satu post oleh Abu Khuzaifah sy ambil utk bacaan & koleksi ATLANTIS. petikan dr HERMAN SAMSUDEEN: sy cuba follow up dr post2 sy yg lepas utk sesi nizom usrah

“Kau pernah tengok budak kena terajang?’’ – Saksi
SHAH ALAM 7 Jun – Perbicaraan kes bunuh Syafiah Humaira Sahari bermula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan seorang saksi memberitahu bagaimana dia melihat tertuduh, Mohd. Fazli Azri Jamil memijak perut kanak-kanak berusia tiga tahun itu dan menendangnya sehingga terpelanting.
Menurut Ahmad Fikrihalis Zakaria, 19, pemandu teksi itu yang dipanggil sebagai ‘Mat’ turut memberitahu dia bertindak demikian selepas anak perempuan teman wanita kepada lelaki itu enggan memakai selipar.
Menceritakan kejadian tersebut, saksi pendakwa keenam itu berkata, kira-kira pukul 6.40 petang hari kejadian, dia melalui sebuah kawasan padang bola yang merupakan laluan biasa untuk pulang ke rumah selepas tamat aktiviti petang di sekolahnya.
Bagaimanapun, pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah di Batang Kali itu berkata, dia berpatah balik ke padang tersebut selepas terpandang tertuduh sedang memijak perut seorang kanak-kanak.
‘‘Ketika hampir dengan Mat, kira-kira dalam jarak 10 meter, saya berhentikan motosikal dan Mat tiba-tiba tanya saya ‘kau pernah tengok budak kena terajang? Saya tanya dia, apa ni Mat, ni budak kecil.
‘‘Mat tak jawab apa-apa tetapi terus tendang bahu kiri budak tu hingga terpelanting ke belakang. Lepas itu dia suruh budak tu bangun tetapi budak tu tak berdaya. Mat kemudian jinjing tangan budak tu untuk bangunkan dia tetapi bila tangan dilepaskan, budak tu jatuh balik,’’ ujarnya.
Remaja berkenaan kemudian menawarkan dirinya untuk mengangkat Syafiah Humaira yang dikenali dengan panggilan ‘Pia’ ke dalam teksi.
Sewaktu mengangkat kanak-kanak itu, Ahmad Fikrihalis memberitahu, dia ada terdengar Syafiah Humaira mengadu sakit.
Ketika mengangkat mangsa juga, saksi itu menyatakan, ada ternampak kesan lebam yang besar di pipi kanan dan perut kanak-kanak itu.
‘‘Masa itu baju Pia terselak, saya juga nampak kesan ‘stud’ kasut bola tertuduh pada perut dia,’’ katanya yang mengundang rasa sedih.
Ahmad Fikrihalis memberi keterangan demikian pada perbicaraan terhadap Mohd. Fazli, 28, yang didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani dan dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd. Rashid dan Zureen Elina Mohd. Dom.
Tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.
Terdahulu, suasana tegang turut dirasai apabila bapa Syafiah Humaira, Sahari Usul dipanggil untuk dicamkan oleh isterinya, Siti Nurhanim Aziz yang juga ibu kepada kanak-kanak itu.
Sahari yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan membunuh sejak 2006 dilihat memandang tepat ke arah tertuduh sebaik sahaja memasuki dewan mahkamah.
Dia hanya mengalihkan pandangan ketika ditanya namanya oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Sewaktu dibawa keluar, Sahari dalam keadaan tangan bergari dan masih merenung tepat ke arah tertuduh tiba-tiba dilihat tersenyum serta mengangguk-angguk kepalanya berkali-kali.
Sementara itu, Siti Nurhanim dalam keterangannya pula memberitahu, tertuduh merupakan seorang lelaki yang baik, jujur, bertanggungjawab dan menyayangi Syafiah Humaira seperti anaknya sendiri.
Terdahulu ketika disoal oleh pendakwa raya, Siti Nurhanim memberitahu, kira-kira pukul 8 malam pada hari kejadian, tertuduh ada menelefonnya dan menyatakan Syafiah Humaira telah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Setibanya di hospital, dia dimaklumkan Syafiah Humaira telah meninggal dunia tetapi dia tidak pergi melihat mayat anaknya pada malam itu.
Siti Nurhanim yang masih berstatus isteri kepada Sahari menyatakan, dia mulai rapat dengan Mohd. Fazli apabila timbul rasa sayang terhadap lelaki itu antara penghujung tahun 2006 dan awal 2007.
Wanita yang bekerja sebagai pelayan di kelab karaoke di ibu negara dan mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungannya dengan tertuduh memberitahu, mereka bercadang untuk berkahwin pada Oktober ini.
Siti Nurhanim ketika memberikan keterangan turut bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan, dia menyatakan tertuduh baik kerana mereka akan berkahwin.
Perbicaraan bersambung esok.

No comments:
Post a Comment