Pages

Sunday, October 31, 2010

azimat perjalanan masa depan

Dari Muaz bin Jabal r.a Rasulallah s.a.w bersabda:

"Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat."
-petikan ANIS JULAI 2010.

p/s dari dua dunia:

tips exams dr ustaz fiqh (ustaz muhammad amanullah), tolong jangan tulis apa2 dalil dalam hujah anda ketika menjawab paper exams andai anda terlupa beberapa potongan ayat2 or hadith2. kerana ia membawa dosa! (yer la, mane idak nyer.. suke suki jek create ayat baru dari al-Quran, salah satu pkataan dah lari jauh maksud kalam2 Allah tu). kalau bagi point penting dr ayat je dibolehkan.

tips exams dari bro Ghani cluz Financial Management II lak, jangan tinggalkan satu pun soalan tak berjawab, sbb sir akan cuba bantu student dgn jawapan2 yg student tulis, walaupun numbers yg diberikan tak tepat, asalkan kita tahu teknik. (cayalah sir & bro!)

'Ibrah & khibrahnya: dua tips yg berbeza, ana dapat dari dua bidang ilmu yg berbeza; fiqh (ilmu2 syari'ah) + finance (ilmu2 dunyawiyyah). dari sini pun kita boleh membina kematangan berfikir, kn..? (^_^)

sebuah MIMPI YANG INDAH untuk helwa telinga

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

sedikit saranan buat adik2 yg bakal meneruskan perjuangan mengenggam double degree in Economics & Islamic Revealed Knowledge:

memang jalan yg kalian pilih ini xsemudah yg disangka. acapkali terhantuk & terjatuh itu suatu pengalaman untuk kita belajar pahit getir merangkul seberapa byk ilmu yg mungkin. manisnya bila ilmu itu membuahkan ketaatan & hasilnya bila manfaahnya dikongsi sekalian ummah. jangan mengaku kalah. ada jalan yg akan terbuka luas buat kalian kelak. apa yg pasti & perlu ada dalam jiwa kalian ialah dekatkan diri & selalu mengadu pada Allah, merintih lah padaNya agar rasa kehambaan itu subur, kerana Allah sangat rindu kita selalu mengharap.

~maknakan doa kalian dengan hati yang membulatkn permintaan~

pengalaman ana sendiri, walaupun xsehebat orang lain dalam berbahasa arab, even nak faham mutiara2 hujah dari kitab arab IRK pun payah, tp Allah tak pernah kecewakan kita selagi niat dihati tulus ikhlas LILLAHI TAALA, belajarlah demi dunia akhirat, moga ummah kelak dapat kita bantu dr segala sudut yg termampu.

buat adik2, andai ada masalah dengan subjek, ana boleh bantu. insya Allah ana cuba sedaya mungkin membantu meringankan beban belajar kalian. plus ana juga dapat re-heat pe yg pernah dibenamkan dalam minda supaya tak lupa daiman abadan abada. bi iznillah taala.~


♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
...♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥
...GOOD LUCK FOR FINAL EXAMS...
♥✿✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿✿ ♥
♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥


NOTA CINTA untuk mood exams:

Daripada kaca mata pengembara
Kita adalah berkelana
Daripada kaca mata penguasa
Kita adalah hambaNya yang lemah

Susurilah jalan-jalan kehidupan
Bertemankan suria nan indah
Renangilah gelora di lautan
Dengan kesabaran kelak kau kan tiba

Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu
Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini

Luas jalan terbentang
Menuju kesaksian kebenaran

Biarpun ribut melanda
Duniakan cerah apabila ia reda
Percaya pada dirimu sendiri
Kelak kau kan berjaya menggapai impian


~kunci kejayaan~

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"