Pages

Friday, February 11, 2011

remaja & valentine

Assalamualaikum wrh wbkth,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Dakwah Turun Padang - Jom Lihat Realiti Remaja & Belia Sekitar KL (Program berbentuk ToT Perkaderan Pendakwah) akan diadakan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh: 12-13 Feb 2011
Turun Padang di Lokasi: Taman KLCC, Lorong Hj Taib, Chow Kit (12 Feb 2011)
Bengkel Realiti & Pelan Tindakan di Masjid Wilayah (13 Feb 2011)

Tarikh: 13-14 Feb 2011
Turun Padang di Lokasi: Tasik Permaisuri (14 Feb 2011)
Program Gerakan Subuh (15 Feb 2011)
Dakwah Bil-Hal di sekitar Masjid Al-Muhsinin (15 Feb 2011)

Untuk makluman tuan, penyertaan program ini adalah amat terhad dan terpilih. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur amat berharap sekiranya pihak tuan tiada halangan untuk menghantar wakil peserta (2-3 orang) untuk menghadiri program berkenaan.

Untuk makluman, penginapan disediakan di Masjid Wilayah (12 Feb 2011) dan Masjid Al-Muhsinin (14hb Feb). Manakala pengangkutan adalah tidak disediakan.
Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi saya di talian 013-6714932.

sekian, terima kasih.

Us Khairul Anwar
Penyelaras

*program adalah anjuran Sekretariat Unggas, PUM, ABIM, PUMWP dengan kerjasama Masjid Wilayah, JAWI, DPMM, e-relawan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"