Pages

Thursday, April 28, 2011

Travelog R.A 'Little Khaleefah'

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

kepala sakit. bukan sakit kepala. sakit kepala itu kita rasa derita. tapi ini kepala sakit. sakitnya sangat istimewa. kerana sakitnya membawa bahagia.

berat kepala sebenarnya. tak cukup kelonsong neuron untuk tampung info yang ditatap mata. ke sebab neuron2 ana tak bersambung dengan kemas? atau nukleus ana rosak? hehe~ sebab tu la otak tak sedia nak hadam banyak maklumat yang terbentang ni.

fokus utama pagi ini: menghadam longgokan tafasir, mengkaji peranan kalimah 'ilm dalam al-Quran. baru buka tafsir Fakhr ar-Razi, kayanya ilmu dalam koleksi tafasir beliau, naik juling-juling mata ana membaca otak menafsir kalimat arab yang terkandung dalamnya.

sejak mendapat semula pelepasan masuk ke library atas tugasan amanah Dr. Fauzan, hari ini hari kedua jadual kerja ana berubah. kalau tidak, setiap awal pagi hinggalah lewat malam mata menatap internet menilik cermat kedudukan kalimah 'ilm di 713 tempat dalam al-Quran.

tapi sejak semalam (27 April 2011) ana dah mula diminta analysis ayat2 berkenaan supaya dapat 'digubah' untuk adaptasi ke Knowledge Management. pagi-pagi akal dah 'bergelumang' dengan syarah-syarah aayaatullah, petang hingga malam ana akan di internet menyambung proses mencari lokasi 'ilm berada.

pagi ini saja mata dah tatap tafsir bil ma'thur Imam Ibnu Hatim ar-Razi, tafsir al-Fakhr ar-Razi, tafsir mubin, tafsir al-Imam as-Syafi'e termasuk satu buku tafsir Maudhu'ie karya Muhammad Abd as-Salam Muhammad. tugasnya? ana kena terangkan apa tafasir ini jelaskan setiap ayat yang ada kalimah 'ilm. terangkan pada kakak sekerja supaya dia boleh kaitkan dengan KM.

~ana lemah bertutur dalam bahasa Arab tapi insya Allah bab faham qawaid dan vocab tu ana boleh go on (mohon doa diberikan petunjuk dalam menterjemah)~



KM tu ape?

Knowledge Management tu begini: cara-cara untuk menyampaikan ilmu @ teknik menyusun ilmu supaya ia mudah diterima oleh penuntut ilmu. contoh: umpama study case tika memahamkan soalan matematik, sesi bercerita untuk sampaikan mesej atau tayangan gambar untuk beri maklumat (ilmu) kepada penonton. contoh reality: time demam ASEAN Games di China baru-baru ini, perasan tak banyak movie berkaitan negara China ditayangkan? (ana pun xtahu sgt pasal TV or movie ni, ni cth yg Dr. bagi la..)

secara 'ilmiyyah nya KM bermaksud: "..as a process of leveraging of knowledge as the means of achieving innovation in process and products/services, effective decision making and organizational adaptation to the market".

adesss... tak faham kan? pendek kata Barat dah lama gunakan KM dlm sistem capaian teknologi mereka; dalam filem, dalam sistem computer. tapi kita ni tak sedar yang al-Quran dah lama ajar kita bab KM. tak pecaya?

cth: KM melalui story-telling, Allah sampaikan kita ilmu melalui penceritaan. seperti dalam surah al-Kahfi. cerita Nabi Musa a.s dan Khidir. mengikut ta'kul otak kita, pecahkan perahu, bunuh orang itu tindakan diluar munasabah. tapi cerita disebalik itu ada hikmahnya, tentang future (masa depan), dan kita membaca al-Quran ambil kisah itu sebagai ikhtibar. itu salah satu bentuk KM. KM melalui Knowledge Sharing iaitu penceritaan.

Knowledge sharing juga boleh datang melalui dialog. cth Allah berdialog dengan Malaaikah tentang penciptaan Khalifah. kita dapat tahu dari dialog Allah & malaaikah tu yang manusia ni suka menumpahkan darah. juga dialog antara Allah, Adam dan Malaaikah tentang nama-nama kejadian yang Allah ajarkan pada Adam. kita tahu yang Allah directly beri ilmu pada Adam, tidak pada Malaaikah. dari situ darjat Adam diangkat kerana punya akal untuk acquire ilmu.

dah2..! fanas otak baca blog ni..

ok lah, nanti dah siap buku dan thesisnya anda boleh la baca dengan lebih detail. usaha ana dalam penghasilan karya ini kecil saja, cuma setakat terjemahkan dan analisiskan ayaat al-Quran untuk dimuatmasuk dalam sistem yang Barat baru figure out (sedangkan kita dah lama ada dalam al-Quran); Knowledge Management.

sekian.

nota kaki:
Imam al-Bukhari dirikan solat sunat hajat tika nak masukkan setiap hadith dalam koleksi periwayatan beliau. dia imam yang besar.
ana? lebih2 lagi la WAJIB solat hajat setiap kali memulakan kerja menterjemah tafsir untuk fahamkan ahli akademik yang lain. mohon doa, agar apa juga yang ana lakukan ini membawa manfaah buat ummah. moga dipermudah dan disucikan hati buat meneliti ayat2Nya

******************

kenapa guna nama little khaleefah?

sebab ana ni kerdil, kecik je jika nak dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu orang lain. apa yang Allah izinkan ana terima daripada koleksi Ilmu-ilmuNya, maka itu yang ana kongsikan. iye kan..? ana sangat kerdil, serba kekurangan dan tempang sana-sini.

sebab itu ana memilih teman-teman yang baik, moga diri & iman makin 'eager' nak dekat dengan Allah. makin ku kenal diri makin ku mencintaiMu, makin ku dekati ayat2Mu makin terasa Engkau berbisik ke lubuk hatiku "Aku selalu bersamamu robe'ah.."

Wednesday, April 27, 2011

Simply for Teeth

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

akhir-akhir ramai pula ana dengar berita rakan2 yang sakit gigi. barangkali kita makin tua. anak-anak kecil sakit gigi kerana proses salin gigi susu ke gigi kekal. kita? sakit gigi bakal dicabut jela jawabnya. hehe~


teringat tentang satu hadith dari bab Taharah yang berkait rapat dengan Tibb Nabawiyy:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم عند كل صلاة بوضوء لأمرتهم عند كل صلاة بوضوء ومع كل وضوء سواك

الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن تيمية - المصدر: شرح العمدة (الطهارة) - الصفحة أو الرقم: 1/394
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح

dari sumber lain:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda:
“Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali hendak menunaikan sholat”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).


ada sebab kenapa Nabi s.a.w 'hampir' mewajibkan kita bersugi tiap kali solat kn?

syarah hadith lebih detail silalah rajin2kan diri menilik kitab2 kat library, hehe~


just nak kongsi sedikit info tentang penjagaan gigi:

siwak itu element terpenting untuk kuatkan gigi dan gusi, kayu siwak mengandungi bahan-bahan anti-bacteria dan mempunyai pewangi yang dapat menghilangkan bau busuk. kalau dapat bersugi setiap kali solat adalah lebih baik. kalau tak pun gosok gigi dengan ubat gigi siwak pun ok gk ^^

antara tips lain untuk gigi yang ana tahu:


1. elakkan minum/ makan minuman/makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. - ana terbaca tentang gigi yang banyak terkena ais (selalu minum air ais) akan mudah reput. sama lah macam tulang yang selalu terdedah dengan cuaca sejuk melampau, senang rapuh. tulang dan gigi tu ada persamaan komposisinya.. "bones and teeth share the properties of being mostly hard in consistency and containing a high mineral content"

"Exposure to high temperatures can burn and vaporize most water and organic material in the body; the materials that resist vaporization are mostly the inorganic content-- which in the case of teeth and bone is some variation on calcium phospate. Teeth can endure higher temperatures than bone simply because they have a higher mineral density, so there is less that is volatized in a high-heat environment."

quoted from Mark Bornfeld DDS (www.dentaltwins.com). faham tak..? hehe~ apa yang ana tahu kita kena jaga gigi dari panas/sejuk melampau terutamanya dalam makanan & minuman.


2. lain2, lepas minum susu jangan tinggalkan mulut tanpa berkumur atau berus gigi. susu memang elok untuk gigi tapi lemak dari susu tu tak elok untuk gigi. ana pernah baca susu yang dimaksudkan ialah susu kambing. Allahu 'alam.. mungkin boleh apply kat susu lembu juga, sebab susu terbaik (susu kambing) pun diminta kita berkumur-kumur, inikan lagi susu2 biasa yang lain.
~sumber ini masih dalam kajian, sahih atau tak bila ia dikatakan sunnah Nabi s.a.w~


3. umi ana selalu pesan antara bahan2 semulajadi yang baik untuk gigi ialah daun semambu dan cengkih.

daun semambu atau daun neem ni bukan sekadar orang buat ubat untuk demam campak je, untuk gigi pun kegunaannya paling popular adalah mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

cengkih pun sama, ada kandungan anti septik, yang ni abah selalu tinggalkan pesan untuk kebaikkan gigi ana; supaya jadikan cengkih dan siwak kawan terbaik gigi kita.
"Kandungan kimia pada cengkeh adalah karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin B1, lemak, protein, dan eugenol"


ana kerap sakit gigi?

mengikut pengalaman, pertama kali sakit gigi masa umur 4 tahun. meraung abeh satu rumah tak boleh duduk diam. abah bawak ke klinik gigi. masa buat appointment dan sambil2 tunggu tu ok lagi, boleh buat muka 'co0l', kononnya "nothing will be happened". anak 'hero' la katakan..

bila dah masuk ke 'labor-room', ana tengok ramai sangat yang datang kelilingi ana. cuak! "dorg ni nak buat apa ramai2 nih?". kat kepala terbayang citer kawan2 mengusik, "doktor gigi akan cabut gigi guna player, spana etc". bila dah berhadapan dengan situasi sebenar ramai2 nurse datang 'menyibuk' kat gigi yang sakit tu, ana 'naik minyak'. ^_~

maka berlakulah aksi pergelutan melibatkan 'kick-boxing' + 'taekwando-karate act' antara ana dengan dentist dan nurses sekalian. last2 daripada plan dorg nak cabut gigi ana sampai la dah bergelut camtu, akhirnya ana dilepaskan dengan gigi tak tercabut dan dapat peket kecil cengkih + minyak cengkih. gigi yang sakit tu bertahan sampai umur 7 tahun, sihat wal 'afiah lagi. tercabut dengan sendirinya masa nak hantar kerja sekolah kat arwah umi (ustazah/guru besar MTI) halimah.

hehuhu~ itu cerita pertama rasa sakit gigi. lepas2 tu dah tak rasa sakit atau nak cabut dengan dentist. sebab sejak umur 9 tahun ana cuba-cuba beranikan diri selalu consult dengan dentist dan update kesihatan gigi setiap 3 kali setahun. sampai sekarang tak pernah ada gigi yang dicabut dentist dan tak sakit gigi dah, Alhamdulillah..!

lain2 perkongsian, sejak dari kecil gigi ana abah yang jaga. dia bangun pagi2 kejutkan ana subuh, mandikan ana dan dia gosokkan gigi ana sekali. itu yang masih dalam ingatan ana. cara abah letak ubat gigi atas berus gigi dan cara menggosok abah tunjukkan secara praktikal sebelum dentist ajar kat sekolah. bunyi 'uweek! uweekk!' tu normal lah tiap-tiap pagi, sebab abah 'settlekan' sampai gigi paling hujung, nak muntah la den.. :'p


~best giler abah uruskan semua hal kendiri ana sejak kecil~ ^^


sources:
http://en.allexperts.com/q/Dentistry-966/Composition-bones-teeth.htm
http://jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com/2010/04/pokok-neem.html
http://obatsakitgigi.net/obat-sakit-gigi-tradisional-sangat-mujarab-dengan-cengkeh/35/


"authentic tak segala isi blog ana nih?", ntah.. bergantung pada penilaian anda.

sila lihat sedikit info tentang ana di box paling bawah kanan blog ini. syukran! ^^

Tuesday, April 26, 2011

Kias Cinta Ilahi

Seandainya dunia tiada warna tetap kan ku kagumi. Indah maya alam ciptaanNya kudratNya ku agungi. Namun jalin warna zahirlah sang pelangi, menyisih mendung menambat seri. Terbias semua cahaya, nyata ilham di alam mimpi, betapa ku syukuri nikmatNya. ku pasti!

Begitu kias cinta, hadir menghuni jiwa menyatu sejuta rasa kurnia penuh bermakna. Tika dalam gelita atau sepi kembara dihadirkan rasa cinta sisih segala duka anugerah dariNya.

Hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan tiada lain yang jadi rayuan. Namun Dia Maha Mengerti tak mampu insan bersendiri menempuh dugaan yang menguji naluri.

Tak akan ku persia limpah rahmat yang Esa, bagaikan jalinan warna yang menyulam cahaya biasan kasihNya

Moga tak diuji asyik cinta duniawi, mengharap teduh redha Ilahi. Kerana segala kurnia hadirnya hanyalah pinjaman. Sungguh ku syukuri kesempatan bahagia.

..::Kias Cinta: Suhaimi::..

Monday, April 25, 2011

penyapu untuk jantung

bismillah.. jalan2 di pagi hari, keluar untuk pergi kerja. kerja kat computer lab je pn, siapkan apa yang patut untuk R.A. berjalan lebih 30min setiap hari untuk jantung, motor ada kena letak tepi, jangan pandang.

hari ini mahallah ana diwarnai aktiviti grass-cutting, a monthly basis service tak silap. zaman kecik2 dulu abah ajar pegang parang/golok tebas rerumput dan semak keliling rumah, rumah kampung la katakan. sekarang technology semakin canggih, guna mesin rumput je.

cuma saja ana nak tengok senario ini dari sudut berbeza, makin canggih technologi makin cepat & efektif kerja disiapkan. tapi dari sudut kesihatannya ia menjadi 'opportunity cost', kos untuk diri sendiri. sebab? sebab dah tak perlu keluarkan peluh banyak2 macam zaman dulu2, setiap hari duduk dalam air-cond, makanan harian makin compleks dengan lelemak dan risiko akhirnya sakit jantung, laluan perjalanan darah terhalang di arteri.

itu satu hal pada mesin rumput. hal lainnya, even nak bersihkan rerumput yang berselerak di sisi blok pun guna mesin. mesin yang meniup kuat sampah ke tempat lain, ana tak maklum apa nama mesin tu. tapi melihat dari sudut 'cost' tadi, huh~ hal semudah itu kenapa tidak digunakan penyapu jek? kerja yang sangat ringkas, tenaga yang dikeluarkan tu juga 'benefit' untuk kesihatan anda. pendek kata mesin2 ni buatkan kita makin cepat mendekati 'tarikh luput' jasad.

"alaa dik, sume orang akan mati juga. gunakan je dah ada kemudahan nih", hah, iye la tu.. betul sangat!. itu dialog dengan pak cik pekebun (dialog yang direka dalam dunia khayalan sendiri).

camne pula kalau dialog dengan geng perokok? "alaa dik, mati itu pasti, hidup insya Allah..". macam mana nak jawab tu? fikirkan.. ok, silakan lah terus merokok yer.. dah 'mati itu pasti' sangat kan.. khalas!

so, kesimpulannya tak payah la berusaha jaga kesihatan. kalau nak jogging hari2 confirm tak ada masa, 20 min setiap hari.

apa kata, disamping buat duit (diupah/digaji service persekitaran ni), kita ambil peluang gunakan kesempatan yang sedikit itu untuk exercise dalam bekerja. bukannya tak boleh buat dengan efektif pun kalau gunakan 'penyapu manual', boleh. daripada guna 'mesin penyapu' tu..

agaknya perempuan pagi2 siapkan kerja rumah, balik dari kerja uruskan rumah lagi; faktor sisi kenapa perempuan sekarang ramai panjang umur dari lelaki (sekadar pandangan sisi dari satu sudut selain hidup mati itu adalah qada' qadar yang telah termaktub)

~bakar kalori & lemak + dapat gaji & pahala (ajza' untuk menjaga kebersihan bumi Allah)~

Sunday, April 24, 2011

International Seminar on Peace and Humanitarian Aid for Gaza 2011


In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful

We are the participants of the International Seminar on Peace and Humanitarian aid for Gaza in Kuala Lumpur, with the slogan of: ‘FREEDOM FLOTILLA II – STAY HUMAN ’;

The Declaration of Kuala Lumpur in Support of Peace and Humanitarian Aid for Gaza
Saturday April 23, 2011

“Exalted is He who took His Servant by night from al-Masjid al-Haram to al-Masjid al- Aqsa, whose surroundings We have blessed, to show him of Our signs. Indeed, He is the Hearing, the Seeing.” surah al-isra


1. Israel siege and embargo imposed on Gaza are illegal, inhumane and immoral. UN Security Council Resolution 1860 marked the embargo as illegal and stated that it should be lifted immediately.

2. Peace and Humanitarian are basic principles of life for everybody regardless of their differences such as in ethnics, religion, etc and it should be preserved.

3. Malaysian citizens whether they are Muslim, Christians, Hindus, Sikhs, Buddhists, Jewish and others must unite in helping the oppressed people in Palestine especially to the people of Gaza and standing up together to struggle against all types of aggression.

4. As civil and conscious society, we must use all efforts and actions to spread the awareness on the issue of Peace and Humanitarian Aid for Gaza and to unify everybody in this regards.

5. The Freedom Flotilla is urgently needed due to Israel’s escalating military attack and socio-economy embargo on Gaza.

6. Freedom Flotilla is a civil society initiative, undertaken by individuals from all walks of life and reflecting the diversity of people in protecting humanity. It is an effort that does not represent any government and relationships with any state of government and will not go beyond what is mandated by maritime law.

7. The government and non-government of Malaysian agencies must show support and protect its citizens who are participating in this humanitarian effort.

We are all working for the sake of Peace and Humanitarian,
Hand in hand, shoulder to shoulder, together on the way to Palestine
Resilient no matter how long it takes, no matter how dear sacrifices have become
Today we meet for Peace and Humanitarian and tomorrow we meet in Gaza Insha’Allah

Saturday, April 23, 2011

Projek Kenaf

"Originated from South-east Asia, Kenaf is a member of the hibiscus family (Hibiscus cannabinus L), and it is related to cotton and okra. Kenaf grows quickly, rising to heights of 12-14 feet in as little as 4 to 5 months.

Generally, the Kenaf seed been used only for the extraction of oils and all the remaining part of the tree will be considered as a waste and were just thrown away. Due to this, we have come up with a proper solution which might turn the ‘waste’ into something that can be used as the nutritious animals’ feed given a lower capital."

"secara ringkasnya, pokok kenaf adalah salah satu alternatif kepada tanaman tembakau. bila kerajaan demotivate petani dari mengusahakan tanaman tembakau (untuk turunkan kadar perokok), maka kenaf ini alternatif yang sesuai digantikan pada tanah yang sama tembakau tumbuh.

selain itu, sisa buangan dari pokok kenaf contohnya dedaun, akar, batang dan lain-lainnya akan dibuang begitu saja oleh para petani. justeru itu, kami mengambil inisiatif untum mendapatkan sisa2 tersebut dan dihantar ke makmal bio untuk diproses menjadi makanan organik untuk penternak binatang pedaging (lembu, kambing, itik, ayam etc). fiber dari kenaf juga boleh menghasilkan plastic selepas melalui proses tertentu. ia terbukti. dan Malaysia masih sunyi dengan technologi seperti itu."

itu penerangan ringkas tentang project kami, di paternkan di bawah nama SIFE IIUM. pertama kali IIUM sertai SIFE tahun ini, kami antara 'line-up' komiti yang sulong. project kami ini salah satu daripada dua project besar IIUM Gombak, dan daripada empat project IIUM keseluruhannya (termasuk IIUM Kuantan).

pembentangan proposal telah berlangsung pada 17 april lalu dan terus mendapat respon positif dari barisan panel pengkritik. "boleh diteruskan". draf request site visit ke tiga company besar yang terlibat juga procedur2 lain sedang bergerak. projek kami diketuai dan dibantu oleh master student di bidang bio-tech IIUM.

"17th April 2011 to 27th July 2011" akan berakhir pada World Cup competition Julai ini. Kuala Lumpur sebagau tuan rumah SIFE 2011. peserta dari universities serata dunia akan bertandang. risau! cuak! kerja ini besar. bukan saja untuk bertanding, malah untuk ummah. projek seumpama CSR (corporate sosial responsibility), langkah students university untuk bantu menstabilkan kedudukan ekonomi ummah. "ajar mereka memancing, bukan sekadar memberi ikan setiap hari".

objektif projek kami (Kenaf Project):

1) This project focuses on the triple bottom line concepts, which are profits, people and planet.
2) To increase profits by reducing the cost of production in terms of reusing the product waste to the companies.
3) To assist the farmers in increasing their income by reducing the cost of animal feed as an alternative to grass feed.
4) To sustain clear environment by fully utilizing the product waste as alternatives to cattle’s food.

belum pun sempat menduduki peperiksaan akhir semester, ana telah dilamar untuk kerja berurusan dengan komuniti luar. ini kerjanya, dari bidang ekonomi & syari'ah ana perlu terjun ke dunia bio-technologi. berbaloi! sebab dunia biologi memang minat ana sejak dibangku sekolah. kesempatan Allah berikan melalui projek ini, kesempatan mengutip ilmu dari bidang selain yang termaktub dalam kelulusan sarjana.

selamat bekerja untuk ummah to all my fellow committees! ^_^



~dua kali terlibat dalam bidang bio-tech membuatkan ana teruja; satunya tika program KAKS januari lalu STEVIA, bergabung pengalaman dan ilmu dengan student IIUM Kuantan dibidang bio-medicine. sebelum sertai Stevia, ana telah dicurahkan ilmu tentang Stevia sejak 2008 di MIHAS. Alhamdulillah dapat merasa jadi student bio-med seketika. ^_~ Dan kini KENAF, dealing with bio-tech~

Thursday, April 21, 2011

research assistant mencari al-Qur'an

I started my early morning today dengan penuh rasa malas..

"hadoila.. biar betul ni nak kena gi interview..".

berat2 mata tu sambung jgak la study teks yang merangkumi 36 pages. sejak lewat malam tadi sampai la lepas subuh duk usha2 & highlight pe yang patut.

5 minit sebelum tepat jam yang dijanjikan ana dah sampai depan bilik Dr.

we were having around 1 hour discussion about the research paper. ana rasa kan.. memory ana tertinggal kat bilik ber-giga2 byte! sebab, banyak sangat input yang Dr. bagi pagi ni.. rasa rugi kalau tak boleh 'telan' sume sekali dalam minda. push2!!



here the details of the person that I just got to know. rupa2nya Dr. ni kawan baik dengan abah angkat ana; Encik Yusuf, Pengarah Kewangan YaPeIM tu. ngeh2..! orang besar bertemu orang besar. eceh~

Name : Assoc. Prof. Dr. Mohamad Fauzan Noordin
Qualification : Ph.D Information of Technology (University Of Wales, UK)
Kulliyyah : Director, Centre For Collaborative Technologies.

antara yang ana dapat 'kutip' dr ilmu2 tadi:

apa juga di dunia ini bermula dengan 'data', which is the numerous combination of 0 and 1. it then transform into information, which is bila kesemua number2 tu digabungkan untuk membentuk satu2 huruf. contoh: ejaan M.A.K.A.N terdiri daripada M = 010111, A = 011100.. dan seterusnya. (attention: kombinasi number2 yg ana buat tu ana kelentong je, sebab tak ingat la nak hafaz sume kombinasi). kesimpulannya setiap satu character huruf yang kita bina itu adalah gabungan antara 0 dan 1.

then dari information ia menjadi knowledge. melalui gabungan sesuatu information dengan value. ok, misal kata angka 3.5. ia dikira tinggi jika 'value'nya CGPA, ia dikatakan rendah jika 'value'nya per sepuluh, betul tak..?
so, information akan berguna jika ada value yang menilai sesuatu info yang kita ada/terima.

proses seterusnya, dari knowledge akan pergi kepada wisdom. bila ilmu itu menjadi makanan peribadi kita. kadang2 seseorang itu ada PhD, berpangkat besar tapi dia kurang ajar, pemarah, tak boleh bertolak ansur etc sifat mazmumah yang lain. maka dia dikira sekadar ada ilmu tidak punya hikmah @ wisdom.

pada pandangan ana pulak, sebelum datangnya wisdom tu kita kena ada ma'rifah, which is after knowledge ('ilm) kita akan terima ma'rifah dulu kemudian baru datangnya hikmah. sebab, apa yang ana percaya, 'ilmu (knowledge) itu cuma sekadar tahu di peringkat dasar, then ma'rifah datang melengkapkan dengan pengetahuan secara menyeluruh.

so, boleh disimpulkan begini syarahan Dr. tadi:

data --} information
information + value --} knowledge
knowledge + practices --} wisdom (hikmah)
wisdom --} kita dekat dengan Allah

dan fahaman asal ana pula:

data --} information
information + value --} knowledge
knowledge + deeper understanding --} ma'rifah
knowledge --} ma'rifah --} hikmah (wisdom)

means nya knowledge, ends nya Ma'rifatullah

haha.. tiba2 ana plak jadi ahli ilmu bab2 gni..

Dr. juga bilang, perumpamaan baby itu macam data, bila dia membesar ibubapanya yg mem-'pattren'kn baby itu jadi information then melalui knowledge bila baby itu faham nilai2 dirinya.

the ending of course la kita kan 'kembali' kepada Pencipta; 'kembali' dalam erti kata kita masih hidup = kita makin cintakan Allah, dan 'kembali' dalam erti kata kita mati itu sudah menjadi satu kepastian bukan..? (hehe~ ini ayat otak-senget ana jek ok)

anyway n anyhow moga2 ilmu yang dah lama bersarang dalam dada ni (sebab bab ni sume belajar masa second year dulu) kembali Allah izinkan ana buka lembarannya buat lebih mendekati al-Quran. aamin!

sambung!



hm, mengikut buku yang Dr. tulis sebelum ni, 'Islam dan Computer', perisian komputer tu sepatutnya terdiri begini:

software + hardware + peopleware + heartware

software
(perinsian yang memungkinkan program komputer berfungsi)
hardware (alat yang boleh kita sentuh untuk berinteraksi dengan perisian)
peopleware (we are as the runner: pelaku yang berinteraksi dengan komputer)
heartware (sikap kita: bila kita guna wisely, tak ada nak harm2 orang lain)

kemudian kami bertiga berbincang tentang a broadest scope of knowledge. qissah para anbiya', ummah terdahulu, sciences of knowledge dalam al-Qur'an dan segala macam lagi. ana ada catit dalam nota kecil ana. sbb rse tak mampu nak kongsi secara bertulis, nt xsampai maksud hujah.

tu sebab ana cakap tadi terlupa nak bawak memory super-giga byte ^_~

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"