertahan sampai umur 7 tahun, sihat wal 'afiah lagi. tercabut dengan sendirinya masa nak hantar kerja sekolah kat arwah umi (ustazah/guru besar MTI) halimah.

hehuhu~ itu cerita pertama rasa sakit gigi. lepas2 tu dah tak rasa sakit atau nak cabut dengan dentist. sebab sejak umur 9 tahun ana cuba-cuba beranikan diri selalu consult dengan dentist dan update kesihatan gigi setiap 3 kali setahun. sampai sekarang tak pernah ada gigi yang dicabut dentist dan tak sakit gigi dah, Alhamdulillah..!

lain2 perkongsian, sejak dari kecil gigi ana abah yang jaga. dia bangun pagi2 kejutkan ana subuh, mandikan ana dan dia gosokkan gigi ana sekali. itu yang masih dalam ingatan ana. cara abah letak ubat gigi atas berus gigi dan cara menggosok abah tunjukkan secara praktikal sebelum dentist ajar kat sekolah. bunyi 'uweek! uweekk!' tu normal lah tiap-tiap pagi, sebab abah 'settlekan' sampai gigi paling hujung, nak muntah la den.. :'p


~best giler abah uruskan semua hal kendiri ana sejak kecil~ ^^


sources:
http://en.allexperts.com/q/Dentistry-966/Composition-bones-teeth.htm
http://jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com/2010/04/pokok-neem.html
http://obatsakitgigi.net/obat-sakit-gigi-tradisional-sangat-mujarab-dengan-cengkeh/35/


"authentic tak segala isi blog ana nih?", ntah.. bergantung pada penilaian anda.

sila lihat sedikit info tentang ana di box paling bawah kanan blog ini. syukran! ^^

Monday, April 11, 2011

GELATIN: Syubhah & Mubah

ana terima info ini dari rakan ilmiah di GAMIS group, so nak kongsi sedikit tentang isu furu' sebagai penambah maklumat.

mgikut hukum dr usul-fiqh, asal2 ssuatu muamalat (aktiviti harian) ni adalah harus, selagi tak jumpa hal2 yg betul-betul diputuskn haram maka harus kita guna/buat. unless kalau kajian dah totally men-tahkim-kan haram.

contoh paling clear depan mata, MEROKOK. itu memang ramai sangat dah tahu beracun/membunuh tapi nak jugak dihisapnya.. dah namanya pun membunuh sure la Syari'ah Islamiyah HARAMkan, sebab ia membawa kepada 'tahlukah'

berikut bab furu' tentang bahan-bahan yang ada dalam makanan harian kita:

"Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (H.R. Muslim) ~maaf, ana belum sempat takhrij hadith ni, apa2pun atas kata sepakat sahihain itu authentic maka ana percaya~

KOD E yang dilabel untuk penggunaan 'food additive' adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan. Bahan aditif ini adalah bahan yg ditambah secara sengaja ke dalam makanan dengan kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

KOD:-
E100-E199 Warna
E200-E299 Pengawet
E300-E399 Oksidan, fostat, anioksida, pengawal asid
E400-E499 Pemekat/thickening agent, pelembap, penstabil, emulsifier
E500-E599 Garam, acid regulator, agen penghalang kerak
E600-E699 Penambah perisa
E700-E799 Antibiotik
E900-E999 Pemanis, bahan2 lain
E100-E1999 Bahan kimia tambahan


KOD E paling kontroversi adalah E471 iaitu sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida. Sumbernya adalah daripada lemak sintetik yang terhasil dari gliserol DAN natural fatty acid (asid lemak semulajadi) atau LEMAK HAIWAN.

Kesimpulan: Pastikan E471 anda adalah daripada haiwan yang halal dimakan dan disembelih dengan cara Islam.

p/S: Ops! Takkan nak call food company tu tanya supplier emulsifier E471?

Hmm... tahukah kalian bahawa SHORTENING:

1. adalah nama komersil bagi lemak dan minyak.
2. digunakan meluas dlm biskut, pizza, puding, krim dll (termasuk eksperimen di lab saya)
3. sumbernya adalah tumbuhan DAN HAIWAN. (***)

p/s: Stereotype pemikiran masyarakat: shortening=lemak tumbuhan

GELATIN juga adalah foodstuff yang punya CONTROVERSY, tapi unik. Gelatin punya protein yang mana diambil daripada kolagen dari kulit, tulang (bone hides) and connective tissues of ANIMAL.

Menariknya gelatin ini adalah ia boleh cair di bawah suhu badan dan berpatah semula/reversible (maksudnya boleh jadi cair dan gell lebih dari sekali).

Food additive KOD E400-499: stabilizer atau penstabil memberi sifat gelling/thickening.


CONTOH penstabil: gum, kanji, dektrin, pektin, amilose, gelatin(SUMBER: tulang, kulit babi, lembu, ikan dan haiwan lain),carraageenan

CONTOH PRODUK yang ada penstabil: agar2, puding, chocolate drinking, jelly, salad dressing

HUKUM (drpd JAKIM): Produk hasilan yang mengandungi gelatin berkemungkinan HARAM atau SHUBHAH (MASHBOOH).

..::source, dari Munirah Nik Sulaiman, Group GAMIS 11:57AM 11 april 2011::..

Friday, April 1, 2011

makan terlalu kenyang



Jauhilah diri daripada makan terlalu kenyang dan inilah yang dituntut atas beberapa sebab :

Pertama : Makan terlalu banyak akan mengakibatkan keras hati.

Kedua : Banyak makan juga akan merangsang dan membangkitkan keseluruhan anggota ke arah kejahatan yang sia-sia ...

Ketiga : Makan terlalu banyak akan menjejas dan merosakbinasakan kecerdikan dan kepintaran seseorang yang mengakibatkan dia lambat faham (lembab) kurang pengetahuan.

Keempat : Banyak makan itu mengakibatkan sedikit malas beribadat, ini kerana apabila seseorang itu terlalu banyak makan pasti badannya bertambah berat dan matanya sedikit mengantuk.

Kelima : Makan yang terlalu banyak akan mengakibatkan seseorang itu tidak berasa sedap dan seronok mengerjakan ibadat.

Keenam : Banyak makan dikhuatiri ia terjebak ke arah yang haram dan syubahat.

Ketujuh : Memakan makanan yang banyak akan menyusahkan hati dan memenatkan badan sahaja untuk mencarinya, termasuk hendak menyediakannya, memakannya dan melepaskannya daripada mudharat.

Kelapan : Banyak makan akan mengakibatkan kesakitan mati yang amat sangat, ini kerana rasa kesakitan dan kesusahan hati itu sekadar kesedapan dunia sahaja.

Kesembilan : Makan makanan yang banyak akan mengurangkan pahala akhirat.

Kesepuluh : Banyak makan akan dihisab pada hari kiamat nanti. (sepuluh perkara tersebut di atas tadi telah diperjelaskan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya, " Minhaajul `Abidin")

..::sumber dari rakan ilmiyyah di FB::..

Monday, March 14, 2011

wanita melahirkan manusia

mungkin post kali ini lebih sesuai dizahirkan di musim hari ibu. tapi pada ana hari ibu itu patut disambut setiap hari.


gambar di atas, antara sebab lain ana rasa terpanggil nak post artikel ini:

beberapa hari lalu seorang sahabat baik ana ada bertanya (dalam tona mengusik/melawak):
"takkan bagi a 'hand' je kot.. kalau ana minta duit boleh bagi tak..?"
haha.. kelakar! meh sini nak bg 'pulangan' yg agak pedas ^^' ana bilang,
"if nak duit dari seorang perempuan, adalah lebih baik kamu pergi cari orang2 yang di Lorong Haji Taib tu. mereka kaya kerana jual body, ana tak ada apa2, yang ada cuma budi. so, tak dapatlah nak bagi duit. a 'hand' tu pun bukan murah.. nilainya lebih mahal kerana melalui jalan halal.."
sambungan hujah tersebut sila baca artikel di bawah ^_~

WANITA DI ATAS MUKA BUMI

dalam masyarakat melayu, panggilan untuk manusia yang melairkan seseorang di atas muka bumi ini, sudah pastinya mempunyai pelbagai ungkapan. ada yang selesa meneruskan tradisi keluarga dengan panggilan "mak", ada pula yang membahasakan dirinya dengan "bonda", "ibu", "ummi", "mama", atau "mummy". dan bagi sesetengah masyarakat di Pantai Timur Semenanjung, ada yang menyenangi panggilan "mek" atau "check".

walau apa pun panggilan terhadap wanita yang melahirkan manusia, sesungguhnya memperlihatkan besarnya peranannya di sisi masyarakat. kedudukan wanita sebagai penyambung zuriat manusia di atas muka bumi ini amat bermakna dalam kehidupan masyarakat tanpa mengenal batas dan sempadan zaman.

SAAT BERGELAR ISTERI

tatkala seseorang wanita sah menjadi isteri kepada seorang lelaki dalam upacara pernikahan, pastinya air mata mengalir di pipi merupakan tanda sebuah kesyukuran yang tidak terungkap dengan kata-kata. memang besar tanggungjawab seorang isteri berbanding sewaktu alam bujang. memang berbeza peranan seorang isteri berbanding sewaktu alam solo. banyak perkara yang perlu dilalui yang sedikit sebanyak merubah aktiviti seharian. banyak hal yang perlu diharungi yang kekadang mengubah personaliti kehidupan.

walau apapun, seorang wanita perlu berhadapan dengan realiti tersebut. apa guna bergelar isteri tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya dilakukan. apa guna bergelar isteri tetapi tidak memahami peranan yang seharusnya dilaksanakan.

saat bergelar isteri, saat mengaut pahala yang bakal dianugerah Ilahi, sesungguhnya menuntut komitmen daripada wanita sejati. sebagaimana maksud hadith riwayat Bukhari:
"berbuat baiklah terhadap wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk, dan bahagian rusuk yang paling bengkok ialah yang di atas sekali. jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya, jika dibiarkan sahaja tulang itu akan tetap membengkok. maka berbuat baiklah terhadap wanita"


SAAT HAMILKAN BAYI

ketika para isteri disahkan menghamilkan anak, pastinya disambut dengan gembira oleh suami dan ahli keluarga. memulakan fasa hidup baru dengan suami tercinta, kemudian bakal memperoleh cahaya mata merupakan pemberian Tuhan yang amat bermakna dalam sebuah institusi perkahwinan.

daripada hidup seorang, kemudian menjadi dua dan bakal menjadi tiga memperlihatkan proses kehidupan yang menyeronokkan. walaupun sepanjang tempoh kehamilan terdapat pelbagai dugaan dan cabaran, namun kecekalan mengatasi segala.

betapa isteri yang hamil itu sanggup menempuh kesukaran membawa perut selama sembilan bulan merupakan pengorbanan yang amat besar. saban hari menyaksiakan peningkatan berat badan dan pertambahan boyotan perut merupakan fasa-fasa kehidupan yang menginsafkan.

saat menghamilkan bayi, saat menunggu keluarnya zuriat di atas muka bumi, sesungguhnya menuntut kecekalan daripada seorang wanita yang berani. sebahagian maksud hadis riwayat Muslim:
"seluruh dunia ini merupakan pembahagian dan sesuatu yang paling bermanfaat di dunia ialah wanita solehah."

SAAT BERGELAR IBU

bila sahaja bergelar seorang ibu, pastinya lengkaplah kitaran hidup seorang wanita. walaupun digalasi dengan tugasan yang pelbaga, namun demi membesarkan anak-anak, seorang ibu pastinya tidak akan mengabaikan tanggungjawab tersebut. berkat sokongan suami dan ahli keluarga, tentu sekali segala pergerakkan ibu akan menjadi lebih teratur.
proses mengasuh anak-anak memerlukan strategi yang rapi agar urusan keluarga dapat berjalan dengan lancar. kerenah anak-anak yang menangis, bangun menukar lampin dan menyusukannya kala lapar merupakan pengalaman para ibu yang amat istimewa bagi menyempurnakan diri sebagai wanita mulia.

saat bergelar ibu, saat anak-anak meminta untuk dibelai, sesungguhnya menuntut kesabaran yan maha agung daripada seorang wanitayang berhati waja. sebagaimana maksud hadith an-nsa'i:
"syurga terletak di bawah kaki ibu."

SARANAN BUAT PEMBACA

wanita sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai tunjang masyarakat merupakan individu yang perlu disanjung. peranan wanita sebagai tunggak keluarga yang melahirkan manusia, mengasuh anak-anak dan menguruskan rumah tangga sesungguhnya tidak terungkap kata-kata terbaik buat mereka.

dengan segala penat lelah, dengan segala perih jerih dan dengan segala kudrat yang ada, para wanita yang dipanggil bonda, ibu, ummi, mama atau apa saja sesungguhnya manusia mulia yang seharusnya mendapat penghargaan setiap masa.

sebagaimana kata pujangga,
"wanita itu lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada kekayaan, kerana bukankah kaum wanita yang telah menampilkan orang-orang besar ke pentas dunia?"

sebagai seorang anak yang soleh kita takkan tergamak menyakiti hati ibu kita bukan..? so, selamat menghargai wanita, menyanjung wanita dan menghormati wanita dengan seluhurnya..

ANIS MEI 2007

P/S penaja:

pointnya kat sini part "wanita itu lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada kekayaan, kerana bukankah kaum wanita yang telah menampilkan orang-orang besar ke pentas dunia?".. hehe~ mahu di beli dengan harta kah..? tak ternilai rasanya.

teringat ana pada satu lirik lagu ustaz asri ibrahim:
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

teks ini ditujukan khas buat ummi tersayang, yang korbannya sampai mampu mengizinkan anaknya yang kerdil ini berdiri di puncak kejayaan setanding orang lain. tanpa korban nyawanya saat mellahirkan, tanpa penat lelah nya membesarkan, melayan kerenah anah sulung yang rajin bawak masalah ni, tak kan kami terbentuk seindah ciptaan Ilahi ini..

Sunday, March 13, 2011

Tip Sihat

alhamdulillah atas pagi yg hening akhir2 ini dek hujan selalu membasahi bumi Gombak..

setelah pertungkus-lumus berperang fikiran dengan 4 post terdahulu (1 dari munafiq dan 3 dari kafirun), kali ni post akan datang dgn mood lebih santai, menyambung kembali petikan Jom Tiru Tabiat Makan Nabi s.a.w.

Tip Sihat cara nabi s.a.w mengamalkan cara pemakanan dan amalan-amalan lain yang telah dibuktikan manfaatnya di sudut kesihatan oleh kajian-kajian moden

MANDI:

mandi pagi sebelum subuh. paling tidak pun sejam sebelum matahari naik. air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul

~patut la dgr kwn2 ngadu bila mereka bercuti semester di rumah, berat badan makin naik.. sbb selalu dpt plepasan mandi lambat, dah takde kelas pagi2. tmasuk la diri sendiri kadang2 tewas dgn habit musim cuti~

TAFAKUR:

waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). insya Allah boleh mengelak daripada sakit pening atau migrain.

ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. saintis telah menemui beberapa milimeter ruang udara di dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


~orang2 perempuan yang 'mamnuk minassolah pun patutnya sujud barang seketika sambil berdoa dalam sujud tu. klu tak makin hebat lah hot-temperature saat melalui 'period' sbb xde doa n darah tak sampai sepenuhnya kat otak.. ye dak..??~

JILAT JARI LEPAS MAKAN:

Nabi s.a.w juga mengajar kita makan dengan tangan. setelah habis makan hendaklah menjilat hujung jari (bukan keseluruhan jari).

kajian saintifik membuktikan bahawa enzim banyak terhasil dari celahan antara kuku dan isi kita, iaitu lebih 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. enzim ini amat penting untuk membantu mencernakan makanan.


~cbe fikirkan logik akal: orang2 kaya biasa makan dengan sudu & garfu(kebanyakkamn mereka nampak jelek bila orang2 kampung makan dengan tangan), patut pun most of them ramai yang sakit jantung. sbb makanan xdapat dihadamkan dengan baik dari bantuan enzim2 tersebut. compare to orang2 lower-income; dah la makan pun ala kadar, set sudu garfu jarang nak ada, so etika makan mereka lebih berkat~

ELAK CAMPUR MAKANAN DARAT DENGAN MAKANAN LAUT:

di dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur makanan laut. nabi s.a.w pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.

saintis menemui bukti, badan ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif. jika dalam suapan mengandungi daging ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tindak balas biokimis yang merosakkan usus kita

~yang ni ramai diantara kita terlepas pandang. isu ikut sunnah tu hanya pada KAWEN 4 or SIMPAN JANGGUT. part tibb nabawi s.a.w yg lain tak nak pulak diamalkan. tidakkah itu dinamakan kita ni ambil sunnah separuh dan tinggal separuh..??~

ELAKKAN AMALAN BURUK BERIKUT:

  • makan buah selepas makan berat. elok makan buah dahulu sebelum makan nasi.
  • tidur satu jam selepas makan tengah hari.
sepanjang hayatnya, Nabi s.a.w tidak pernah mendapatsakit perut kerana pandai menjaga diet sehariannya. memang banyak sumber rezeqi yang Allah kurniakan kepada kita. namun kita harus pandai memilih kombinasi makanan yang sesuai dengan fitrah manusia.

~barangkali sekarang baru kita tahu, sakit perut, cirit-birit dan muntah bukan sahaja disebabkan makan makanan tercemar, tetapi juga disebabkan salah memilih kombinasi makanan. itulah sebenarnya yang dikatakan 'keracunan makanan'!~

MINUM CARA NABI S.A.W:

amalkan minum segelas air sejuk (iaitu air yang disimpan semalaman, yang sejuk secara semula jadi bukan kerana disejukkan oleh peti ais), insya Allah susah kena penyakit.

Rasulallah s.a.w juga suka minum air sejuk yang dicampur madu untuk tujuan kesihatan. Baginda mengamalkannya sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.


kebaikkan amalan baginda yang telah dikenalpasti:
  1. menghilangkan balgham (kahak/lendir)
  2. mencuci perut
  3. membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak sempat dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  4. menghilangkan senak perut dan sedu
  5. memperbaiki fungsi buah pinggan, limpa dan hati

MINUMAN MANIS DAN SEJUK:

sayidatina Aisyah r.ha meriwayatkan:
"antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulallah s.a.w suka minuman manis dan sejuk."
yang dimaksudkan minuman manis dan sejuk ialah Bgainda menggemari air campuran madu atau nabiz (rendaman tamar).

Rasulallah s.a.w pernah berdoa:
"Ya Allah! kurniakanlah aku dengan cinta-MU yang lebih besar daripada cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk."
al-khulasatul qaul anna:

ramai orang yg bila kita sentuh bab makan secara sunnah ar-rasul s.a.w akan berkata: "dah tu, jom makan kurma dengan roti jek..". pada ana itu memaknakan sunnah hanya sekadar zahiri atau lafzi. mana perginya memaknakan maksud sunnah makanan dan tibb nabawi ar-rasul s.a.w pada lafaz maknawi dan ruhi..??

~jangan la sempitkan hal2 yang Allah suh cari dalam ayat HALALAN TOYYIBA. HALAL tu dah pasti kita cari, TOYYIBA tu plak konsep sains yang Nabi s.a.w dah ajar kita bagaimana nak aplikasikan. cuma akal kita yang setkan fahaman sunnah tu ke arah yang cetek.jadi, jangan pelik kalau non-muslim nampak kita mundur dengan sunnah separuh2 yang kita amalkan, sedangkan orang barat/saintis dah buktikan sunnah keseluruhan Nabi s.a.w amalkan tu efektif hatta dalam dunia moden sekarang~


ANIS MEI 2007

Wednesday, March 9, 2011

Jom tiru tabiat makan Nabi s.a.w

assalam...

jumpa lagi ^_~ dalam mo0d ceria walaupun masa makin sempit menanti final exams dan segala tugasan yang tertimbun di bahu..

pagi td sempat ana baca perihal mulakan hidup dengan penuh syukur dan ceria. semuanya datang dgn baik andai tidur dan bangun kita dari tidur itu terisi penuh dengan cara yang mengundang kasih sayang (rahmah) Ilahi.

ok, selain dari tidur yang cukup dan berkualiti ana nak bicara sedikit tentang makan dan makanan. blog orang yang suka makan akan terisi penuh dengan kajian tentang makanan. bukan dengan objektif "hidup untuk makan" (then ana akan memaknakan blog ini dengan hal2 kelazatan makanan ssemata-mata), tapi dengan objektif "makan untuk hidup" (men-toyyiba-kan yang halal) untuk lebih menceriakan bangun tidur yang telah ceria seawal pagi tadi.

sedikit perkongsian cara makan nabi s.a.w untuk di-sunnah-kan dalam kehidupan kita:

dalam sahih bukhari ada contoh-contoh ketertiban Nabi s.a.w memilih makanan. satu hadith dari sahabat memberitahu, Nabi s.a.w melarang campuran tamar mekar dengan tamar kering (tamar vs. ruttab), juga melarang mencampurkan kismis dengan tamar kering.

ummul mukminin Aisyah r.ha pula memberitahu bahawa Nabi s.a.w pernah makan tembikai/timun dengan tamar segar. jelas Aisyah lagi bahawa Nabi s.a.w berkata, :
"panas makanan ini dileraikan dengan kesejukkan makanan yang satu lagi, dan meleraikan kesejukkan makanan ini dengan kepanasan makanan yang satu lagi."

Aisyah juga menyebut bahawa Rasulallah s.a.w melarang menggabungkan susu dan ikan.

sains juga menyokong tabiat makan Nabi s.a.w ini dengan membuktikan salah kombinasi makanan menghasilkan paras pH yang tidak seimbang dan penyerapan nutrisi yang tidak betul untuk badan kita. lalu masalah penghadaman bakal berlaku.

Dr Ted Morter, CEO HealthSystem menasihatkan agar tidak menggabungkan protein dengan kanji (cth: nasi/roti/ubi dengan telur/daging/ayam). tapi, sedar atau tidak itu lah tabiat makan orang melayu/malaysia..?? makan nasi campur berlauk ayam dan sayur!

gabungan makanan protein dan kanji memerlukan persekitaran penghadaman yang berbeza. kanji atau karbohidrat boleh dihadamkan dengan cepat manakala protein memerlukan masa 5 jam untuk dihadamkan.

tambahan pula, persekitaran lebih berasid diperlukan untuk menghadamkan protein.

adalah dinasihatkan jangan mencampurkan protein dengan kanji, tetapi dibenarkan campuran protein (daging etc) dengan sayur-sayuran atau kanji dengan sayur-sayuran.

nampaknya orang-orang kita perlu ubah tabiat makan untuk lebih meng-HALAL & TOYYIBA-kan rezeqi Allah di muka bumi ini.

ana sendiri sedang cuba mengamalkan sunnah itu. tengah membuang tabiat makan lama yang dah bersarang dalam tobi'at hidup. moga Allah bantu kita menjalankan kehidupan yang lebih baik.

p/s: 'doktor' falsafah tidur untuk mulakan hari yang baik mungkin boleh bergabung idea dengan 'doktor' makan untuk kelansungan hidup yang sihat (hanya student adab je akan faham :'p)

Tuesday, March 8, 2011

s.a.n.t.a.u

semalam sambil2 study takhrij hadith (untuk midterm) sempat bka TV9, saja sambil lalu usha2 pe yg stesen TV siarkn mlm nih..

TANYALAH USTAZ bab SANTAU yg terpampang, bicara dari kalam ustaz fauzi (duta jus tok guru). best sgt! ustaz bentangkan antara ramuan2 santau (dorg cmpurkan apa dlm tu), cara rawatan islam untuk santau, pantang larang ketika dalam rawatan, juga ayat2 pendinding nak elakkan dari terkena santau.

sedikit info antara ramuan2 'khurafat' dlm ilmu santau:

pengamal akan tumbuk hingga halus kaca mentol putih or mentol kalimantang, serbuk besi, berus dawai, penggosok periuk (yg besi halus tu), hempedu katak puru, tali sabut yg dpotong halus2, rambut, kuku, serbuk tembikar, tulang binatang (yg mati merajuk), ulat gonggok hitam, ulat bulu, kulit lipas (yg telah dkeringkan), dan miang buluh juga sejenis kacang yg amat menggatalkn. sume tu di rincik2 hingga halus & hingga tidak kelihatan fizikal asalnya
huhu~ bkerut muka bila dgr cerita ustaz. eeeeiiii...!!

kemudian ia dbalut dgn kain putih. itu semua hasil usaha manusia untuk menjadikan part ilmu hitam SANTAU ni mjadi kenyataan. then dbacakan mentera ke atas balutan kain putih yg de ramuan tu td.

haa.. ni part syaitan lak yg ambil alih menyempurnakan 'acara' mensekutukan Allah. NAUZUBILLAH MIN DZALIK!!!

menurut ustaz, nak ubati apa2 penyakit pun, sblm dberi ubat kita kena buang dulu asbab yg mendatangkna penyakit.

so, atas pengalaman ustaz yg mengendalikan byk kes santau yg datang ke pusat rawatan darus-syifa' di rawatan dengan kaedah 'TEPUK':

pesakit diminta bkedudukan merangkak di sebuah bilik yang gelap. di bawah pesakit akan dbentangkan kertas karbon hitam. kemudian pesakit ditepuk dari bahagian belakang badannya dengan menggunakan daun nangka yg dlekatkan pada tangan ustaz/ustazah yg merawat sambil dibacakan ayat2 al-quran tertentu pada daun tersebut dan pada proses terbabit.

Bila dan settle sume, lampu suluh akan dsuluhkan pd kertas karbon td. kelihatan macam2 benda/ramuan santau keluar dr badan pesakit bertaburan di atas kertas karbon. huhu~ dahsat2!!

ayat2 pelindung yang perlu kita amalkan untuk elak dari disantau:

5 jenis bismillah= bismillah ar-rahman ar-rahim, bismillahilladzi la yadurru..(ila akhiri ayat), bismillahi kafi, bismillahi syafi, bismillahi... (dh xegt lak.. hadoilaaa...).

selain itu, seperti ajaran nabi s.a.w, sebelum tidur dan bangun dari tidur baca 3 qul kemudian sapukan ke seluruh badan

(sama macam abah ajar kami adik-beradik sejak kecil. dari awal2 kenal dunia abah yang tolong buatkan pada kami sebelum kami tidur dengan bacaan hadith qudsi sbg menggantikan BEDTIME STORY. smpai besar pun abah masih ingatkan sebab kami ramai2 dah belajar jauh2. abah the best!!). pesan ustaz lagi, kena selalu dekat dengan quran (bkn bkepit dgn quran 24jam, tapi baca & tadabbur, kalau boleh hafaz).

antara pantang-larang makanan ketika masih dalam rawatan mengubati santau:


1. makanan yang jangan langsung disentuh = semua jenis limau, cuka, nenas, rebung.
2. makanan yang perlu dikurangkan = makanan pedas, makanan berminyak, air batu (ais), buah2 masak atau jeruk, dan jangan buat kerja2 berat (ustaz bg contoh jgn angkat rumah orang ^_~)

bila satu persoalan dikemukakan tentang "patut kah kita tak memaafkan orang yg mensantau kita..??"

ustaz jawab itu terpulang sebab itu hak kita. dengan syarat kita dengar sendiri pengakuan orang tersebut bahawa dia yang santau kita, bukan dari cakap2 org.


kemudian ustaz katakan, antara ciri2 orang yang bertaqwa yang Allah sediakan syurga buatnya seluas langit dan bumi ialah:


1. orang yang banyak bersedeqah ketika dia susah atau senang.
2. orang yang mampu menahan marah (seperti sabda nabi s.a.w: orang yang paling berani, hebat, dan kuat ialah orang yang mampu menahan amarahnya)
3. orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (jika pesalah datang minta maaf kita maafkan itu adalah yang baik, jika pesalah tidak datang minta maaf tapi kita telah memaafkan dia itu adalah TERBAIK!)

~bila kita simpan salah orang pada kita ia akan create rasa dendam. lalu hati senang mati. mujur lah ana ini ceria. alhamdulillah segala dendam tak pernah bersarang dalam hati -_- ~

selain rawatan TEPUK, rawatan susulan bagi pesakit santau juga ada disediakan:


1. sediakan gula batu (sebesar ibu jari), daun dokong anak (secekak bersama2 akarnya dibasuh terlebih dahulu), daun pegaga (secekak bersama2 akarnya dibasuh terlebih dahulu), tebu 3 ruas (diambil isinya shj dan dipotong kecil2), dan 4 gelas air.
2. renehkan semua bahan2 tersebut hingga air 4 gelas tadi menjadi 2 gelas dengan api yang sederhana.
3. minum 1 gelas pagi dan 1 gelas malam selama 3 hari.
4. untuk 3 hari tu cuma ulang reneh/rebus bahan2 tadi dengan hanya menambah lagi 4 gelas air dan gula batu.

sambil2 dengar ceramah ustaz, sempat la refer ke ustaz cqi yg senang nk reach dgn mesej: ana tanyakan tentang macam mana kalau kita dah berlindung tapi Allah tetap izinkan santau terkena pada kita..?

"aslm. em, before this sy pernah terbaca kat internet 1 article bout doa2 pendinding dari JAIS. bagus doa2 ni, sume wirid (kalau saya ingat insya allah2 say aforwardkan). kalau nak ikutkan doa2 pendinding ni jz sbg ikhtiar je, klu allah nak izinkan kte kne gk sihir sbg ujian kte stil akn kne. kne oweyz ingat, nabi s.a.w yg turun padanya ayat2 dan doa2 pendinding pn pnh kne sihir, inikan pula kte (dlm bukhari n muslim de cte). sihir ni ujian drpd allah, kalau kte redha insya allah akn dpt ganjaran drpdNya"

thanks & jazakallah untuk ustaz cqi yg dah 5 tahun bersabar dgn soalan ana yg macam2 & pelik2 (rse tharu sgt sbb di sisi ana ni ramai sgt asatizah yg tak lokek menjawab segala musykilah)



..::AL-FATIHAH buat sahabat terbaik ana RASYIDATUL HUSNA BINTI ARSYAD atas pemergian beliau ke pangkuan Ilahi tanggal 4 jun 2007 kerana terkena santau di gerai makan berhampiran Kemunting Taiping Perak. dua kali ana sempat melawat beliau semasa sakitnya. sedih sangat tgk kawan bergelak-ketawa dah jadi kurus kering begitu T_T. moga Allah selalu merahmati beliau (pemergian insan yang sgt memberi kesan pd ana hari itu, terpaksa ke kelas dengan esakkan yang tak mahu putus sejak mendapat berita 'pemergian' nya usai fardhu subuh 4 jun 2007)::..


sekian sedikti perkongsian ilmu atas masa yang ana ada~

Thursday, October 21, 2010

Sumber Perubatan Rasulullah

perkongsian yg saya pinjam dari LAYARMINDA. rentetan seorang sahabat dikejauhan yg dtimpa musibah (tak sihat) baru2 ni dalam perjalanan menuntut ilmu. moga Allah selalu meraahmatimu (~__~)

Berikut ini sebahagian daripada rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air Zam-Zam dan Minyak Zaitun yang Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan izin Allah Ta’ala:

1. MADU:

Allah Ta’ala berfirman,”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan” (QS. An Nahl : 69)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Kesembuhan itu ada pada tiga hal, iaitu dalam pisau pembekam, meminumkan madu, perawatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al ‘asali wal qur-aani” yang artinya “Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh al-Zahabi. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu secara marfu’)Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, “Madu memiliki banyak khasiat. Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus, pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban tubuh, baik dengan cara dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk lanjut usia dan mereka memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung lembab dan dingin” (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 42-43)

2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur. Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis. Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas karena faktor temporal’ (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)

3. AIR ZAM-ZAM:

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)”(HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’

Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang dokter atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi hal. 23)

4. MINYAK ZAITUN:

Allah Ta’ala berfirman,“.. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah Barat” (QS. An Nur : 35). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at Tirmidzi II/166)Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

10 BAHAYA DISEBABKAN MAKANAN

Kesan sampingan dan bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia diakui sendiri oleh pakar perubatan bahawa punca penyakit yang diidapi oleh masyarakat manusia dan ada yang membawa kematian khususnya masyarakat moden hari ini, ia berpunca daripada banyak makan daripada kekurangan makanan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan atau tidak mengawal makanan dengan cara yang betul.

Oleh sebab itu Nabi SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).Hadis di atas di samping menganjurkan agar menghadkan kadar makan dan minum, Nabi SAW juga mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi dengan tanpa hadi. Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita hanya selamat jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia merbahaya kepada kesihatan kita sendiri.

Oleh sebab itu Imam Al Ghazali dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya berpunca daripada lebihan makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum tanpa had itu ialah;

1. BANYAK MAKAN HATI MENJADI KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.

Dalam sebuah hadis yang agak masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak Adam ditempa bentuknya mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan sifat hati itu berpunca daripada makan minum.

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.

Dalam Al Quran pula Allah mengingatkan agar jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau pun dengan makan minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).

Hukama’ pula ada berkata; “Perut itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia mendidih asapnya akan terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan kotor dan menjadi hitam”. Ertinya bahan kimia daripada makanan itu menghasilkan toksid yang boleh membinasakan hati dan jantung.

2. BANYAK MAKAN HATI MENJADI RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.

Seorang yang sentiasa kenyang sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya, seperti mata, telingan, lidah dan kemaluannya cenderung untuk melakukan perkara haram. Tetapi bila perut lapar, semua anggota menjadi aman dan tenteram daripada runtutan maksiat, hatta perkara fudhul (tidak berfaedah).

Berkata Ustaz Abu Jaafar Rahimullahu ta’ala, bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi kenyang (tidak ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia kenyang, maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum.

Jika makan yang haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi jika makan belebihan, walaupun halal, ia mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan pula.

3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN AKAL DAN TERHALANG DARIPADA MENJADI CERDIK.

Benar sekali apa yang disebut oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin sesuatu dari keperluan dunia dan akhirat, maka janganlah engkau makan dahulu sehingga perkara yang engkau ingin itu tercapai atau berhasil. Kerana makan itu akan merubahkan fikiran menjadi lemah.Bukti itu telah dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.

4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANG IBADAH.

Banyak makan menyebabkan badan menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan lesu dan lemah. Walau pun dipaksa untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak berdaya lagi, kecuali hanya tidur seperti bangkai terbuang.

Diceritakan bahawa Nabi Yahya as pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu serupa joran (alat memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau bawa alat ini”. Jawab iblis; “Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak Adam”. Tanya Nabi Yahya lagi; “Adakah aku juga hendak engkau pancing?”. Jawb iblis; “Tidak ada peluang. Tetapi pernah pada suatu malam, engkau makan agak banyak. Maka aku dapat memancing kamu sehingga engkau terasa berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi Yahya; “Kalau macam itu, mulai hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang sepanjang hidup aku”. Kata iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku kerana membuka rahsia ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan menceritakan lagi rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya terlebih makan itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.

Cubalah bayangkan, bagi orang yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu sekali bukan sahaja malas, bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah malam. Bila terjaga pada waktu malam sayang sekali untuk tinggalkan kain selimut dan tilam empuk untuk bangun beribadah kepada Allah.

Berkata Syied Sofwan Rahimullah; “Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan) yang menguntungkan. Warungnya adalah berkhalwat dan barang perniagaannya ialah berlapar”. Ertinya jika kita tidak berlapar, maka kita ibarat peniaga yang membuka warung yang kosong.

5. BANYAK MAKAN AKAN MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.

Seperti seorang seniman yang sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya, ia pasti lupa alam sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya, ia akan terasa suatu kepuasan. Demikian juga dengan badah yang dilakukan dengan takun dan khusyuk, akan terasa sedap dan nikmat. Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.

Saidina Abu Bakar berkata; “Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan Allah”.Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan) mukasyafah. Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya; “Tiada yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya (takwa)”.

Inilah tanda dan sifat orang yang telah mendapat maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan minum.Kata Addoroni, saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah semasa perutku rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).

6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.

Menurut Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi SAW, maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.

Banyak makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah SAW mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.

7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK

Di antara perkara buruk atau kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;

a). Hati dan badan menjadi penat kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan untuk tujuan menyediakan makanan yang lazat-lazat dan mahal-mahal perencah dan resepinya.

b). Badan akan menjadi penat dan letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis masakan, mencuci alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.

c). Menghabiskan masa, fikiran, dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi agar terasa lazat. Kerana bimbangkan risiko kekurangan salah satu bahan, nanti kurang sedap.

d). Selepas makan, kesibukan itu bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan selepas makan seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai pencuci mulut dan lain-lain.

e). Jika perut allergic terpaksa pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan seperti terkena penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan lain-lain, maka terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang masa.

f). Selalu rugi di bidang agama seperti;

i). Banyak makan menjadikan seseorang malas beribadah atau melambat-lambat sembahyang, kerana terasa penat akibat perut terlalu kenyang. Jika ibadah pun telah mengurangkan perkara-perkara sunat.

ii). Orang yang banyak makan akan sentiasa hendak membuang air kecil atau air besar atau sentiasa kentut. Oleh sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal. Ertinya, ia tidak mampu kekal dalam keadaan suci, iaitu sentiasa berada dalam wudhuk. Sedangkan orang yang sentiasa berwudhuk, menurut hadis, ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah sepanjang ia berwudhuk.

iii). Banyak makan menyebabkan kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat berlama-lama dalam mesjid, kerana keluar untuk keperluan cari makan atau kerana terbatal wudhuk (sentiasa kentut) atau kerana hendak buang air kecil atau air besar.

iV). Orang yang banyak makan ia tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.

Demikian beberapa kelemahan keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu kerugian.Sesungguhnya puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa berkeadaan suci - sentiasa berwudhu', termasuk juga menjaga kebersihan pakaian pada diri) dan lain-lain itu merupakan perkara yang menjadi ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak makan, menyebabkan peluang untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat pahala menjadi terganggu oleh kesan sampingan akibat makan banyak seperti perasaan malas, mengantuk, terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan tidak tahan berada dalam keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.

Kerana itu Nabi SAW mengingatkan, maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus atau lahap dalam makan dan punca segala ubat ialah berpantang”.

Malik bin Dinar pernah berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.Oleh itu orang yang Cuma menghabiskan masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua urusan yang dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan dan tidak ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan semata-mata untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu, menanggung penyakit dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.

8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.

Dalam hal ini Nabi SAW ada mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita”.

9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT, KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.

Firman Allah, maksudnya; “Dan ingatlah hari ketika orang-orang kafir dimasukkan ke dalam neraka, kepada mereka dikatakan; ‘Kamu telah menghabiskan rezki dan kesenanganmu yang baik di dunia dan kamu telah pun bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini dibalas pula dengan azab yang menghinakan. Kerana kamu dahulu di dunia sombong dan fasiq tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).Jika kita hanya mengambil dan menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan kesenangan di dunia, maka akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh Allah.

Diriwayatkan bahwa suatu masa Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak kepada Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini kita akan makan sekarang, tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang fakir di kalangan sahabat Muhajirin yang meninggal dunia, kerana belum pernah kenyang makan roti yang dibuat daripada sya’ir (iaitu gandum yang amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya, Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat ganjarannya”. Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga, sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita, kerana di antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.

Saidina Umar amat faham tentang peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika seseorang itu telah mendapat nikmat dunia dan bermewah-mewah dengannya, nanti di akhirat ganjarannya akan berkurangan.

Diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air daripada seorang sahabat yang ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun menghulurkan kepadanya air yang di dalamnya bercampur beberapa butir buah kurma sehingga air itu terasa manis. Sebaik-baik sahaja Saidina Umar menghirup seteguk air itu, lalu ia bagaikan tersentak dan bersuara; “Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka Saidina Umar tersentak kerana air itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya, Amirul Mukminin….seboleh-bolehnya aku inginkan agar air itu cukup terasa manis, tetapi jika ia kurang manis, aku minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi kerana terlalu manis”. Selepas itu dengan nada terharu Saidina Umar menyambung lagi; “Kalaulah tidak kerana ada Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu bersenang-senang menikmati kehidupan di dunia ini”.

10. BAHAYA MAKAN MERUMITKAN SOAL JAWAB DI AKHIRAT.

Bahaya makan terakhir ialah mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat rumit ketika berhadapan dengan soal jawab di akhirat.Walau pun memakan rezki yang halal, tapi jika di akhirat kita disoal siasat oleh Allah di Mahkamah Akhirat tentang daripada mana kita perolehi yang halal itu dan ia diperhetungankan satu persatu. Jika kita memakan makanan yang syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin bersenang-senang. Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain orang yang susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.

Sesiapa yang tidak membantu orang yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu, maka ia dianggap tidak tergolong sebagai umat Islam.

Sebuah hadis bahawa Nabi SAW bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa yang tidak memikirkan urusan sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan mereka (bukan golongan Muslim)” -(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).

Oleh itu, dalam hidup ini, kita selaku umat Islam telah tersedia memikul amanah, sama ada amanah masyarakat atau amanah diri dan keluarga. Jadi, tidak pantaslah setiap hari kita cuma memikirkan tentang makan dan mengisi perut sahaja. Kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga dan masyarakat.

Memang dalam hidup ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat, terbina daripada makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu perlu, tetapi janganlah sampai makan terlalu berlebihan sehingga melupakan tanggungjawab lain yang lebih utama.

Monday, June 28, 2010

ilmu pediatrik

tangan rasa nak menulis, sebelum mata terlelap di setiap malam berlabuh ada saja idea yang bermain di kepala. tapi apakan daya, laptop tidak di tangan juga tidak di hati untuk teringin memiliki, lalu idea itu kering dan berlalu. cuma apa yang ingin ana kongsikan di sini hanya secebis ilmu sains tentang pediatrik.

semalam ana terima senaskah majalah terbitan persatuan pediatrik Malaysia, positive parenting. gara-gara ana punya dua anak angkat, naurah & farhan, ana daftar mereka di bawah nama ana pada ABBOTT(salah satu antara badan ternama dalam produksi susu formula) so ana dapat 'imbuhan' ilmu. selain sample2 susu bayi percuma, utk ibubapa pun ada susu sokongan (utk tulang yg sihat) dan buku panduan keibubapaan ~belum pun jadi ibu bapa betul dh diberi macam2 nih~

antara kupasan yang menarik utk ana ambil tahu dan utk sesiapa yang ingin ambil peduli:

  • pemakanan anak: makanan segera bayi, tips pyusuan ibu yg bekerja, mambaca label pemakanan, kehebatan susu & makanan segera yg sihat
  • kesihatan anak & pediatrik: cerita disebalik usus, jangkitan pneumokokus, penjagaan cacar air & rawatan utk ulser dalam mulut
  • perkembangan anak: memupuk imej tubuh yg positif (membincangkan cara makan yg membahayakan anak2) & kencing dalam tidur (nocturnal enuresis)
  • diet selepas bersalin; menurut sains & pantang tradisional

hm, bcakap tentang sains keibubapaan kt sni nanti ada yg cakap "cm bcampur-baur lak blog ni, isu agama la. politik la, rse hati la, tbe2 de bab ni plak"

mungkin ye mungkin tidak. ini bukan blog rasmi mana2 persatuan atau badan berkanun, bkn juga paparan ilmu2 agama semata2. apa yang ana cuba ketengahkan segala ilmu yg melingkari setiap detik hidup. walaupun ana belum pun menjadi ibubapa sebenar, tapi ilmu tu dah ada sejak mula berlatih mengasuh adik2 20 tahun lalu. kemudian baru datang ilmu2 yg lebih sistematik yg mengabungjalinkan sains dan apa yang diamalkan secara traditional. dibesarkan dalam ruang lingkup keluarga yang punya asas dalam kejururawatan & kedoktoran ana punya minat dalam dua bidang ini; ilmu wahyu & al-'ulum (sains kesihatan & biologi). so, tak salahkan mempelajari sunnatullah disamping syariatullah..? lagi pun, ilmu pediatrik ni tak lari jauh pun antara kanak2 dan orang dewasa.satu topik yang ana nak kongsi sedikit, tentang:

ulser pada mulut.

faktor2:


  • diwarisi dalam keluarga

  • trauma seperti luka atau lelas (tergigit lidah secara tidak sengaja, menggosok gigi terlalu kuat, hujung gigi yang kasar atau pengambilan makanan/minuman yg sgt panas)

  • tekanan

  • kekurangan vitamin dan mineral (zat besi, folat, bebrapa jenis vitamin B)

apa yang boleh dilakukan:

  • pilihan makanan: elak makanan yg keras atau besar potongannya, elak makanan/minuman yg sgt panas, makanan masin atau pedas atau berasid (yg masam)

  • cuba makan makanan yg lembut (yogurt, kastard)

  • minum air yang banyak

antara pengalaman ana dari ajaran walid ana, banyakkan minum air masak dan ketika ana sakit2 ulser masa kecik dulu hanya NESTUM atau bubur kanji je yg kami adik-beradik dibiasakan. sekarang ni NESTUM dh kne boikot kita tukar strategi, guna nasi air, bubur atau kanji. bahan berasaskan kanji atau gula ini mampu support keperluan kabohidrat yang diperlukan badan bagi mengantikan nasi. (seculas ilmu peribadi yg terfikir utk dikongsi)


untuk mempercepat penyembuhan:

  • berkumur dengan air garam (walaupun baby, kita kena pujuk juga dia berkumur. agak pedih)

  • galakkan untuk tidur lebih (khusus untuk kanak2, jangan terlampau pula bagi orang dewasa)

  • galakkan anak makan seperti biasa

peringatan:

  • jika ulser berlanjutan lebih dari 2 minggu, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. mungkin kanser mulut dpt dielakkan

  • bawa berjumpa doktor juga jika: ulser mulut bertambah besar atau dalam, terdapat pendarahan yang banyak, terlalu sukar untuk makan dan minum, ulser disertai dengan demam atau cirit-birit

  • jika terdapat byk ulser: ini mungkin petanda penyakit tangan, kaki dan mulut atau jangkitan virus herpes (virus lepuh sejuk) - khususnya kanak2.

sekian, insya allah akan datang isu2 sains tak kan dipandang enteng dari penulisan ana kerana ada pembaca yang berlatar belakang kedoktoran & kejururawatan.
~membawa diri terus mendekati Allah melalui sains selain ilmu wahyu~

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"