Pages

Thursday, June 25, 2009

Ledakan Kecemerlangan

Menguasai ilmu semasa hukumnya wajib. Tidak aka nada kecemerlangan tanpanya. Oleh itu, kesedaran perlu disematkan di hati golongan muda hari ini supaya kita menjadi golongan yg cintakan ilmu termasuk ilmu sains. Hanya dengan ilmu sahaja umat menjadi cemerlang dan gemilang. Berazamlah supaya kita berada di salah satu penjuru daripada penjuru-penjuru ilmu fardhu kifayah ini.

“yang fardhu kifayah adalah setiap ilmu yang bertujuan menegakkan urusan dunia yang tidak dapat diketepikan” – Imam Ghazali

“mereka yang bertanya soalan mungkin bodoh seketika. Mereka yang tidak bertanya soalan, kekal bodoh selama-lamanya” – Peribahasa Cina

“takluk sifat buruk anda, atau ia akan menakluki anda” – Dr. Robert Gilbert

“ilmu itu milik Allah, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya” – Rasulallah s.a.w

Secebis Perangsang

Ikhlaskan niat anda menuntut ilmu kerana jika anda mempunyai hati yang tidak bersih; maka ilmu yang anda miliki belum tentu boleh memberikan kebahagiaan dalam hidup ini. Hati yang bersih, dihiasi dengan niat yang ikhlas; pasti akan membuahkan kehidupan yang lebih bermakna.

“kalau takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan” – Negarawan

“dan jika sekiranya kamu telah berazam (dan berusaha), maka bertawakallah kepada Allah” – alQuran

Cabaran itu adalah sesuatu yang member warna-warna indah kepada hidup dan kejayaan. Jika seseorang itu merasakan hidupnya tiada masalah maka ada sesuatu yang tidak betul di situ.

“jangan, jangan dan jangan sesekali mengaku kalah!” – Sir Winston Churchili

“gunakan peluang lima perkara sebelum datang lima perkara; lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati” – Rasulallah s.a.w

Tuesday, June 23, 2009

rehlah merentasi masa

salam..

dalam mengejar sume ksibukkn tu ada sedikit ksempatan ku luangkan bersama sahabat utk sahabat.

^.~ kat sini gambar2 masa berkunjung ke UPM baru2 ni, 21 jun '09, g jenjalan menghadiri majlis tamat latihan kor suksis sahabatku as da best pelatih (ye ke org gne 'pelatih') keseluruhan utk IIUM.
teruja gler tgk org kawat pagi2 buta. program start at 730am sampailah 10am. mula dgn perbarisan, pastu de KPN cek perbarisan, lintas hormat, KPN bebel n penyampaian anugerah2.

tak nak leter banyak kat sini, tgk gambar sudey.


ni la budak bertuahnyer, inspektor hafiz elias. ^.^


ukuran ktinggian,
warna kulit,
tahap kegarangan muka,
kcantikkn (ade eh laki cantik?)


juga tahniah buat hafiz sorg gi nih, hafiz bad yg juga grad suksis ni same dgn hafiz elias, huhu~



rehlah pagi sampe ke petang lah hari ni. sorg rehlah dlm blek jek, yg sorg lagi gi melantak durian n rambutan, selamat berehlah sume ^,~

Monday, June 8, 2009

hilangnya malu seorang wanita

Seorang wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putuih, jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut prgerakkan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi (yang tak lihat pun ley je berimaginasi ^.~ ). Imaginasi itu sudah pasti yang indah2 dan sudah semestinya bukan hal2 yg baik.
Di satu sudut yg lain, seorang gadis berpakaian sopan dgn bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi juga berpakaian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang2, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yg masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Lalu mereka menghisapnya. Fuh! Nikmat dunia.

Agak pedih dgn paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dgn kelibat punggungnya yg separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yg sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dlm banyak hal. Lihat sja golongan artis yg bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat dlm kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dgn penyakit social yg memalukn itu. Ini merupakn satu musibah yg memudaratkan maruah wanita iaitu khilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dlm diri mereka. Istilah malu mmpunyai makna n pengertian yg mluas dlm Islam. Di sini aku sertakan beberapa hadith sbagaimana Islam menekankn sifat mahmudah dlm dri muslimah khususnya n ummah skaliannya amnya.

Dari Abu Hurairah R.A :
“iman itu ada lebih daripada 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian drpd cabang iman.” Malu berasal drpd pkataan arab ‘haya’ atau ‘hayat’ bmaksud kehidupan. Ia sgt2 ditekankn samada pada lelaki atau perempuan.

Ar-rasul s.a.w bsabda:
“aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakkn penduduknya adalah fuqara’ dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita”
– bukhari & muslim (drpd ibnu abbas n imran)

Imam Qurtubi Rahimullah mengulas hadith tsebut:
“penyebab sedikit kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka., kecenderungan mereka kepada kesenangan dunia dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka utk tertipu dgn ksenangan2 dunia yg menyebabkan mereka lemah utk beramal..”

Wasiat Luqmanul-hakim:
“sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.”

Thursday, June 4, 2009

jalan itu susah tapi indah...

Kebaikan Itu Kerapkali Perlu Dimulakan Berkali-kali

Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunana dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharap cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunanNya.. kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bereti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al-Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:

“Carilah hatimu di tiga tempat.. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”Semak-semak kehidupan harianmu. Bagaiman awal pagimu… Telah kau bukakah setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telah kau ucapkah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil, dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh kerenah-kerenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al-Quran dan bacalah. Bacalah.. itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna.. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa Al-Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibukan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekal adalah taqwa. Sebaik-baik pelindung adalah Al-Quran. Mereka yang begini sahaja mampu ‘menukar’ bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insane bijaksana yang menghayati pesanan Rasulallah s.a.w agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulallah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibukan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujahadah… tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan… Genggam Al-Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah.

gentarasa, ust.pahrol md. juoi

Monday, June 1, 2009

kau ratuku...

BUAT KAUM HAWA..

teristimewa buat "ratu"ku..

layakkah utk digelar spt ini..??

khas buatmu puteri..

salam sesuci titis qatrunnada buat gadis seindah penghulu syurga, yg maharnya iman & taqwa lalu dihias harum tulusnya cinta.. buatmu puteri.. semoga untaian mutiara solehah iringi dlm hari2 hidupmu..

Hargailah nikmat hidup sebelum mati..

Hargailah nikmat pinjaman dari Allah utkmu..

http://www.youtube.com/watch? v=Yvli5uufI_0


Tuesday, May 26, 2009

mogok lapo..

Menurut sumber berita pro Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan mogok lapar selama tiga hari berturut-turut mulai Isnin depan dalam usaha gerakan rakyat untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri secepat mungkin.

Utusan melaporkan, bekas Mufti Johor Noh Gadut, mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain.

Sebelum itu Mufti Perak dilaporkan mengatakan haram bagi umat Islam melakukan mogok lapar.

Setelah meneliti beberapa sumber berita PR, kita mendapati bahawa mogok lapar yang dilancarkan adalah 'mogok lapar' yang terkawal. Manakala umat Islam akan turut sama dengan melakukan puasa sunat.

Ustaz Ahmad Awang berkata, sebelum PAS Perak membuat keputusan untuk turut serta, mereka sudah mendapat kepastian dari pihak penganjur bahawa 'mogok lapar' yang dilancar tidak sampai menyiksa diri, tambahan pula mereka ada menyediakan doktor yang akan memantau keadaan.

Tambahnya lagi, "jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat."

Persoalan yang perlu kita tinggalkan kepada para panel feqh kita untuk mereka jawab ialah:

1. Mogok lapar diharamkan sebagaimana yang dijelaskan oleh para mufti kerana ia memudaratkan. Bagaimana jika mogok lapar dilakukan memang diyakini tidak sampai peringkat memudaratkan? Apa pula hukumnya?

2. Apakah boleh atau dibenarkan melakukan puasa sunat seperti yang dilakukan oleh PR Perak? Iaitu berpuasa sunat dan dalam waktu yang sama tujuan berpuasa di samping kerana Allah juga kerana membantah apa yang mereka mahu bantah.

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks.

~satu2 ibadah tu dinilai dri segi syariahnya (jln perlaksanaan) n niat. jika baik kedua2nya maka baiklah amalan tu~

Thursday, May 21, 2009

susahkah jadi wanita muslimah?

Jadi wanita muslimah katanya susah. Idea ini dibawa oleh dikalangan kaum liberal sekarang. Dengan sombong mereka mengatakan islam bersikap diskriminasi terhadap wanita.Jadi wanita muslimah yang taat memang susah. Mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak munasabah:

Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki.
Kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki.
Wanita harus taat suami, tapi suami tidak harus taat pada isteri, talak pun terletak di tangan suami.
Untuk keluar rumah seorang wanita perlu izin suaminya, tapi tidak untuk sebaliknya.
Wanita dibebani tugas mengandung dan melahirkan anak.
Kaum wanita berkurang hak beribadahnya karena mengalami haid dan nifas, tidak untuk lelaki.

Suara-suara mereka seolah-olah tidak mempercayai bahawa islamlah yang memuliakan mereka. Dengan pelbagai slogan seperti “BEBASKAN WANITA” seakan-akan merekalah hak perjuangan wanita. Mereka seperti lupa, siapakah yang menciptakan mereka ?

Benarkah alasan-alasan mereka membela hak kaum hawa itu benar ? Mereka seperti melawan ayat yang mulia dari Allah s.w.t. Disini saya akan kemukakan beberapa perkara bahawa islamlah yang memuliakan dan mengangkat mereka lebih daripada kaum lelaki:

Benda yang indah dan mahal harganya bukankah akan selalu dijaga dan disimpan di tempat yang selamat seperti emas atau intan permata.Manusia menyimpan wangnya di dalam dompet kerana ada nilai pada kertas tersebut. Begitu jugalah wanita. Nilai seorang wanita itu adalah sangatlah tinggi.

Sebab itu wanita perlu dijaga dan wanita juga perlu taat pada perintah suami bukan kerana dia lelaki tapi kerana dia adalah ketua dalam rumah tangga. Apakah seorang pekerja mempunyai kekuasaan melebihi pengurus syarikat tersebut? Suami yang laki-laki itu harus memperhatikan ketaatannya pada ibu tiga kali lebih dibanding pada ayahnya. Bukankah ibu itu seorang wanita? Jika ayah dan ibu berbeza dalam sesuatu masalah iaitu dalam perkara yang mubah (harus) anak lelaki harus mendukung pendirian ibunya.

Wanita menerima warisan kurang dari lelaki. Harta wanita itu akan menjadi milik pribadinya,tidak ada kewajiban sedikit pun untuk diberikan kepada suami. Sementara lelaki yang menerima warisan lebih banyak, setelah menikah, harus membelanjakannya untuk isteri dan anak-anaknya.

Wanita perlu bersusah payah untuk mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi. Jika ia meninggal dalam melahirkan anak, matinya adalah mati syahid.

Wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya. Rasulullah bersabda:
"Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki." (Hadits Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki muslim perlu berjihad fisabilillah untuk mendapatkan pahala jihad. Berbeza dengan wanita, cukup dengan taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, tanpa susah-susah mengangkat senjata akan menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah.

Lelaki ada kuasa talak sahaja tetapi wanita mempunyai banyak hak untuk membubarkan perkahwinan jika suami tidak menunaikan tanggungjawabnya atau melakukan mudarat pada isteri seperti dalam pandangan mazhab Maliki jika suami balik rumah dengan muka masam lalu isteri kecil hati ,maka ia boleh mengadu kepada qadi untuk memfakhsahkan perkahwinannya. Tetapi yang lebih tepat adalah mudarat seperti suami gagal tunai nafkah batin, mati pucuk, pukul isteri tidak mengikut syariat, melupuskan harta isteri, berkawan dengan permpuan jahat, melarang isteri menggunakan hak-haknya dan pelbagai lagi[1].
Berdasarkan satu hadith yang menyebut:
· إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

· إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"

Imam An-Nawawi pula berkata :-

· الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan" [2]

Begitu besar kasih sayang Allah s.w.t kepada kaum wanita. Malah banyak lagi kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada wanita berbanding lelaki. Maka janganlah wanita-wanita memahami islam ini dalam skop yang sempit yang akhirnya akan mencemarkan imej islam itu sendiri.

Rujukan:
1) Kuliah Dr. Juanda Jaya
2) http://zaharuddin.net “Aurat Wanita Lebih : Adilkah ?”

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"