Pages

Monday, July 19, 2010

3D Trip to HPA

bismillah... ana dilamar Entrepreneur Club utk ke Educational Trip HPA bmula short sem lepas. lalu isnin 12hb julai titik pertemuan semua peserta dlm satu meeting. heheh..


16hb julai 2010

perjalanan bermula pada jam 9 pagi. berkumpul di sekitar Admin Building IIUM. jam 1030 pagi bas bertolak dgn bismillah dan sedikit briefing dr ketua perjalanan, presiden EC dan PM 'Educational Trip to HPA'. antara destinasi dlm perancangan ialah kami akan melawat ke HQ HPA, kilang Radix Cola, HPA Muslimah Skin Care, Kilang Radix Cola, Kilang kapsul GMP etc. dari Kuala Lumpur merentas lebuhraya utara selatan menuju ke utara tanah air, perlis.

kurang 5minit dr jam 430 ptg, rombongan bus UIA yg terdiri drpd 38org peserta tiba di Sungai Petani, Kedah. Bandar Laguna Merbok menjadi sasaran utk dinner kami. hidangan utama ialah RFC! ~ana kosongkn perut dr pagi sbb nk nikmati kekenyalan daging organik segar cik2 ayam di sini. he.~

sebenarnya setiap destinasi telah dibahagi2kan group utk tulis report, dan group ana kena buat report tentang RFC Laguna Merbok ni, restoran RFC terbesar di semenanjung Malaysia stakat ni. ana arif sedikit tentang RFC sbb dah selalu makan RFC(mmg anti KFC McD dr kecik), so soalan2 interview yg simple group member lain yg tanyakan.

sedikit perkongsian dr soalan ana kemukakan: tentang sisa makanan yg pelanggan makan tak habis (sedih tgk org suka buang2 makanan). menurut staff kat sini, makanan tersebut dikitar semula sebagai baja organik utk ternakan. bagus tak dorg? dah memang ayam2 yg dihidang pun organik, maka daging2 & tulang2nya pun organik juga la. dan, hanya restoran cawangan ini shj yg ada service 'drive thru' (mse ana jalan sorg2 pusing satu restoran ana ternampak kaunter tu di sisi restoran. kalu tak jalan2 pusing takkan nampak)

semua supply raw material kt restoran RFC ni diambil 100% dr keluaran HPA sendiri. ayamnya, aiskrimnya, rencah, rempah-ratus, air berkarbonat, air2 herba, tepung RFC etc. (cbe bayangkan besar mana industry ni..)

kemudian kami bertolak ke tempat penginapan setelah jama' qasar tertunai, sebuah homestay di Taman Cendana, Sungai Petani. semalaman di situ utk meneruskan perjalanan ke perlis esok pagi. malam tu juga kami bertandang ke pasar malam terdekat dgn menaiki bus (pengalaman pertama ana gi psar malam naik bus rombongan. hu~)

17hb julai 2010

bermula dengan sarapan ringan di rumah homestay kemudian kami bertolak ke Kaw. Perindustrian MIEL, Sg. Lalai, Sungai Petani yg menempatkan kilang radix cola. bersebelahan dengan kilang botol radix, kilang minuman berkarbonat radix ni telah beroperasi sejak 7hb julai 2008 dengan jualan mencapai rm 2juta sebulan serta tenaga kerja seramai 20 org dgn mesin half automatik. hari ini production line tgh buat perisa oren. setiap hari lain2 perasa dikeluarkan supaya kilang mudah dicuci bersih sebelum memulakan produksi perasa lain. insya allah sempena Ramadhan ni HPA akan keluarkan Radix Apple & Radix isotonik. tunggu....

kandungan utama dlm cola2 keluaran HPA ni ialah herba Langsit, iaitu sekitar 1.5 liter bagi setiap 3100 liter air cola. tahu pe fungsi herba ni? disamping 11 herba lain, langsit membantu meneutralkn kembali kandungan gula yg banyak dlm air cola juga meneutralkan kimia yg terdapat pada gula itu sendiri (sbb gula putih yg kita duk telan tu telah melalui proses kimia utk memutihkn fizikalnya yg asalnya bwarna hitam!)

kilang botol bersebelahan pula merupakan tempat melabel botol dan mem'blow' plastic botol (raw material asal sblm tjadinya botol) bagi semua supply botol yg dperlukn kilang Radix cola. takjub ana tgk HPA produce botol sendiri, bkn diambil dr botol2 terpakai (mmg mereka mjaga sungguh kualiti utk pelanggan2). kerja2 melabel botol hanya dilakukan pekerja wanita kerana wanita ini lebih teliti berbanding lelaki. lelaki di bahagian pengeluaran air cola dan pengangkutan produksi yg telah siap dibungkus.

kemudian langsung ke kilang Muslimah Skincare & Cosmetic. tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dr dua kilang tadi. di sini macam2 produk kesihatan yg melibatkan wanita juga lelaki. 9 jenis produk dikilangkn di sini termasuk barang2nya seperti kosmetic, sabun2, bedak bayi, sabun pencuci kain & pinggan mangkuk juga coklat2. pendek kata barang2 asas setiap wanita & lelaki termasuk toiletaries. semuanya berasaskan herba asli dan gelisrin. (ana dah lama guna sabun2 keluaran HPA, mmg sgt sihat utk kita as muslim). herba alami plus halal la for sure!

selepas berhenti rehat lunch di hentian R&R Gurun, kami menuju terus ke Perlis utk ke kilang GMP dimana kapsul2 herba HPA dikilangkn. bersebelahan dgn kilang kopi Radix, kilang ini mendapat 4 persijilan; GMP, JAKIM (alamak.. lg dua x egt lak..)

kebanyakkan camera tak dibenarkan masuk merakam gambar, yg blh lepas pun dlm kilang kopi radix jah. sebelum ke kilang GMP kami ke kilang kopi dulu. kali ni sume peserta kena jadi cam doktor, sbb kena pakai penutup mulut utk elak serbuk2 kopi yg blh 'menikam' deria bau. keluar je kilang setiap sorg dapat la dua sackets kopinya.. :)

kilang GMP pun kne guna penutup mulut juga sbb kilang ini dikawalselia kebersihannya ketahap maksimum. terdapat byk bilik2 kecil utk setiap seorang pekerja mahir bagi mengendalikan proses memasukkan serbuk2 herba ke dalam kapsul. dh cm doktor para pekerja kt sni, dgn baju seragam mereka. kemudian proses mengasingkan kapsul2 rosak dijalankan sebanyak 3 peringkat bagi memastikan hanya kapsul2 berkualiti yg sampai ke mulut pelanggan. setiap kali selesai satu2 produksi setiap jenis herba, bilik2 kecil tersebut akan dbersihkan dgn teliti. berus yg digunakan utk proses menyapu serbuk2 herba di atas mesin pun ada sijil dr JAKIM (bkn sebarang berus yg digunakn utk elak dr menggunakan berus dr bulu babi)

hanya tuan haji Ismail Ahmad yg tentukan kadar sinergy setiap herba. hari ini Paramaria dlm proses pembuatan termasuk minyak But-but. minyak ini dimasak di rumah tuan haji pengerusi HPA sendiri lalu dibawa ke kilang ini utk proses pembotolan & melabel. semua diselia rapi :)

menghampiri asar kami tiba di HQ HPA, Arau. sedikit taklimat dr pegawai di sini kemudian kami solat asar berjamaah. dr HQ bas bergerak pula ke HPA Mart utk bagi peluang peserta2 membeli-belah. (kad ahli HPA ana antara yg menjadi tumpuan utk mdapatkn diskaun ;p )

maghrib kami jama3' qasarkn utk tiba di Bukit Tinggi, Kepala Batas, Kedah. singgah sebentar di Radix Chicken House di Kangar utk sesi temuramah seketika. RCH berbeza dgn RFC pada hidangan yg ditawarkan. RFC lebih kepada makanan segera, RCH lebih byk makanan berat spt naci ayam etc. penginapan kami semalaman di rumah keluarga officer STAD, kak nani sebelum ke UUM Sintok esok pagi. malam ini BBQ diadakan di anjung rumah kampung yg menghijau sawah di kelilingnya.

18hb julai 2010

sebelum bertolak ke UUM, agenda pagi disamping breakfast ialah.... panjat pokok rambutan kt belakang rumah! hehe.. gi kait je pun, buah rambutan yg sedang memerah dgn manggis yg meng-unggu. (mata ana bling2 terasa nk panjat pokok sgt!). dapat dlm seguni buat bekal 'fastfood' dlm bus. jam 9 pagi bus kami bergerak keluar dari dataran sawah padi masak menunduk ni.

tepat jam 10 pagi kami tiba di UUM di dewan yg menempatkan urusan keusahawanan pelajar2 UUM(namanya ana dh x egt lak..). sesi taklimat tntg penubuhan institusi keusahawanan pertama antara universiti2 di Asia Tenggara ni berjalan hampir 2 jam. kemudian kami dibawa melawat ruangan ala2 pejabat bagi 'virtual business' student2 kt sini. semua yg real dlm dunia business di praktical-kan di sini. dr urusan mencari suppliers, tempahan barang2 hingga ke financial statement siap di edit. (mmg sesibuk urusan pejabat). cumanya ia bkn transaksi sebenar. namun mereka dapat gaji yg 'real' utk usaha ini.

tunggak asas program ini ialah sokongan kewangan dr Maybank juga monitoring dr satu service company utk train student2 'how to deal with a real world business'. lunch selesai di UUM sejam sebelum kami dibawa melawat ke complex membeli-belah UUM; uniplex lama & uniplex baru. kebanyakkannya student sebagai penjual di sini utk berbagai produk termasuk sebuah pasaraya barang2 runcit. hebat...!

jam 230 ptg adalah mse yg di 'bajet' utk tiba di Padang Besar, Perlis. misi utama ialah utk memberi peluang kami semua sbg pserta ni beli barang2 secara pukal kemudian balik UIA kena jual. loan qard hasan diberikan pada malam kami di Bukit Tinggi lagi. minimum rm500 utk setiap org atau bagi yg nak form group projek blh pilih amount rm1000. tempoh masa bayaran bergantung kpd amount tanpa sebarang faedah. profit yg kami dapat akan dibahagikan sesama ahli kumpulan. bagi yg jalankan business sendiri profitnya utk poket sendiri lah :)

lewat asar baru sume hal shopping selesai. penat! sbb tugas ana jadi tukang tawar-menawar ni mengerah segala skill business yg ana ada dari kecik. lahir di kedah tapi tak pernah sampai ke Padang Besar menjadi ejekan 'nakal' ahli2 dlm bus (termasuk pakcik & abg driver yg tbe2 rapat dgn ana sejak awal perjalanan), loghat lidah lebih ke 'Perak'ian, tp tiba2 bila proses mem-bargain ana pnya lidah umpama di-inject supaya blh be-loghat ala2 kelantan-sik. ntah cemane lidah ana blh terpusing bertutur loghat tu, mudah lah nk 'pujuk-lentok' kakak2 & makcik2 peniaga. pusing sana pusing sini, finally jumlah belian kami mencecah rm900 terdiri dr 7 kotak set keronsang, cenderahati utk walimah & bunga2.

(diri sendiri & rakan2 wondering+pening: "cemane cik kak(ana) ni yg xminat keronsang, bunga atau set2 kawen ni blh arif n blh bwk brg2 ni utk jualan?")itu telahan rakan2 bila ada yg dapat tahu 'ana' bka business 'gurl-alike' plak. cara ana approach rakan2 mudah je, "de sesape nk beli keronsang? tak nak sudah..." slogan pebret ana dgn prinsip 'la ikraha fit-tijaroh' ;p

soft skill HPA yg utama dua ni je: sblm mulakan tugas wajib solat dhuha & baca al-ma'thurat. mana2 pkerja yg merosok atau masalah sosial yg lain terus dberhentikan, juga sesape yg nampak 'liat' je nk buat solat dhuha & bce ma'thurat tu pun 'dilepaskn' dr HPA industries. senang citer kn tn. hj.... :)bkn calang org yg blh siapkn brg2 HPA ni. patutnya blh dapat IMP (Islamic Manufacturing Practice) dh.

selamat berniaga buat kawan2ku.. (^-^)

Saturday, July 17, 2010

Siwak : Keajaiban dalam Sunnah Nabi

fenomena gusi berdarah bila memberus gigi atau makan makanan yang kasar pejalannya sering ana temukan masa menuntut di Maahad dulu. rata-rata kawan terdekat. kadang-kadang dalam keadaan biasa (tidak ketika memberus gigi atau makan) pun ada saja darah keluar tiba2 dari celah2 gigi dan gusi. banyak yang ana bebelkan pada teman, antaranya bersiwak, jangan terlalu kasar memberus, mungkin juga faktor kekurangan gizi2 tertentu atau mulut terdedah kepada bakteria bebas.

di sini ana nak share sikit dari perkongsian satu laman web, Resep Herbal . Banyak hadits yang meriwayatkan tentang siwak dan anjuran untuk menggunakannya. Diantaranya hadits berikut ini:

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Siwak adalah pembersih mulut dan sebab ridhanya Rabb.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan dari Hudzaifah ra., dia berkata, “Nabi Saw selalu menggosok giginya dengan siwak setiap bangun dari tidur malam hari.” (HR. Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersiwak dalam waktu puasa dan tidak, pada waktu wudhu, ketika akan sholat atau memasuki rumah. Beliau bersiwak dengan kayu (dahan) Araak. Bila tidur, siwak itu diletakkan di dekat kepalanya, dan jika bangun tidur beliau mulai bersiwak.

Dalam kitab Ath-Thubbun Nabawi (Medis Nabawi) yang disusun oleh Ibnul Qoyyim dijelaskan manfaat siwak antara lain:

  • membersihkan mulut

  • membersihkan gusi

  • mencegah pendarahan

  • menguatkan penglihatan

  • mencegah gigi berlubang

  • menyehatkan pencernaan

  • menjernihkan suara

  • membantu pencernaan makanan

  • memperlancar saluran nafas (bicara)

  • menggiatkan bacaan

  • menahan tidur

  • meridhokan Allah Ta’ala

  • dikagumi malaikat

Penelitian terbaru terhadap kayu siwak menunjukkan bahwa siwak mengandungi mineral-mineral semulajadi yang dapat membunuh bakteria, menghilangkan plak, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi.

Siwak memiliki kandungan kimiawi yang bermanfaat, seperti:

  • Antibacterial acids, seperti astringents, abrasive dan detergents yang berfungsi untuk membunuh bakteri, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi. Pada penggunaan siwak pertama kali, mungkin terasa pedas dan sedikit membakar, karena terdapat kandungan serupa mustard di dalamnya yang merupakan substansi antibacterial acids tersebut.

  • Kandungan kimia seperti Klorida, Pottasium, Sodium Bicarbonate, Fluoride, Silika, Sulfur, Vitamin C, Trimethyl amine, Salvadorine, Tannins dan beberapa mineral lainnya yang berfungsi untuk membersihkan gigi, memutihkan dan menyehatkan gigi dan gusi. Bahan-bahan ini sering diekstrak sebagai bahan penyusun pasta gigi.

  • Minyak aroma alami yang memiliki rasa dan bau yang segar, menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau tak sedap.

  • Enzim yang mencegah pembentukan plaque yang menyebabkan radang gusi. Plaque juga merupakan penyebab utama tanggalnya gigi secara premature.

  • Anti decay agent (Zat anti pembusukan), yang menurunkan jumlah bakteri di mulut dan mencegah proses pembusukan. Selain itu siwak juga turut merangsang produksi saliva (air liur) lebih, dimana saliva merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Sebuah penelitian terbaru tentang ‘Periodontal Treatment’ (Perawatan gigi secara periodik/berkala) dengan mengambil sample terhadap 480 orang dewasa berusia 35-65 tahun di kota Makkah dan Jeddah oleh para ilmuwan dari King Abdul Aziz University, Jeddah, menunjukkan bahwa Periodontal treatement untuk masyarakat Makkah dan Jeddah adalah lebih rendah daripada studi yang dilakukan terhadap negara-negara lain, hal ini mengindikasikan bahwa penggunaan siwak berhubungan sangat erat terhadap rendahnya kebutuhan masyarakat Makkah dan Jeddah terhadap ‘Periodontal Treatment’.

Penelitian lain dengan menjadikan bubuk siwak sebagai bahan tambahan pada pasta gigi dibandingkan dengan penggunaan pasta gigi tanpa campuran bubuk siwak menunjukkan bahwa prosentase hasil terbaik bagi kebersihan gigi secara sempurna adalah pasta gigi dengan butiran-butiran bubuk siwak, karena butiran-butiran tersebut mampu menjangkau sela-sela gigi secara sempurna dan mengeluarkan sisa-sisa makanan yang masih bersarang pada sela-sela gigi. Sehingga banyak perusahaan-perusahaan di dunia menyertakan bubuk siwak ke dalam produk pasta gigi mereka. WHO pun turut menjadikan siwak termasuk komoditas kesehatan yang perlu dipelihara dan dibudidayakan. Mari kita budayakan hidup sihat dengan bersiwak…!!!

Sudah ada penelitian tentang siwak pada gigi. Mineral yang terdapat di dalam siwak seperti Natrium Klorida, Kalium, Sodium Bikarbonat dan Kalsium Oksida juga berfungsi membersihkan gigi. Bau harum dan rasanya yang enak, timbul dari minyak alamiah berjumlah 1% dari seluruh komposisi. Selain itu di dalam siwak juga terdapat enzim yang mecegah penyakit gusi. Komposisi alamiah yang terdapat pada siwak, ditiru dengan menambahkan zat-zat seperti yang terdapat pada siwak, pada pasta gigi buatan.

Penelitian lain menyebutkan bahwa siwak berasal dari pohon Salvadore Persica yang tumbuh di sekitar kota Mekah dan Timur Tengah, jarang mempunyai diameter lebih dari satu kaki. Siwak memiliki kandungan antara lain; trimetil amine, klorida, fluorida dan silika. Karena khasiatnya yang baik, bahan ini juga dibuat dalam bentuk serbuk dan digunakan dengan sikat gigi biasa

Sebuah majalah Jerman memuat tulisan ilmuwan yang bernama Rudat, direktur Institut Perkumanan Universitas Rostock. Dalam tulisannya itu ia berkata,


Setelah saya membaca tentang siwak yang biasa digunakan Bangsa Arab sebagai sikat gigi, sejak saat itu pula saya mulai melakukan pengkajian. Penelitian ilmiah modern mengukuhkan, bahwa siwak mengandung zat yang melawan pembusukan, zat pembersih yang membantu membunuh kuman, memutihkan gigi, melindungi gigi dari kerapuhan, bekerja membantu merekatkan luka gusi dan pertumbuhannya secara sihat, dan melindungi mulut serta gigi dari berbagai penyakit. Sebagaimana telah terbukti bahwa siwak memiliki manfaat mencegah kanser.

Thursday, July 15, 2010

adaptasi susuan di Arab Saudi

Saudi Clerics Call For Adult Breast-Feeding

5 June, 2010

In a surprising development, two senior Saudi clerics today said that Saudi Arabia’s women should give their breast milk to male colleagues and acquaintances in order to safeguard the Islamic law that forbids mixing between the sexes. The clerics, however, failed to reach an agreement among each other on how the milk should be conveyed.

Recently a fatwa had been issued in the country about adult breast-feeding to establish "maternal relations" and preclude the possibility of sexual contact. The fatwa has already generated enough debates and it is likely that the debate over such explicit topics may force the Saudi government to introduce stricter regulations about how and when fatwas should be issued.

Sheikh Al Obeikan, an adviser to the royal court and consultant to the Ministry of Justice, had recently said that women who come into regular contact with men, who are not their relatives, should give them their breast milk in order to make them their relatives.

"The man should take the milk, but not directly from the breast of the woman. He should drink it and then becomes a relative of the family, a fact that allows him to come in contact with the women without breaking Islam's rules about mixing," Al Obeikan said, according to Gulf News. "

Obeikan’s remarks were followed by an announcement by another powerful Saudi cleric Abi Ishaq Al Huwaini, who asked women to allow the men to suckle the milk directly from their breast.

~petikan dr TIMES NEWSLINE~





assalam..

bila baca article tu kelakar lak rasa hati. pkongsian dr seorg sahabat di Facebook ana.

cuma ana ada buat sket homework study balik apa yg ustaz abdul bari pernah ajar dalam kelas fiqh usrah dulu; antara perbincangan dan ulasan dari kitab Nizam Usrah wa hal musykilatuha fi dhau' al-Islam tulisan Abdurrahman as-Sobuni.

dalam perbincangan bab muharramat kelas ketiga iaitu disebabkan susuan. pengharamannya pada pernikahan dan aurat sama dengan pengharaman atas sebab kerabat terdekat dan musaharah (melalui jalan perkahwinan). pengharaman itu berasaskan dalil dari surah an-Nisa ayat 23 juga sabda ar-rasul s.a.w ((diharamkan drpd ar-radha'ah itu (susuan) apa yang diharamkan drpd nasab dan musaharah)) au kama qaal ar-rasul s.a.w

kemudian ulama' bahaskan pula kadar penyusuan:

ulama' hanafi dan maliki berpendapat cukup hanya sekali susuan untuk mengharamkan (menjadikan seseorg itu haram bernikah* dgn saudara susuannya). sedikit atau banyaknya susuan itu dikira sama, sebab dari nas yang disebutkan di atas tak dikhususkan kuantiti.

ia juga menurut pandangan ali abi talib, ibnu 'abbas dan ibn mas'ud

menurut as-syafi'iyah dan al-hanabilah: tidak ditetapkan pengharaman (yakni pd perkahwinan dan yg berkaitan) melainkan dgn lima kali susuan (5x kenyang + tak makan makanan lain selain susuan tersebut).

menurut Syi'ah Ja3fariyah: syarat bagi pengharaman susuan 15 kali susuan penuh iaitu susuan siang dan malam dengan jarak antara kedua2 waktu tersebut. kerana 'illah pengharaman susuan ini menjadikan susu itu darah daging. menurut sayidah a'isyah Radhiyallahu 'anha, pengharaman tak dikira melainkan jika bdk tersebut disusukn sehari penuh (tempoh paling kurang). - lihat kitab al-mughniy.

mazhab Zahiri terdapat dua riwayat:

  1. dr Daud az-Zahiri: pengharaman tidak ditetapkan melainkan dgn tiga kali susuan (ini juga riwayat dlm mazhab Hanbali)
  2. dr Ibn Hazm: harus 5x kenyang susuan semata2.

tempoh susuan (mahram)

fuqaha' (hanabilah, malikiyah, syafi'eyah atau abu yusuf dan muhammad dr hanafiyyah) bersetuju bahawa tempoh bagi susuan mahram iaitu dua tahun pertama umur kanak-kanak.

pendapat abu Hanifah bahawa tempoh susuan selama 30 bulan.
pendapat az-Zahiri: tiada tempoh tertentu bagi susuan walaupun pemuda menyusu seorang perempuan maka dia menjadi anak susuan wanita tersebut.

adapun apabila seseorang budak sebelum berumur dua tahun berhenti menyusu ibunya, kemudian disusukan pula oleh perempuan lain selepas itu maka tidak disabitkan hurmahnya(pengharaman spt di atas) - ini pandangan mazhab maliki. pada kes yg sama spt td tetapi disabitkan 'hurmah'nya menurut pandangan abu hanifah & as-syafi'e.

~utk rujukan lebih mendalam sila buka kitab al-Mughniy (536), bidayah al-mujtahid (35), mukhtasar an-naafi'3 (175), dan al-istibsor (193)~

sekadar secubit usaha ana insan lemah dlm segala hal.. ada sebarang pembetulan sila kemukakan utk muhasabah

Saturday, July 3, 2010

Khasiat Susu & kambing

assalam..

tengah hari 29 jun lalu ana ada dengar slot sains & peradaban di IKIM.FM. seronok! itu yg selalu ana simpulkan bila hujah2 sunnatullah melalui sains dikupas menarik oleh penceramah atau pembentang kertas. sampai ana terpengaruh lalu pagi tu ana minum susu semula (setelah berminggu2 kehabisan stok susu dalam simpanan dapur)

sedikit ana nak share dengan kalian tentang statement ini: "susu yg terbaik selepas susu ibu ialah susu kambing". umi ana pun pernah bilang yg tak berapa elok minum susu lembu. bukan kerana gizi2 dalam susu tu tapi kerana perwatakkan lembu. sejauh mana ia memberi kesan pada pembentukkan peribadi manusia, Allahu 'alam.

apa2 pun susu tu memang secara semulajadinya sangat diperlukan badan kita seharian. dalam surah Muhammad pun Allah ada nyatakan kedudukan susu dalam syurga sebagai sungai2 yg mengalir. ar-rasul s.a.w pun amalkan meminum susu, tapi nasihat baginda supaya kita meminum air kosong selepas minum susu kerana bimbang kesan susu pada gusi dan gigi (terlebih kuantiti susu yg diperlukan badan pun bawa masalah juga, kerana Islam tu kan wasath, semuanya kena yg sedang2, tak boleh lebih tak boleh kurang)

Cuba lihat kambing, sentiasa tersenyum kan? tenang tak hati?

Senyuman membahagiakan baik yang memberi mahupun yang menerima. Orang yang mudah tersenyum, sihat tubuh badan dan seterusnya membentuk karektor yang terpuji. Itu jugalah antara khasiat minum susu kambing dan makan daging kambing, daging yang sihat kerana sifat kambing yang mudah tersenyum.

Kalau ditanya mengapa anak-anak zaman kini walau bijak tetapi sombong dan degil, mungkin salah satu jawabannya adalah kerana banyak disogokkan dengan susu lembu, ehh.. minum susu lembu, kita bawa karektor lembu sebab DNA lembu tidak terurai. Jadi, tidak hairanlah anak-anak zaman sekarang tinggi IQnya tapi rendah ESQ. Apa pepatah melayu kata tentang lembu? B—- macam lembu. Masyaallah..na'uzubillah.
Nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing.


sedikit maklumat tentang kambing.

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

  • Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  • Kolestrol daging lembu dan ayam.
  • Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  • Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging burger atau daging di restoran makanan segera.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
  • Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
  • Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Uraikanlah kolesterol itu dengan kolestrol kambing.

Sodium(sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging bUrger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.


Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.


Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.


Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.


Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkanlah memakan daging kambing atau meminum susu kambing.


Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.


Pengaruh Karektor

Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis atau kencing manis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.


Karektor Kambing

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insyaAllah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.


Rahsia Janggut Dan Senyuman

Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.

Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.
Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.


Rawatan Penyakit Darah Tinggi

Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebagai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.

Minumlah susu kambing dan makan daging kambing untuk merawat diri dan membentuk peribadi terpuji.

Susu Kambing Minuman Rasul Junjungan

Dalam keperitan panas mentari, kelihatan 3 susuk tubuh dalam perjalanan ke satu destinasi. wanita yang menghuni khemah itu sedang setia menanti kepulangan suami untuk rezeki mereka pada hari itu, yang ada bersamanya hanya seekor kambing betina tua yang kurus dan kekeringan susu.

Tatkala menjawab salam daripada 3 insan pengembara itu, dia menjawab tiada apa yang mampu dihidangkan kepada mereka kerana sang suami yang dinanti masih belum kunjung tiba. namun, dia berbesar hati menyediakan tempat untuk mereka menumpang berteduh buat sementara waktu bagi menghilangkan lelah sebelum perjalanan yang jauh diteruskan kembali. Kedengaran suara meminta izin dari wanita itu agar dapat sekiranya memberi mereka sejenis bekas dan apa yang boleh diguna untuk diperah susu daripada kambing betina tua itu..

Wanita itu terperanjat tetapi tetap menghulurkan bejana dari kulit sambil mengatakan yang kambing itu dah tua dan telah lama kekeringan susu apatah lagi keadaan mereka di padang pasir yang membuatkan kambing itu kurus kering.

Namun, itulah keajaibannya. apa yang tidak diketahui wanita itu adalah tetamunya itu bukanlah sembarangan orang tetapi Baginda adalah Rasul Junjungan Mulia, Muhammad Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

Rasulullah saw menggunakan tangan baginda yang mulia itu lalu mula memerah susu kambing. Bukan sahaja susu memenuhi bejana malah, kambing betina itu terus terusan mengeluarkan susu setiap kali diperah. Wanita itu sungguh kagum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada para tetamunya yang kemudian meneruskan kembali perjalanan mereka.

Apabila suaminya pulang, tidak hentinya kisah itu diulang dan suami yang gembira itu menyatakan itulah Muhammad yang kisahnya didengar dari pekan dan semakin ramai pengikutnya.

Itu adalah satu daripada banyak lagi kisah Nabi tercinta dengan minuman kegemarannya, susu kambing. Sebenarnya, sesuatu yang sunnah itu banyak sekali fadilat dan manfaatnya, kerana rasulullah saw adalah insan terbaik pilihan Allah yang ditulis dalam al-Quran sebagai role model atau contoh ikutan yang baik untuk sekelian umat manusia. "Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad meliankan untuk membawa rahmat ke seluruh alam". .
Wallahu a'lam....
demikian sedikit sebanyak yg mampu ana kongsikan dari website wanitamelayu

Wednesday, June 30, 2010

'teguran' berhikmah

"cuba kita bayangkan semua kehidupan ini dari sudut yang positif, nescaya semua realiti ini akan bertaburan hikmah. Cuba kita bayangkan dengan senantiasa mencari makna di sebalik setiap peristiwa, nescaya tidak akan ada manusia yang bermalas-malasan dan putus asa. Dan dunia ini akan terasa indah dan ceria ... subhanaLLah" - ana pinjam kata2 ni dari status seorang sahabat, Qud's Ikhwan :)

sesimple hikmahnya begini:

seorang gadis baru mendaftar masuk ke sebuah IPTA bergegas menaiki tangga masjid menghala ke sebuah pintu di tingkat dua, bahagian kiri masjid. menyelak daun pintu membuatkan dia terkesima "tempat muslimin. lalu di mana ruangan muslimat?"

sejenak lalu seorang senior dari tingkat tiga. "mungkin tempat utk muslimat di tingkat tiga" - pintas gadis itu berlalu tanpa bertanya.

sebenarnya kala itu jemaah muslimat kebanyyakkan telah bersurai dari dewan solat. hanya senior ini di'delay'kan waktu dia keluar dari situ kerana asyik termenung memikir hari2 yang perit dilalui sendiri, walhal dibahunya tertimbun segala macam tugas yg ingin diselesaikan dalam perencanaan

hikmah yg ana nampak: kalau lah semua jemaah keluar serentak tanpa berbaki walau seorang pun yg keluar lambat dr dewan solat, maka bagaimana gadis tu akan bertindak agaknya? mungkin dia turun langsung ke tingkat paling bawah lalu mencari2 di bahagian kanan masjid (sedangkan dia sudah berada di bahagian kiri masjid di mana terletaknya ruangan solat muslimat cuma dia tersalah masuk ke pintu di tingkat dua). lalu akan terlambatlah solatnya kerana masih tercari2. ~kalau lah dia rajin bertanya...~

relevankah ana nampak hikmah sekecil ini? ntah tiba2 terdetik bahawa di situ pun ada hikmahnya.

motosikal 1

seperti biasa bibir Fida akan terkumat-kamit membaca 'Bismillah' tatkala mula menaiki motosikal utk ke mana saja. tapi hari itu dia semacam terlupa. di pertengahan jalan di satu malam yang gelap pekat bersama rakannya membonceng, tiba2 Fida brek mengejut. bergegas rakannya turun dari motor cemas memastikan apa yang berlaku. rupa2nya ada satu lubang besar yang hampir saja menelan motosikal mereka naiki. mujur sempat brek mengejut.

sebenarnya, mujur Allah ingin selamatkan mereka. lalu Fida insaf, baru dia teringat yang keluarnya dia tadi dari hostel tidak dengan kalimah tawakkal dan terlupa pada kebiasaannya 'Bismillah' sebelum memulakan pemanduan. itu teguran Allah secara direct pada kealpaan Fida.

motosikal 2

satu hari Ardi keluar dr rumah menuju ke ibu kota 14km dr rumahnya. niat di hati mahu mencari tiket utk pulang ke daerah dia menuntut ilmu, turut disertakan satu permintaan si ibu supaya dia ke pejabat wisma negeri. langkah awal keluar dr rumah dititipkn sesuatu dibibir "bismillahi tawakkaltu 'alallah..", semoga segalanya berjalan lancar. walaupun cuma bermotosikal.

selesai urusan di wisma negeri Ardi menuju ke laluan menghala ke terminal bas. tiga lorong terbentang luas. Ardi terpaksa mencelah2 di antara kenderaan2 besar (bas, lori, kereta2) untuk beralih dari lorong kiri ke lorong kanan ketika barisan makin memanjang dihentian lampu isyarat. dalam berhati2 mencelah, tidak semena-mena dia terlanggar cermin sisi BMW putih; brek tgn motosikalnya bertemu cermin sisi itu. "Allahu akbar!!" terpancul keluar dari mulutnya kerana terkejut & xsangka akn berlaku. namun dia tak mampu utk berhenti meminta maaf dicelah2 barisan gergasi2 besi itu. angkat tangan (tanda maaf) Ardi tak mampu, bimbang motosikalnya hilang kawalan.

di hentian lampu isyarat kedua sebuah kereta meng-hon dr belakang motosikalnya, "adik, nanti berhenti kat depan sana! jgn tak bhenti..!!" sergah seorang wanita berusia. Ardi menoleh, 'BMW tadi rupanya'

~ besarnya bangga 'seorang' BMW ketika di jalanraya bertembung dgn moto biru tu~

demi kerana bertimbang rasa dan memang dia yang bersalah Ardi berhenti di sisi jalan melepasi lampu isyarat. "aku keluar rumah tadi dgn nama Allah & bertawakal padaNya, apa2 yg akan berlaku mesti ada hikmah" - bisik hati kecil Ardi sambil menekan brek perlahan2.

"bla...bla...penampar..bla..bla...lempang..bal...bla...samseng... !" - bebelan kasar seorang 'mak datin' dan 'datuk' nya Ardi tepis dari berkumpul pada hati, biar sj sergahan itu berlalu di cuping telinga. bimbang ada rasa sakit hati bersarang karat dalam nuraninya.

"ok2, saya minta maaf kerana tak sengaja terlanggar.."

puas hati dgn itu, kedua2 org 'kaya' itu berlalu sambil mengomel dlm kereta.

"mereka kaya dengan harta tapi miskin dengan budi. memang saya salah tapi berbudilah sikit dalam menegur. sedang mereka itu lebih berusia dari ibubapa saya. hm, macam mana dunia ini..." - bukan Ardi meneluh tapi bimbang, diakah yang samseng jalanraya atau org2 lain yg semakin menjadi samseng etika di jalanraya.

hikmah Allah 'tegur' Ardi pada langgaran dia itu kerana tidak segera memohon maaf, hikmah juga ada pada caci-maki datin itu supaya Ardi lebih berhati2 menjaga nuraninya dari bertindak sedemikian sama jika kelak orang lain pula yg melanggarnya.

"kita tidak kalah dengan memohon maaf, kita juga tidak lemah jika pandai mengawal amarah" - itu pesan diri Ardi untuk dirinya yg dulu seorang yg sgt pemarah.

Sungguh ajaib org mukmin, bila diberi nikmat, dia syukur, bila ditimpa musibah, dia sabar, kedua2nya baik baginya. -mafhum hadith .

Monday, June 28, 2010

ilmu pediatrik

tangan rasa nak menulis, sebelum mata terlelap di setiap malam berlabuh ada saja idea yang bermain di kepala. tapi apakan daya, laptop tidak di tangan juga tidak di hati untuk teringin memiliki, lalu idea itu kering dan berlalu. cuma apa yang ingin ana kongsikan di sini hanya secebis ilmu sains tentang pediatrik.

semalam ana terima senaskah majalah terbitan persatuan pediatrik Malaysia, positive parenting. gara-gara ana punya dua anak angkat, naurah & farhan, ana daftar mereka di bawah nama ana pada ABBOTT(salah satu antara badan ternama dalam produksi susu formula) so ana dapat 'imbuhan' ilmu. selain sample2 susu bayi percuma, utk ibubapa pun ada susu sokongan (utk tulang yg sihat) dan buku panduan keibubapaan ~belum pun jadi ibu bapa betul dh diberi macam2 nih~

antara kupasan yang menarik utk ana ambil tahu dan utk sesiapa yang ingin ambil peduli:

  • pemakanan anak: makanan segera bayi, tips pyusuan ibu yg bekerja, mambaca label pemakanan, kehebatan susu & makanan segera yg sihat
  • kesihatan anak & pediatrik: cerita disebalik usus, jangkitan pneumokokus, penjagaan cacar air & rawatan utk ulser dalam mulut
  • perkembangan anak: memupuk imej tubuh yg positif (membincangkan cara makan yg membahayakan anak2) & kencing dalam tidur (nocturnal enuresis)
  • diet selepas bersalin; menurut sains & pantang tradisional

hm, bcakap tentang sains keibubapaan kt sni nanti ada yg cakap "cm bcampur-baur lak blog ni, isu agama la. politik la, rse hati la, tbe2 de bab ni plak"

mungkin ye mungkin tidak. ini bukan blog rasmi mana2 persatuan atau badan berkanun, bkn juga paparan ilmu2 agama semata2. apa yang ana cuba ketengahkan segala ilmu yg melingkari setiap detik hidup. walaupun ana belum pun menjadi ibubapa sebenar, tapi ilmu tu dah ada sejak mula berlatih mengasuh adik2 20 tahun lalu. kemudian baru datang ilmu2 yg lebih sistematik yg mengabungjalinkan sains dan apa yang diamalkan secara traditional. dibesarkan dalam ruang lingkup keluarga yang punya asas dalam kejururawatan & kedoktoran ana punya minat dalam dua bidang ini; ilmu wahyu & al-'ulum (sains kesihatan & biologi). so, tak salahkan mempelajari sunnatullah disamping syariatullah..? lagi pun, ilmu pediatrik ni tak lari jauh pun antara kanak2 dan orang dewasa.satu topik yang ana nak kongsi sedikit, tentang:

ulser pada mulut.

faktor2:


  • diwarisi dalam keluarga

  • trauma seperti luka atau lelas (tergigit lidah secara tidak sengaja, menggosok gigi terlalu kuat, hujung gigi yang kasar atau pengambilan makanan/minuman yg sgt panas)

  • tekanan

  • kekurangan vitamin dan mineral (zat besi, folat, bebrapa jenis vitamin B)

apa yang boleh dilakukan:

  • pilihan makanan: elak makanan yg keras atau besar potongannya, elak makanan/minuman yg sgt panas, makanan masin atau pedas atau berasid (yg masam)

  • cuba makan makanan yg lembut (yogurt, kastard)

  • minum air yang banyak

antara pengalaman ana dari ajaran walid ana, banyakkan minum air masak dan ketika ana sakit2 ulser masa kecik dulu hanya NESTUM atau bubur kanji je yg kami adik-beradik dibiasakan. sekarang ni NESTUM dh kne boikot kita tukar strategi, guna nasi air, bubur atau kanji. bahan berasaskan kanji atau gula ini mampu support keperluan kabohidrat yang diperlukan badan bagi mengantikan nasi. (seculas ilmu peribadi yg terfikir utk dikongsi)


untuk mempercepat penyembuhan:

  • berkumur dengan air garam (walaupun baby, kita kena pujuk juga dia berkumur. agak pedih)

  • galakkan untuk tidur lebih (khusus untuk kanak2, jangan terlampau pula bagi orang dewasa)

  • galakkan anak makan seperti biasa

peringatan:

  • jika ulser berlanjutan lebih dari 2 minggu, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. mungkin kanser mulut dpt dielakkan

  • bawa berjumpa doktor juga jika: ulser mulut bertambah besar atau dalam, terdapat pendarahan yang banyak, terlalu sukar untuk makan dan minum, ulser disertai dengan demam atau cirit-birit

  • jika terdapat byk ulser: ini mungkin petanda penyakit tangan, kaki dan mulut atau jangkitan virus herpes (virus lepuh sejuk) - khususnya kanak2.

sekian, insya allah akan datang isu2 sains tak kan dipandang enteng dari penulisan ana kerana ada pembaca yang berlatar belakang kedoktoran & kejururawatan.
~membawa diri terus mendekati Allah melalui sains selain ilmu wahyu~

Sunday, June 20, 2010

struggle with tears

Kau yang menciptakan cinta dan Kau juga yang menghampar bahagia
di ribaanMu terhimpun harapan, impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan merebahkan keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu, aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku tak semuanya yang ku mahu
dan ku tahu di segenap ruang rasaku telah Kau titipkan kekuatan
oh Tuhan..

di celah hangat nafas yang terhela ada dingin saat menyeru namaMu
terarah segala rongga rasa pada damainya dakapanMu, ya Allah..

telah ku lalui jalan berduri, sejuta harapan terusku pertahankan
bukan mudah mengapai bintang bersilih dugaab mendatang

disebalik kepayahan di situlah kekuatan
tekad hati azimat di perjalanan mengejar impian
pabila laluan seakan sukar bagai tak terdaya untuk terus bertahan
namun kasihMu menyedarkan aku tak pernah sendirian

disebalik kepayahan di situlah ada kekuatan
tinggi langit mimpi ini tak ku ragu untuk membuktikan
indah bintang yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan
akan kau saksikan kesulitan ini pasti berkati kebahagiaan

~telah engkau kisah ku ini, pernahkah kau cuba untuk mengerti~

..::tears that do not fall::..

Bukankah Tuhan ciptakan malam untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang..

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"