alhamdulillah... cuaca diluar tingkap pagi ini berkabus nipis. sejuk dan tenang. menanti tibanya waktu ke kelas 10 am, lembaran demi lembaran koleksi majalah kegemaran sempat ditilik. moga ada sedikit pengisian pagi ini sebelum dhuha bertandang.
sedikit perkongsian yang mungkin berguna buat jiwa insan2 yang kemaruk dengan cinta penuh bernafsu sebelum 'tali halal' dipatri.
sedikit perkongsian yang mungkin berguna buat jiwa insan2 yang kemaruk dengan cinta penuh bernafsu sebelum 'tali halal' dipatri.
pasangan muda jimi (bukan nama sebenar) dan zizi (bukan nama sebenar) bernikah beberapa hari sebelum menjelang bulan Ramadhan. Nampak ceria ketika sama-sama berbual sewaktu bertemu di kampung pada Syawal lalu.
satu pagi dalam kesibukkan saya menyusun beg pakaian di dalam kereta untuk pulang ke ibu kota, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit-jerit dari dapur rumah sebelah. sangkaan saya binatang berbisa masuk rumah. tiba-tiba seorang anak saudaraku keluar memberitahu Jimi dan Zizi bergaduh. ada yang lari bertempiaran ketakutan.
"cepat kak, tolong Jimi, Zizi gaduh, saya takut.." Jerit seorang ahli keluarga, saya berlari meninggalkan bonet kereta yang ternganga. suami dan anak-anak saya ke kedai ketika itu.
sampai di dapur kelihatan si isteri menjerit-jerit di depan pintu bilik air, si suami pula menengking-nengking di depan pintu dapur. tak dapat saya tangkap butir bicaranya. segera saya tarik tangan anak saudara lelaki saya itu walaupun beberapa kali di acuba menepis. saya tarik si suami keluar rumah. hampir sejam saya cuba meredakan suasana. si suami nampak boleh cool setelah dinasihati dan bersedia untuk memaafkan si isteri. tak lama kemudian si isteri muncul di depan saya dengan wajah serba salah.
"mungkin hatinya dah sejuk," fikir sayaketika si suami menghulurkan tangan untuk bermaafan, si isteri mengeraskan badan. tangan tak mahu dihulurkan, dalam usaha saya terus memujuknya dia tetap dengan kata-katanya, "saya datang ni nak bersalam dengan mak cik aje. bukan nak bersalaman dengan dia," panjang muncung si isteri menunjuk ke arah suaminya.
"istighfar banyak-banyak Zizi. Suami Zizi dah mengaku kesalahan dia, dia nak minta maaf, salamlah," pujuk saya.
"saya meluat, meluat, meluat! Menyesal kahwin dengan dia, tak kahwin dulu pun tak pa, dulu masa belum kahwin perangainnya tak macam ni, baran semacam. buat apa bermaaf hati ni tak ikhlas," kerasnya berbaur sebak. suaminya tunduk. dia cuba bersalama tapi ditolak si isteri. masih belum dapat bersabar dalam usaha menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
"masa bercinta memanglah indah. rindu-merindui, tak sabar nak bertemu, sabar memujuk cukup hebat walau ada yang merajuk sebab yang tukang kipas masa kamu berdua dating adalah syaitan dan nafsu. apabila kamu sudahberkahwin pintu rahmat Allah terbuka seluas-luasnya. syaitan menangis sebab sebuah lagi masjid sudah terdiri. Syurga isteri atas redho suami. Dendam syaitan tak pernah padam. Dia berazam akan runtuhkan pulak rumah tangga kamu dengan apa cara sekalipun. yang wangi-wangi dulu semua mainan nafsu dan syaitan, ingat Allah banyak-banyak. Ini dugaan," saya cuba memujuk.
selidik punya selidik antara punca pergaduhan pagi itu apabila masing-masing tinggal solat subuh walau sudah dikejut, masing-masing sedap diulit mimpi.
pesan ustaz yang mengajar kami di pejabat, jika seseorang itu memulakan kehidupan tanpa solat (kecuali wanita uzur syar'ie) kehidupannya pada hari itu ibarat orang tak makan ubta, rohani, jasmani dan mental akan sakit-sakit macam tiada antibodi.
inilah antara cabaran perkahwinan dunia moden hari ini. ikatan nikah cerai bagaikan tidak punya pengertian besar, lebih kepada sekadar menghalalkan yang haram. soal harga kesabaran, bertolak ansur generasi muda hari ini seakan semakin rapuh. perkataan cerai begitu mudah dijadikan sebagai satu permainan bahasa bibir. persediaan memadu cinta bagai nak 'ghak', sehingga lupa untuk membuat persediaan dalam mendalami ilmu agama yang sangat berhubung kait dalam merebut keberkatan rumah tangga.
nikah kahwin memerlukan ilmu, kemahiran dan azam yang kuat. ia bukan sekadar menyatukan dua buah keluarga menjadi satu tetapi menjalani peraturan syariat Allah.
Alhamdulillah berkat nasihat tulus pagi itu dapat dieratkan semula sebuah hubungan yang nyaris diputuskan akibat salah faham kecil...
tetapi kerana rapuhnya ilmu berumah tangga ia hampir mengakibatkan banyak gejala perpecahan rumah tangga! yang mesti diambil iktibar.

moga iktibar cerita petikan ANIS Disember 2007 dari column 'coter-coret' mampu membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat diluar sana sedang tenat dengan masalah2 begini. -_-
akhir kalam, buat muhasabah diri sendiri & sesiapa yang membaca: mulakan setiap pagi dengan solat, cukup yg fardhu 5 itu. kalau nak lebih barakah tambah dengan dhuha dan witir. itu pun dah sekadar cukup2 makanan harian ruhani. mau lebih 'bervitamin' ruh kita solat nawafil jgn tinggal + qiamullail. moga kita terus kuat; kuat untuk pertahankan iman sendiri dan insan2 yang lemah diluar sana yang memerlukan sokongan iman kita.
satu kisah iktibar lain, menurut sahabat di FB, hari ini genap 87 tahun khilafah islamiyyah jatuh. kalau situasi akhlaq ummah masih rosak begini, bagaimana mahu membina kembali khilafah di zaman ini?
akhir kalam, buat muhasabah diri sendiri & sesiapa yang membaca: mulakan setiap pagi dengan solat, cukup yg fardhu 5 itu. kalau nak lebih barakah tambah dengan dhuha dan witir. itu pun dah sekadar cukup2 makanan harian ruhani. mau lebih 'bervitamin' ruh kita solat nawafil jgn tinggal + qiamullail. moga kita terus kuat; kuat untuk pertahankan iman sendiri dan insan2 yang lemah diluar sana yang memerlukan sokongan iman kita.
satu kisah iktibar lain, menurut sahabat di FB, hari ini genap 87 tahun khilafah islamiyyah jatuh. kalau situasi akhlaq ummah masih rosak begini, bagaimana mahu membina kembali khilafah di zaman ini?

No comments:
Post a Comment