pesan abah sejak kecil lagi, "hafaz 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari surah al-kahfi". kata abah lagi, ia pelindung kita kelak dari fitnah dajjal. abah tak berpelajaran tinggi macam kami adik-beradik, tapi abah ajar kami supaya kami berpelajaran tinggi dan tak lupakan wasiat dari ar-Rasul s.a.w.
sebelum tidur abah akan bacakan surah ni. padanya, dia ingin menghafaz surah itu. pada kami, dah terbiasa saban malam terlena dan terbangun dengan alunan bacaan abah setiap usai isyak dan subuh. hebat didikan & asuhanmu wahai waliku (^_^)
sebelum tidur abah akan bacakan surah ni. padanya, dia ingin menghafaz surah itu. pada kami, dah terbiasa saban malam terlena dan terbangun dengan alunan bacaan abah setiap usai isyak dan subuh. hebat didikan & asuhanmu wahai waliku (^_^)
saya nak share nota di bawah ini, dipetik dari layarminda:zaman yg dipenuhi fitnah, menukarkan yang hak kepad batil dan yang batil kepada hak (menyamai fitnah dajjal)
Surah kahfi sebaik-baik amalan untuk mengelak fitnah tersebut, menurut Abu Ali hassan al-Nadwi dan sayyid qutb 3 perkara yang mengelak kita dari fitnah tersebut>
1) Membetulkan akidah
2) membetulkan cara manusi berfikir dan melihat
3) Membetulkan sistem nilai
Malahan terdapat hadis yang menyarankan kita membaca surah al-kahfi
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)
Dan berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat utk org2 mukmin -surah az-zariyaat:55
*****
surah yang bakal menjadi sebuah mahar.. oleh bakal hafiz..
ia juga menjanjikan satu task buat saya sem ni.. kalimah 'ar-raqeem' bakal dianalisis melalui 10 karya mufassirin buat bahath kelas manahij mufassirin, bi iznillah Insya Allah Taala..
No comments:
Post a Comment