Pages

Monday, April 25, 2011

penyapu untuk jantung

bismillah.. jalan2 di pagi hari, keluar untuk pergi kerja. kerja kat computer lab je pn, siapkan apa yang patut untuk R.A. berjalan lebih 30min setiap hari untuk jantung, motor ada kena letak tepi, jangan pandang.

hari ini mahallah ana diwarnai aktiviti grass-cutting, a monthly basis service tak silap. zaman kecik2 dulu abah ajar pegang parang/golok tebas rerumput dan semak keliling rumah, rumah kampung la katakan. sekarang technology semakin canggih, guna mesin rumput je.

cuma saja ana nak tengok senario ini dari sudut berbeza, makin canggih technologi makin cepat & efektif kerja disiapkan. tapi dari sudut kesihatannya ia menjadi 'opportunity cost', kos untuk diri sendiri. sebab? sebab dah tak perlu keluarkan peluh banyak2 macam zaman dulu2, setiap hari duduk dalam air-cond, makanan harian makin compleks dengan lelemak dan risiko akhirnya sakit jantung, laluan perjalanan darah terhalang di arteri.

itu satu hal pada mesin rumput. hal lainnya, even nak bersihkan rerumput yang berselerak di sisi blok pun guna mesin. mesin yang meniup kuat sampah ke tempat lain, ana tak maklum apa nama mesin tu. tapi melihat dari sudut 'cost' tadi, huh~ hal semudah itu kenapa tidak digunakan penyapu jek? kerja yang sangat ringkas, tenaga yang dikeluarkan tu juga 'benefit' untuk kesihatan anda. pendek kata mesin2 ni buatkan kita makin cepat mendekati 'tarikh luput' jasad.

"alaa dik, sume orang akan mati juga. gunakan je dah ada kemudahan nih", hah, iye la tu.. betul sangat!. itu dialog dengan pak cik pekebun (dialog yang direka dalam dunia khayalan sendiri).

camne pula kalau dialog dengan geng perokok? "alaa dik, mati itu pasti, hidup insya Allah..". macam mana nak jawab tu? fikirkan.. ok, silakan lah terus merokok yer.. dah 'mati itu pasti' sangat kan.. khalas!

so, kesimpulannya tak payah la berusaha jaga kesihatan. kalau nak jogging hari2 confirm tak ada masa, 20 min setiap hari.

apa kata, disamping buat duit (diupah/digaji service persekitaran ni), kita ambil peluang gunakan kesempatan yang sedikit itu untuk exercise dalam bekerja. bukannya tak boleh buat dengan efektif pun kalau gunakan 'penyapu manual', boleh. daripada guna 'mesin penyapu' tu..

agaknya perempuan pagi2 siapkan kerja rumah, balik dari kerja uruskan rumah lagi; faktor sisi kenapa perempuan sekarang ramai panjang umur dari lelaki (sekadar pandangan sisi dari satu sudut selain hidup mati itu adalah qada' qadar yang telah termaktub)

~bakar kalori & lemak + dapat gaji & pahala (ajza' untuk menjaga kebersihan bumi Allah)~

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"