Pages

Wednesday, June 29, 2011

Allah berada disangkaanku

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


nota ringkas untuk mengisi santai..

ana teringat beberapa bulan lalu ada singgah beberapa kes hubungan dingin antara seorang remaja dengan ibunya. konflik diri si anak mengugat peribadinya; adakah Allah akan tutup pinta GhaffurNya tatkala anak ini sering mengulang2 antara derhaka kemudian kembali mohon maaf pada sang ibu.

sedikit perkongsian yang ana masih ingat ketika itu, bersangka baiklah dengan Allah, tapi jangan sampai dengan itu kita pandang ringan tatkala berhadapan dengan dosa. itu namanya menzalimi diri sendiri. Allah tidak rugi apa-apa pun dengan kita.

bila ana check balik, azimat hebat 'Aku pada sangkaan hamba-hamba-Ku' itu datang dari koleksi hadith Qudsi:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu. (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)

mengikut qaedah penuntut ilmu takhrih hadith, semua ini perlu di semak semula. bukan sekadar copy paste dari internet semata-mata.



Ia juga bertepatan dengan ayatNya al-Kareem:


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ

"And when My servants ask you concerning Me, I am indeed close (to them): I respond to the du’a (prayer) of every suppliant when they call on Me.
(Qur’an 2:186)"

Jadi, sangkutkanlah pautan kalian pada doa yang qudus dan tulus, ikhlas memohon. kerana kita hamba. tak lari dari memerlukan Dia. sedang Dia turut menunggu-nunggu rintihan kita. Dia sangat suka kita memohon.

selamat mengantung cintamu ke puncak tertinggi, moga ia terpasak kukuh dalam keimanmu. ^_^

peringatan buat diri juga; kerana telinga yang paling dekat dengan kata-kata ialah milik penuturnya.

No comments:

Post a Comment

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"