Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit
Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar
terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang jantung misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah
Lia dah fahamLia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut
Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.
Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia
berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu
juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?
Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.
Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.
Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun".

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.
Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.
Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.
"Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]
*** **** ****
bismillah,
kalam ana kali ini akan berkisar tentang dunia usrah. memetik sebuah nota dari IKATAN MAHASISWA DINAMIS (IMAN UITM KEDAH) yang dah lama ana simpan dalam koleksi bacaan, ana terasa ingin kongsikan bersama2 perspektif ana tentang USRAH
akhir2 ini terlalu byk ajakan supaya ana menyertai USRAH. antara kata rakan2 "awak ada bakat menyampaikan dakwah melalui pertuturan, malah lebih berkesan dari dakwah awak dalam penulisan. ini pendapat jujur saya." sebab lain yang cuba diusulkan, ana mampu meyakinkan orang dengan hujah ana (kerana ana ego mempertahan prinsip diri juga punca cakap2 ana tampak berkeyakinan - katanya)
tak kurang dari itu, ikhwah & akhawat, ada saja yang tak putus2 'menghasut' ana menyertai kumpulan USRAH masing2. ana tak terfikir utk berbangga, cuma apa yang ana cuba ingin ketengahkan di sini ialah ana sangat 'anti' dengan USRAH.
AKADEMIK
rata2 antara jamaah usrah yang ana tahu & kenal tak menunjukkan pencapaian akademi yang bagus. tujuan utama kita dikampus ini ialah utk belajar. malah lebih wajib lagi jika kita 'menelan' mana2 pembiayaan yang menuntut CGPA yang tinggi utk tidak dikira 'loan'. jadi wajib kita belajar & berjaya utk itu (ana mengambil pandangan dr ustaz zaharuddin masa beliau mengajar ana secara langsung dalam kelas Foundamental Islamic Economy). bagaimana harus ana sertai usrah sedangkan sgt payah nak ketemu student2 yg mantap akademiknya. kebanyakkan jamaah elok dah tatasusila & sopan santun(lagi2 muslimat)
bukan ana tak pernah ikut usrah, ana antara yang aktif di medan itu semenjak ana berumur 7 tahun lagi. selalu ikut umi ana dengan program2 Muslimat kawasan (Balai Islam Matang Taiping), turun padang membantu pilihanraya juga ana pernah diusia setahun jagung ketika itu. hingga lah ana tamat sekolah rendah, memandangkan rumah ana sangat dekat dengan aktiviti usrah mingguan. takkurang juga ana & keluarga ana ke ceruk dalam kampung lain demi usrah bulanan yg secara besar2an diadakan di Changkat Jering, kadang2 di Air Kuning.
itu dunia muslimat yg betul2 komitmen dgn semua bidang yang mereka ceburi. bukan sekadar ibarat papan jongkit; sibuk dgn usrah di sini, tuntutan utama lain kecundang.
bila ana menjejakkan kaki ke IPT ni ana baru nampak yang agenda usrah itu banyak disalah-tujuan-kan kebanyakkan pengerak2nya. ntah kenapa..
sekadar mengikut usrah wajib dari silibus universiti kemudian ana diamkan diri, tak mahu lagi dah terlibat. banyak yang ana dengar pencapaian antara 'ahli2' usrah ini merosot kerana memandang bahawa jalan dakwah yang mereka pegang sekarang mampu memperelok akademik mereka kerana Allah meredhoi jalan itu.
"dakwah2 juga kakak/abang, usaha kita kalau tidak tersusun untuk akademi bagaimana orang akan pandang dakwah kita??" buktikan bahawa kita mampu cemerlang dgn memasakkan ISLAM dalam aktiviti seharian, lalu itu juga boleh menjadi salah satu cabang dakwah buat yang diluar sana.
akhir kalam ana selitkan pendapat seorg rakan tentang usrah:
"apa objektif kita buat usrah?
so that, org islam kembali beramal dengan nilai-nilai islam. kembali pada quran +sunnah. tu je.
kalau tak ikut usrah pun ok je. bukannya semua orang boleh kena dengan cara pendekatan usrah. lain orang berbeza. mungkin sebab upbringing dia. mungkin jiwa tak serasi atau ape2 je ar. tapi as long tu ada kesedaran pasal islam, kesedaran tu la yang akan menentukan corak generasi yang akan datang.
wallahuálam."
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteHanya mahu menambah komentar.
Sebenarnya isu-isu ini bergantung pada individu, kemampuan individu. Dan memang tak wajar kita generalize begitu.
Saya tak seperti kamu, tak pernah sertai usrah, bahkan sampai sekarang tidak.
Tetapi bukan kerana benci, kerana melihat ada prioriti lain dalam dakwah iaitu menuntut ilmu?
Ilmu apa? Ilmu akademik waktu siang? Ya, ilmu selain akademik, ilmu yang wajib bagi setiap Muslim, ilmu asas tapi sering dilupakan.
Kehidupan malam saya dipenuhi dengan kuliah-kuliah agama, bersyukur tatkala mana di UIA ditemukan dengan rakan-rakan sekepala, kaki kuliah.
Apa kesan pada akademik?
saya bukan seorang yang pandai, result tak bagus dari dulu sampai sekarang, cuma saya pernah bandingkan beberapa situasi saya.
Di tahun 1 saya buat tak kisah dengan kerja-kerja dakwah, kuliah-kuliah agama saya anggap benda pengisi masa lapang, bukan agenda utama, dan saya memang tak minat ekonomi. Study tak bagus.
Masuk tahun 2, saya cuba improve study, dan waktu tu juga saya semakin aktif, macam ketagih dengan kuliah agama, dan aktiviti dakwah lain. Alhamdulillah study improve.
Tahun 3, subjek makin sukar, hampir putus asa, waktu tu saya terfikir give up kerja dakwah!
Tiba-tiba saya rasionalkan balik pemikiran. Saya cuba fikir, aku punya study tak bagus sebab dakwah ke? Periksa 24 jam dalam sehari berapa peratus habis untuk, untuk study, dan untuk main-main.
Lalu saya kembali rasional, kalau saya buang kerja dakwah, saya akan melepas dua-dua iaitu hilang akademik, dan hilang dakwah, kerana masalah saya bukan pada dakwah. Masa lain banyak saya buang untuk benda lain. Sedangkan masa tu boleh digunakan untuk study.
Saya pernah diskus dengan seorang senior, dia pelajar engineering, cerita masalah study. Dia beritahu sesuatu, yang terbaik, enta dapatkan dua-dua- akademik dan dakwah, jika tak, enta kena pilih salah satu, dan jangan sampai enta kena buang dua-dua.
Dan waktu tu saya tahu, kalau saya kurangkan masa dakwah saya, ia tidak ubah apa-apa. Bahkan lebih banyak masa akan terbuang dengan main-main.
Dan ana pilih untuk cuba survive dalam study [ini akibat study benda yang tak minat, dulu masuk UIA apply IRK, dia campak ke ekonomi]dan teruskan dakwah.
Jadi, ana tahu, ana mungkin tak dapat excellence dalam study, tapi dakwah ini telah bantu ana dalam banyak hal especially bab leadership, skill bercakap, disiplin kerja dan banyak lagi.
Yang terbaik ialah dapat yang keduanya, jika tak, pilih salah satu, sudah pasti akademik, tapi jangan sampai hilang kesemua.
Macam ana cakap, ini kes individu, tak boleh beri solusi yang sama untuk semua orang. Ada orang dia masih boleh improve study, jadi dia kena improve, ada orang dia memang dah tak boleh go on dah, jadi jangan sampai sudahlah akademik hilang, dakwah pun hilang juga.
Cuma ramai ambil jalan pendek, aku lemah study sebab usrah, sebab rajin pergi kuliah agama. Tapi malangnya masa yang dia ambil untuk usrah, kuliah agama, bukan direplace dengan study, tetapi direplace dengan main internet, lepak kat kafe, keluar dengan member. Tapi bila jumpa kawan-kawan, kata aku tak boleh go on dengan dakwah sebab nak fokus study. Orang beginilah yang kita paling panas hati. Bila masalah akademik, semua disalahkan pada kegiatan dakwah, tapi lupa nak muhasabah kehidupan seharian, benarkah 24 jam itu kita penuh dengan dakwah, atau kita penuhi dengan main-main.
Wallahua'lam.
jayyid..! :) sy sgt stuju, jgn lepaskn semua kalau xmampu pun biar ada salah satu, itu yg sedang sy pjuangkn. dakwah tu mcm2 cara blh diusahakan.. mgkin cara kamu dgn kuliah2 n ngajar mengaji, tp cara sy bgaul dgn kwn2 yg agk terpesong dr landasan sebenar (org yg mmg xnmpk dgn jelas pe tu Islam & Syariat). approach sy dorg blh terima n sy selesa menegur dorg dgn cara 'rock' sy. alhamdulillah sy xlepaskn salah satu pun antara dua jalan tu; belajar & dakwah.
ReplyDeletetp bila org lebih sempitkan jalan dakwah tu perlu ada usrah juga, sy rasa tersekat. lalu, dr mana sy belajar utk berdakwah pd diri & pd yg sdg dtarik? sy dekat dgn ustaz2 sy dr maahad smpai sekarang, even ustaz2 di uia pun sy selalu consult (sbb ustazah sy hanyalah ustazah tilawah je), mudah2an ajaran direct dr ustaz2 mampu sy terjemahkan dalam bentuk lain yg mudah dfahami akal2 yg kosong xnk terima syumulnya Syari'at tu..
sy ada jalan sy sendiri utk bdakwah, xperlu dpaksa2 ber-usrah. sampai ada yg 'ugut' sy begini: "blh jd baik ke kalu selalu sendirian cmtu..? nmpk xberubah pun. jom la join usrah, nt blh lg improve" (ntah pe yg teruk dia nampak pada sy pun ntah la..). sy lgi suka teguran scara amali @ body gesture dr bcakap xhenti2 walhal diri penegur juga kurg/tak mcerminkn pe yg dtegurkn tu. cuma s.s yg dia tu betul je semua..(lima taquluna ma taf'alun)
sy pnah berada dlm usrah yg dalamnya ustaz ustazah berkaliber yg kendalikan (sbb dlm penerimaan ilmu sy perlu kpd org2 yg kuat n mantap hujahnya serta praktikal baru sy blh terima & xpndg remeh). asal sy juga IRK, sempat belajar IRK tp sy tukar ke economy sbb ilmu itu yg sy lemah & sy perlu belajar lg dalam. alhamdulillah sy bksempatan buat IRK juga bsama2 ekonomi. dr situ sy knl org2 yg sy cuba 'bawa' n tahu serba sedikit knp remaja2 sdg rosak akhlaq n bagaimana nk tarik mereka semula. moga urusan sy terus dpermudah.
allahu 'alam.. harap ada lg yg sudi komen utk sy improve diri :) syukran ya masri..