Pages

Tuesday, January 18, 2011

harapan di ribaanMU

sejukkk...!!! hujung2 pancaindera dbawah tahap beku suhu library, sambil jari menari laju menulis hadith2 tentang riba as satu bahath dr subject takhrij hadith, telinga menangkap lirik & alunan enak helwa telinga, library dah menjadi rumah pertama selain bilik hanya untuk beradu. mata pula melirik kutubus-sittah sambil mengerling pantas ke facebook..

akhir2 ni banyak sangat terbaca di dada2 muka-buku kawan2, adik2 ke kakak2 ke abang2 ke.. bkisar tentang kecewa, resah, ada masalah bermacam2; dimarah dikutuk rakan, diuji kerenah ketua program, mulut bisa orang2 sekeliling.. hm.. dah memang hidup ni xlari dari ujian. mujur hati ana makin tenang semenjak menatap lama ahadith tugasan dari ustaz sayuthi nih.. rasa termotivasi sgt tinggi & inferiority complex makin menipis. mungkin itu doa ustaz juga, "entum akan dapat dua pahala; sambil buat bahath, pahala membaca hadith lain masa mencari hadith yg tepat nanti pun akan mengalir juga". walaupun sibuk berkejar2an dengan program jangka panjang serta hal2 bakal graduasi, tenang tetap menyelubungi hati.. bahagianya berada dalam dakapanMu ya Tuhan.. meskipun hamba ini selalu mengelat pada kebaikkan.

then ana nak share bait2 helwa telinga yg menjadi hidangan pena & ruhani sementara dunia perpustakaan ini menjadikan ana tetamu ilmu (nanti dah nak grad. I'll miss you Darr Hikmah!)

ini hadiah rasa motivasi yg tinggi dari ana buat rakan2 yg sering rasa teruji diluar sana (luar library ni kot.. hehe~). kadang2 benda baik yg Allah beri pada kita tu satu ujian & tak semestinya hal2 yg menyakitkan hati dan mengundahkan rasa tu semata2 mehnah, kadang2 ia merupakan rahmat teragung untuk kita terus belajar mengenal cinta. cinta yang tak semua insan dapat, mungkin hanya kita yang terpilih dalam infiniti bilangan khalifah nih

well.. lain orang lain ujiannya. apakah kita ni cukup dikatakan cintakan Allah sedangkan iman kita tidak diuji. lalu di sini lah namanya CINTA ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN. rasa hati mengigit tergigit pedih dan sakit, semuanya demi DIA. moga pulangnya kita kelak dalam redho & kasih sayangNya. ^_^ kita tak punya kesempatan untuk merasa semua ujian, jadi ujian yg datang dalam hidup orang lain juga boleh dijadikan guru membentuk hidup kita. iya dak..? ('_')

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"