۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
kepala sakit. bukan sakit kepala. sakit kepala itu kita rasa derita. tapi ini kepala sakit. sakitnya sangat istimewa. kerana sakitnya membawa bahagia.
berat kepala sebenarnya. tak cukup kelonsong neuron untuk tampung info yang ditatap mata. ke sebab neuron2 ana tak bersambung dengan kemas? atau nukleus ana rosak? hehe~ sebab tu la otak tak sedia nak hadam banyak maklumat yang terbentang ni.
fokus utama pagi ini: menghadam longgokan tafasir, mengkaji peranan kalimah 'ilm dalam al-Quran. baru buka tafsir Fakhr ar-Razi, kayanya ilmu dalam koleksi tafasir beliau, naik juling-juling mata ana membaca otak menafsir kalimat arab yang terkandung dalamnya.

sejak mendapat semula pelepasan masuk ke library atas tugasan amanah Dr. Fauzan, hari ini hari kedua jadual kerja ana berubah. kalau tidak, setiap awal pagi hinggalah lewat malam mata menatap internet menilik cermat kedudukan kalimah 'ilm di 713 tempat dalam al-Quran.tapi sejak semalam (27 April 2011) ana dah mula diminta analysis ayat2 berkenaan supaya dapat 'digubah' untuk adaptasi ke Knowledge Management. pagi-pagi akal dah 'bergelumang' dengan syarah-syarah aayaatullah, petang hingga malam ana akan di internet menyambung proses mencari lokasi 'ilm berada.
pagi ini saja mata dah tatap tafsir bil ma'thur Imam Ibnu Hatim ar-Razi, tafsir al-Fakhr ar-Razi, tafsir mubin, tafsir al-Imam as-Syafi'e termasuk satu buku tafsir Maudhu'ie karya Muhammad Abd as-Salam Muhammad. tugasnya? ana kena terangkan apa tafasir ini jelaskan setiap ayat yang ada kalimah 'ilm. terangkan pada kakak sekerja supaya dia boleh kaitkan dengan KM.
~ana lemah bertutur dalam bahasa Arab tapi insya Allah bab faham qawaid dan vocab tu ana boleh go on (mohon doa diberikan petunjuk dalam menterjemah)~
KM tu ape?
Knowledge Management tu begini: cara-cara untuk menyampaikan ilmu @ teknik menyusun ilmu supaya ia mudah diterima oleh penuntut ilmu. contoh: umpama study case tika memahamkan soalan matematik, sesi bercerita untuk sampaikan mesej atau tayangan gambar untuk beri maklumat (ilmu) kepada penonton. contoh reality: time demam ASEAN Games di China baru-baru ini, perasan tak banyak movie berkaitan negara China ditayangkan? (ana pun xtahu sgt pasal TV or movie ni, ni cth yg Dr. bagi la..)secara 'ilmiyyah nya KM bermaksud: "..as a process of leveraging of knowledge as the means of achieving innovation in process and products/services, effective decision making and organizational adaptation to the market".
adesss... tak faham kan? pendek kata Barat dah lama gunakan KM dlm sistem capaian teknologi mereka; dalam filem, dalam sistem computer. tapi kita ni tak sedar yang al-Quran dah lama ajar kita bab KM. tak pecaya?
cth: KM melalui story-telling, Allah sampaikan kita ilmu melalui penceritaan. seperti dalam surah al-Kahfi. cerita Nabi Musa a.s dan Khidir. mengikut ta'kul otak kita, pecahkan perahu, bunuh orang itu tindakan diluar munasabah. tapi cerita disebalik itu ada hikmahnya, tentang future (masa depan), dan kita membaca al-Quran ambil kisah itu sebagai ikhtibar. itu salah satu bentuk KM. KM melalui Knowledge Sharing iaitu penceritaan.
Knowledge sharing juga boleh datang melalui dialog. cth Allah berdialog dengan Malaaikah tentang penciptaan Khalifah. kita dapat tahu dari dialog Allah & malaaikah tu yang manusia ni suka menumpahkan darah. juga dialog antara Allah, Adam dan Malaaikah tentang nama-nama kejadian yang Allah ajarkan pada Adam. kita tahu yang Allah directly beri ilmu pada Adam, tidak pada Malaaikah. dari situ darjat Adam diangkat kerana punya akal untuk acquire ilmu.

dah2..! fanas otak baca blog ni..
ok lah, nanti dah siap buku dan thesisnya anda boleh la baca dengan lebih detail. usaha ana dalam penghasilan karya ini kecil saja, cuma setakat terjemahkan dan analisiskan ayaat al-Quran untuk dimuatmasuk dalam sistem yang Barat baru figure out (sedangkan kita dah lama ada dalam al-Quran); Knowledge Management.
sekian.
nota kaki:
Imam al-Bukhari dirikan solat sunat hajat tika nak masukkan setiap hadith dalam koleksi periwayatan beliau. dia imam yang besar.
ana? lebih2 lagi la WAJIB solat hajat setiap kali memulakan kerja menterjemah tafsir untuk fahamkan ahli akademik yang lain. mohon doa, agar apa juga yang ana lakukan ini membawa manfaah buat ummah. moga dipermudah dan disucikan hati buat meneliti ayat2Nya

******************
kenapa guna nama little khaleefah?
sebab ana ni kerdil, kecik je jika nak dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu orang lain. apa yang Allah izinkan ana terima daripada koleksi Ilmu-ilmuNya, maka itu yang ana kongsikan. iye kan..? ana sangat kerdil, serba kekurangan dan tempang sana-sini.
sebab itu ana memilih teman-teman yang baik, moga diri & iman makin 'eager' nak dekat dengan Allah. makin ku kenal diri makin ku mencintaiMu, makin ku dekati ayat2Mu makin terasa Engkau berbisik ke lubuk hatiku "Aku selalu bersamamu robe'ah.."

No comments:
Post a Comment