Kaum Muslimin di Madinah mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang-benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulallah s.a.w, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulallah s.a.w. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulallah s.a.w menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Rasulallah s.a.w. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga, tidak ramai yang mengetahui keislamannya.Dalam perang Uhud yang hebat itu, Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
“untuk apa ikut ke mari ya Amar?” Tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka menyangka Amar masih belum Islam lalu mengikut sahaja orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, “aku sudah beriman kepada Allah dan rasulNya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi.”
Ternyata Amar menghadap ke hadrat Ilahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulallah s.a.w, baginda bersabda, “Amar itu nanti akan berada dalam syurga.”
Kaum Muslimin yang mengetahui akhir hayat Amar begitu takjub, sebab perkara tersebut di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a yang banyak mengetahui hadith Rasulallah s.a.w berkata kepada para muslimin, “cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t? jika kamu tidak tahu orangnya, maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit.”
No comments:
Post a Comment