semalam ana terima senaskah majalah terbitan persatuan pediatrik Malaysia, positive parenting. gara-gara ana punya dua anak angkat, naurah & farhan, ana daftar mereka di bawah nama ana pada ABBOTT(salah satu antara badan ternama dalam produksi susu formula) so ana dapat 'imbuhan' ilmu. selain sample2 susu bayi percuma, utk ibubapa pun ada susu sokongan (utk tulang yg sihat) dan buku panduan keibubapaan ~belum pun jadi ibu bapa betul dh diberi macam2 nih~
antara kupasan yang menarik utk ana ambil tahu dan utk sesiapa yang ingin ambil peduli:
- pemakanan anak: makanan segera bayi, tips pyusuan ibu yg bekerja, mambaca label pemakanan, kehebatan susu & makanan segera yg sihat
- kesihatan anak & pediatrik: cerita disebalik usus, jangkitan pneumokokus, penjagaan cacar air & rawatan utk ulser dalam mulut
- perkembangan anak: memupuk imej tubuh yg positif (membincangkan cara makan yg membahayakan anak2) & kencing dalam tidur (nocturnal enuresis)
- diet selepas bersalin; menurut sains & pantang tradisional
hm, bcakap tentang sains keibubapaan kt sni nanti ada yg cakap "cm bcampur-baur lak blog ni, isu agama la. politik la, rse hati la, tbe2 de bab ni plak"
mungkin ye mungkin tidak. ini bukan blog rasmi mana2 persatuan atau badan berkanun, bkn juga paparan ilmu2 agama semata2. apa yang ana cuba ketengahkan segala ilmu yg melingkari setiap detik hidup. walaupun ana belum pun menjadi ibubapa sebenar, tapi ilmu tu dah ada sejak mula berlatih mengasuh adik2 20 tahun lalu. kemudian baru datang ilmu2 yg lebih sistematik yg mengabungjalinkan sains dan apa yang diamalkan secara traditional. dibesarkan dalam ruang lingkup keluarga yang punya asas dalam kejururawatan & kedoktoran ana punya minat dalam dua bidang ini; ilmu wahyu & al-'ulum (sains kesihatan & biologi). so, tak salahkan mempelajari sunnatullah disamping syariatullah..? lagi pun, ilmu pediatrik ni tak lari jauh pun antara kanak2 dan orang dewasa.satu topik yang ana nak kongsi sedikit, tentang:
ulser pada mulut.
faktor2:
- diwarisi dalam keluarga
- trauma seperti luka atau lelas (tergigit lidah secara tidak sengaja, menggosok gigi terlalu kuat, hujung gigi yang kasar atau pengambilan makanan/minuman yg sgt panas)
- tekanan
- kekurangan vitamin dan mineral (zat besi, folat, bebrapa jenis vitamin B)

- pilihan makanan: elak makanan yg keras atau besar potongannya, elak makanan/minuman yg sgt panas, makanan masin atau pedas atau berasid (yg masam)
- cuba makan makanan yg lembut (yogurt, kastard)
- minum air yang banyak
antara pengalaman ana dari ajaran walid ana, banyakkan minum air masak dan ketika ana sakit2 ulser masa kecik dulu hanya NESTUM atau bubur kanji je yg kami adik-beradik dibiasakan. sekarang ni NESTUM dh kne boikot kita tukar strategi, guna nasi air, bubur atau kanji. bahan berasaskan kanji atau gula ini mampu support keperluan kabohidrat yang diperlukan badan bagi mengantikan nasi. (seculas ilmu peribadi yg terfikir utk dikongsi)
untuk mempercepat penyembuhan:
- berkumur dengan air garam (walaupun baby, kita kena pujuk juga dia berkumur. agak pedih)
- galakkan untuk tidur lebih (khusus untuk kanak2, jangan terlampau pula bagi orang dewasa)
- galakkan anak makan seperti biasa
peringatan:
- jika ulser berlanjutan lebih dari 2 minggu, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. mungkin kanser mulut dpt dielakkan
- bawa berjumpa doktor juga jika: ulser mulut bertambah besar atau dalam, terdapat pendarahan yang banyak, terlalu sukar untuk makan dan minum, ulser disertai dengan demam atau cirit-birit
- jika terdapat byk ulser: ini mungkin petanda penyakit tangan, kaki dan mulut atau jangkitan virus herpes (virus lepuh sejuk) - khususnya kanak2.
sekian, insya allah akan datang isu2 sains tak kan dipandang enteng dari penulisan ana kerana ada pembaca yang berlatar belakang kedoktoran & kejururawatan.
~membawa diri terus mendekati Allah melalui sains selain ilmu wahyu~

No comments:
Post a Comment