sesimple hikmahnya begini:
seorang gadis baru mendaftar masuk ke sebuah IPTA bergegas menaiki tangga masjid menghala ke sebuah pintu di tingkat dua, bahagian kiri masjid. menyelak daun pintu membuatkan dia terkesima "tempat muslimin. lalu di mana ruangan muslimat?"
sejenak lalu seorang senior dari tingkat tiga. "mungkin tempat utk muslimat di tingkat tiga" - pintas gadis itu berlalu tanpa bertanya.
sebenarnya kala itu jemaah muslimat kebanyyakkan telah bersurai dari dewan solat. hanya senior ini di'delay'kan waktu dia keluar dari situ kerana asyik termenung memikir hari2 yang perit dilalui sendiri, walhal dibahunya tertimbun segala macam tugas yg ingin diselesaikan dalam perencanaan
hikmah yg ana nampak: kalau lah semua jemaah keluar serentak tanpa berbaki walau seorang pun yg keluar lambat dr dewan solat, maka bagaimana gadis tu akan bertindak agaknya? mungkin dia turun langsung ke tingkat paling bawah lalu mencari2 di bahagian kanan masjid (sedangkan dia sudah berada di bahagian kiri masjid di mana terletaknya ruangan solat muslimat cuma dia tersalah masuk ke pintu di tingkat dua). lalu akan terlambatlah solatnya kerana masih tercari2. ~kalau lah dia rajin bertanya...~
relevankah ana nampak hikmah sekecil ini? ntah tiba2 terdetik bahawa di situ pun ada hikmahnya.motosikal 1
seperti biasa bibir Fida akan terkumat-kamit membaca 'Bismillah' tatkala mula menaiki motosikal utk ke mana saja. tapi hari itu dia semacam terlupa. di pertengahan jalan di satu malam yang gelap pekat bersama rakannya membonceng, tiba2 Fida brek mengejut. bergegas rakannya turun dari motor cemas memastikan apa yang berlaku. rupa2nya ada satu lubang besar yang hampir saja menelan motosikal mereka naiki. mujur sempat brek mengejut.
sebenarnya, mujur Allah ingin selamatkan mereka. lalu Fida insaf, baru dia teringat yang keluarnya dia tadi dari hostel tidak dengan kalimah tawakkal dan terlupa pada kebiasaannya 'Bismillah' sebelum memulakan pemanduan. itu teguran Allah secara direct pada kealpaan Fida.
motosikal 2
satu hari Ardi keluar dr rumah menuju ke ibu kota 14km dr rumahnya. niat di hati mahu mencari tiket utk pulang ke daerah dia menuntut ilmu, turut disertakan satu permintaan si ibu supaya dia ke pejabat wisma negeri. langkah awal keluar dr rumah dititipkn sesuatu dibibir "bismillahi tawakkaltu 'alallah..", semoga segalanya berjalan lancar. walaupun cuma bermotosikal.
selesai urusan di wisma negeri Ardi menuju ke laluan menghala ke terminal bas. tiga lorong terbentang luas. Ardi terpaksa mencelah2 di antara kenderaan2 besar (bas, lori, kereta2) untuk beralih dari lorong kiri ke lorong kanan ketika barisan makin memanjang dihentian lampu isyarat. dalam berhati2 mencelah, tidak semena-mena dia terlanggar cermin sisi BMW putih; brek tgn motosikalnya bertemu cermin sisi itu. "Allahu akbar!!" terpancul keluar dari mulutnya kerana terkejut & xsangka akn berlaku. namun dia tak mampu utk berhenti meminta maaf dicelah2 barisan gergasi2 besi itu. angkat tangan (tanda maaf) Ardi tak mampu, bimbang motosikalnya hilang kawalan.di hentian lampu isyarat kedua sebuah kereta meng-hon dr belakang motosikalnya, "adik, nanti berhenti kat depan sana! jgn tak bhenti..!!" sergah seorang wanita berusia. Ardi menoleh, 'BMW tadi rupanya'
~ besarnya bangga 'seorang' BMW ketika di jalanraya bertembung dgn moto biru tu~demi kerana bertimbang rasa dan memang dia yang bersalah Ardi berhenti di sisi jalan melepasi lampu isyarat. "aku keluar rumah tadi dgn nama Allah & bertawakal padaNya, apa2 yg akan berlaku mesti ada hikmah" - bisik hati kecil Ardi sambil menekan brek perlahan2.
"bla...bla...penampar..bla..bla...lempang..bal...bla...samseng... !" - bebelan kasar seorang 'mak datin' dan 'datuk' nya Ardi tepis dari berkumpul pada hati, biar sj sergahan itu berlalu di cuping telinga. bimbang ada rasa sakit hati bersarang karat dalam nuraninya.
"ok2, saya minta maaf kerana tak sengaja terlanggar.."
puas hati dgn itu, kedua2 org 'kaya' itu berlalu sambil mengomel dlm kereta.
"mereka kaya dengan harta tapi miskin dengan budi. memang saya salah tapi berbudilah sikit dalam menegur. sedang mereka itu lebih berusia dari ibubapa saya. hm, macam mana dunia ini..." - bukan Ardi meneluh tapi bimbang, diakah yang samseng jalanraya atau org2 lain yg semakin menjadi samseng etika di jalanraya.
hikmah Allah 'tegur' Ardi pada langgaran dia itu kerana tidak segera memohon maaf, hikmah juga ada pada caci-maki datin itu supaya Ardi lebih berhati2 menjaga nuraninya dari bertindak sedemikian sama jika kelak orang lain pula yg melanggarnya.
"kita tidak kalah dengan memohon maaf, kita juga tidak lemah jika pandai mengawal amarah" - itu pesan diri Ardi untuk dirinya yg dulu seorang yg sgt pemarah.
Sungguh ajaib org mukmin, bila diberi nikmat, dia syukur, bila ditimpa musibah, dia sabar, kedua2nya baik baginya. -mafhum hadith .
No comments:
Post a Comment