motivasi diri buat dikongsi bersama sahabat yang dalam ujian exams atau ujian hidup.
terima kasih kerana menganugerahi daku dengan pengalaman melalui perkongsian masalah kalian ('_') hidup kita ini terlalu singkat untuk kita lalui & rasai semua pengalaman hidup.. hanya dengan berkongsi masalah pun dapat beri peluang kita melakar khibrah buat hidup akan datang.. lalu dari ujian2 itu datang pula satu aura kekuatan yang mampu memotivasikan diri dan insan2 lain
terima kasih kerana menganugerahi daku dengan pengalaman melalui perkongsian masalah kalian ('_') hidup kita ini terlalu singkat untuk kita lalui & rasai semua pengalaman hidup.. hanya dengan berkongsi masalah pun dapat beri peluang kita melakar khibrah buat hidup akan datang.. lalu dari ujian2 itu datang pula satu aura kekuatan yang mampu memotivasikan diri dan insan2 lain
Pernah dengar suara motivasi alunan devotees melalui SETIAP KALI? Lagu ini pemberian teman bilik saya masa tu saya ditahun kedua di sini.Mula2 dengar dari IKIM.FM dah tertarik hati dngan lagu ni. Then saya minta MP3 nya dr rumate saya. Sekarang ‘SETIAP KALI’ kembali saya tujukan buat rumate ini. Moga hati & jiwanya sedikit termotivasi dengan alunan helwa telinga ini dan selebih-banyak motivasi harap beliau peroleh dari hubungan & pergantungan hebatnya dengan Maha Mendengar rintihan kita, hamba2-Nya
Setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberianmu
Terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelah ku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah,
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa padaMu Allah tempat kembali segala masalah.
Oh, Tuhan Yang Maha Penyayang,
Leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikan ku pedoman,
hanya padaMu segala ketetapan
jarang ku sedari itu pemberianmu
Terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelah ku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah,
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa padaMu Allah tempat kembali segala masalah.
Oh, Tuhan Yang Maha Penyayang,
Leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikan ku pedoman,
hanya padaMu segala ketetapan
Boleh jadi apa yang kita inginkan tu tak baik/elok buat kita, lalu Allah gantikan dengan yang lebih baik. Boleh jadi apa yang terbaik buat kita itu kita tidak suka kerana belum tersingkap hikmahnya did pan zahir matamu. Ingin lebih keyakinan atas kata2ku ini? Aku boleh buktikan bahawa aku telah temui segala hikmah disebalik setiap kejadian. Kini aku beroleh yang terbaik yang mampu melentur lembut dan lunak imanku, meniti tenang disisi rahmat dan redhoNya. Mudah2an ia berkekalan dunia akhirat.
“tidak akan terhidu harum mewangi jika tidak dinyalakan setanggi, tidak akan terasa manisnya hidup andai tidak dilambung gelora”
~so, xseronok la kalau hidup asyik gumbira jer.. (boleh jadi orang akan kata kamu xbetul sbb 24hours/day happy memanjang)~
Walau apapun situasimu kala ini, ingatlah sesungguhnya janji Allah pada ganjaran sabar:
“kecuali orang sabar terhadap ujian dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Hud:11)
“wahai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali Imran: 200)
Kasih Ilahi tiada bersempadan, tak memilih siapa tidak berakhir kekal selamanya.. kerana kasihNya dalam senang lebih2 lagi dalam kesempitan. Kasih manusia itu asalnya suci, tapi kerana nafsu semuanya jadi kotor dek menghalalkan cara ‘bercintan’ yang mengelojakkan hawa nafsu, lalu bila kecewa bertandang peritnya mula terasa bagai ditkam sejuta kali tapi jiwa itu enggan mati. Andai betul berlunaskan iman, tidak akan mudah jiwa itu berkecamuk memendam perit pedih luka di dasar hati. Iya kan..?
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba, di atas nama cinta pada pencipta CINTA; biar sendiri hingga hujung nyawa asal tak sepi dari kasihnya, agar hidup disuluh redhoNya, itulah nikmatnya syurga cintaNya.jadinya, mari kita tempuhi ujian hidup ini sama ya! ~ingatlah teman, sahabat & kawan, aku sentiasa di sisimu memapahmu andai kamu terasa ingin rebah dalam perjalanan panjangmu di dunia membawa ke akhirah~
No comments:
Post a Comment