Pages

Friday, May 14, 2010

Palestinian Week

assalamu'alaikum..

titik tolak bermulanya demam jihad Palestin ni sudah lama singgah dilubuk hati pejuang2 Islam sejak 62 tahun dahulu. cuma baru2 ini 'kehangatannya' baru menyempatkan sy menyertai satu perhimpunan perdana Palestin di bumi Shah Alam, Stadium Malawati. berbekalkan sedikit kudrat 'perempuan' yang ada itu sy gagahkan juga 'merempit' ke sana. entah kenapa bahangnya menarik2 sy dengan semangat ini, bila ada masa yang terluang di semester pendek ini baru kesibukkan tidak menyekat sy turun padang join.

stadium Malawati malam itu menghimpunkan ratusan ribu hadirin yang membanjiri barisan tempat duduk hingga ke ruangan tengah stadium. belum dikira lagi yang menjamu mata dan selera di gerai2 di luar acara berlangsung. jumlah kutipan derma jihad melebihi RM125,000 (tapi menurut seorang tokoh yg merasmikan opening ceremony Palestine Week, rakyat Malaysia ni masih lg kedekut! patutnya boleh dpt lebih dr tu. -.-). Beberapa kumpulan nasyid tanah air turut menyumbangkan hiburan mendidik dan kemuncak persembahan oleh Shautul Harakah mensemarakkan lagi kobaran semangat juang anak muda termasuk ibu bapa yang hadir. tidak terlepas dari pandangan saya seorang kanak2 perempuan kecil didukungan abi-nya turut sama mengangkat tangan(simbolik laungan 'TAKBIR') meniru kakak2 dan abang2 di hadapannya. sangat terharu! COMEL!



minggu berikutnya UIAM pula menganjurkan Palestine Week. bermula 10hb Mei 2010 anjuran maaruf club berakhir 13hb Mei 2010. berbagai agenda disediakan cuma agak mengecewakan kerana musim semester pendek ni kurang hadirin untuk melibatkan diri. walau bagaimanapun, semangat tetap di sini! agenda terakhir Qiamullail. sambutan agak mengalakkan, tahniah buat ikhwah akhawat sekalian.


mungkin sbentar tadi penutup rentetan program Maaruf Club, usai shj imam solat jumaat mberi salam dari tasyahud terus bgema "Allahu Akbar! Allahu Akbar!" hampir beberapa minit diikuti satu 'khutbah' pendek dari salah seorang komiti (barangkali) Maaruf Club. acara seterusnya malam ini. a talk juga diadakan malam 14hb Mei 2010 berkisar tentang perjuangan Palestin bertajuk "That's Enough!" organized by al-Aqsa Friends Society.

~~~~~~~~~~~~~~~~

ada sesuatu yg kdg2 sy kurang gemar dgn cara mereka 'membenci' Zionist. melihat antara promosi para komiti, salah satunya dengan menghamparkan bendera Zionist di jalanan agar dipijak orang lalu-lalang, secara peribadi sy kurang gemar untuk turut memijak. entah, rasa seolah2 kurang adab (as khalifah). kenapa perlu kita berbuat demikian andai diri kita sendiri tak pernah sedar dari mengikut jejak sesat puak2 Zionist tu jgak.

contoh: kita kata syaitan tu musuh kita yg nyata tapi hakikatnya kita masih mengikut hasutan dlm sedar atau tidak. memang syaitan itu musuh tapi kita yg patut dpersalahkan atas segala2nya jika kita turut gagal bebas dari pengaruh syaitan. kerana kita dianugerahkan akal n upaya utk 'bersama2' syaitan atau tidak. pilihan ditangan kita. begitu perumpamaan peribadi saya dengan kes menjijak bendera zionist. menzahirkan rasa benci seolah2 hipokrik apabila dalam kelakuan sharian kita pun turut berperangai seperti mereka. dari berbagai2 sudut yg mampu tercapai dek akal, kita meniru mereka.

dan kejadian seumpamanya juga berlaku di Malaysia, isu kalimah Allah oleh pihak gereja. ura2 bkata ada muslim yg membantah dgn membakar gereja. patutkah begitu? kerana marah, adab dan akhlaq yg ar-Rasul teladankan pada kita terus kita lupakan.
marahkan Zionist patutnya terzahir dengan usaha kuat kita terus pelihara diri dari hal2 yg menjauhkan kita dr Allah, seterusnya bila hati makin taqarrub lalu doa mudah2an mudah termakbul, doa buat saudara2 di bumi Palestin. mempamerkan contoh muslim terbaik juga mampu menarik ramai mhayati Islam, maka tersebarlah serba sedikit keamanan. jgn sampai non-muslims claim orang Islam ni tak ada sopan, terlalu amarah menzahirkan kbencian!

~mungkin sy salah kerana itu cuma pendapat peribadi, yg masih kurang dlm segala macam perkara; akhlaq, agama & adab~

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"