Maya hampir putus asa dengan masalah demi masalah yang menimpa hidupnya. Satu masalah berlalu, masalah lain pula datang bertalu-talu. Perasaan marah, sedih, malu, takut, benci, meluat, geram… sebut apa juga perasaan yang menghimpit snubari, semuanya pernah dirasakan. Sehingga, Maya berasakan dirinya dan derita adalah satu.
Maya ke rumah ibunya. Kepada ibu semua masalah diluahkan dan ibu mendengar dengan tenang tanpa banyak bicara.
Selepas mendengar penuh empati, ibu mengajak Maya ke dapur. Ibu mendidihkan tiga periuk air kosong. Setelah air mendidih. Ibu memasukkan lobak merah, telur dan serbuk kopi asli ke dalam periuk berasingan. Semua dibiarkan mendidih beberapa lama.
Selepas itu, ibu mengeluarkan lobak merak dan telur tadi dari periuk serta meletakkan kedua-duanya ke dalam mangkuk. Periuk yang diisi kopi dituang ke dalam mangkuk juga. Kemudian si ibu menoleh kepada Maya sambil berkata, “Apa yang Maya Nampak?”
“Lobak merah, telur dan kopi.”
“dekat lagi. Cuba pegang lobak ini. Bagaimana keadaannya?”
Maya menurut saja, lalu menjawab, “Lembik.”
“ambil telur itu dan pecahkan. Tengok bagaimana keadaan di dalamnya,” pinta si ibu.
Maya tidak membantah. Dia melakukan seperti apa yang diminta oleh ibunya.
“sekarang cuba hidu dan rasa kopi ini.” Satu lagi permintaan si ibu dan Maya juga menurut.
“Wanginya! Aroma dan rasa kopi… tapi apa makna semua ini, ibu? Apa kena mengena semua ini dengan Maya?” maya inginkan penjelasan.
“semua ini… lobak merah, telur dan kopi telah dididihkan dengan cara dan jangka masa yang sama, kan?”
“Ya… Betul! Jadi?”
JADILAH SEPERTI KOPI“Lobak merah mulanya keras. Tetapi setelah dimasukkan ke dalam air mendidih ia menjadi lembik. Telur pula, sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih, kulitnya rapuh melindungi isi lembut. Tapi selepas itu isi telur menjadi beku dank eras berbanding sebelumnya.”
Ibu Maya mula menjelaskan. Kini giliran ibu pula bercakap dan Maya mendengar dengan penuh perhatian.
“Serbuk kopi ini lain. Tak sama lobak dan telur. Sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sangat keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air panas mendidih. Sifat pepejal luarannya hilang. Ia larut seolah-olah mengalah kepada air panas, namun ia Berjaya mengubah warna, rasa dan bau air panas mendidih. Air yang jernih telah menjadi air kopi. Jatidiri kopi tidak berubah walaupun ia larut dalam air panas, bahkan dia mengubah air kosong panas menjadi air kopi!”

Maya merenung jauh ke dalam diri apabila ibu memegang kedua bahunya. Renungan mata ibu tenang, lembut dan bersinar bertemu mata Maya yang layu dan lesu. Dengan penuh kasih sayang dari lubuk hati, si ibu bertanya, “mana satu hatimu, anakku… lobak, telur atau kopi?”
Andai soalan terakhir ini ditujukan kepada kita, apa jawapan yang kita ada?
Adakah kita seperti lbak merahyang keras dengan warna yang gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila dilanda ujian serta cabaran kehidupan… meratap sepanjang hidup atas ‘malangnya’ nasib yang menimpa diri? Tercari-cari siapa yang patut dipersalahkan atas ‘panasnya’ penderitaan yang melanda?
Atau seperti telur yang bermuladengan memiliki hati yang lembut, menjadi keras hati apabila menghadapi ujian serta cabaran kehidupan? Luarannya seperti tidak berubah, tetapi dalamannya menjadi keras. Tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas atas ‘panasnya’ penderitaan yang melanda? Mengukur-ukur berapa tebal tembok yang perlu dibina antara diri dengan ‘penjahat-penjahat’ yang membuat hidup susah.
Atau seperti bij kopi yang tidak pernah hilang jatidiri walaupun telah dikisar dan dimasukkan pula kedalam air mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian yang dihadapi tidak mengubah jatidiri. Kepasrahannya menerima apa jua yang mendatang tidak membunuh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi. Lebih banyak cabaran dan rintangan, potensi diri terus berkembang sehingga mampu pula member inspirasi kepada orang lain. Dari pengalaman menghadapi ‘kepanasan’, mampu pula membimbing orang lain.
SAPAAN KASIH DARINYAOrang sekeliling yang melihatnya dengan mata lahir memandang simpati dengan apa yang menimpanya… tetapi dia sendiri tenang. Semuanya diterima sebagai sapaan penuh kasih dari Allah yang ingin memperkenalkan sifatNya Yang Maha Sempurna. Peristiwa yang berlaku diberi pemaknaan tauhid yan mendalam, seolah-olah Allah menyapanya dengan pesanan ini:
“22.
Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.23.
Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.24.
Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
al-hasyr, 22-24Banyak pengalaman dalam tulisan takdir terasa ‘panas’ membakar rasa. Allah menghantar orang-orang yang selalu menyakitkan perasaan sedangkan sepatutnya mereka diamanahkan untuk suatu yang membahagiakan – member cinta, kasih sayang, perlindungan, persahabatan semuanya atas perintah Allah. Mengapa sebaliknya yang diberi kepada kita? Adakah hanya kerana menjadi wanita.. semua henyakkan perasaan ini terpaksa dilalui?
Ya, inilah peluang untuk mengadu nasib kepada Allah Yang Maha Agung dan mengenalNya dengan lebih mendalam.
Firman Allah :