* arahan sebelum baca!
1. sebelum mula baca, mulakan dengan kalimah suci : bismillah. (moga tika membacanya jadi ibadah!)
2. tarik nafas dalam-dalam. sedalam mungkin.(hint : ketika membaca artikel ni, saya sangat TERKEDU)
3. hembus pelan2. baca baik-baik.
4. cuba FAHAMkan.
5. FIKIR apa point artikel ni sebenarnya?? (bagi yang tak dapat nak tangkap, ckp la part mana tak dapat nak tangkap. disertakan seiring artikel, komen peribadi [dalam font italic ] saya ketika membaca rencana ni. kalau ada spa2 nak tambah, tak setuju, boleh ulas lanjut. sama2 kita berfikir. pendapat saya tu menurut pemahaman, perspektif saya. ingat. setiap orang berbeza perspektif, cara melihat, berbeza paradigma, berbeza pembawakan, berbeza latar belakang. semua tu main peranan.
6. lepas fikir, mintak KONGSI, komentar, pendapat, pandangan!
RENCANA - Utusan Malaysia
ARKIB : 09/05/2010
Idealisme, realiti dan tak praktikal
Untung Sabut Timbul
PADA tahun-tahun lewat 70-an dan awal 80-an, adalah zaman awal banyak anak-anak muda Melayu mendapat peluang belajar keluar negara.
Dalam satu projek kejuruteraan sosial besar-besaran, kerajaan Malaysia percaya melalui pendidikan tinggi di luar negara, anak-anak Melayu ini kelak akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan bangsa dan seterusnya menepati harapan dasar Ekonomi Baru (DEB).
Masa itu usaha bagi mencapai matlamat DEB sedang rancak dilakukan dengan harapan amat tinggi agar lahirlah generasi profesional Melayu yang terdedah kepada pendidikan bermutu di Barat.
(pss. agak2 dh tercapai tak? ada sebarang pandangan?)
Tetapi pada waktu yang sama dunia dilanda oleh apa disebut sebagai kebangkitan semula agama Islam. Istilah yang digunakan oleh pihak Barat ialah fundamentalisme. Perang Dingin sedang berlaku di mana disaksikan pertembungan sesama negara-negara Islam, iaitu antara yang bersekutu dengan Soviet dengan yang memihak pada Amerika.
Kekayaan minyak dan masalah Palestin menimbulkan kesedaran mengenai nasib orang Islam yang ketinggalan dengan menolak apa yang ditawarkan oleh Barat.
Akhirnya keadaan ini mendorong kepada usaha kembali kepada ajaran Islam yang dianggap sebenar, bersih dari pengaruh fahaman-fahaman Barat.
Sememangnya golongan yang mudah menerima pengaruh ini adalah kalangan pelajar-pelajar. Ia berlaku di banyak tempat di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Cumanya pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara lebih terdedah dengan fikiran-fikiran sebegini kerana sifat masyarakat Barat yang terbuka.
(so what? apa masalahnya dengan mengganggap islam agamar benar? n nak kembali balik pada ajaran islam? apa masalahnya 'terpengaruh' dengan fahaman islam yang SEBENAR?sifat masyarakat Barat yang terbuka. ada baiknya sifat terbuka menerima idea yang baik yang boleh pulihkan dunia yang makin tenat dari bersifat minda tertutup dan kabur dengan solusi untuk 'dunia realiti'.)
Maka muncullah gerakan dakwah di kalangan pelajar Malaysia di luar negara. Kegiatan mereka ini muncul dalam bentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dikenali sebagai usrah.
Maka dari sini, mereka berusaha untuk hidup menurut ajaran Islam mengikut fahaman mereka secara ideal, ketat dan eksklusif.

(again. ada masalah ke nak ikut betul2 apa ajaran Al-Quran dan As-sunnah? what's the problem, man?)
Mereka membayangkan akan dapat hidup sebagai seorang Islam yang penuh idealistik dengan keinginan untuk mencapai kesempurnaan.
Bukan saja dari segi pemikiran dan amal ibadat tetapi juga dalam kehidupan berkeluarga. Maka pelajar-pelajar ini akan mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga yang dianggap sebagai ideal dan Islamik.
Tentunya pelajar-pelajar lelaki yang pandai berceramah atau berhujah akan dikagumi oleh pelajar-pelajar perempuan yang mendambakan suami yang soleh.
Begitu juga di pihak lelaki, mereka juga menginginkan isteri yang solehah dan perkara itu diharapkan dapat diperoleh daripada pelajar-pelajar perempuan yang mengikuti usrah-usrah mereka.
(LOL. APA MASALAHNYA? Apa masalahnya kalau pelajar dah sedar dan punya kesedaran nak bina keluarga harmoni yang tak porak peranda, yang tak meruntuhkan generasi dengan anak luar nikah, selamatkan masyarakat dengan amalkan nilai-nilai murni?selalu ajar nilai murni kat sekolah, tapi bila nak amalkan, macam2 pulak yang timbul. I don't really understand. what's the problem??)
Bertembung
Bagaimanapun idealisme pelajar-pelajar ini bertembung dengan realiti apabila mereka kembali ke tanah air.
Dengan kelayakan profesional dan pendidikan tinggi, mereka sudah mendapat pekerjaan yang berpendapatan baik di tanah air. Mereka juga berkeluarga dan berhadapan dengan realiti hidup dalam masyarakat yang tidak ideal. Apakah yang dikatakan masyarakat ideal? Perkembangan masyarakat hanya mengikut fitrah alam. Persekitaran, sejarah, biologi dan psikologi manusia menghasilkan bentuk sosial tertentu. Idealisme berada dalam fikiran manusia tetapi realiti masyarakat sukar hendak menepati idealisme itu. Pelbagai penyesuaian dan aksi serta reaksi sesuatu dinamika masyarakat menjadikan keadaan apa yang sebenarnya berlaku.
Di kalangan orang Islam yang idealis tentu juga mereka menginginkan sebuah masyarakat dan negara yang mengikut lunas-lunas ajaran islam yang idealis seperti yang mereka fahami.
Tetapi realitinya amat berbeza daripada idealisme. Malah untuk mengamalkan ajaran Islam seperti yang dipelajari dan dihayati semasa usrah di luar negara sebelum itu juga merupakan satu cabaran.
(siapa yang cipta realiti? apakah sebuah 'realiti' mustahil untuk diubah? dimana asasnya REALITI?)
Apabila usia meningkat dan berdepan dengan pelbagai masalah dalam keluarga, maka idealisme beransur-ansur luntur apabila menghadapi realiti.
Maka setelah dekad berganti dekad, ke tahun 90-an dan 2000-an, maka apa yang dipelajari dan dihujahkan dalam usrah-usrah tahun 70-an dan 80-an didapati tidak praktikal atau tidak dapat dipraktikkan.
(siapa plak berani kata tak praktikal ni?mandai2 je. berani betoll! jangan berani kata alquran dan asunnah [benda yg dibelajar dalam usrah, umumnya] dah tak praktikal. al quran panduan untuk sepanjang zaman. kalau sape berani kata tak bleh pakai dah, tu namanya..... wallahu'alam
Mungkin kerana kemampuan diri masing-masing sebagai manusia yang tidak berupaya untuk menjadi ideal seperti yang dicita-citakan semasa menjadi pelajar dahulu, maka mereka ini berubah.
Dalam bekerja, mereka akan berhadapan dengan masyarakat dan dunia profesional yang berbeza, malah bertentangan dengan idealisme Islam mereka.
Begitu juga dengan hubungan dalam masyarakat dan kehidupan politik bernegara. Pastinya akan didapati bahawa realiti tidak dapat menampung idealisme, hatta yang berasaskan pada agama.
(kenyataan ni betul ke? hmm...musykil. any comments guys?)
Penyesuaian perlu dibuat bagi menghadapi realiti. Maka tidak hairanlah apabila didapati bahawa anak-anak muda yang berkobar-kobar bersyarah semasa menjadi pelajar tetapi kemudiannya dari segi amalan hidupnya telah berubah, tidak seperti apa yang diucapkan dalam keluarga, mereka gagal menjadi suami yang baik seperti yang dikehendaki oleh agama, yang akhirnya membawa kepada perceraian. Realiti cinta dan keperluan hidup menjadikan apa yang dicita-citakan hanya merupakan idealisme layak berada dalam kitab-kitab dan isi ceramah semata-mata.
(ish2. ni ape kes plak ni. asyik kata idealistik sangat. eh tanpa idea, sesuatu takkan jadi realiti tau. kalau org dulu2 takde idea nak cipta kapal terbang, ingat nak fly mana2 sekarang ni boleh jadi satu realiti ke? kalau einstein takde idea nak cipta formula yg pening2, mungkin takde bangunan pencakar langit atau kereta ferari yg bleh pecut 220mph. kalau takde TONY FERNANDES nak angan2 dengan idea 'NOW EVERYONE CAN FLY', camne tiket kapal terbang yg murah2 yg mungkin dengan harga 10 ringgit tu bleh jadi realiti sekarang? common sense. apa hal nak kata idea-idea islam tak bleh nak jadi satu realiti? who are you man? kalau Allah kata bleh jadi, sape u kata tak bleh plak? n kata, idea tu hanya 'kata-kata' semata. idea yg xbleh nak apply?? ish3)
Tentunya setelah hidup berdekad-dekad dan mempunyai pengalaman melalui kerenah pelbagai manusia serta pergolakan dunia, maka seseorang dapat menilai antara idealisme, realiti dan keadaan tidak praktikal sesuatu pegangan. Mungkin keadaan ini dianggap sebagai kematangan dalam usia yang bertambah.
(tak praktikal sebab ramai orang tak praktikkan. tak perlu nak tunggu usia bertambah baru nak matang. ada je budak umur 9 tahun atau 15 tahun tapi fikiran lagi matang dari yang umur 40-50. siapa sangka? umur ke yang tentukan kematangan? IMHO, tak semestinya. budak umur 9 tahun di palestin, mungkin lebih matang dari budak umur 19 tahun di Malaysia. [contoh]. soal matang, perlu tunggu usia bertambahkah? again. tidak.
nak jadikan satu benda tu praktikal, MARILAH PRAKTIKKAN BERSAMA! bersama CIPTA realiti. siapa kata idea islam tak boleh ubah dunia? siapa kata idea islam tak praktikal? bagi mereka yang berpendapat sedemikiian, ayuh kita yang 'idealistik' buktikan bersama. ayuh mara. ayuh beramal. ayuh bekerja.)
Dalam hal ini kesimpulannya ialah pastinya Islam bukan agama idealis. Dalam tradisi Islam disebut bahawa agama ini menurut fitrah manusia. Kewujudan adalah sunatullah, iaitu aturan .
*******
terkedu baca. what do you think guys? If being asked for your thoughts and opinion especially as 'oversea student' regarding this thing, how will you respond to this?
Please feel free to share your comment. I'm looking forward to know any opinions.
Sumber : Rencana Utusan Malaysia
akhir kata, mari renungkan

ana suka teks ni, so ana pinjam article ni dari seorg ukhty di' oversea:
Nur Qurratulain Binti Hamzah

No comments:
Post a Comment