Pages

Wednesday, December 30, 2009

Rumah Dr. Rosli, Ilyani dikepung

Pasangan nikah terlarang langgar perintah mahkamah supaya tinggal berasingan

Oleh MOHD. KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------

KOTA BHARU - Kediaman bekas pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir (gambar), 35, kecoh petang semalam apabila dikepung oleh keluarga isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor, 30, selepas mereka didapati masih duduk bersama sedangkan mahkamah memerintahkan mereka tinggal berasingan.

KERATAN Kosmo! 22 Disember 2009.
--------------------------------------------------------------------------------
Hampir 20 ahli keluarga Ilyani mengerumuni rumah teres dua tingkat di Lorong Masjid Mustakim, Kampung Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini. Kepungan itu diketuai oleh bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man.
-------------------------------------------------------------------------------
Mohd. Noor, 58, berkata, mereka berbuat demikian selepas diberitahu pasangan tersebut masuk ke rumah itu selepas pulang dari Kuala Lumpur.

Katanya, mereka terpaksa mengepung rumah itu kerana pasangan berkenaan jelas telah melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 21 Disember lalu supaya tinggal berasingan atau mufarakah.

"Saya mendapat maklumat mereka berada di sini kira-kira pukul 10 pagi selepas dilihat pulang dari Kuala Lumpur dan kami terus ke sini untuk menyiasat tetapi tiada sesiapa.

~ni kes bwh siasatan aku dlm minggu ni. kes ni dh lama tapi ble bapa mertua dr.rosli nk tuntut balik anak dia, ktorang dlm kelas bahaskn dgn us.bari bahawa kes ni jatuh pada topik al-wilayah. mazhab mne kata sah kawen tanpa wali n mazhab mne kata tak sah. byk cabangnya. berdasarkan dalil yg sama dari surah al-baqarah ayat 230 dan 232, dua ulama' fiqh mendeduce hukum atas nikah tanpa n bi izn wali~

wilayah fi 'aqdi az-zawaj (wali dlm aqad nikah):

antara khilaf dlm mnentukn wali tu dperlukn atau tak, mazhab hanafi gne ayat yg sme sprti jamhur lain, cume fuqaha' hanafi x amik penuh ayat terbabit. so dbolehkn la bg pngikut mahab tu nk nikah tanpa wali tapi bersyarat gak; kne betul2 skufu antara laki n pmpan, dan bukan sng2 gitu je tukar mazhab smata2 nk kawen, hoho! kalu xsekufu, aboh pmpan bole nk bubarkn pkahwinn tu.

ni serba cket je kupasan dr kelas fiqh usrah, nk tau lbey2 jom kte study sme2 kt lib ke, hahaa..

Monday, December 21, 2009

Peristiwa Besar 2012

Berikutan peristiwa besar 2012 suatu perbincangan diantara ulamak luar telah memutuskan perkiraan mengikut tanda-tanda dan rentetan peristiwa yang telah berlaku di atas muka bumi berkemungkinan besar adalah benar.

Pada minggu lepas (26/07-03/08/2009) sahabat ana telah pergi ke KL atas urusan keluarga. Kebetulan sempat berbincang panjang pasal peristiwa besar 2012 dengan seorang Syeikh Maulana (guru) yang banyak menyumbangkan tenaga di dalam menjayakan PERKIM. Beliau suka berbincang dan bertukar pendapat bersama ulamak di wilayah Negara Arab dan Negara timur tengah. Baru-baru ini beliau telah pergi ke Iran,Kaherah.

Beliau mengatakan sejumlah 400 rakyat Iran yang pergi ke Mekah dijangkiti virus selesema babi. Kita ketahui bahawa Mekah dan Madinah adalah kawasan selamat tetapi jangan lupa kekuasaan Allah s.w.t. Di Kaherah, kerajaan telah membuat operasi besar-besaran menghapuskan haiwan babi. Begitu juga di Iran. Persoalannya kenapa Malaysia tidak melakukannya? Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Kini beliau sedang perhebatkan dakwah berikutan hal ini di kawasan Kuala Lumpur. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi.. mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat
youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

~aku xth ksahihan berita ni, hrp spe yg lg arif tlg khabarkn padaku~

Thursday, December 3, 2009

menghayati ikhlas pd mujahidin palestin

salam..

dh sbulan menyepi dr blog ni ak nk kongsi cket petikan kisah dr sahabat di maaruf club mlalui email yg aku baru terima.. cite lama atau baru ak xpsti, yg pasti biar semangat itu tertanam dlm diri kita gak dlm mlengkapkn pjuangan djalan mujahadah ini..

(Teks ini hasil daripada karangan sahabat ku di kolej perubatan tempatan)

Dengan nama Allah, yang sesungguhnya berada dekat dengan hamba-Nya...

Nasihat Luqman al-Hakim,
“Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka”.

Peluang untuk berdamping dengan orang-orang yang soleh adalah suatu rahmat yang cukup besar bagi golongan yang sentiasa rindu untuk menikmati manisnya iman. Apatah lagi berpeluang mendengar nasihat-nasihat dari pejuang-pejuang yang cukup matang dalam medan jihad yang sebenar.. Sahabat saya pernah bercerita,dalam suatu kuliyah umum Zainab al-Ghazali, apabila beliau menyebut kalimah ‘iman’, satu dewan secara tiba-tiba dapat merasakan apa itu iman.. seolah-olah ada satu paduan tenaga masuk ke dalam hati semua yang hadir.. Subhanallah. .

Pada suatu malam yang hening

Alhamdulillah, Allah telah memberi keizinan kepada saya bersama-sama dengan 10 sahabat yang lain untuk mendengar tazkirah ringkas dari seorang ikhwah Palestin, Dr Said dalam liqa’ kecil kami pada suatu malam. Beliau baru sahaja beberapa jam tiba dari Gaza. Lain dari yang lain, sebelum beliau menyampaikan tazkirah, terlebih dahulu kami mengaminkan bacaan doa Rabithah yang diimami Dr Said. Saat itu, kami merasakan jiwa berada dekat dengan para mujahidin di seluruh Dunia. Masakan tidak, doa yang kita ulang setiap hari di Malaysia rupa-rupanya turut diulang-ulang oleh para mujahidin yang berada di Gaza, Mesir, Syria, Yemen, Jordan, UK, USA, Ireland, Indonesia, Singapura dan di setiap pelusuk dunia. Doa yang memohon hati-hati kita tertaut erat dalam cinta menegakkan perjuangan Islam. Terasa pentingnya ukhuwwah, kesatuan hati, wihdatul fikr dan wihdatul amal dalam perjuangan Islamiyyah.

Dr Said merupakan seorang doktor perubatan di Gaza, yang dihantar khas ke Malaysia untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Beliau juga bertugas sebagai pensyarah perubatan di IUG, Islamic University of Gaza. Istimewanya Fakulti Perubatan di IUG, hanya pensyarah yang mempunyai PhD sahaja dibenarkan mengajar di sana. Pelajar perubatan pula hanya dihadkan kepada 50 orang pelajar terbaik dari seluruh Palestin, 25 lelaki dan 25 wanita.

Golongan wanita dalam perjuangan

Dengan kuasa Allah, bayi-bayi yang dilahirkan di Palestin adalah lebih banyak lelaki berbanding perempuan. Ramai yang memandang fenomena ini sebagai hadiah dari Allah dalam menggantikan mujahid-mujahid Palestin yang syahid setiap hari.

Namun, Dr Said memandang perkara ini dari sudut yang berbeza. Beliau mengatakan, golongan wanita juga merupakan suatu penyumbang tenaga yang amat besar kepada perjuangan di Gaza. Dalam pilihanraya contohnya, golongan wanita akan turun sama berjumpa dengan wanita-wanita lain untuk memberi penjelasan dan meraih kepercayaan golongan wanita untuk meyokong jamaah Islam di sana, Hamas.

Satu ketakjuban di sana, beratus-ratus kanak-kanak Palestin berjaya menghafaz keseluruhan Quran dalam masa hanya 3 bulan! Allahuakbar. . dan peratusan tinggi daripadanya adalah kanak-kanak wanita.

Kadang-kala, kita terdengar ada dari kalangan dai’e yang istiqamah menyampaikan da’wah kepada masyarakat, namun tidak mampu membimbing isteri dan anak-anak di rumah. Namun, perkara ini tidak berlaku di Gaza, kerana apabila para suami berjuang di luar rumah, para isteri turut merancakkan lagi perjuangan Islam dengan menggunakan method yang berbeza.

Tidak letihkah mujahidin di sana?

Walaupun menghadapi sekatan bekalan makanan, sumber air, elektrik, makanan, sekatan pergerakan dan perhubungan, rakyat Gaza turut menjalani kehidupan harian sepeti biasa, seperti rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Dunia yang lain. Mereka keluar bekerja, belajar di sekolah dan university, serta tidak lepas daripada menghadiri usrah. Namun, bezanya rutin harian mereka diselang-selikan dengan aktiviti Jihad menentang rejim Zionist secara life. Ketika bangunan-bangunan dibom, dan saat-saat yang tidak aman, mereka bangkit bertindak balas. Setelah suasana agak tenang, golongan remaja yang tidak terkorban akan kembali ke universiti untuk menghadapi peperiksaan. Mereka meletakkan kesungguhan yang tinggi dalam menuntut ilmu sehingga masing-masing mencapai keputusan peperiksaan yang amat cemerlang. Matlamat mereka jelas, setiap bidang yang mereka ceburi adalah difokuskan kepada perjuangan Islam.

Allahuakbar. . Tidakkah mereka letih dengan rutin harian sebegini? Dalam keperluan asas yang benar-benar terbatas, mereka bukan sahaja perlu berhempas pulas dalam hal akademik, malahan pula perlu menentang kebatilan yang teramat nyata di hadapan mata.

Gambarkan pula suasana perjuangan Islam di Malaysia, kita fokuskan di alam-alam kampus. Aktiviti-aktiviti kita dipenuhi dengan perjumpaan-perjumpa an persatuan, gerak kerja da’wah, pilihanraya, meeting-meeting pimpinan, tamrin, usrah dan liqa’-liqa’ jamaah. Pada masa yang sama, kita juga melaksanakan peranan sebagai penuntut ilmu, sama seperti mahasiswa lain.

Kadang-kala kita sedikit kecewa apabila adik-adik usrah menarik diri dari liqa’ mingguan.. Kadang-kala kita berasa lemah apabila aktiviti yang dirancang tidak mendapat sambutan ramai.. Kadang-kala, iman kita teruji apabila keputusan akademik tidak memberansangkan. . Sehingga ada yang sanggup berundur dari perjuangan semata-mata ingin memperbaiki akademik atau yang lebih hebat lagi untuk merebut Anugerah Dekan.. Ataupun, ada pula yang sanggup berundur dari perjuangan menuntut ilmu, semata-mata mahu fokuskan pada perjuangan organisasi.

Hakikat Ikhlas

Dr Said berkata, bahawa di Gaza, para mujahidin tidak lagi memandang dunia sebagai halangan. Segala apa yang mereka lakukan adalah dalam cita-cita menggapai kecemerlangan di akhirat. Hidup mereka kerana Allah, mati mereka kerana Allah. Walau sekalipun al-Aqsa telah berjaya dibebaskan, perjuangan mengajak manusia menuju Allah ini tetap akan diteruskan.

Dalam sebuah hadith sohih, ada menceritakan, seorang hamba yang hidup senang lenang di Dunia, tetapi kufur kepada Allah, apabila Allah celupkan dia ke dalam satu kawah azab dengan hanya sekelip mata, kemudian Allah keluarkan semula dan apabila ditanya, pernahkah kamu merasai ni’mat Dunia? Lantas hamba itu menjawab, bahkan tidak sekali-kali. . Dan begitu juga sebaliknya.. bagi orang yang beriman setelah Allah tunjukkan ni’mat Jannah, walaupun hanya seketika, dia langsung melupakan segala keperitan hidupnya di Dunia.

Bagi mujahidin di Gaza, kekuatan mereka adalah Allah.. Kekuatan mereka adalah ukhuwwah Islamiyyah. Setiap kali solat berjemaah di Masjid, mereka merasakan kemenangan Islam semakin hampir, kerana bilangan jemaah di masjid adalah sangat ramai pada setiap waktu solat. Allahuakbar. Para jemaah yang hadir inilah menguatkan keyakinan mereka bahawa kebenaran Islam itu sentiasa disokong oleh ikhwah-ikhwah di seluruh Dunia.

Dr Said meninggalkan kami pada malam itu dengan sepotong hadith.. Cukup untuk kami bermuhasabah diri, akan status keikhlasan perjuangan kita selama ini..

Innamal a’malu binniyyat ... [ila akhirihi]

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang ikhlas dalam perjuangan.. Sucikan hati kami, ya Allah dari kekejian sifat-sifat Mazmumah.. Hiasi diri kami dengan keindahan sifat-sifat Mahmudah..

Tuesday, December 1, 2009

secebis kupasan mutiara

"Barangsiapa mengambil serakah sebagai kebiasaan,ia menurunkan harga dirinya sendiri,barangsiapa membeberkan kesukaran-kesukaranya,ia menyetujui penghinaan,dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwanya,ia mengaibkan jiwanya".

"kekikiran adalah malu,sifat pengecut adalah cacat,kemiskinan menggagalkan lelaki cerdas membela dirinya,orang melarat adalah orang asing dikotanya sendiri."

"ketidak mampuan itu adalah malapetaka,kesabaran adalah keberanian,zuhud adalah kekayaan,pengedalian diri adalah perisai (terhadap dosa)dan sahabat terbaik adalah penyerahan(kepada Allah)".


"Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan,perilaku baik adalah busana baru,dan fikiran adalah cermin yang jernih."

"Manusia sungguhnya menakjubkan,ia bercakap dengan lemak,berkata dengan sekerat daging,mendengar dengan tulang dan bernafas melalui lubang."

"ketika dunia mendatangi seseorang(dengan kemurahannya)ia (dunia)memberi pujian kepadanya kebaikan orang lain,dan bilamana ia berpaling darinya,ia merebut kebaikannya(orang itu)sendiri(pula)."

"Temuilah orang secara demikian rupa sehingga apabila anda mati mereka akan menangisi anda dan selagi anda hidup mereka akan merindukan anda...."

"Bilamana anda mendapatkan kekuasaan atas lawan anda,ampunilah dia dengan bersyukur kerana telah mampu mengalahkannya."

"Yang paling celaka dari semua manusia ialah orang yang tak dapat beroleh beberapa saudara dalam hidupnya,tetapi lebih celaka ialah orang yang mendapat saudara tetapi menghilangkanya."

"Bilamana anda(hanya)mendapatkan khidmat yang kecil,janganlah anda menolaknya dengan tidak bersyukur."

"Ampunilah kekurangan orang-orang yang bertegang rasa kerana bila mana mereka jatuh kedalam kekeliruan Allah akan mengangkatnya."

"Orang yang amalnya sesuai untuk kedudukan dibelakang,tak dapat diberi kedudukan didepan kerana nasabnya".

"jadilah rumpun yg lemah lembut, tak luruh dipukul ribut. bagai karang di dasar lautan, tak terusik dilanda badai. dalam sukar hitunglah kesyukuranmu, dalam tenang awasi kealpaanmu, setitis derita melanda segunung kurniaanNYA"

Friday, October 30, 2009

perempuan itu tidak guna...

1. Perempuan itu tidak guna. kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna. rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna. minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan s.a.w bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna. kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna. masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna. tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna. lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna. alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya
kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia

Wednesday, October 21, 2009

selamat menempuh final..

buat warna IIUM, Gombak.. ma'at tawfiq wan-najah fil imtihan...!! gambate bayo..! aja!





Saturday, October 17, 2009

ingatan buat mukminin&mukminat..

saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN

masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN

SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN

I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL

However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush

Kami pergi balik ke SHIN, jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????),

secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.

The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL

Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN

Friday, October 9, 2009

10 tips memilih pasangan

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja.

Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.
Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan faktor-faktor berikut :

1. TEMPOH MASA PERKENALAN.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain - ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin.Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali ,jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya ,anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda.

Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia.Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga.Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

10. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

~komen ak: kalu bab gado then bebaik nih, aku dah cukup mahir dgn budak sorg nh. dah kenal sgt sape dy, time ble dy nk hot n how to solve it. haa.. amacam? teror x ak? ('-') this is a command on our frenship je yer, xley lbh2 taw...
utk ak benda ni jadi TIPS MEMILIH SAHABAT BAIK ^.^ hehuhu ~

Tuesday, October 6, 2009

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir

SEMOGA BERMANFAAT

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,

“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”

Aisyah RA menjawab,

“Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.”

“Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar RA.

“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana.” kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya,

si pengemis marah sambil menghardik,

“Siapakah kamu? “

Abubakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).“

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku.” bantah si pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku.” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

“Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. “

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,

“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia....”

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?

Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu...

~komen bee: kisah ni mmg pemes n byk kali dibentangkn pd khalayak (tentang ksahihannya nt ak try cek dgn ustaz balik.) walau pe2pn, mengikut study ak dlm bidang ilmu hadith ni, hadith utk galakkan bole diterima sebahagian ulama' walaupun statusnya tidak sahih n hasan sekalipun. mudah2an amal jariah itu beroleh kelangsungan pahala n redhonya kelak, ameen!~

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas. Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn...

Thursday, October 1, 2009

Muslim U-Turn? By Ust Hasrizal

Intellectual Talk :: Muslim U-Turn?


:: Intellectual Talk ::
Topic: Muslim U-Turn? 1 Oct 2009 Thursday 8pm - 11pm Main Audi, UIAM

:: Speaker ::
Ust Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam. com),
Best Seller "Aku Terima Nikahnya"

:: Organize by ::
Ma'ruf Club
In collaboration with EMSS, IRKHS, LAWSOC, ENGINIUS

All students are kindly invited.


~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

Tuesday, September 29, 2009

Cara Tolak Cinta Sahabat Baik

Pelik tapi benar! Anda bersahabat baik dengan seseorang tetapi secara tiba-tiba dia menyatakan rasa cintanya kepada anda. Sudah pasti anda akan berasa terkejut dan sukar untuk menerima hakikat tersebut.

Malah lebih teruk, terdapat segelintir individu yang menjauhkan diri daripada individu tersebut sedangkan mereka berdua merupakan sahabat baik selama ini.

Jika anda mengalami situasi yang sama, di sini diperturunkan tip untuk menolak cinta sahabat baik anda tetapi dalam masa yang sama perhubungan persahabatan yang terjalin tidak putus.

1. Berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. Pasti dia akan memahaminya dan menghargai sikap berterus terang anda itu. Apatah lagi jika anda menunjukkan keseriusan.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya sepertimana anda bersahabat dengannya. Ini kerana hubungan di antara kekasih dan seorang sahabat sangat berbeza ertinya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana masing-masing menunjukkan sikap 'ganas' apabila bersama. Sebagai kekasih sepatutnya perhubungan perlu disulam dengan rasa tanggungjawab dan tolak ansur.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis atau jejaka yang jauh lebih hebat di luar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya. Tunjukkan kepadanya bahawa anda tidak mempunyai kualiti seorang kekasih yang baik.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya di tempat kerja, sekolah atau di tempat yang anda dan rakan-rakan lain selalu berkumpul. Sikap sebegitu memberikan petanda kepadanya bahawa anda tidak selesa dengan situasi yang sedang anda alami.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. Katakan juga anda masih terlalu muda untuk memikirkan tentang cinta. Oleh sebab itu anda lebih tertarik dengannya sebagai seorang sahabat.

8. Jelaskan padanya bahawa anda lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan kerana sudah mengetahui sikap masing-masing. Anda tidak selesa untuk berpura-pura serta belum bersedia untuk mengubah status sahabat menjadi kekasih.

9. Nyatakan bahawa anda sudah ada calon kekasih yang lain. Namun anda harus bersedia untuk kehilangan seoarang rakan kerana dia malu dengan penolakan terhadap dirinya. Kalau boleh lakukannya secara baik dan jika anda tidak berupaya untuk melakukannya, minta bantuan orang tengah yang rapat dengannya dan tahu tentang status perhubungan antara anda dan si dia.

10. Bertegas dengan pendirian anda yang memang tidak boleh menerimanya menjadi kekasih walau apapun yang terjadi. Ketegasan anda pasti akan memberikan impak padanya dan diharapkan dia akan memberikan respon seperti mana yang anda harapkan.

Monday, September 28, 2009

Syahid Selepas Mengucap Syahadah

Suatu ketika tatkala Rasulallah s.a.w sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah dating menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikutperang bersama Rasulallah s.a.w. Amar berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam, setelah tokoh yang terkenal Saad bin Mu’az memeluk Islam. Tetapi Amar enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang yang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, “Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya.” Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang-benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulallah s.a.w, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulallah s.a.w. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulallah s.a.w menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Rasulallah s.a.w. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga, tidak ramai yang mengetahui keislamannya.

Dalam perang Uhud yang hebat itu, Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

“untuk apa ikut ke mari ya Amar?” Tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka menyangka Amar masih belum Islam lalu mengikut sahaja orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, “aku sudah beriman kepada Allah dan rasulNya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi.”

Ternyata Amar menghadap ke hadrat Ilahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulallah s.a.w, baginda bersabda, “Amar itu nanti akan berada dalam syurga.”

Kaum Muslimin yang mengetahui akhir hayat Amar begitu takjub, sebab perkara tersebut di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a yang banyak mengetahui hadith Rasulallah s.a.w berkata kepada para muslimin, “cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t? jika kamu tidak tahu orangnya, maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit.”

Friday, September 25, 2009

suami idaman.. ^.^

Assalamua’laikum w.t.b...

Di sini saya lakarkan satu kisah yang saya petik dari koleksi majalah kesayangan saya, ANIS keluaran Disember 2006 yang lalu. Sebagai bacaan ringan dan renungan bersama. Sesetengah orang menganggap perkara aurat ini ringan, dan sesetengah yang lain pula sangat memelihara kesucian Syariat Islam itu sendiri. Termasuk kisah yang saya petik ini sebagai buah tangan saya, Insya Allah mengandungi teladan buat kalian.


Suami Ikatkan Tudung

Seorang lelaki mengunjungi Butik Sri Munawwarah Design di Taman Tun Dr Ismail. Dia bertanya kepada Perunding Imej, Pn Haslina Mohd Ali, apakah dia dibolehkan menghadiri bengkel pemakaian tudung yang selalu diadakan di situ.

“Bengkel ini khusus untuk wanita. Encik bawalah isteri untuk belajar cara pakai tudung,” cadang Puan Haslina.

“Masalahnya puan, saya yang selalu memakaikan tudung isteri saya sebelum dia pergi kerja,” jelas suami.

“Kenapa begitu?” Tanya Pn Haslina sedikit terkejut.

“Saya suka dia pakai tudung cantik2 menutup aurat macam yang dijual di sini. Dia tidak berapa pandai pakai tudung. Waktu tengah hari kami balik rehat sama, jadi saya sanggup ikatkan tudungnya balik,” jelas si suami lagi.

Terpegun dan terharu Pn Haslina melihat kesungguhan si suami itu menjaga penampilan isteri dalam kemas, sopan tetapi elegan. Si suami ini memang selalu mengunjungi Sri Munawwarah Design untuk membelikan tudung tudung2 terkini dan pakaian untuk isteri kesayangan

~swe3t tak citer nih? huhu, ak syuke lew.. ^.^~

*nak kne jadi pmpn xreti pake tudung lah =p bia husband yg 'hias' sndri kte nh, ok x idea ngok ak? ^.^ *

Tuesday, September 22, 2009

salam e'idul-fitri ^.^

Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di war-warkan kepada kawan-kawan atau pun saudara seislam.

Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL/KLFM, mungkin ada diantara you all dengar juga. Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun. Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini.

Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi. Tulislah dalam bahasa rumi. Sebabnya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah allah dan dzat-dzatnya.

Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah.

Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah allah itu sama dengan kita membuang al quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama.

Wallah hu alam.
P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat besar


selamat hari raya buat kengkawan & adik2 ^.^


Wednesday, September 16, 2009

universiti ramadhan

"al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih"

"ko tahu tak sorang student UIA syahid kena tembak kat Palestin?",
bicara sahabatku ni ptg kelmarin ketika kami siapkan homework/assignment msg2.terkedu gk bila dihulurkan laptop berisi berita syahidnya 'Ubadah (kalo xsilap itu nama dia) di bumi kelahirannya sendiri ketika pulang bercuti setelah beliau tamat semester tahun akhir n bakal grad bulan 10 ni ("_)jiwa aku paling terusik bila imam solat qiamul-lail di masjid SHAH mengalunkan doa qunut. sayup2 gegendang telinga jamaah dipanahkan makna setiap butiran doa ke hati. hatiku jadi sayu. lagi2 mengenangkan syahidnya rakan se universiti di tangan puak Israil. Allahumma irham dho'fana... kami hanya mampu kirimkan doa moga mujahidin ini terus mara meninggikan syiar Islam.

syahidnya satu permata ini seharusnya menjadi satu titik pembakar semangat juang muslimin seantero dunia. patut la pun malam2 beri'tikaf di masjid malam ke24 ramadhan lalu, ada sekumpulan manusia di level bawah ruang muslimat menapak, sedang berkobar2 melaungkan semangat jihad dan kemudiannya diakhiri dgn tangisan n rintihan doa yg sgt2 pilu. jamaah meng'amin'kan. rupanya, semangat yg lahir dtg dr kesyahidan 'ubadah

* * * * * * *
tarawih & taqarrub

alhamdulillah syukur lillah.. hari ni kami berdua bakal genapkan hari ke 26 kami berpuasa tanpa apa2 keuzuran syar'ie, insya allah. selama tempoh itu juga tarawih disemarakkan di masjid walaupun sibuk dgn exams n task2 dr lecturer. tahun lepas pun ramai yg mampu penuhkan tarawih di sini, masakan tahun ini kita tidak mampu persembahkan yg lebih baik dr tahun lepas, kn?. 10 malam akhir ramadhan ramai yg cuba sempatkan diri bermalam di masjid, moga sekalian ummah beroleh keampunan n redhoNya dunia akhirat. turut dipanjatkan doa n cita2 terbesar hidup ini, Ya Muijib ajib du'a ana..

lembaran hidup ramadhan dilakar tinta cinta insan2 yg merayu belas kasih kekasihnya. ragam muslimin muslimat dlm menyerahkan ketaatan kpd khaliq pelbagai mengikut fahaman pegangan mazhab masing2. tak terlepas dari kepelikkan dimata insan yg mengamalkan fahaman mazhab selainnya. pengalaman aku turut terlukis baru. saff solat di masjid universiti ini sangat berbeza dgn saff solat di masjid2 luar. paling 'excited' merapatkan saff ialah jamaah international student yg sgt kuat berpegang kpd sunnah. hanya minoriti yg ambil ringan tentang kepentingan 'kesatuan' ini.

dua malam sudah aku berada di saff paling hadapan. takbir diangkat makmuman. kemudian, terasa kaki aku dicari kaki lain. huhu.. ukht di kiri aku membesarkan bukaan kakinya dirapatkan dgn kaki insan kiri kanannya. aku 'mangsa' di kanannya. tersiksa. bukan kerana alah dgn menyatukan saff. cuba fikirkan balik, upper body aku lagi bidang dari lower body. kalo lower body cuba dirapatkan dgn apa2 @ sape2, upper body aku pasti terhimpit. sangat terhimpit n tersepit. uwaa.. masuk rakaah seterusnya aku cuba 'berkeras' dgn mengeraskan upper body. bukan mahu cari gado, tapi minta ukht sebelah ni faham yg aku perlukan selesa dlm solatku. aku hampir rebah digasak susuk tubuh gadis benua afrika ini. aku kuatkan juga pasakkan kaki mencengkam bumi sejadah. almahdulillah kuat. bukan hanya 8rakaah tarawih shj, keesokkan tahajjudnya pun aku masih berjodoh dgn ukht ini. usai 2 rakaat tahajjud aku 'turun pangkat' ke saff belakang, aku kalah nak berlawan pasakkan kaki dgn foreigners kiri kanan. rakaat2 kemudiannya aku kembali 'naik pangkat' ke saff2 hadapan tapi meyusup ke 'arus' lain ('-'). kelakar plak bila ku coretkan semula pengalaman ini.

* * * * * *
I'tikaf then Musafir

malam ni masuk malam keempat kami sama2 i'tikaf di masjid. tido n qiam skali la kn.. cumanya lain2 pelusuk tempat la, har2x! hm, keesokkan harinya kawan aku ni bakalan berangkat ke tanah bersejarah, melaka bagi melengkapkan ekspedisi ke Besut bersama2 auntie nyer lew.. aku plak akan ke utara tanah air utk ari rayer insya allah taala jumaat malam sabtu ni. malam ke-29. i'tikaf dlm bus lak ktorg.

selamat hari raye yer encik sahabat bee ^.^ ~jgn lupe bce doa bebanyak buat sume yg memandu & menaiki kenderaan, moga selamat pergi & pulang~

Thursday, September 3, 2009

kubur berkata-kata

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

~salam rindu wat riqaaq yg ksekian kalinya.. aku terlalu sibuk dgn dunia yg berbagai krenah sem ni. sampai blog sndri x tjaga nih! cane nak jaga anak2 nt? ;p ~

Friday, August 28, 2009

unta menjadi hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Thursday, August 6, 2009

Imam Abu Hanifah & ikan

Suatu hari ketika beliau berjalan2 di tepi sungai furat, beliau terdengar ada org ketawa berdekah2. setelah disiasat org yg ketawa berdekah2 itu ialah kumpulan pencuri yg sdg makan daging kambing yg dicuri.. kerana kepuasan dpt mencuri myebabkan mereka ketawa berdekah2.

Imam Abu Hanifah hny memerhatikan gelagat pencuri2 tersebut.

setelah mereka selesai makan, Imam Abu Hanifah ternampak tulang-temulang kambing yg dicuri itu dibuang ke dalam sungai. kemudiannya Imam Abu Hanifah pun beredar dan pergi berjumpa dgn nelayan.

tujuan beliau berbuat demikian ialah utk mengetahui berapa lamakah hayat seekor ikan. lantas diberitahu bahawa hayat seekor ikan ialah tiga tahun. maka selama itulah Imam Abu Hanifah tak makan daging ikan kerana beliau bimbang darah dagingnya ditumbuhi dari benda2 yg syubhah (apatah lagi haram)

begitulah wara'nya Imam Abu Hanifah..

INGATLAH SABDA NABI S.AW.

"Setiap daging yg tumbuh dr hasil yg haram, maka api neraka adalah lebih layak baginya.. (aw kama qaal..)"

~hm, ble bce kisah ni baru ku tahu knp pengikut2 mazhab hanafi xmkn makanan laut. tapi kalo ada sesape yg lg arif tlg explen kt aku lg detail nape smpe xmkn ikan lgsg? sedangkan dikisahkan hny selama tiga thun shj?~

Saturday, August 1, 2009

teka teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab
itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di
dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia
ini?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi
yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al
A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang
paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah
Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia
ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali
didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "
Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam
sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana
melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya
sendiri "

Friday, July 17, 2009

Tips atasi zina hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


hehe.. ni la keje aku, korek mne2 tempat yg ada tips2, agak2 cam besh to belasah post jek (setelah ditapis diselidiki isi kandungannya terlebih dahulu). sekadar nak berkongsi ilmu dgn sahabat2 n adik2 kat luar sne, heh.

Monday, July 13, 2009

Peringkat-peringkat isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

*kepada wanita yang bergelar isteri atau bakal berstatus isteri,ambillah pengajaran. Nilailah akan dirimu. Berusahalah menjadi isteri yang terbaik dan solehah pada sang suami dan kaum keluargamu.

credit t0 this

luahan pasangan anda

Luahan Perasaan Suami.

1."Isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku, Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8."Isteriku, Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku, Jagalah pakaianku"
12."Isteriku, Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku"
21."Isteriku, Bantulah Kejayaan ku"
22."Isteriku, Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26."Isteriku, Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku, Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

Keluhan Isteri Terhadap Suami

1. suamiku...bimbinglah keluargamu...
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
3. suamiku...jagalah matamu...
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
12.suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!

Saturday, July 11, 2009

Pesanan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, July 9, 2009

perkara-perkara yang tidak disukai suami ^.^

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak .... boleh singgah tak mana mana .. pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. ".. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. ".. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",, nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. ".. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar .. then lagi u tak tak ... then today.. then tadi.. u tau tak... semalam u nak tau.... bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. ".. eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. ".. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. ".. adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. ".. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan...

Wednesday, July 8, 2009

Jatuh Cinta kerana Allah atau Nafsu

aku (si penulis asal) petik dari blog membe ak, hehe.. buat tatapan sahabat2 ^.*

Aku ada terbaca artikel ni,saja nk letak as new post....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
same-same lah kita pikiorkan.. (ayat ni pon ku pau skali, heh!)


Selamat Hari Lahir Ke-23 buat my blog co-writer!!

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"