Pages

Wednesday, September 8, 2010

mutiara syurga

peringatan Rasulallah yang dilupakan wanita sekarang:

wahai muslimah sekalian..
masih ingatkah anda,
Rasulallah S.A.W pernah memberi peringatan,
"wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan beristighfar. kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu antara golongan yang banyak sekali antara ahli NERAKA"
(hadith riwayat Bukhari & Ibn Majah)?

ku memerhati diluar sana,
melihat muslimah seakan-akan lupa pada peringatan Rasulallah S.A.W ini.

berapa ramaikah dikalangan kalian,
yang masih belum mengenakan tudung?
berapa ramaikah dikalangan kalian yang bertudung,
tetapi masih NIPIS, SINGKAT & MENDEDAHKAN dada?

berapa ramaikah dikalangan kalian bertudung sempurna,
tetapi masih memakai SENDAT, MENDEDAHKAN LENGAN & KAKI?

berapa ramaikah dikalangan kalian,
berlebih-lebihan dalam perhiasan?
masih meragui keindahan ciptaan asli oleh Allah?

berapa ramaikah dikalangan kalian,
bermanja-manja suara dengan lelaki selain keluarga?

wahai muslimah sekalian,
masih ingatkah kalian akan peringatan Rasulallah S.A.W?

mengapa kalian tidak patuh?
tanpa kepatuhan kalian dikira mendustakan usaha Nabi S.A.W

pendustaan adalah penghinaan
dan berpeluangkah wanita tidak patuh & ingkar untuk mendapat rahmat Allah & syafaat baginda?

wahai suami & ayah, jauhi sifat dayus & laksanakan tugasmu!
pastikan aurat muslimahmu terpelihara.

"dunia ini penuh perhiasan, dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah"
(hadith riwayat Bukhari)

oleh: salafus-sholih & ustaz zaharuddin
klik video menginsafkan untuk ditonton



HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.

by Amirul Amin on Tuesday, September 7, 2010 at 3:10am

Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah d an kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama -sama mematuhinya, di dalam mauduk ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.

Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang te rsendiri.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.

Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.

Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.

Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.

Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudaralaki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-lakiyang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahuiperhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". Surah An.Nuur (31)

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telahmenurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daritanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". Surah Al.A'araaf (26)

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteriorang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Surah Al.Ahzab (59)

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah An.Nuur (60)

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat

(AMIRUL AMIN)


"tak habis2 isu aurat! dari dulu sampai sekarang!" - bentak Laila keras

"ye la.. cuba tgk skrg ni, mcm2 jenis pakaian menjenamakn 'Islam' dalam dress code sekular" - aisara cuba menenangkan berang Laila di tag bab aurat dalam facebook pagi td.

bukan tak bertudung si Laila ni, tapi gayanya agak 'memodenkan Islam' tu sangat membimbangkan Aisara.

Aisara duduk mendekati Laila sambil dipeluk erat bahu sahabatnya,
"begini Laila, demi Allah saya sayangkan awak. saya nak awak jaga diri awak dari bakaran neraka, aurah awak tu sgt2 berharga. nilai tertinggi awk sbg seorang wanita. saya tak menjamin syurga untuk awak kerana syurga itu bukan milik saya. tapi, tuan syurga dah jemput kita untuk bertandang ke sana. jadi, saya nak minta awak dan saya, kita melangkah masuk ke dalamnya sama2. hmm..?"

berkaca mata Aisara pinta Laila terima pelawaannya. Laila serba salah. di sudut hati kecilnya terdetik jua, bahawa kata-kata Aisara itu benar.

petang itu Laila menangis teresak2. jiwa kosongnya selama ini kini dipenuhi rasa ingin berubah kepada yang lebih baik. hidayah Allah itu, jika diizinkanNya, bila2 masa je akan menjelma, cuma kita kena istiqamah mencari. carilah hidayah untuk diri sendiri, carilah ia untuk sahabat sejati juga untuk keluarga yang masih tercari2.


awwal irtihaly melamar sekalian wanita:
★★★• • sudi kah kalian menyertai saya mencari syurga..? • •★★★

1 comment:

  1. bismillah, sedikit perkongsian dr ana:
    berkisar tentang ksedaran yg dbawa oleh akhi dr blog salafus-sholih & dgn kerjasama UZAR

    tentang peringatan Rasulallah yang dilupakan wanita sekarang:

    "berapa ramaikah dikalangan kalian bertudung sempurna, tetapi masih memakai SENDAT, MENDEDAHKAN LENGAN & KAKI?"- cuma yg kaki tu mungkin ada yg guna mazhab yg xperlu btutup kot. kita kne terima lah pegangan org lain.

    "berapa ramaikah dikalangan kalian,
    berlebih-lebihan dalam perhiasan?
    masih meragui keindahan ciptaan asli oleh Allah?" - kalu part ni ana ingat lagi masa dlm kelas Foundation of Islamic Economy dgn UZAR 3tahun lepas. UZAR persoalkn npe pmpn tampal mcm2 kt muka, segala jenis krim. xsyukur dgn keaslian ciptaan Allah kah? tbe2 UZAR sj fokus soalan tu kt ana (sbb ana rajin sgt gi listkn kt UZAR jenis2 krim muka yg hangat dpasaran), huu~ kenangan yg ana egt sampai sekarang time2 bljr bgurukn UZAR.

    "berapa ramaikah dikalangan kalian,
    bermanja-manja suara dengan lelaki selain keluarga?" - yg ni ramai 'Islamic student' buat. kononnya drasakan tudung dh cukup litup, lebih dr sekadar 'bidang 45'. solat dh jaga, sharp on time! bsopan santun dah sang gadis, ayu lemah lembut & sholihah. tp fail bab plg asas mjaga maruah diri dr 'ditelanjangi' lelaki yg xkurang hebat agamanya.

    sang jejaka, jika maruah dirimu belum mampu kamu nak jaga, bagaimana maruah bakal isterimu kelak bila dh jd isteri. sedangkn time belum diikat apa2 pun dah langgar segala halal haram?? ~fikir sejenak, dirahim perempuan bagaimanakah akan ku titiskan benih zuriatku kelak..~

    "wahai suami & ayah, jauhi sifat dayus & laksanakan tugasmu!
    pastikan aurat muslimahmu terpelihara." - kita pernah rosakkn maruah anak org, jangan lupa Allah akn tunjukkn pd kita bagaimana nt maruah anak kita drosakkn org lain pula. rosak maruah xsmestinya dgn sbb drogol atau dcabul, tp ia juga blh jadi dgn "berapa ramai dikalangan wanita,bermanja-manja suara dengan lelaki selain keluarga?"

    mana pergi para lelaki yg akalnya 9 bbanding 1 pd wanita?? jika lelaki pn mudah 'rapuh & rosak', maka lg mudah masyarakat pincang.

    "dunia ini penuh perhiasan, dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah"
    (hadith riwayat Bukhari)

    baliklah ke pangkuan tawbat nasuha wahai sahabat, adakah kamu mendustakan janji Allah pd hubungan yg tak halal sblm bnikah?

    ReplyDelete

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"