baru2 ni ana dilemparkan dgn pertanyaan dr berbagai pihak berkenaan ini, sampai ada yg gelarkan ana 'kakak wahabi' (^.~). pendapat peribadi ana berhujah melalui apa yg pernah ana belajar masa di maahad dulu. dah lama tak tengok balik pada pegangan ulama' ni, ana cuba semak semula. ini juga utk bacaan re-heat minda diri ana sendiri termasuk utk tatapan siapa2 yg boleh faham. selamat belajar (",)
Bolehkah wanita haid baca dan sentuh quran. Bagaimana pula dengan masuk masjid
Penulis: Ummu Ishaq Al Atsariyah
Bolehkah Wanita Haid Berdzikir Kepada Allah Dan Membaca Al Qur’an?
Al Imam Bukhari dalam Shahih-nya (nombor 971) meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Ummu Athiyah radhiallahu ‘anha, dia berkata :
“Kami dulunya diperintah untuk keluar (ke lapangan shalat I'ed)pada Hari Raya sampai-sampai kami mengeluarkan gadis dari pingitannya dan wanita-wanita haid. Mereka ini berada di belakang orang-orang (yang shalat), mereka bertakbir dan berdo’a dengan takbir dan doanya orang-orang yang hadir. Mereka mengharapkan berkah hari tersebut dan kesuciannya.”
(Diriwayatkan juga oleh Muslim nombor 10 : Shalat Iedain’)
Aisyah radhiallahu ‘anha berkata :
“Aku datang ke Makkah dalam keadaan haid. Dan aku belum sempat Thawaf di Ka’bah dan Sa’i antara Shafa dan Marwah. Maka aku adukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda :
“Perbuatlah sebagaimana yang dilakukan seorang yang berhaji, hanya saja jangan engkau Thawaf di Ka’bah sehingga engkau suci (daripada haid).”
(HR. Bukhari nombor 1650 dan Muslim nombor 120/ Kitab Al Hajj)
Dua hadits di atas memberi faedah bahawa wanita haid disyariatkan untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala, dan Al Qur’an termasuk dzikir sebagaimana Allah berfirman :
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz Dzikir (Al Qur’an) dan Kami-lah yang akan menjaganya.” (Al Hijr : 9)
Apabila seorang yang berhaji dibolehkan membaca Al Qur’an maka demikian pula bagi wanita haid, kerana yang dikecualikan dalam larangan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Aisyah yang sedang haid hanyalah Thawaf.
Permasalahan membaca Al Qur’an bagi wanita haid ini memang ada perselisihan di kalangan ulama. Ada yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan.
Abu Hanifah berpendapat bolehnya wanita haid membaca Al Qur’an dan ini merupakan pendapat yang masyhur di dalam madzhab Syafi’i dan Ahmad, dan pendapat ini yang dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah. Mereka mengatakan :
“Asal dalam perkara ini adalah halal. Maka tidak boleh memindahkan kepada selainnya kecuali kerana ada larangan yang shahih yang jelas.”
Adapun kebanyakan Ahli Ilmu berpendapat tidak boleh bagi wanita haid untuk membaca Al Qur’an, akan tetapi boleh baginya untuk berdzikir kepada Allah. Mereka ini mengkiaskan (atau menyamakan) haid dengan junub, padahal sebenarnya tidak ada pula dalil yang melarang orang junub untuk membaca Al Qur’an.
Yang kuat dalam hal ini adalah pendapat yang pertama, dan ini boleh dilihat dalam Majmu’ Fatawa 21/460 dan Syarhuz Zad 1/291. (Nukilan dari Syarh Umdatul Ahkam karya Abu Ubaidah Az Zaawii, murid senior Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadhi’i)
Asy Syaikh Mushthafa Al Adhawi di dalam kitabnya Jami’ Ahkamin Nisa’ (1/183-187) membawakan bantahan bagi yang berpendapat tidak bolehnya wanita haid membaca Al Qur’an dan di akhir tulisannya beliau berkata :
“Maka kesimpulan permasalahan ini adalah boleh bagi wanita haid untuk berdzikir kepada Allah dan membaca Al Qur’an kerana tidak ada dalil yang shahih yang jelas dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang melarang dari hal tersebut bahkan telah datang dalil yang memberi faedah bolehnya (wanita haid) membaca Al Qur’an dan berdzikir sebagaimana telah disebutkan dahulu, Wallahu A’lam.“
Hukum Menyentuh Mushaf/Al-Quran Bagi Wanita Haid
Al Hafidh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (1/502) menyatakan bolehnya wanita haid membawa Al Qur’an dan ini sesuai dengan madzhab Abu Hanifah. Berbeza dengan pendapat jumhur yang melarang hal tersebut dan mereka menyatakan bahawa membawa Al Qur’an dalam keadaan haid mengurangi pengagungan terhadap Al Qur’an.
Berkata Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi :
“Majoriti Ahli Ilmu berpendapat wanita haid tidak boleh menyentuh mushaf Al Qur’an. Namun dalil-dalil yang mereka bawakan untuk menetapkan hal tersebut tidaklah sempurna untuk dijadikan sisi pendalilan. Dan yang kami pandang benar, Wallahu A’lam, bahawasannya boleh bagi wanita haid untuk menyentuh mushaf Al Qur’an. Berikut ini kami bawakan dalil-dalil yang digunakan oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an. Kemudian kami ikuti dengan jawapan ke atas dalil-dalil tersebut (untuk menunjukkan bahawasanya wanita haid tidaklah terlarang untuk menyentuh mushaf, pent.) :
1) Firman Allah Ta’ala :
"Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79)
2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
"Tidaklah menyentuh Al Qur’an itu kecuali orang yang suci.” (HR. Ath Thabrani. Lihat Shahihul Jami’ 7880. Al Misykat 465)
Jawapan ke atas dalil di atas :
Pertama : Majoriti Ahli Tafsir berpendapat bahawa yang diinginkan dengan dhamir (kata ganti) dalam firman Allah Ta’ala : ((Laa Yamassuhu)) adalah Kitab Yang Tersimpan Di Langit. Sedangkan ((Al Muthahharun)) adalah para Malaikat’. Ini difahami daripada konteks beberapa ayat yang mulia :
“Sesungguhnya ia adalah Qur’an (bacaan) yang mulia dalam kitab yang tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang disucikan).” (Al Waqi’ah : 77-79)
Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah Ta’ala :
“Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para malaikat).” (Abasa : 13-16)
Inilah pendapat majoriti Ahli Tafsir tentang tafsir ayat ini.
Pendapat Kedua : Tentang tafsir ayat ini bahawasannya yang dikehendaki dengan Al Muthahharun adalah kaum Mukminin, berdalil dengan firman Allah :
“Hanyalah orang-orang musyrik itu najis.” (At Taubah : 28)
Dan dengan sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.” (HR. Bukhari nombor 283 dan Muslim nombor 116)
Dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melarang bermusafir dengan membawa mushaf ke negeri musuh, kerana khuatir jatuh ke tangan mereka. (HR. Muslim dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)
Pendapat Ketiga : Bahawasannya yang dikehendaki dengan firman Allah (yang ertinya) : “Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79) adalah tidak ada yang dapat merasakan kelezatannya dan tidak ada yang dapat mengambil manfaat dengannya kecuali orang-orang Mukmin.
Namun adapula Ahli Tafsir (walaupun sedikit) yang berpendapat dengan pendapat keempat, bahawa : “Yang dimaksudkan dengan Al Muthahharun adalah mereka yang disucikan daripada dosa-dosa dan kesalahan."
Dan yang kelima : Al Muthahharun adalah mereka yang suci daripada hadats besar dan kecil.
Sisi keenam : Al Muthahharun adalah mereka yang suci daripada hadats besar (janabah).
Mereka yang membolehkan wanita haid menyentuh mushaf memilih sisi yang pertama, dengan begitu tidak ada dalil dalam ayat tersebut yang menunjukkan larangan bagi wanita haid untuk menyentuh Al Qur’an. Sedangkan mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an memilih sisi kelima dan keenam. Dan telah lepas penjelasan bahawa majoriti ahli tafsir menafsirkan Al Muthahharun dengan malaikat.
Dalil Kedua : Tidak aku temui isnad yang shahih, tidak pula yang hasan, bahkan yang mendekati shahih atau hasan untuk hadits yang dijadikan dalil oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an. Setiap sanad hadits ini yang aku dapatkan, semuanya tidak lepas daripada pembicaraan. Lantas apakah hadits ini boleh terangkat kepada darjat shahih atau hasan dengan dikumpulkannya semua sanadnya atau tidak?
Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat, Asy Syaikh Albani rahimahullah menshahihkannya di dalam Al Irwa’ (91/158). Bila hadits ini dianggap shahih sekalipun, maka pengertiannya sebagaimana pengertian ayat yang mulia di atas. (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/187-188)
Asy Syaikh Al Albani rahimahullah sendiri ketika menjabarkan hadits di atas beliau menyatakan bahawa yang dimaksud dengan thahir’ adalah orang Mukmin baik dalam keadaan berhadats besar atau hadats kecil ataupun dalam keadaan haid. Wallahu A’lam.
Bolehkah Wanita Haid Masuk Ke Masjid?
Dalam masalah ini ada perselisihan pendapat di kalangan Ahli Ilmu, ada yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan.
Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi membawakan dalil daripada kedua belah pihak dan kemudian dia merajihkan/menguatkan pendapat yang membolehkan wanita haid masuk ke masjid. Berikut ini dalil-dalilnya :
Dalil Yang Membolehkan :
1) Al Bara’ah Al Ashliyyah, maknanya tidak ada larangan untuk masuk ke masjid.
2) Bermukimnya wanita hitam yang biasa membersihkan masjid, di dalam masjid, pada masa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Tidak ada keterangan bahawasannya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan dia untuk meninggalkan masjid ketika masa haidnya, dan haditsnya terdapat di dalam Shahih Bukhari.
3) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Aisyah radhiallahu ‘anha yang di datangi haid sewaktu melaksanakan ibadah haji bersama beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Lakukanlah apa yang diperbuat oleh seorang yang berhaji kecuali jangan engkau Thawaf di Ka’bah.” (HR. Bukhari nombor 1650)
Dalam hadits di atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak melarang Aisyah untuk masuk ke masjid dan sebagaimana jamaah haji boleh masuk ke masjid maka demikian pula wanita haid (boleh masuk masjid).
4) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.” (HR. Bukhari nombor 283 dan Muslim nombor 116 Kitab Al Haid)
5) Atha bin Yasar berkata : “Aku melihat beberapa orang daripada shahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam duduk di masjid dalam keadaan mereka junub apabila mereka telah berwudhu seperti wudhu shalat.” (Dikeluarkan oleh Said bin Manshur dalam Sunan-nya dan isnadnya hasan)
Maka sebahagian ulama mengkiaskan junub dengan haid.
Mereka yang membolehkan juga berdalil dengan keberadaan ahli shuffah yang bermalam di masjid. Di antara mereka tentunya ada yang mimpi basah dalam keadaan tidur. Demikian pula bermalamnya orang-orang yang i’tikaf di masjid, tidak menutup kemungkinan di antara mereka ada yang mimpi basah hingga terkena janabah dan di antara wanita yang i’tikaf ada yang haid.
Dalil Yang Melarang :
1) Firman Allah Ta’ala :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kalian mendekati shalat sedangkan kalian dalam keadaan mabuk hingga kalian mengetahui apa yang kalian ucapkan dan jangan pula orang yang junub kecuali sekedar lewat sampai kalian mandi.” (An Nisa’ : 43)
Mereka mengatakan bahawa yang dimaksud dengan kata shalat’ dalam ayat di atas adalah tempat-tempat shalat, berdalil dengan firman Allah Ta’ala :
”nescaya akan runtuh tempat-tempat ibadah ruhban Nasrani, tempat ibadah orang umum dari Nasrani, shalawat, dan masjid-masjid.” (Al Hajj : 40)
Mereka berkata : “((Akan runtuh shalawat)) maknanya ((akan runtuh tempat-tempat shalat)).”
Di sini mereka mengkiaskan haid dengan junub. Namun kata Asy Syaikh Mushthafa : “Kami tidak sepakat dengan mereka kerana orang yang junub dapat segera bersuci sehingga di dalam ayat ini ada anjuran untuk bersegera dalam bersuci, sedangkan wanita yang haid tidak dapat berbuat demikian.”
2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada para wanita ketika beliau memerintahkan mereka untuk keluar ke tanah lapangan pada saat shalat Ied. Beliau menyatakan :
“Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari mushalla.” (HR. Bukhari nombor 324)
Jawapan atas dalil ini adalah bahawa yang dimaksud dengan mushalla’ di sini adalah shalat’ itu sendiri, yang demikian itu kerana Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para shahabatnya shalat Ied di tanah lapang, bukan di masjid dan sungguh telah dijadikan bumi seluruhnya untuk ummat ini sebagai masjid (tempat shalat).
3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendekatkan kepala beliau kepada Aisyah yang berada di luar masjid ketika beliau sedang berada di dalam masjid, hingga Aisyah dapat menyisir beliau dan ketika itu Aisyah sedang haid.
Jawapan ke atas dalil ini adalah tidak ada di dalamnya larangan secara jelas bagi wanita haid untuk masuk ke dalam masjid. Sementara di masjid itu sendiri banyak kaum lelaki dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tentu tidak suka mereka sampai melihat istri beliau.
4) Perintah-perintah yang ada untuk membersihkan masjid dari kotoran-kotoran.
Dalam hal ini juga tidak ada larangan yang tegas bagi wanita haid. Yang jelas selama wanita haid tersebut aman dari kemungkinan darahnya mengotori masjid, maka tidak apa-apa ia duduk di dalam masjid.
5) Hadits yang lafadhnya :
“Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang junub dan tidak pula bagi wanita haid.” (HR. Abu Daud 1/232, Baihaqi 2/442. Didhaifkan di dalam Al Irwa’ 1/124)
Namun hadits ini dhaif (lemah) kerana ada rawi bernama Jasrah bintu Dajaajah.
“Sebagai akhir” , kata Asy Syaikh Mushthafa, “kami memandang tidak ada dalil yang shahih yang tegas melarang wanita haid masuk ke masjid, dan berdasarkan hal itu boleh bagi wanita haid masuk masjid atau berdiam di dalamnya.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/191-195, dengan sedikit ringkasan)
~sekian dr ana yg serba jahil. sumber rujukan dr soaljawab ats pkenalan dr seorang sahabat~
andai ada yg perlu dperbetul, pintu ruangan munaqasyah sentiasa terbuka luas utk sebarang komen
No comments:
Post a Comment