
Ana tak perasan sejak bila bumi berbukit Gombak ini mula dilanda hujan yang kerap. Seingat ana, 4hb belum lagi serancak ini sang awan berarak dalam kepulan gelap tebal. Ia bermula jumaat lalu mungkin.
Situasi ini membuatkan ana tak langsung boleh berpisah dengan bilik, pakaian yang berjemuran di ampaian perlukan tuannya untuk diselenggarakan tuntas datangnya gerimis. Dalam kelam kabut warga blok mahallat menerkam pakaian dari di’basah’kan, ana teringat diskusi madam Che Amnah dalam kelas usuluddin beberapa minggu sebelum lecture period berakhir lalu.
Dimulakan dengan menyoal students adakah kami terasa seperti kerap nak sakit-sakit, terasa berat kepala dan malas2an memparasit dalam rutin harian. Memang ada madam! Ramai mengiakan. Usai madam ‘bertitah’ merungkai keadaan masa baru ana tahu yang sekarang musim jerebu.. hehe~ betapa ketinggalannya ana sem ni dengan dunia semasa. Sem2 lalu ana follow up berita setiap hari. Itu pun sebab ustaz bari wajibkan setiap student update setiap berita bkaitan dengan kes-kes berkaitan dengan undang-undang keluarga, kalau tak takkan berjodoh la ana dengan newspaper setiap hari begitu.
Jerebu yang melanda Indonesia, tempiasnya juga turut kita rasai. rupanya itu antara faktor kenapa rata-rata insan sekitar ana ditimpa sakit-sakit termasuk bermalas-malasan (a.k.a terasa berat kepala nak gerak dan rengsaan dipermukaan kulit) ni dsebabkan musibah di negara jiran itu.
Kini, depan mata ana hujan turun lebat, tapi titisannya halus. Ana imbas pengalaman dan ilmu yang madam kongsikan itu, lalu ana pandang pada hujan. Mulut ana mula menggomel berbicara sendirian umpama si gila, “adoyai.. hujan lak.. baju xsempat kering tapi.. banyak lagi yang ia berikan… ”. Disebalik gerimis yang meresahkan suri rumah menjemur baju diampaian, juga para pelajar yang keluar ke dewan exam, sebenarnya siraman dari langit itu berisi seribu satu rahmat. Kepulan hitam berat yang berat itu cuma datang beberapa ketul, isinya sekadar berjuta, manfaahnya..? berinfiniti mencurah-curah.. bagai magnet yang menarik ‘panggil’ titisan-titisan itu untuk turun.
Mana tidaknya, time2 jerebu ni, hujan saja yang mampu menjadi ‘mesin hampagas’ mensucikan kembali udara yang kita sedut di dalam setiap helaan nafas. Hujan juga tunjang utama pepohon kembali segar, pohon dan tanaman baru mulai tumbuh, untuk menyedut butiran karbon dioksida yang terbebas melebihi ‘dos’ sunnatullah. Hujan turun di waktu dan tika pelajar-pelajar melangkah berdebar menuju medan juang melakar masa depan, kerana turunnya hujan petanda langit rezeqi dibuka, lalu doa diaminkan malaikat yang menurunkan rezeqi. Tidakkah hujan itu punya infiniti nikmat..? berbanding sedikit kepayahan yang datang daripadanya.. berlenjun basah meredah langkah ke dewan exam, berkejar-kejar ‘menyelamatkan’ jemuran dari kembali basah, mematikan mood untuk ke library dan akhirnya penyebab asas kepada datangnya demam.
Ahh..! itu bukan sifat semulajadi hujan. Ia datang bukan untuk menyusahkan, misinya datang hanya membawa rahmat yang Allah pinta ia sampaikan buat kita hamba-hambaNya. Demam itu datang semuanya kerana kita. Kerana tangan kita yang membuatkan hujan itu berasid; yang merosakkan kulit juga memeningkan kepala.
Hujan.. datanglah fizikalmu meresap ke bumi kami menumbuhkan harapan2 baru buat semua makhluq
Hujan.. datanglah ibrah darimu buat meresap ke jiwaku, bahawasanya Allah penciptamu jua penciptaku, menjadikan kamu (hujan) untukku singkap seluas tujuh lautan hikmah disebalik tiap rencana kejadianmu.
Ini hari ketiga hujan hadir dalam sela-sela waktu, datangnya tidak menentu. Moga rahmatNya sentiasa selalu.. mengiringi gerimis yang menitis lembut ke pipi ini, meresap padu ke dalam muka bumi..
…:::mode: aku sukakan hujan:::…
No comments:
Post a Comment