Pages

Tuesday, March 22, 2011

Nasabnya dimuliakan

ana teringat dulu masa hadiri dialog interfaith, ada seorang brother ni tanya pada brother Shah Kirit, begini mafhumnya: "adakah ibu bapa Nabi s.a.w di kira kafir atau bagaimana..? jika kita kata Islam tu di baru sampai tika nabi s.a.w diutuskan" mungkin ana de salah faham soalan, tp yg nak di ceritakan di sini ialah tentang susurjalur keturunan nabi s.a.w. ALLAH MULIAKAN NASAB RASULALLAH S.A.W - Mencintai peribadi Rasulallah s.a.w perlu dimulai langkah mengenal jalur keturunan baginda yang bersih lagi mulia. Allah telah meletakkan ketinggian dan dan kemuliaan Nabi s.a.w dengan memilih nasab baginda s.a.w terdiri daripada kalangan orang-orang terhormat lagi mulia. Nabi s.a.w dilahirkan dalam keluarga bangsawan yang mat dihormati, iaitu Bani Hasyim. ini kerana Bani Hasyim mempunyai kedudukan yang terkemuka serta mempunyai pengaruh yang kuat di kota Makkah al-Mukarramah. nasab yang sempurna lagi mulia bagi Nabi Muhammad s.a.w yang berurutan sampai ke 'Adnan tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. ia adalah seperti berikut:
Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muttolib ibn Abdu Manaf ibn Qusai ibn Kilab ibn Murrah ibn Ka'ab ibn Lu'ai ibn Ghalib ibn Fihr ibn Malik ibn Nadhr ibn Kinanah ibn Khuzaimah ibn Mudrikah ibn Ilyas ibn Mudhar ibn Nizar ibn Ma'ad ibn 'Adnan.
PERAWI nasab ini telah ditetapkan oleh hadith yang mutawatir (hadith yang diriwayatkan ramai perawi dan menurut kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk berdusta) dan persepakatan para ulama'. manakala nasab Nabi s.a.w selepas 'Adnan yang menyambung rantaian nasab sehingga Nabi Ismail a.s ialah senarai yang tidak disepakati tentang kesahihannya. pernah pada suatu hari Rasulallah s.a.w berdiri di atas mimbar dan menyebut tentang nasabnya yang mulia:
"aku adalah Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muttolib. Allah telah menciptakan ciptaan dan menjadikanku sebaik-baik ciptaanNya. kemudian menjadikan mereka dua kelompok dan memilihku yang terbaik daripada kelompok itu, kemudian menjadikan mereka beberapa kabilah yang terbaik dan memilihku dari kabilah yang terbaik. kemudian menjadikan mereka beberapa rumah dan memilihku daripada rumah sebaik-baik rumah dan anggotanya."
(riwayat Imam Tirmizi dan Ahmad) BANI HASYIM Wathilah ibn al-Asqa' r.a berkata, bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:
"sesungguhnya Allah memilih daripada keturunan Ismail puak Kinanah, dan daripada Kinanah dipilih puak Quraisy, dan daripada Quraisy dipilih Bani Hasyim, dan dipilihnya aku daripada Bani Hasyim."
(dipetik dari kitab as-Syifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa, halaman 59. Imam Tirmizi mengatakan hadith ini sahih. Imam Muslim juga memasukkan hadith ini ke dalam kitab sahihnya). di antara keistimewaan dan kemuliaan Rasulallah s.a.w juga tidak terdapat dikalangan keturunan baginda s.a.w semenjak Nabi Adam a.s lagi ialah orang-orang yang melakukan zina. keistimewaan ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi, at-Tabrani di dalam al-Ausat dan Abu Nu'aim di dalam ad-Dalail. daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"tidaklah aku dilahirkan daripada pernikahan kaum Jahiliah walau sedikitpun, dan tidaklah aku dilahirkan melainkan dengan pernikahan secara Islam."
(al-Hafiz Imam al-Suyuti di dalam Khasais al-Nabawiyyah al-Kubra, jilid 1 halaman 97. Diriwayatkan juga Ibnu Saad dan Ibn Kathir dalam Bidayah wa al-Nihayah) Rasulallah s.a.w bersabda:
"Allah menzahirkan aku ke bumi dalam tubuh Adam a.s, menempatkan aku di dalam tubuh Nuh a.s, dan kemudian menyimpan aku di dalam tubuh Ibrahim a.s. Allah kemudian memindahkan aku dari satu tubuh ke tubuh yang lainnya, dan adri satu rahim ke rahim lainnya dari kalangan orang-orang mulia sehingga aku dilahirkan melalui kedua bonda ayahandaku. tidak satu pun daripada mereka tersebut berpasangan melalui penzinaan."
(hadith ini perlu dklarifikasikan lagi erana penulis tidak menyebut sumber asal hadith ini diambil) LIMA RATUS IBU disebutkan oleh Hisyam u-ibn Muhammad al-Kulabi a.s yang meriwayatkan daripada ayahandanya bahawa,
"aku telah menulis (nama) lima ratus ibu bagi Nabi Muhammad s.a.w, dan tidaklah aku mendapati dari kalangan mereka yang berzina serta tiada daripada mereka ini terlibat dengan amalan-amalan kaum Jahiliah walau sedikit pun."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi:
"sentiasalah aku berpindah dari sulbi (benih) generasi-generasi yang suci ke rahim para ibu yang suci bersih."
Rasulallah s.a.w juga bersabda,
"kedua-dua ibu bapaku tidak pernah berzina sama sekali."
(riwayat Ibnu Umar al-'Adni di dalam musnadnya) berkata Guru kami, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki dalam kitabnya, Keistimewaan Rasulallah s.a.w bahawa:
"seluruh jaluran Nabi Muhammad s.a.w adalah terdiri daripada orang-orang yang terhormat dan mempunyai maruah serta akhlaq yang mulia. difahami di sini, bahawa Rasulallah s.a.w lahir dari pernikahan yang sahih, sekalipun baginda s.a.w, ayahanda serta bonda baginda s.a.w berada ditengah kemelut Jahiliah yang jauh dari tatasusila dan adab kesopanan tamadun manusia. tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, bahawa seluruh keturunan datuk nenek Nabi s.a.w adalah terdiri daripada orang-orang yang beriman kepada Allah kerana mereka semua adalah pilihan Allah."
di dalam sebuah Athar, Nabi s.a.w bersabda:
"sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim a.s, satu golongan manusia yang tetap atas fitrah (beriman) menyembah Allah"
(Al-Hafiz al-Suyuti, Al-Ta'zim wa al-Minnah fi Anna Abawayy Rasulallah fi al-Jannah, halaman 55) ANIS OKTOBER 2010 p/s: ana rasa buku ini patut boleh memberi jawapan kepada brother yang tanyakan tentang keturunan asal Nabi s.a.w itu beriman atau tidak.. sekian untuk kali ini.. Allahu 'alam..

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"