nas-alullah tabaraka wa ta'ala, moga bacaan yg agak berat ini membantu kita sama2 mengukuhkan lagi fahaman & aqidah Islamiyyah kita.
~andai ada mne2 part yg xfaham, silalah bertanya pd yg arif, jgn terus terima apa2 ketidakfahaman bulat2 dulu sebelum tahu asas & punca...~
**************************
Nota:
Berikut adalah petikan perdebatan saya dengan seorang hamba Allah di salah sebuah FB Group mengenai Islam. Sebagai FB Group yang menceritakan tentang Islam, adalah satu pencemaran apabila seseorang datang mendakyahkan gerakan yang sudah difatwakan oleh para alim ulama' sebagai sesat.
Nama sebenar dirahsiakan di sini, sebagai menjaga maruah kesemua pihak. Tetapi saya mengekalkan link yang disertakan sebagai rujukan.
Untuk mereka yang ingin memahami apa yang diperbincangkan,
Ahmadiya ni, kumpulan yang mendakwa pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani sebagai Imam Mahdi dan simbolik kedatangan Nabi Isa. Penyelewengan terbesar mereka adalah menyamakan martabat pengasas mereka dengan martabat Nabi, memansuhkan jihad perang, serta mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.
Ana pernah baca tentang gerakan ini, yang difatwakan sesat oleh (ulama') Liga Muslim Sedunia pada tahun 1974. Ada dalam buku teks Tasawwur Islam SPM, sebaris dengan ajaran Rasul Melayu Kahar (RMK haha).
Ajaran ini berasal dari India, dan laman web kumpulan ini, alislam.org, sangatlah licik, bersembunyi di sebalik nama Islam, sedangkan mereka golongan yang terseleweng.
Mereka menggunakan nama keamanan, persaudaraan sesama manusia, dan hubungan baik sesama berbilang agama sebagai Islam yang mereka bawa.. Cuma, seseorang itu perlulah berbai'at dengan pemimpin mereka selaku pewaris Imam Mahdi, dan umat hari ini ditimpa bencana dari Allah kerana mereka tidak mengiktiraf Imam Mahdi.
Padahal Mirza Ghulam Ahmad seorang yang penuh pembohongan dan penyelewengan. Dia mengatakan Nabi Isa minum arak, menghina mukjizat Nabi Isa, mengatakan Nabi Isa anak haram, mengatakan Quran itu rekaan, mentafsir Quran dan Hadith sesuka hati, pernah mendakwa diri sebagai Nabi, mendoakan umat Islam yang tidak mengikutnya agar ditimpa azab, dan lain2. Subhaanaka haadza buhtaanun 'azhiim.
Lalu macam mana Mirza Ghulam Ahmad ni meninggal? Dia bermubahalah dengan seorang ulama' yang menolak dakwaannya. Dia dan ulama' itu saling berdoa, semoga Allah memusnahkan siapa di antara mereka yang di pihak yang batil.
Mirza secara SPESIFIK menyebut, supaya si pembohong itu mati dengan wabak taun. Apa jadi? Setahun kemudian, Mirza Ghulam Ahmad si "Messiah" mati dengan wabak taun, dan lidahnya tidak dapat bergerak, barangkali sehingga tidak sempat mengucap kata-kata taubat. Subhanalah, wal ya'uuzhu billah. Dahsyat balasan Tuhan. Beliau mati di atas katil dengan bermandikan najisnya sendiri..

******************************
Sekian sahaja perbahasan yang sempat saya lakukan. Akhirnya admin group ini telah 'remove' HAMBA ALLAH (bukan nama sebenar) dari group ini sebagai menjaga aqidah dari penyelewengan, maka perbahasan tamat di situ. Maaf jika ada yang ana tersilap atau kelemahan dalam penghujahan. Yang baik itu dari Allah, yang sebaliknya itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Semoga kita terus berwaspada dengan fahaman-fahaman yang mencemarkan kemurnian Islam, sehingga adakalanya boleh mengeluarkan seseorang dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, atau Islam itu sendiri. Wallahu a'lam.
******************************************
petikan note (yg ana di-tag) dr sahabat ana di bumi syam:
Berwaspadalah Dengan Gerakan Ahmadiya Mirza Ghulam Ahmad!
~andai ada mne2 part yg xfaham, silalah bertanya pd yg arif, jgn terus terima apa2 ketidakfahaman bulat2 dulu sebelum tahu asas & punca...~
**************************
Nota:
Berikut adalah petikan perdebatan saya dengan seorang hamba Allah di salah sebuah FB Group mengenai Islam. Sebagai FB Group yang menceritakan tentang Islam, adalah satu pencemaran apabila seseorang datang mendakyahkan gerakan yang sudah difatwakan oleh para alim ulama' sebagai sesat.
Nama sebenar dirahsiakan di sini, sebagai menjaga maruah kesemua pihak. Tetapi saya mengekalkan link yang disertakan sebagai rujukan.
Untuk mereka yang ingin memahami apa yang diperbincangkan,
Ahmadiya ni, kumpulan yang mendakwa pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani sebagai Imam Mahdi dan simbolik kedatangan Nabi Isa. Penyelewengan terbesar mereka adalah menyamakan martabat pengasas mereka dengan martabat Nabi, memansuhkan jihad perang, serta mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.
Ana pernah baca tentang gerakan ini, yang difatwakan sesat oleh (ulama') Liga Muslim Sedunia pada tahun 1974. Ada dalam buku teks Tasawwur Islam SPM, sebaris dengan ajaran Rasul Melayu Kahar (RMK haha).
Ajaran ini berasal dari India, dan laman web kumpulan ini, alislam.org, sangatlah licik, bersembunyi di sebalik nama Islam, sedangkan mereka golongan yang terseleweng.
Mereka menggunakan nama keamanan, persaudaraan sesama manusia, dan hubungan baik sesama berbilang agama sebagai Islam yang mereka bawa.. Cuma, seseorang itu perlulah berbai'at dengan pemimpin mereka selaku pewaris Imam Mahdi, dan umat hari ini ditimpa bencana dari Allah kerana mereka tidak mengiktiraf Imam Mahdi.
Padahal Mirza Ghulam Ahmad seorang yang penuh pembohongan dan penyelewengan. Dia mengatakan Nabi Isa minum arak, menghina mukjizat Nabi Isa, mengatakan Nabi Isa anak haram, mengatakan Quran itu rekaan, mentafsir Quran dan Hadith sesuka hati, pernah mendakwa diri sebagai Nabi, mendoakan umat Islam yang tidak mengikutnya agar ditimpa azab, dan lain2. Subhaanaka haadza buhtaanun 'azhiim.
Lalu macam mana Mirza Ghulam Ahmad ni meninggal? Dia bermubahalah dengan seorang ulama' yang menolak dakwaannya. Dia dan ulama' itu saling berdoa, semoga Allah memusnahkan siapa di antara mereka yang di pihak yang batil.
Mirza secara SPESIFIK menyebut, supaya si pembohong itu mati dengan wabak taun. Apa jadi? Setahun kemudian, Mirza Ghulam Ahmad si "Messiah" mati dengan wabak taun, dan lidahnya tidak dapat bergerak, barangkali sehingga tidak sempat mengucap kata-kata taubat. Subhanalah, wal ya'uuzhu billah. Dahsyat balasan Tuhan. Beliau mati di atas katil dengan bermandikan najisnya sendiri..

******************************
HAMBA ALLAH:
Al-Hujarat:7 bermaksud "Wahai, orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya,supaya jangan kamu mendatangkan suatu musibah terhadap suatu kaum kerana kebodohan,maka kamu menjadi menyesal atas apa yang telah kamu kerjakan"
Saudara2 ku, ayat Al-Qur'an diatas hanya boleh diguna pakai untuk org2 yang dikategorikan "orang-orang beriman", ayat ini ibarat ayat perintah langsung dari Allah swt menuntut "orang-orang beriman" untuk fatabaiyanu atau selidik atau kaji atau buat siasatan atau cari sumbernya dengan usaha yang penuh gigih tetapi dengan hati dan jiwa yang murni. Ayat ini tidak berlaku untuk mereka yang langsung buta,pekak dan bisu. Ayat ini tidak berlaku utk orang yang wahan dunia, ayat ini tidak berlaku untuk serigala yang berselimutkan kambing.
Biasanya statement saya ada dengar org cakap.......tak cukup dengar sahaja tuan-tuan....tanya pada sumbernya. Atau biasanya saya dengar ceramah ustaz ini...dia kata...itu ini...tak cukup dengar ceramah sahaja.. cari sumbernya betul ker apa yg ustaz itu cakap...atau saya ada baca dalam paper...mmg itu mcm tu mcm ini...tak cukup..baca..cari sumbernya bertemu langsung...fatabaiyanu...selidik tuan2. Janganlah hari dah siang kita masih nak bertegas hari masih malam. Matahari Islam telah terbit, sesuai dgn Sabda Nabi Muhammad saw,
Hadis Ibnu Majah halaman 315:- "Apabila kamu melihat Imam Mahdi maka segeralah kamu Bai'at walaupun harus merangkak melalui rintangan salji kerana beliau itu adalah Khalifah Al-Mahdi Allah swt.
PEACE.
M.E (sahabat ana):
Matahari Islam itu dikenali dengan ilmu. Jika kita tersalah menduga, takut-takut yang kita kejar itu adalah api yang akan membakar kita seperti kelkatu. Wallahu a'lam.
HAMBA ALLAH:
Salam, salah satu TANDA_TANDA AKHIR ZAMAN, matahari akan TERBIT dari BARAT. Sekiranya menurut ilmu SAINS sekiranya paksi bumi tergelincir beberapa darjah sahaja, itu pun boleh mengundang bencana untuk BUMI..apatah pula KALAU Matahari TIBA-TIBA terbit dari BARAT. Maka secara Majaz Simboliknya Matahari Sinar ISLAM yang TERBIT dari BARAT. Cubalah menelusuri www.alislam.org , mudah-mudahan tuan2 dapat bertemu MATAHARI yang dimaksudkan. PEACE.
M.E:
Maaf saudara, saya tidak bersetuju dengan alislam.org. Mirza Ghulam Ahmad? Ialah Messiah? Ialah Imam Mahdi? Simbolik kedatangan Isa? Mirza Ghulam Ahmad sudah meninggal dunia! Sedang Palestin masih terjajah. Masjidil Aqsa masih ditawan Yahudi. Afghanistan dan Iraq masih di tangan kuffar, dengan Muslim saling berbunuhan. Sudan bergolak. Nigeria, Kristian membunuh Muslimin. Libya, Yaman, pemimpin yang zalim membunuh orang Islam. DAN DIA MIRZA GHULAM AHMAD MEMANSUHKAN JIHAD PERANG DENGAN MENAMAKANNYA SEBAGAI KEGANASAN! Kalau tiada mujahidin di Palestin, apa jadi dengan Masjid al-Aqsa? Lama dah diroboh. Nak guna cara aman dengan Israhel? Berapa kali dah Israhel melanggar janji damai. BRITISH, semasa menjajah India, MENYOKONG Mirza Ghulam Ahmad, kerana beliau melemahkan semangat jihad menentang penjajah! Dan diceritakan bahawa Mirza Ghulam Ahmad meninggal dalam keadaan hina, berpenyakit, di tempat tidurnya. Kata alislam.org lagi, makam nabi Isa di India, di Kashmir. Katanya nabi Isa tidak disalib (ya, benar, nabi Isa tidak disalib), lalu baginda meneruskan dakwah ke Bani Israil, berpindah ke India. Mana ada bani Israil di India? Entah mana bukti diambilnya. Baca hadith tentang kembalinya nabi Isa di akhir zaman. Baca hadith tentang peperangan melawan Dajjal. Semuanya jelas. Bukannya peperangan majazi, memang perang hakiki! Penerangan alislam.org tentang Islam, kebanyakannya betul. Tapi bila berkaitan Mirza Ghulam Ahmad, dll, saya berani kata ia bukanlah sesuatu yang betul. Maaf, saya orang yang benci untuk bersumpah, tapi saya sanggup bersumpah dengan nama Allah yang Mirza Ghulam Ahmad bukannya Imam Mahdi yang ditunggu. Bukan sahaja bercanggah dengan dalil naqli (Hadith), tetapi juga bercanggah dengan dalil aqli (logik akal). Sebab memang tak logik Imam Mahdi akan meninggal dunia dalam keadaan umat serabai macam sekarang, bahkan dia mengharamkan jihad peperangan. Memanglah Islam mengharamkan keganasan, tapi bila mempertahankan tanah air umat itu perlu, seperti di Palestin, maka perlu berjihad. Wallahu a'lam. Moga Allah merahmati dan memberi petunjuknya kepada kita semua. Saya hanya hamba yang lemah dan bukan orang yang mendalam ilmunya, tapi hanyalah menunaikan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar.
M.E:
Baca pandangan ulama2 terkemuka Islam seperti Sheikh Ali Hassan an-Nadwi dan Abul A'la al-Maududi mengenai ajaran Ahmadiyya, serta penyelewengan2 gerakan Ahmadiyyah di sini: penyelewengan
M.E:
IRSHAD1 , IRSHAD2 , IRSHAD3 , Cuma mungkin pergerakan ini bergerak dengan lebih licik sekarang atas nama keamanan, kembali kepada Islam yang sebenar, dan pemimpinnya sebagai Imam Mahdi. Wallahu a'lam.
HAMBA ALLAH:
Salam, mari kita KEMBALI kepada AL-QUR'AN
HAMBA ALLAH:
Surah AD-DAHR 30:- "Sesungguhnya, ini adalah suatu peringatan,maka barang siapa menghendaki, ia mengambil jalan kepada Tuhannya" Manakala Maududi menurutnya "Kita tidak akan benarkan mana-mana Muslim untuk menukar agamanya atau lain2 agama untuk menyebarkan keimanan mereka".....
HAMBA ALLAH:
Mengenai Gejolak dunia umat Islam mari kita rujuk:- Surah Bani Israil 15 maksudnya "Tidaklah Kami menurunkan AZAB, melainkan Kami kirimkan RASUL lebih dahulu"....akibat telah melupakan Sunnah Nabi SAW dan ayat2 Al-Qur'an umat Islam telah jauh dari Kasih Sayang Allah swt.....maka bersesuain dgn Sabda Nabi Besar Muhammad SAW, kedatangan Imam Mahdi akan menyelamatkan umat manusia. KEIMANAN akan kedatangan imam Mahdi adalah SAMA bagi seluruh umat Islam....CUMA hanya Jemaat AHMADIYAH yang telah beriman bahwa Imam Mahdi telah ZAHIR didalam peribadi Hazrat Mirza Ghulam Ahmad as yang brpangkat NABI. Dan kerana DUNIA telah MENOLAK malahan melampaui batas...maka firman Allah swt pada ayat Bani Israil itu berfungsi.
HAMBA ALLAH:
Dan saya merasa SANGAT HAIRAN pada saudara Eirfan, yang mengatakan "Simbolik kedatangan Isa? Mirza Ghulam Ahmad sudah meninggal dunia! Sedang Palestin masih terjajah. Masjidil Aqsa masih ditawan Yahudi. Afghanistan dan Iraq masih di tangan kuffar, dengan Muslim saling berbunuhan. Sudan bergolak. Nigeria, Kristian membunuh Muslimin. Libya, Yaman, pemimpin yang zalim membunuh orang Islam.".......saya HAIRAN sebab saudara tidak kah sedar apa yang saudara ucapkan.....kenapa? kenapa saya tanya...SEBAB...Seluruh DUNIA tahu bahwa Nabi Besar Muhammad SAW adalah RAHMATAN LIL ALLAMIN....Ya...Rahmat bagi sekelian alam....maka di zaman kewafatan Nabi SAW, ISLAM hanya ada disekitar JAZIRAH ARAB. Belum pun sampai ke negara terdekat spt Iran apatah India apatah gugusan tanah Melayu...ADAKAH maksud saudara Nabi Muhammad SAW sendiri telah GAGAL...kerana ISLAm waktu itu belum keseluruh ALAM tetapi Nabi SAW telah WAFAT. NAUZUBILLAH kalau saudara ada PEMIKIRAN BUSUK begini.
HAMBA ALLAH:
Dan lupakah saudara apa maksud ISLAM itu sendiri. Yang 1400 tahun dulu selama 23 tahun dibawa oleh RASULULLAH SAW ketengah2 umat manusia JAHILIYAH ARAB. ISLAM....? Rujukan KITAB manakah yang menyokong dalil saudara Eirfan bahwa ISLAM itu DAHAGA DARAH...PEMINAT BOM...PEMINAT MEMBUNUH AGAMA LAIN...tidakkah saudara tahu SEMUA tindak tanduk UMAT ISLAM itu SANGGAAAAAAAT JAUH menyimpang dari KESUCIAN ISLAM.
M.E:
Wallahi, saya tak begitu nampak manfaat gerakan Ahmadiyah terhadap ummah. Apakah anda menuduh mujahidin di Palestin sebagai mereka yang meninggalkan Islam? Mereka mengimpikan syahid atas rasa tanggungjawab ke atas menjaga kiblat pertama dan masjid suci ketiga ummah. Dan saya sudah baca, di irshad.org, bahawa di Palestin para pengikut Mirza Ghulam ini bersekongkol dengan Yahudi dalam menindas mereka yang bangkit melawan kezaliman Yahudi. Kerana mereka mengatakan tiada lagi jihad peperangan. Saya simpati dengan saudara, bila saudara berkata sedemikian, nampak jelas kedangkalan fikiran penyokong jemaah Ahmadiyah. Benar, Islam melarang membunuh penyokong agama lain, maka KEGANASAN, misalnya peristiwa 11 September HUKUMNYA ADALAH HARAM. Tetapi mempertahankan tanah air umat Islam yang dijajah adalah FARDHU AIN. Apatah lagi, bila umat Islam dibunuh dan dilayan lebih teruk dari HAIWAN. Baca fatwa para ulama tentang hukum jihad Palestin di link ini:
Fatwa Ulama' - Palestina
Saya risau jika saya seorang yang membaca link yang saudara sertakan, tapi saudara tidak membaca link yang saya sertakan. Jika keadaannya begitu, maka tidak adil perbahasan ini bila seorang bersedia mendengar, seorang lagi tidak mahu?
M.E:
Saudara masih belum menjawab hujah saya dalam perkara-perkara ini:
1) Makam Nabi Isa: Apa buktinya makam nabi Isa di Kashmir India melainkan sekadar kata2 Mirza Ghulam yang kemungkinan besar hanya pembohongan tanpa bukti sokongan?
2) Bagaimana dengan hadith yang tidak terkira tentang al-Masih Isa, dan Imam Mahdi melawan Dajjal? Mirza Ghulam Ahmad? Beliau sebaliknya berbaik dengan kuffar, dengan penjajah British!
3) Mirza Ghulam Ahmad mati dalam keadaan hina. Beliau bermubahalah dengan seorang ulama' yang tidak setuju dengan dakwaan beliau, lalu dia mendoakan ulama itu ditimpa wabak taun. namun setahun kemudian dia sendiri yang ditimpa taun, sehingga dia meninggal dunia, sedang ulama' itu terus hidup bertahun selepas dia meninggal dunia.
4) Dan bila saudara menidakkan jihad perang, saudara menidakkan seruan Quran yang tidak terkira terhadap jihad perang membela umat dari penindasan musuh Islam:
a) "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada Jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (at-Taubah:111)
b) "Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (at-Taubah: 38-39)
Dan jangan salah faham bila saya kata jihad perang itu disyariatkan. Saya bukan menyokong keganasan seperti pengeboman di Rusia, London, pengeboman gereja di Iskandariah Mesir, dll. Saya menyokong jihad peperangan ke atas musuh yang menjajah tanah air umat dan membunuh umat Islam beramai-ramai seperti di Palestin khususnya, namun jihad itu hendaklah mengikut cara yang ditunjuk Rasul SAW, seperti hadith sahih Muslim berikut:
"Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melantik seseorang panglima perang atau sariyyah, Baginda berpesan kepadanya dan kaum Muslimin yang menyertainya agar bertaqwa kepada Allah, dan membuat perkara yang baik. Kemudian Baginda berpesan secara umum: “Berperanglah dengan nama Allah dan dijalan Allah. Seranglah orang yang kufur kepada Allah. Berperanglah dan janganlah kalian melakukan khianat, jangan melampaui batas, jangan mencincang mayat, dan membunuh anak- anak.”"
Malu besar buat saudara jika saudara menuduh mujahidin di Palestin sebagai pengganas, sedang merekalah yang sedang menanggung susah mempertahankan masjidil aqsa kerana kita mencuaikan tanggungjawab itu. Malu besar jika saudara menuduh jihad peperangan sebagai perbuatan dahagakan darah dan pembunuhan. Dan saya nampak betapa "cult" Ahmadiyah ini memerangkap mereka yang amat jahil kefahaman agamanya: Menurut ulama'2 fiqh, mereka sepakat dari dulu sampai ke hari kiamat, hukum jihad fi sabilillah tidak akan terangkat berdasarkan prinsip istishab.
M.E:
Sekarang giliran saya untuk menangkis hujah-hujah saudara. WALLAHI, saya rasa lebih mudah mematah hujah pengikut Ahmadiya dari mematah hujah orang Atheis, Freethinker, atau Kristian kerana mereka biasanya golongan yang lemah kajiannya dan logiknya, cuma masalahnya mereka sama degil dengan puak-puak ini. Hujah saudara:
1) "Tidaklah Kami menurunkan AZAB, melainkan Kami kirimkan RASUL lebih dahulu" Yang dimaksudkan Rasul di sini ialah Muhammad SAW. Umat hari ini terhina sebab mereka semakin jauh dari Quran, dan Sunnah, yakni ajaran Rasulullah Muhammad SAW. Bukannya si MIRZA GHULAM AHMAD YANG MENDAKWA SEBAGAI NABI! Tiada Nabi selepas Rasul SAW! Subhaanaka hadzaa buhtaanun 'azhiim. Tahukah saudara tidak sedikit pengikut Ahmadiya yang bersyahadah dengan mengucapkan "wa asyhadu anna ahmada rasulullah." (Dan aku naik saksi bahawa Ahmad itu Rasulullah), yakni Ahmad Mirza Ghulam. Maka 1974, Liga Muslim Antarabangsa mengisytiharkan ajaran Ahmadiya sebagai KELUAR dari agama Islam. Bertaubatlah kembali wahai saudara. Bagi saya barangkali orang Syiah lebih dekat kepada Islam berbanding golongan Ahmadiya ini.
2) Apa rahmat yang Mirza Ghulam bawa? Wallahi, selepas kedatangan Rasul SAW masyarakat Arab yang kucar-kacir menjadi harmoni dan bertamadun, tetapi tidak saya nampak manfaat Ahmadiya kepada ummah. Malah saya sanggup berkata Ahmadiya bukan rahmat, bahkan FITNAH BESAR kerana menyeleweng aqidah umat Islam dengan menerima pengasasnya sebagai bermartabat NABI, sekaligus MENGELUARKAN mereka dari Islam. Wallahi Nabi Muhammad SAW telah berjaya dengan sebenar-benar kejayaan sehingga terzahir kalimah Islam didengari di Rom dan Parsi, tetapi telah celakalah Mirza Ghulam Ahmad dengan pengikutnya yang tidak ke mana juga dengan ajaran-ajarannya.
M.E:
Dan izinkan saya, giliran saya untuk mengebom kubu keyakinan saudara. Maaf, saya seorang yang boleh berlembut dalam banyak perkara, tetapi bila soal aqidah, saya ingin mencontohi ketegasan Umar al-Khattab. Saya tidak bercakap tanpa bukti, melainkan yang berikut adalah saya cari sendiri di internet berdasarkan petikan-petikan buku si pengasas Ahmadiya sendiri, dan surat antara seorang ulama' dengan jemaah Ahmadiya itu sendiri:
1)Mirza Ghulam Ahmad meninggal dunia dalam keadaan hina. Dia bermubahalah dengan seorang ulama yang tidak percaya dakwaan KENABIANNYA, lalu dia mendoakan ulama itu ditimpa taun. Namun setahun kemudian, dia pula yang meninggal dunia akibat taun.
2) Terdapat laporan yang banyak mengenai skandal2 di peringkat2 atasan jemaah Ahmadiyya sendiri, di kalangan mereka yang digelar khalifah jemaah. Antaranya tuduhan pencabulan kanak-kanak, homoseks dan pelacuran. Dan ini dilaporkan oleh mereka yang berada dalam jemaah Ahmadiya sendiri.
3) Jemaah Ahmadiya mengatakan tidak mengapa untuk murtad dari Islam atas nama kebebasan agama (rujuk murtad-ahmadiya) sedangkan Islam mengharamkan perbuatan tersebut, malah boleh dihukum bunuh oleh pemerintah jika tidak bertaubat. Kerana itu Abu Bakar as-Siddiq memerangi mereka yang murtad di zamannya.
4)Ulama'-ulama' Islam adalah mereka yang paling faham agama dan paling tinggi ilmunya, lalu jika Ahmadiya ini benar, mengapa bukan mereka golongan yang terlebih dahulu berbaiat kepada Mirza Ghulam? Malah merekalah puak yang paling keras menentang Ahmadiya, tidak lain kerana mereka tahu berdasarkan ilmu, bahawa Ahmadiya SESAT. Malah difatwakan oleh ulama'-ulama' Liga Muslim Sedunia, 1974 bahawa Ahmadiya SUDAH KELUAR daripada Islam. Sedangkan menghukum seseorang sebagai keluar dari Islam adalah sesuatu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, kerana jika salah, berdosa besar. Sedang mereka, para ulama', adalah golongan yang paling takutkan Allah.
5) Saya sudah baca kisah hidup Mirza Ghulam Ahmad. Langsung tidak seperti seorang nabi, bahkan langsung tidak seperti tokoh Islam sekalipun. Sejak kecil lagi dia berpenyakit mental, dan terlalu suka berangan, sehingga dia selalu lupa, mana satu kasutnya sebelah kiri, mana satu kanan. Bahkan dia mandul, dan kemandulan itu antara ciri Dajjal, bukannya ciri Nabi.
6) Mirza Ghulam Ahmad minum arak (wine), dan mengatakan bahawa Nabi Isa adalah peminum arak! Nabi Isa bebas dari tuduhan beliau, tapi jelas Mirza Ghulam seorang yang sakit rohaninya.
7) Dalam penulisannya, Mirza Ghulam Ahmad menggelar mereka yang tidak mempercayai dakwaannya sebagai "BAGHAYA" atau ertinya ANAK HARAM atau PELACUR. Inikah sikap seorang IMAM MAHDI? Atau lagi teruk, seorang yang didakwa bermartabat NABI? Bahkan panggilan ini digunakannya terhadap semua umat Islam yang tidak mempercayainya. Dia mengkafirkan semua umat Islam yang tidak mahu percaya dakwaannya.
8) Ajaran Ahmadiyya mengatakan seperti berikut: "The saying of Hazrat Ayesha that Muslims should call the Holy Prophet, peace and blessings of Allah be on him, Khataman Nabiyyeen, but should not say that there would be no prophet after him, had reference to the advent of the Promised Messiah. The direction given by Hazrat Ayesha is not in contradiction with the hadees: 'There will be no prophet after me'; for the meaning of the Holy Prophet was that there would be no prophet after him who would abrogate his law." SAH TERSELEWENG. TIDAK PERNAH mana-mana sahabat nabi atau salafus saleh, atau ulama' agung Islam yang mengatakan akan ada Nabi selepas Muhammad SAW. LANGSUNG. Tapi kata Ahmadiya: "Tiada Nabi selepas Muhammad bererti tiada nabi yang akan membatalkan syariatnya." Ertinya AKAN ada Nabi lagi? Wallahi jika itu yang dimaksudkan, SESAT, SESAT, SESAT. Inilah akibatnya bila mengikut logik otak sendiri dan meninggalkan ajaran sahabat dan salafus saleh, serta ulama'-ulama' yang muktabar. Inilah akibatnya bila mentafsirkan Quran dan Hadith tanpa ilmu.
9) as-Syaikh Abdul Hassan Ali an-Nadwi berkata: Saya sudah perhatikan beberapa ajaran seperti al-Ba'ith, Ahmadiya, dan lain-lain. Mereka mungkin sekali membaca kisah Nabi Muhammad SAW, dari seorang lelaki,dakwah Islam berkembang menjadi ratusan juta di seluruh dunia. Lalu mereka fikir, "apa kata kita cuba?". Ya, pada awalnya mereka berjaya, mendapat ribuan pengikut, bahkan ratusan ribu, kerana kehebatan keperibadian mereka, kebijakan mereka merancang, tetapi mereka tidak akan berjaya meniru kejayaan Rasul SAW. Kerana Rasul SAW disokong Allah SWT, yang merupakan kunci kejayaan baginda, sedang mereka tidak.
Akhir sekali, saya kata, kembalilah kepada Islam yang sebenar seperti para sahabat dan salafus saleh, dengan kefahaman yang sebenar. Tuntutlah ilmu Islam yang sahih, bukan dengan sekadar mendengar tafsiran hadith dan quran yang mengikut logik otak tanpa sandaran ilmu. Perbaharuilah syahadah. Perbaharuilah iman. Ulama' sudah berfatwa, Ahmadiya sudah terkeluar dari Islam. Wahai para Ahmadiya, jangan namakan Ahmadiya dengan Islam, umumkanlah ia sebagai agama yang baru, dan kami tidak akan mengganggu kalian, kerana kalian sememangnya terseleweng jika kalian mendakwa ada Nabi selepas Rasul SAW. Wallahu a'lam. Mohon maaf atas segala kekurangan.
HAMBA ALLAH:
Banyaknya komentar anda...satu2 lah...
HAMBA ALLAH:
Yang hujungnya komentar saudara yang saya faham, saudara suruh orang2 yang telah beriman kepada Sabda Nabi Muhammad SAW akan kedatangan IMAM Mahdi as diakhir zaman untuk BUAT AGAMA BARU...barulah saudara tidak menganggu???...
HAMBA ALLAH:
Nampaknya saudara telah lupa dari mana datangnya ISLAM haqiqi...atau perlu saya beritahu saudara EIRFAN???
M.E:
Yang Haq itu jelas, dan yang Batil itu jelas. Cukuplah Allah sebagai saksi, bahawa saya sudah menyampaikan. Saya tak mahu memanjangkan perbahasan lagi melainkan saudara mampu mematahkan hujah saya dengan KEBENARAN, dan bukan alasan. Wallahi Mirza Ghulam Ahmad bukan Imam Mahdi. Sesiapa yang berilmu pasti sedar hakikat itu. Ulama'-ulama' Islam adalah mereka yang paling faham agama dan paling tinggi ilmunya, lalu jika Ahmadiya ini benar, mengapa bukan mereka golongan yang terlebih dahulu berbaiat kepada Mirza Ghulam? Malah merekalah puak yang paling keras menentang Ahmadiya, tidak lain kerana mereka tahu berdasarkan ilmu, bahawa Ahmadiya SESAT. Malah difatwakan oleh ulama'-ulama' Liga Muslim Sedunia, 1974 bahawa Ahmadiya SUDAH KELUAR daripada Islam. Sedangkan menghukum seseorang sebagai keluar dari Islam adalah sesuatu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, kerana jika salah, berdosa besar. Sedang mereka, para ulama', adalah golongan yang paling takutkan Allah. Wallahu a'lam.
M.E:
Dan firman Allah, Wa a'ridh 'anil jaahiliin, dan berpalinglah dari orang yang jahil. Saudara hanya memberi alasan. Akuilah yang batil sudah kalah. Saya tidak suka memanjangkan perbahasan jika ia tidak mendatangkan manfaat.
HAMBA ALLAH:
web2 yang saudara rujuk tu...bagus2 cuma PENUH dengan FITNAH.
M.E:
Fitnah apa? Saudara belum jawab apa yang saya sertakan secara ilmiah. Ulama'-ulama' Islam adalah mereka yang paling faham agama dan paling tinggi ilmunya, lalu jika Ahmadiya ini benar, mengapa bukan mereka golongan yang terlebih dahulu berbaiat kepada Mirza Ghulam? Malah merekalah puak yang paling keras menentang Ahmadiya, tidak lain kerana mereka tahu berdasarkan ilmu, bahawa Ahmadiya SESAT. Malah difatwakan oleh ulama'-ulama' Liga Muslim Sedunia, 1974 bahawa Ahmadiya SUDAH KELUAR daripada Islam. Sedangkan menghukum seseorang sebagai keluar dari Islam adalah sesuatu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, kerana jika salah, berdosa besar. Sedang mereka, para ulama', adalah golongan yang paling takutkan Allah. Wallahu a'lam. Tiada gunanya berdebat dengan orang yang sudah keras hatinya.
M.E:
Yang menulis itu, dari petikan buku2 Mirza Ghulam Ahmad sendiri, nampak sangat orang Ahmadiyah tak baca tulisan pemimpin mereka sendiri.
HAMBA ALLAH:
Tahukah saudara apa hukumnya orang yang menabur FITNAH...tetapi sesuailah juga dengan sabda Nabi Besar Muhammad SAW..Ulamak Uhum diakhir zaman adalah sehina-hina makhluk dibawah kolong langit..mereka menabur FITNAH dan FITNAH itu kembali kepada mereka.
M.E:
Anda menuduh Yusuf Qaradhawi sesat kerana tidak berbai'ah kepada khalifah Ahmadiya? Nik Aziz? Hassan Ali an-Nadwi? Abul A'la al-Maududi? Seluruh Majlis Fatwa sedunia? Seluruh jemaah lain? Seluruh Muslimin? Sabda Rasul SAW, "tidak akan bersepakat ummat-Ku dalam kesesatan." Dan Mereka semua sepakat yang Ahmadiya gerakan SESAT. Sebutkan satu ulama' yang mu'tabar yang mengatakan Ahmadiya tidak sesat. Inilah jadinya bila cetek ilmu agama.
HAMBA ALLAH:
Baiklah wahai saudaraku sebelum saudara pergi meninggalkan saya....tanyakan kepada cerdik pandai disana...dari Surah Al AHZAB 40. Maksud ayat per ayat....sekali lagi saya katakan maksud ayat per ayat KHATAMANABIYYIN tu membawa maksud apa? Semoga saudara bertemu kebenaran jua. PEACE
M.E:
Itulah ayat yang DISELEWENG oleh Mirza Ghulam Ahmad. Khataman Nabiyyin bermaksud penutup kenabian, tiada lagi Nabi selepasnya, tapi kata Mirza, ADA lagi, cuma penutup ertinya syariat Nabi SAW adalh yang terakhir, ada lagi Nabi lain, cuma tidak membawa syariat baru. Wallahi, ini tafsiran menurut kepala otak yang tidak pernah disebut oleh mana-mana sahabat atau Rasul SAW sendiri, atau mana-mana ulama'.
HAMBA ALLAH:
He he he enjin saudara dah panas.... Masih nak berdiskusi lagi ker saudara....relak la....kalau Ahmadiyah nie Kafir sekalipun....itu balasannya dari Allah swt....
HAMBA ALLAH:
Tapi saudara tahu tak KHATAMANABIYYIN dari segi loghat bahasa ARAB? Tahu ker....FATABAIYANU brother.
M.E:
Bererti Mirza Ghulam Ahmad seorang PENDUSTA. Barangkali salah seorang antara 30 orang Dajjal yang disebut Rasul SAW sebelum akhir zaman. Apa saudara ingin memprovokasi saya? TAK SATU pun hujah saudara adalah ilmiah. Jelas Ahmadiya memerangkap mereka yang jahil. Pergilah, jangan kacau kami lagi yang ingin memelihara iman kami. Pergilah bersama "Imam Mahdi" engkau jika engkau mahu. Biar terbakar di dunia, jangan terbakar di akhirat. Saya ingin selamatkan anda, tapi jika keangkuhan dan Mirza juga yang ingin dipertahankan, maka Ya Allah, saksikanlah bahawa saya sudah menyampaikan.
M.E:
Para sahabat dan tabi'ien adalah mereka yang paling mahir Bahasa Arab. Mirza Ghulam orang INDIA. Dia bukannya belajar ilmu hadith atau tafsir. Para sahabat dan ulama' lebih tahu tentang apa yang dimaksudkan Rasul SAW, dan tak ada seorang pun kata akan ada Nabi selepas Rasul SAW. Ijma' sepakat bahawa sesiapa yang mengaku nabi selepas RASUL SAW adalah sesat yang nyata dan dihukum KAFIR. Dan sabda Rasul SAW: "Tidak akan bersepakat (berijma') umatku dalam kesesatan." Pergilah, dan jangan lagi kacau keimanan kami, wahai penyeru yang terseleweng.
HAMBA ALLAH:
Saya boleh pergi no problem. Cuma homework untuk saudara jangan lupa. Kesian saya tengok orang yang mempunyai fitrat yang baik boleh mencaci maki seorang utusan Allah diakhir zaman ini. Jangan lupa tanya para pakar BAHASA ARAB diluar sana tu apa sebenarnya perlu dibuat utk Surah AL-AHZAB tu agar dimaksudkan sebagai NABI PENUTUP.PEACE
M.E:
Para sahabat dan tabi'ien adalah mereka yang paling mahir Bahasa Arab. Mirza Ghulam orang INDIA. Dia bukannya belajar ilmu hadith atau tafsir. Para sahabat dan ulama' lebih tahu tentang apa yang dimaksudkan Rasul SAW, dan tak ada seorang pun kata akan ada Nabi selepas Rasul SAW. Ijma' sepakat bahawa sesiapa yang mengaku nabi selepas RASUL SAW adalah sesat yang nyata dan dihukum KAFIR. Dan sabda Rasul SAW: "Tidak akan bersepakat (berijma') umatku dalam kesesatan." Pergilah, dan jangan lagi kacau keimanan kami, wahai penyeru yang terseleweng.
HAMBA ALLAH:
Ahmadiyah bukanlah ingin memperjuangkan politik atau seumpamanya tetapii KESUCIAN ISLAM dan KESUCIAN RASULULLAH SAW.
HAMBA ALLAH:
Saudara dah KHATAM Al-Qur'an.?
M.E:
Alasan, alasan, alasan, tak de SATU pun hujah saudara ini yang ilmiah. Itulah dia, bagaimana Ahmadiyah memerangkap mereka yang jahil. Tak ada SATU pun hujah saya yang saudara patahkan. Saudara hanya tahu memprovokasi. Wahai pembaca-pembaca yang lain, lihatlah siapa yang benar di sini. Lihatlah siapa yang berdiri di atas kelimuan, siapa yang berdiri di atas penyelewengan. Allah sebagai saksi. Ya Allah, bantulah kebenaran dengan sebenar-benar bantuan dan jatuhkanlah kebatilan dengan sebenar-benar kehinaan. Allahul musta'an. Wallahu a'lam.
M.E:
Saya belajar TAFSIR qur'an. Saya belajar Bahasa Arab, saya khatam Quran sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Saya ikuti perbincangan usulud din. Saya ikuti pembelajaran hadith Nabi, saya baca keputusan-keputusan ijma' ulama' dan ulama' fiqh, dan tak ada satu pun dariilmu saya yang menyokong dakwaan Ahmadiya. Itulah dia, bagaimana Ahmadiyah memerangkap mereka yang jahil. Wahai pembaca-pembaca yang lain, lihatlah siapa yang benar di sini. Lihatlah siapa yang berdiri di atas ilmu yang yaqin dan haq, siapa yang berdiri di atas penyelewengan. Allah sebagai saksi. Ya Allah, bantulah kebenaran dengan sebenar-benar bantuan dan jatuhkanlah kebatilan dengan sebenar-benar kehinaan. Allahul musta'an. Wallahu a'lam.
SALAH SEORANG AHLI FB GROUP:
dah jadi perbahasan ego ni. Ini group PENGAJIAN. Sila hormat ahli group yang lain. SILA BACA POSTING ASAL & POSTING AHLI2 YANG LAIN,WAHAI SAUDARA HAMBA ALLAH & ADIK MUHAMAD EIRFAN.
M.E:
Ini perbahasan aqidah. Dan ya, saya fikir bagi melindungi aqidah terpaksa saya tidak memberi peluang kepada kebatilan untuk menang. Maaf jika ada komen saya yang melampaui batas. Saya berusaha untuk menggunakan ilmu sebagai hujah mengatasi emosi. Ya Allah ampunilah kami dan sebarang kemelampauan kami dalam urusan kami, dan tetapkanlah hati kami (atas kebenaran) dan bantulah kami ke atas golongan yang kafir.
ربنا اغفر لنا ذنوبنا وإسرافنا في أمرنا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين
AHLI FB GROUP:
Astaghfirullahal'azim.
Sekian sahaja perbahasan yang sempat saya lakukan. Akhirnya admin group ini telah 'remove' HAMBA ALLAH (bukan nama sebenar) dari group ini sebagai menjaga aqidah dari penyelewengan, maka perbahasan tamat di situ. Maaf jika ada yang ana tersilap atau kelemahan dalam penghujahan. Yang baik itu dari Allah, yang sebaliknya itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Semoga kita terus berwaspada dengan fahaman-fahaman yang mencemarkan kemurnian Islam, sehingga adakalanya boleh mengeluarkan seseorang dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, atau Islam itu sendiri. Wallahu a'lam.
******************************************
petikan note (yg ana di-tag) dr sahabat ana di bumi syam:
Berwaspadalah Dengan Gerakan Ahmadiya Mirza Ghulam Ahmad!
No comments:
Post a Comment