Pages

Thursday, June 10, 2010

Life Line 4 Gazzah

assalam akhawaty wa ikhwaty al-ahibba'.. (^.^) ana akhukum fil islam..

sedikit ringkasan program yg ana ikuti tentang isu2 palestin. bermula dengan perhimpunan perdana palestin di Stadium Malawati Shah Alam sejak 8 mei lalu kemudian berangkai terus menerus dengan segala program dan agenda tentang minggu palestin di UIAM melalui al-Aqsa Friends Society, Maaruf Club etc. rentetan itu membawa kepada bulan palestin. melepasi hari ulangtahun memperingati Nakba.

kemudian menyusul pula tragedi rampasan kuasa ke atas kapal induk Mavi Marmara yg membuatkan aura palestin itu terus meletup. disusuli dengan demonstrasi anjuran pelbagai pihak; dr parti politik, persatuan2 pelajat IPT2 Malaysia & luar negara juga orang awam, boleh dikatakan semua pihak turun padang menyinsing lengan membuang ketidak-pedulian yg bersarang dalam kalbu selama ini. baru terang mata dunia bersuluh tragedi maut. tapi itu pun belum semua umat sedar, masih ada yang tidak endah.

lalu demonstrasi ini datang sebagai satu drpd banyak2 wasilah yg ada. ana pun tidak terkecuali di ajak para aktivis dr Aqsa Syarif (secara peribadinya atas galakkan anak ustaz hasanuddin sendiri ^-^ ) sebagai sukarelawan bagi mengawal keselamatan saff pen-demonstrasi jumaat baru2 ini. kami bergerak atas nama LL4G wakil pelajar2, tidak terbabit dengan agenda politik. cuma terkebetulan titik akhir perhimpunan itu kami terkumpul bersama2 parti2 politik lain.

ada rasa cemas dalam diri sebenarnya bila ana baru dikhabarkn bahawa perhimpunan aman ini tiada lesen atau dalam erti kata lain ia 'illegal'. berderau juga darah naik ke kepala. mana tidaknya, walid ana tidak benarkan ana ikut mana2 demonstrasi bimbang ana 'ditembak' gas pemedih mata atau paling kritikal bila tertangkap pastu kena buang universiti. tapi ana redah juga kerana jiwa ana kuat memanggil ana turun menyumbang tenaga membantu. bimbang langgar nasihat walid sampai kena 'hukum' dengan Allah.. tapi dalam diam2 walid ana itu, dia sebenarnya setuju tindakan berani anak sulungnya 'mengorbankan' diri, heheh :') ana mesej minta doa dari umi & walid je. biasanya diam mereka tanda mereka setuju dalam berat hati. ana tekad!
seawal 9 pagi kami perlu berkumpul di tabung haji untuk taklimat men-strategi-kan perjalanan demo dgn lancar. supaya maslahah awam terjaga (tidak berlaku jam), supaya tiada ikhtilath dan supaya tiada kekotoran (dr sampah-sarap) terhasil dr demo ini, juga bekalan ikhlas itu sebagai 'makanan' ruhi perlu ada & ia senjata terpenting sbg wasilah membuka mata dunia supaya celik lebih luas. semoga Allah permudahkan urusan kami.

sebelum masuk waktu zohor lagi polis, TUDM & FRU sudah memenuhi kawasan bakal diadakan perhimpunan. ana mengomel sendiri "cename polis2 ni nak berjaya jaga keamanan negara sedang orang solat jumaat mereka sekadar tercegat memandang tanpa berbuat apa2. ini demo dlm aman, belum lagi hal2 melawan musuh negara. dalam perang betul2 pun solat fardhu itu wajib kn? ish2.."

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. perhimpunan bermula seusai solat jumaat bermula di perkarangan tabung haji dan berakhir sekitar 3.15pm. bimbang terjadi sesuatu yg tidak diingini ke atas pelajar2 yg menyertai kami bersurai seberapa segera selepas kehadiran wakil2 dari parti politik tertentu. slogan yg agak kasar terlaung di khalayak membuatkn telinga ana dan beberapa sahabat lain kurang selesa. tujuan utama demo ini untuk palestin bukan untuk mengutuk mana2 pihak dan menyalahkan mana2 parti politik. nampak sangat ada yang ambil kesempatan mencemuh sesama parti politik. fitnah pun melingkar disekitar demo hari tu.

dalam saff yang kami kawal ketat itu pun ada makcik2 yg lancang mulut melontarkan tidak puas hati pada 'polis2 UMNO', astaghfirullah.. time2 panas gini la lagi suka syaitan menghasut mulut melafazkan kata2 tajam begitu. kalau iya pun mereka ada kesalahan tak perlu la kita campuradukkan antara maslahah n mafsadah. selagi polis2 n FRU2 tu tak menyerang, pada ana kita juga perlu menghormati hak2 mereka (supaya tidak membuta tuli difitnah). tak semua polis jahat or kejam. begitu juga orang2 yahudi, tak semua seperti puak2 Zionist. ada pula slogan yg dilaungkan ketika itu "hidup palestin, hancur yahudi!!", yang tu ana kurang setuju. kalau hancur Zionist boleh diterima pakai lagi. itu sume dakyah2 dari sekumpulan pendemonstrasi yg cuba memanipulasi perhimpunan aman kami. bagai sengaja mahu mencetus huru-hara!

seterusnya setelah ketibaan 12 wira-wira mavi marmara tiba ke tanah air, bermacam2 agenda TALK diadakan. tak kurang hebat juga di UIAM sendiri. penuh sudah jadual peribadi para wira sekalian menceritakan pengalaman berada dalam tawanan Israel. di media massa, akhbar2 hinggalah berucap secara langsung sebagai speaker.

ana sempat turun ke MBPJ malam rabu baru2 ni utk mendengar langsung dari mulut para hero sekalian. :) program..::PALESTINE:WE, MALAYSIANS R WITH U::..walaupun di apit antara dua exam final insya allah semangat juang ana untuk kedua2 dunia (pelajaran+palestin) terus kuat menggerakkan ana untuk perform yang terbaik dalam segala hal

akhir kalam, doakan ana sukses dunia akhirat yaa.. (^-^)
~p/s: pengalaman xblh dilupakan: first time join demo dh kena jadi ketua security di saff paling hadapan, kalau jadi apa2 kami perlu istiqamah di situ, utk kuatkan pertahanan saff.. ;p~

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"