bertolak jam 4 pagi sabtu untuk tempoh masa sehingga ahad petang kami akan berada di johor dan muar. padahal saya ada midterm isnin tu. bekalan kitab di bawa bersama. entah baca entah tidak. pergi semata2 diri dan kitab tanpa kamus. mudah2an international student yg turut serta mampu membantu jadi kamus bergerak saya
hari pertama skuad kami bertugas di rumah orang2 kampung yg teruk dilanda banjir. rumah walimah yg tak sempat adakan kenduri kami selesaikan pinggan mangkuk dan perkakasan dapur untuk majlis. skuad group lain yg dpecahkan ke rumah makcik ini. saya dan yg btugas di rumah sekeliling dtg berkumpul di rumah ini untuk makan tengah hari (di sediakan pihak berwajib). rumah anak kecil ini teruk kesannya. kesan pada kesihatan ibunya, berat anak ini sekarang 2kg ++, turun mendadak dari berat semasa dia dilahirkan 3kg++. sy sedih tgk T_T

tubuh kecilnya sempat sy gendong beberapa minit ketika ibunya sibuk memasakkan makanan tambahan buat kami yg bertandang men=mbantu mengemas (makanan kami memang telah disediakan kementerian, tapi pihak tuan rumah sgt2 bermurah hati nak masak makanan sampingan; ubi kayu goreng, sedap!)
hari kedua kami ditugaskan untuk cuci masjid berdekatan. kaler masjid ni warna febret saya ^_~ biru dan unggu. sama seperti semalam kami mencuci perkakasan dapur masjid dan yg lain2 cuci sekitar kawasan masjid (student lelaki)
kelihatan tanah perkuburan bersebelahan dengan kawasan sungai. pokok2 bakau menandakan paras air naik ketika banjir lalu. jika diukur fikiran sy, banjir di sini melepasi hidung sy! tanah perkuburan hilang sudah rona merahnya, semuanya kelihatan kelabu
sisi pandangan belakang masjid selepas kami menyiapkan kerja2 baik pulih & membersihkan sekitar, luar dan dalam.
sukarelawan lain sedang berehat keletihan.. kesian dorg.. saya kaki tak boleh duduk diam, setelah menyelia dan turut selinsing lengan membantu, sy round2 sekitar masjid amik gambo sebagai kenangan. takjub dengan kawasana sekitar. cantiknya alam kian pudar setelah dilanda banjir besar.
suasana pagi itu cerah & sejuk, mendamaikan hati. tiada tanda2 sy keletihan. cuma sakit pinggan sket sbb angkat brg2 berat semalam. basuh periuk besar tadi. itu jek.. insya allah qudrat 'lelaki' yg allah bg pada saya mampu buatkan sy membantu gadis2 lain..
ahad, jam 3 ptg kami bertolak balik ke UIAM. dipertengahan jalan menghampiri bandar sepang hujan lebat turun, hinggalah tiba di jalan duta. KL sayu dlm kesejukkan. saya dah kamching dgn pak cik bus sejak hari pertama bertolak lagi. pakcik yg sama bawa sy ke program KAKS januari lalu.. selalu sj kami bersembang (sbb sy selalu jd co-driver dan dikenali sbg 'peramugari' oleh yeop & wak mse gi trip ke HPA tahun lalu ^_~ )
No comments:
Post a Comment