Pages

Friday, July 15, 2011

SAIFUL ISLAM: Idea Anda Menarik. Tapi....


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


ana suka note yang ana baca dari group GAMIS dan ana copy di sini.
sumber rujukan: abu naila

^_^ terpulanglah jika ada yg ingin judge ana as penyokong artikel ini atau apa, kerana ana suka.

sedikit klarifikasi, suka tidak bermaksud sokong. ana suka kerana ia sangat2 mencabar tinta idea dan minda kita berfikir lantas mena'akul dgn lebih dalam. boleh nampak sebenarnya siapa yang betul krn Haqq dan siapa yg terjual dan menjual agama. terserah anda, ana menyokong ustaz Zaharuddin bukan semata-mata kerana beliau 'tok guru' ana bahkan ana kenal bagaimana beliau memanfaatkn ilmu yg beliau ada dan tidak menyalahgunakan ia.

jika ana menyokong ustaz ana sendiri, tidak dapat tidak yg tergolong bersama-sama beliau juga turut ana hormati. idea penulis note di bawah ana hormati, cumanya sebarang analysis itu terpulang pada anda. ana tidak mudah menghukum. selamat membaca. jangan 'hot2', be c0ol n nice ^_~


Tulisan saudara Hasrizal adalah tulisan yang dihiasi dengan sindiran-sindiran kepada kerajaan.
Pada pandangan saya, tujuan tulisan ini disiarkan secara terbuka adalah untuk:

1.Menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
2.Mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
3.Mempromosi ideology pembangkang (Pakatan Rakyat).
4.Menghina sebahagian usaha-usaha murni kerajaan dalam membangunkan Negara.
5.Mempertahankan ideology Khawarij (kumpulan anti-pemerintah)
6.Mendapat perhatian masyarakat dalam rangka meningkatkan followers di blog juga “like” di Face Book.
7.Memperjuangkan demokrasi terlampau mengenepikan sistem Islam.
8.Menghina kerajaan.
8 sebab di atas hanyalah tanggapan saya, di mana mungkin sahaja Hasrizal berpegang dengan salah satu sebab di atas atau sebahagian daripadanya atau keseluruhannya. Saya tidak mahu menghukum niat beliau.

Kelapan-lapan perkara di atas adalah hal yang amat berbahaya. Ia mampu memupuk bina pemikiran NEO-KHAWARIJ, LIBERAL dan SEKULAR terlampau. Di sini saya ingin mencadangkan juga 12 perkara seperti yang beliau cadangkan, tetapi dengan nada dan langkah berbeza:

PERTAMA: Mengawal penghantaran pelajar ke Timur Tengah, kerana kebanyakan pelajar sibuk berpolitik dan tidak menghadiri kelas pengajian di university. Khususnya Mesir. Pelajar-pelajar sibukkan diri dengan PMRAM, sehingga ramai dari kalangan mereka tidak pernah ke kelas, sebaliknya sibuk dengan politik, melancong bahkan ada yang pulang bekerja di Malaysia dan setahun sekali ke Mesir untuk menghadapi peperiksaan tahunan. Tetapi Hasrizal bukan merupakan pelajar Mesir sebalik beliau adalah graduan dari Jordan. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan ideology IKHWAN AL-MUSLIMIN berada di mana-mana. Jika di Mesir ia bergerak secara rahsia, manakala di Jordan agak sedikit terbuka.

KEDUA: Pantau pelajar-pelajar yang menyertai atau yang dipengaruhi oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN. Kerana gerakan inilah yang memusnahkan cara berfikir manusia. Dan penghasilan pengganas kebanyakannya adalah daripada aliran ini. Bahkan penulis artikel di atas pun adalah daripada aliran IKHWAN AL-MUSLIMIN. Pemuja Hassan al-Banna danSyed Qutb, juga DR YUSOF AL-QARADHAWI adalah ciri-ciri mereka. Musuh mereka adalah WAHHABI. SelamanyaIKHWAN AL-MUSLIMIN bertentangan dengan AL-WAHHABI. Kerana IKHWAN menyeru kepada pemberontakan terhadap pemerintah manakala WAHHABI menyeru kepada mentaati pemerintah.


KETIGA: Gamkan kelompok-kelompok yang mendokong BERSIH samada dengan perbuatan, penulisan atau perkataan daripada media-media kerajaan. Khususnya ustaz-ustaz yang jelas menyokong ideologi pembangkang di media-media kerajaan. Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat di TV, TV3, TV9, TV1 dan ASTRO demi untuk mempromosikan ideologi-ideologi mereka. Setelah mereka popular dan mendapat peminat, mereka akan meninggalkan media-media ini, dan membangkang kerajaan. Media-media hanyalah batu loncatan untuk mereka. Mereka sempat buat duit banyak dengan program-program tv.


KEEMPAT: Wujudkan subjek khusus tentang kepentingan mentaati pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah sesuai dengan petunjuk ulama-ulama muktabar. Kerana pemberontak sering berhujjah dengan al-Sunnah al-Dhoifah (hadis lemah dan palsu).


KELIMA: Jelaskan juga metodologi sebenar dalam memahami Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah. Di mana petunjuk Salaf al-Shalih dijadikan sebagai teras kefahaman. Berbeza dengan pemberontak, mereka mengulas Al-Quran dan al-Hadis sesuka hati mereka, kemudian mereka mencipta kaedah-kaedah sebagai alas an untuk mengharuskan pemberontakan seperti demonstrasi bersih. Patutkah hujjah keharusan berdemonstrasi adalah solat berjamaah dan berhimpun di padang arafah? Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit, Ashraf Imam Muda. Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib.


KEENAM: Fokuskan kepada usaha memartabatkan agama. Islamisasikan UMNO. Jadikan Islam tonggak perjuanganUMNO di samping mempertahankan hak-hak bangsa melayu. Jangan jadikan agama untuk kepentingan politik seperti pembangkang yang jelas menjual agama demi politik. Tetapi PAS sekarangpun dah belakangkan suara “NEGARA ISLAM”. Di mana suara-suara ustaz-ustaz PAS seperti Ustaz Zaharuddin, Hasrizal, DR. Abdul Basit ketika pemimpinPAS tawarkan syurga bagi sesiapa yang pangkah PAS? Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib. Tolong jawab dalam program TANYALAH USTAZ.


KETUJUH: Perkenalkan kepada masyarakat siapakah KHAWARIJ. Kelompok antic inilah yang merosakkan ideology manusia. Mereka telah muncul di zaman Nabi. Kini yang tinggal adalah ideology mereka. Abad ini, KHAWARIJ terbesar adalah IKHWAN AL-MUSLIMIN. Penyokong dan pendokong mereka ada di mana-mana. Mereka memanfaatkan ngo-ngo juga parti-parti politik dalam usaha penyebaran fikrah. Di mana ada mereka di situlah ada pemberontakan kepada kerajaan. Mereka suka kepada popularity. Mereka meng”ayat” pembaca melalui tulisan-tulisan cintakan agama walhal matlamat mereka adalah JATUHKAN KERAJAAN. Bahkan usaha merosakkan minda pelajar telah bermula di peringkat sekolah hingga ke university. Dengan bertopengkan nama “USRAH” mereka memasukkan elemen-elemen anti-kerajaan ke dalam silibus-silibus pengajian. Antara tag-line mereka “WAJIB BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH”. Hal ini, telah disebut oleh para sahabat Nabi SAW zaman berzaman.


KELAPAN: Wujudkan hubungan langsung antara ulama dengan pemerintah. Ulama yang rabbani. Yang berpijak teguh di atas Al-quran dan al-Sunnah berdasarkan petunjuk salaf, Ulama-ulama inilah yang akan memberi nasihat dengan telus, tanpa kepentingan, tanpa populariti.


KESEMBILAN: Hati-hati dengan tokoh-tokoh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti Dr Yusof Al-Qaradhawi dan konco-konconya yang memperjuangkan ideology memberontak kepada kerajaan. Fatwa Al-Qaradhawi: sesiapa mati dalam demonstrasi di Mesir, maka dia mati syahid!!. Fatwa ini sangat berbahaya. Fatwa mempromosi demonstrasi jalan yang mengakibatkan huru-hara. Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit. Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Al-Qaradhawi yang kata? Atau adakah kalian nasihat Al-Qaradhawi dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Al-Qaradhawi? Khususnya pd Ust Zaharuddin yang sering menyebut dalam ceramah-ceramahnya “Syaikhuna Dr Yusof Al-Qaradhawi” maksudnya “guru kami Dr Yusof Al-Qaradhawi”.


KESEPULUH: Kerajaan tidak perlu bimbang kepada isu-isu khilafiah fiqh. Tetapi TAKUTILAH isu-isu AQIDAH yangdiFIQHkan juga dirasionalkan oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti isu JIHAD, DEMONSTRASI, MENJATUHKAN PEMERINTAH, KUTUK PEMERINTAH SECARA TERBUKA dan lain-lain. Ketahuilah wahai pemerintahku bahawa isu yang berkaitan dengan ketaatan kepada pemerintah adalah sebahagian dari dasar-dasar aqidah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah.


KESEBELAS: Perbanyakkan program-program agama di media, masjid dan tempat-tempat terbuka. Biarlah bersilibus dalam memastikan keberkesanan program.


KEDUA BELAS: Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu diberikan penjelasan tentang isu-isu Islami agar tidak memberikan pandangan sesuka hati.


KETIGA BELAS: Kerajaan tolong pantau senarai nama Ustaz-ustaz ini kerana mereka adalah pendokong demonstrasi:

1. Ustaz Zaharuddin
2. Ust. Zahazan
3. Ust Dr Abdul Basit
4. Ust. Dr Maszlee Malik
5. Ust Nidzam Abdul Kadir
6. Ust Aizam Mas'ud (Pegawai Di Jakim) hairan, mcm mana JAKIM terlepas pandang Ustaz nie?
7. Ust. Hasrizal Abdul Jamil
8. Ust. Dr Zulkifli al-Bakri
9. Ust. Khairuddin aman Razali
10. Imam Muda Ust Ashraf
11. Ust Ramadhan Fitri
12. Dr. Wifaq

Berikut adalah senarai nama Ustaz-ustaz yang menyokong demonstrasi. Nama-nama mereka disebut satu persatu oleh Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) beserta gambar latar di link:

www.youtube.com/watch?v=ObSmxjnQNxY

Mereka menamakan kelompok mereka sebagai Ulama Wasathiyyah dan perhimpunan mereka sebagai USRAH ILMUAN SYARI"AH. Mohon pihak berkuasa memantau perkembangan ideologi mereka.

Cukuplah di sini. 13 vs 7

Bandingan Orang Yang Berjuang Dengan Cara Yang Kasar

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


by: Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr

Bandingan orang yang memperjuangkan Islam dengan cara yang agak kasar, tidak berakhlak dan tidak sabar seperti orang yang menghidangkan makanan yang lazat dan sedap kepada tetamu tetapi dengan cara mencampakkanya dihadapan tetamu tersebut.

Cara tersebut tidak beradab, mengguriskan hati tetamu dan kurang ajar. Sanggupkah tetamu tersebut memakannya sekalipun tetamu tersebut ayah dan ibu, adik-beradik atau kawan-kawan kita. Walaupun makanan yang dihidangkan ialah KFC, ayam goreng dan ikan masak tiga rasa. Jawapannya sudah tentu tidak. Bukan sahaja tetamu tidak menjamu makanan tersebut akan tetapi tetamu tersebut tidak akan datang ke rumah kita lagi.


Sebaliknya kalau cara hidangan tersebut beradab, lemah lembut dan berakhlak, walaupun makanan cuma ikan kering dan nasi putih, tetamu yang datang bertandang ke rumah kita merasa puas dan dihargai. Tetamu cukup menghargai apa yang kita hidangkan walaupun dalam keadaan yang ala kadar. Yang penting bukan terletak kepada hidangan sebaliknya cara kita menghidangkan dan melayan tetamu tersebut.


Inilah bandingan yang tepat, kita berikan kepada pendakwah Islam dan pendakyah Kristian pada masa kini. Hidangan yang sedap tetapi tidak beradab boleh diumpamakan dengan agama Islam yang mana Islam itu agama terbaik, benar, rahmat akan tetapi umatnya tidak menunjukkan ajaran Islam yang sebenar. Hidangan yang ala kadar tetapi dihidangkan dengan penuh beradab boleh diumpamakan kepada agama Kristian dan pendakyah mereka. Kristian satu agama yang berlaku banyak penyelewengan, percanggahan dan kesalahan di dalamnya kelihatan cantik kerana penampilan cantik penganutnya.


Sebab Islam agama yang cantik, benar dan rahmat disampaikan dengan cara yang keras, menyakitkan hati orang lain bukan sahaja orang bukan Islam akan menolaknya akan tetapi umat Islam sendiri akan menolaknya. Bukan salah Islam akan tetapi yang bersalah ialah orang yang menyampaikannya.


Pendakwah ialah duta kepada agama kita, menyampaikan risalah Islam, menerangkan ajarannya dan memperkenalkan kecantikan Islam. Dengan erti kata yang mudah, akhlak pendakwah merupakan cerminan kepada ajaran yang disampaikannya kepada orang lain. Tidak keterlaluan saya katakana kalau pada zaman kini orang bukan Islam dan yang beragama Islam itu sendiri tidak melihat kepada kandungan al-quran dan hadis Rasulullah SAW untuk menilai kebenaran Islam sebaliknya mereka melihat kepada akhlak pendakwah yang menyampaikan risalah Islam. Kalau akhlaknya baik, maka baiklah Islam yang difahaminya dan andainya akhlaknya tidak baik maka rosaklah kefahamanya terhadap Islam yang dilihatnya.



Inilah situasi waqi’ masa kini yang harus diambil perhatian oleh semua pendakwah, sama ada pendakwah daripada pihak kerajaan, NGO Islam, pembangkang dan siapa pun yang ingin berjuang di medan dakwah. Perkara akhlak wajib di ambil perhatian di dalam menyampaikan ajaran Islam. Tanpa wujudnya akhlak ini dakwah akan tempang, kecantikan Islam akan cacat, dan orang ramai akan lari daripada kita.


Kenapa saya bangkitkan isu ini? Hampir semua orang mengetahui bahawa kebanyakan pendakwah Islam masa kini suka marah-marah, mencerca, mengampu dan sebagainya. Akhirnya dakwah yang dijalankan tidak mendapat sambutan daripada masyarakat. Masyarakat bukan tidak suka dengan Islam yang diperjuangkan akan tetapi masyarakat tidak boleh menerima sikap kasar, pemarah, mencerca yang dilakukan. Mereka mengajak masyarakat kepada Islam akan tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan ajaran yang sebenar dengan kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Bagaimana masyarakat boleh yakin dengan Islam sekiranya pendakwah sendiri tidak menunjukkan contoh teladan yang baik.


Masa kini, penceramah silih berganti menyampaikan ceramah tentang Islam di TV dan radio. Mereka katakan Islam itu agama rahmat, Islam agama sempurna, dengan Islam semua masalah akan selesai akan tetapi ceramah tingal ceramah tidak ada roh di dalamnya. Masalah umat Islam terus bertambah, kes buang anak, rempit, hisap dadah dan bermacam-macam lagi jenayah yang berlaku dilakukan oleh umat Islam. Bagaimana orang kafir boleh yakin kepada Islam andainya umat Islam sendiri tidak yakin kepada agamanya. Masa kini isu menghina agama berleluasa, kenapa orang kafir berani menghina agama Islam? Jawapannya ialah kerana sudah wujud dikalangan umat Islam sendiri yang menghina agamanya. Dengan keadaan seperti ini bukan sahaja orang bukan Islam tidak mendapat rahmat akan tetapi umat Islam sendiri tidak Nampak apa kecantikan agama Islam.


Oleh itu, Islam mestilah diperjuangkan bersama akhlak yang mulia dan terbaik, akhlak di sini ialah seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Bahkan lebih daripada itu akhlak yang baik merupakan satu hukum Islam yang mesti diperjuangkan juga. Yang mana hukum fardhu ain mendahului hukum kenegeraan dan undang-undang sivil. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu adalah contoh yang baik.” – Al-Ahzab: 21

“Sesungguhnya engkau Muhammad mempunyai akhlak yang agung.” – Al-Qalam: 4


Allah SWT memuji akhlak Rasulullah SAW, betapa hebatnya akhlak baginda sehinggakan memikat hati orang-orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Di dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”- Riwayat Tabrani


Selama ini kita memperjuangkan Islam mengikut acuan kita dan bukan mengikut acuan Islam yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW. Orang yang tidak mengikut cara kita dan idea kita katakan bukan-bukan terhadap mereka. Sehingga ditahap yang lebih teruk mereka yang menolak pemikiran kita, kita katakan mereka sebagai pembawa ajaran bidaah. Sedangkan kalau kita kembali ke zaman awal perkembangan dakwah Islam di Kota Makkah mahupun di Kota Madinah satu ayat pun Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penentang Islam. Ketika umat Islam diboikot selama tiga tahun, Rasulullah tidak putus-putus menyampaikan dakwah dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut terhadap kaum Quraisy Makkah.


Di zaman Nabi Musa, ketika mana Allah SWT memerintahkannya bersama Nabi Harun untuk memberikan peringatan terhadap Firaun yang mengaku Tuhan, Allah SWT memerintahkan supaya baginda memberikan nasihat terhadap Firaun dengan lemah lembut dan jangan berkasar. Sedangkan Firaun telah melampaui batas sehingga mengaku Tuhan akan tetapi dakwah mestilah dilakukan dalam keadaan yang berhikmah dan jangan kasar terhadap mad’u. Ketika mana Nabi dan Rasul berdakwah dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut kenapa kita harus kasar di dalam menyampaikan dakwah kepada orang lain. Adakah kita lebih hebat daripada Rasulullah SAW sehingga kita boleh bersikap kasar terhadap orang lain. Sedangkan Rasulullah dalam masa 23 tahun Berjaya mengislamkan seluruh jazirah Arab akan tetapi Negara kita telah merdeka 50 tahun bukannya makin ramai yang memeluk Islam sebaliknya makin ramai yang murtad daripada agama Islam.


Saya mempunyai satu pengalaman yang boleh dikongsi bersama, sebagai peringatan. Yang baik kita ambil dan yang tidak baik kita buang jauh-jauh. Selepasa saya memeluk agama Islam, saya mula mencari guru yang boleh mengajar membaca al-Quran. Biasanya ustazlah yang akan dicari akan tetapi ustaz yang saya temui tidak layak dipanggil ustaz apa lagi untuk mentarbiyah. Saya baru memeluk Islam beberapa bulan akan tetapi ustaz yang saya temui ini suka marah-marah, panas baran sekiranya saya salah menyebut perkataan arab, tidak lancar membaca dan sebaginya. Ustaz tersebut menganggap saya seperti orang lain yang lahir dalam keluarga Islam. Sikap ustaz tersebut bukan menarik minat saya untuk belajar al-Quran sebaliknya saya tidak berminat kerana sikapnya yang tidak berakhlak. Akhirnya saya mencari ustaz lain yang lebih baik kefahamanya terhadap Islam.



Kalau kita bandingkan dengan akhlak pendakwah Islam dan pendakwah Kristian, mereka lebih baik akhlaknya. Terkadang pendakwah Islam menjadi hakim dan bukannya sebagai murabbi. Apabila ada orang yang berjumpa untuk meminta nasihat, mengadu masalah dan meminta pertolongan, ustaz-ustaz kita terus menghukum, kamu akan masuk neraka, dosa kamu dosa besar dan banyak lagi perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi mereka bergelar ustaz. Akhirnya mereka hilang kepercayaan terhadap ustaz yang mereka harap-harapkan. Di dalam agama Kristian pula Paderi-paderi mereka cukup berstrategi di dalam menyampaikan dakwah mereka. Orang-orang yang bermasalah datang mengadu dilayan dengan cukup baik dan lemah lembut. Mereka bagaikan seorang cikgu yang sedang mengajar anak muridnya diberikan harapan dan sokongan yang cukup bersungguh dan tidak marah. Mereka sabar dan sedia mendengar rintihan. Mereka bertindak sebagai penasihat dan bukannya penghukum. Dengan cara sedemikian cukup memikat orang untuk mereka mendekati agama Kristian lalu memeluk agama ini.


Antara sebab kenapa berlakunya murtad di kalangan saudara baru kerana sikap panas baran dan tidak berakhlak ustaz-ustaz kita. Sedia maklum bahawa saudaran baru ini mempunyai pelbagai masalah. Ujian kewangan selepas memeluk agama Islam, keluarga tidak mengaku anak, dihalau dari rumah, kena sumpah, kena tampar dan sebagainya. Dengan ujian seperti ini, sudah pastinya mereka memerlukan dokongan dan sokongan di dalam mengharungi kehidupan. Akan tetapi sokongan dan dokongan yang diharapkan tidak ada, sebaliknya kehidupan mereka semakin susah. Memohon zakat terpaksa melalui pelbagai syarat bodoh, kaunseling yang diberikan bukan nasihat sebaliknya berbentuk hukuman dan akhirnya saudara baru tersebut apabila kecewa mengambil keputusan untuk murtad.


Agak menghairankan, apabila ustaz-ustaz ini mendapat ijazah di luar Negara akan tetapi mereka tidak memahami apa itu dakwah. Paderi Kristian lebih memahami apa itu dakwah walaupun hanya belajar di dalam Negara. Oleh itu, para pendakwah haruslah membuat satu penilaian semula di dalam memberikan imej yang baik terhadap agama Islam sekiranya ingin melihat Islam terus dihormati dan di sanjung bukan sahaja oleh orang Islam sendiri akan tetapi juga orang bukan Islam.

Thursday, July 14, 2011

Rela kerna cinta


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

memetik lirik Hijjaz dari Pelita Hidup, buat para pendukung kebenaran sekalian.. "Sunnah Orang Berjuang"

moga Allah rahmati langkah kalian mengorak perubahan kepada yg lebih baik. especially buat ustaz Zamri mantop yang berani bersama-sama sekalian asy-syu'ub & asy-syabab Maliziy; InnAllaha ma'ana..!


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga

Wednesday, July 13, 2011

Catatan Aku, Rakyat Marhein yang Tidak Berdosa!


catatan perjalanan bersih dari sahabat ana di FB:
Nazirah Nur Mukmin‏ في 11 يوليو، 2011‏، الساعة 06:10 مساءً

*******************************************************************************

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Salamun'ala manittaba'al huda.

Saya coretkan segala memori BERSIH 2.0 di sini buat peninggalan generasi selepas saya untuk mereka baca sekiranya saya sudah tidak ada kelak ^_^ Saat saya menulis, kesemua memori itu seolah-olah wayang yang dimainkan didepan mata.

.::. Pagi itu saya dan 6 orang teman serumah bersiap seawal mungkin untuk bergerak ke sana. Malah Amie yang begitu bersemangat pagi-pagi seawal jam 7.30 pagi sudah berdiri tegak dihadapan pintu rumah. Masak dan makan beramai-ramai akan menjadikan pagi BERSIH satu kenangan yang takkan kami lupakan. Kami berpecah dengan 4 menaiki tren dan 4 orang menaiki motorsikal.

..::. Sudah hampir 3 bulan saya tidak menaiki motorsikal, dan pagi BERSIH itu saya menaikinya semula. Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa saya sungguh gembira. Terima kasih kepada ustaz Ridhuan Helang Senja kerana sudi meminjamkan saya BGN yang sungguh berjasa ^_^

..::.. Tidak tahu mahu bergerak ke mana kerana sekatan polis yang menggila, saya dan Shahidat beserta Maryam dan Karimah memilih untuk melalaui lorong-lorong kecil menuju ke Pasar Seni. Tiba di sana seakan buntu tidak tahu mahu berbuat apa. Menunggu hampir 30 minit dengan hanya 4 orang kami sahaja. Ramai orang di sana, ada yang tua, ada yang muda, ada yang tertidur kerana penat bertolak daripada jauh barangkali. Dan saya sempat membeli seekor ram-rama untuk diletakkan di atas kepala ^_^ Dan ia masih hidup hingga kini sekalipun meredah hujan dan asap bersama saya.

.::.. Tiba-tiba sedang kami berdiam diri, di depan KTM Kuala Lumpur, terdengar laungan Takbir! Allahuakbar! Allahuakbar! Berderau darah saya, sudah bermulakah? sedangkan jam baru menunjukkan angka 12.30 tengahhari. SMS yang saya dapat memberitahu perarakan ke Stadium Merdeka hanya pada selepas solat zuhur.

..::.. Tanpa sebarang arahan, tanpa sebarang pembesar suara, semua yang berada di situ secara serentak berlari-lari memasuki crowd di sana. Seolah-olah kesemuanya dipukau ke sana, saya kira ribuan ummat dengan pelbagai rupa ada. Baik cina, melayu mahupun India.

..::.. Kesemua mereka berjalan dengan aman, tidak ada yang mematahkan sekalipun sebatang ranting pokok, berjalan ke arah bangunan pejabat Pos Malaysia. Sungguh saya teruja berada dicelahan mereka. Ada yang berkecek klate, berinteraksi dengan loghat Kedah, mung aku dengan Terengganunya, saya fikir ini baru 1Malaysia.

.::.. Baru sahaja melepasi bangunan Pos Malaysia, tanpa diduga gas pemedih mata dilepaskan secara membabi buta. Sungguh saya kira yang melepaskan itu lebih buta dari babi. Tidak berfikirkah mereka, ada si tua, si kecil dan si kurang upaya yang tidak bersalah? Buat kali pertama air mata beribu manusia tumpah di situ, hanya kerana kerakusan nafsu sang boneka yang menjadi tunggangan kerajaan durjana.

..::. Kesemua berpatah semula, terbatuk-batuk mencari oksigen, saling memberi air dan garam, mengelap muka dan saling membantu. Sungguh ajaibnya apabila mereka ini tidak pernah mengenal siapa yang dikiri mahupun di kanan mereka. Apa yang terbayang adalah, aku kena bantu dia! Aku kena bantu dia! Allahuakbar! Air mata saya menitis saat itu bukan kerana pedihnya gas beracun tetapi memikirkan laknatnya mereka yang sanggup menindas rakyat sedemikian rupa.

.::. Kami berjalan semula, melalui Pasar Seni ke Masjid Negara, sungguh bangsat mereka yang menyekat kami daripada bersolat di dalam rumah Allah yang mulia. Berpatah semula, saya melihat saat itu bertebaran ummat manusia sujud di kiri kanan jalan, ditepi-tepi sungai, di atas rumput, mendoakan yang terbaik buat rakyat. Zohor berlalu dan kami pantas bergerak ke Stadium Merdeka

..::.. BERSIH! BERSIH! BERSIH! ALLAHUAKBAR! Itu laungan yang berkumandang disepanjang perjalanan yang tidak pernah meletihkan. Tiba-tiba..... Air hujan mula mencurah-curah, membawa kami ke daerah semangat yang lebih membara! Merasakan Tuhan itu ada bersama kami. Menenggelamkan kami dalam lautan cinta kepada keadilan sejagat.

..::.. Sedang kami berkumpul didepan Stadium, ada yang menjerit; "BERI LALUAN, BERLALUAN" Zasss datangnya Dr Hatta dengan badan yang menggigil kesejukan tapi wajahnya mempamerkan semangat yang menyala-nyala. Laungan BERSIH kembali bergema, "BERSIH!BERSIH!BERSIH!"

..::.. Tidak berapa lama, berbunyi pula satu suara, "BERI LALUAN......" Nah datang pula si rakyat berbangsa India dengan sebelah kaki yang tiada melaungkan "REFORMASI!!" Saat itu berderai air mata saya! Si dia yang kudung sudi menapaki jalanan ini, lantas apalagi yang saya mahu lihat! Its is enough! Saya tahu, rakyat sudah benar-benar marah!

..::.. Berpatah semula ke KLCC, saya kira langkah yang sudah hampir 20KM itu tidak disedari lantaran kiri dan kanan saya diapit mereka yang dahagakan keadilan. Laungan terus bergema, Takbir makin menongkah arus. FRU dan polis kembali tergugat, DUMP!!! DUMP!! Ledakan gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi, tercungap-cungap sahabat saya bagai meminta nyawa. Sekali lagi, saling membantu, ku berikan air, dan kau berikan garam padaku. Terima kasih Tuhan untuk anugerah BERSIH ini.

..::.. Belum sempat ke KLCC, dibelakang saya ada seorang budak sindrome down menjerit "Bodoh punya polis, bodoh punya polis" Saya terfikir, tahukah dia apa yang sedang dijeritnya? Dia sendirian ke BERSIH tanpa seorang teman pun di sisi? Allah...... Sekali lagi air mata saya diragut situasi yang melanda.

..::.. Tiba-tiba kawasan Bukit Nanas bingit dengan bunyi"neno-neno-neno", kenderaan FRU mula memenuhi kawasan tersebut, dengan helikopter yang sengaja direndahkan, kesemuanya menghalau lautan ummat manusia di situ. Polis mula mengejar seorang demi seorang, dan rakan saya berlari sehinga ke dalam hutan disebalik kawasan perumahan.

..::.. Mamak yang membuka gerai membukakan laluan pintu belakang mengajak rakyat berlindung disitu, garam dihulur dan alhamdulillah kami bersekutu membawa mesej yang sama.

..::.. Terlalu banyak yang mahu saya coretkan lagi, namun kesemuanya takkan mampu melakarkan apa yang saya dan ratusan ribu yang lain rasa. Sungguh kami kira, jalannya kami dibumi Kuala Lumpur ini takkan mampu dihalang dek polis durjana, kerana kami sudah sedar yang kuasa rakyat jauh melangkaui apa yang mereka ada. TUHAN! SAKSIKAN AIR MATA KAMI YANG MENITIS, PELUH KAMI YANG MENITIK INI, AGAR MENJADI BUKTI YANG SATU KETIKA MEREKA-MEREKA ITU PERNAH MELUKAKAN KAMI!

Mereka kata yang hadir 1000. Tetapi saya menyaksikan ratusan ribu menongkah asap dan fru demi perjuangan rakyat!

Friday, July 8, 2011

B.E.R.S.I.H versi MZ

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


ditujukan khas untuk semua pejuang-pejuang 'kemerdekaan' Malaysia dan seluruh dunia. 9hb akan terlakar satu sejarah buat tanah air tercinta. ana di sini hanya mampu sampaikan doa moga segalanya selamat dan aman.


UNTUK PENYKONG BERSIH

Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0

1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9



إذا همت نفسك بمعصية فذكرها بالله .. فإن رفضت فذكرها بأخلاق الرجال .. فإن رفضت فذكرها بالفضيحة إذا علم الناس .. فإن رفضت فاصرخ واستغث بالله فلا عاصم لك الا الله



juga utk ahli-ahli PPMA-Jordan yang akan ke Maher Zain concert minggu depan. he. selamat berhibur dengan mengambil ibrah.

Wednesday, July 6, 2011

ingat tiga perkara

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


تــــــذكر دائما ثـــــلاث :
.
⇓ ⇓ ⇓ ⇓ ⇓ ⇓
.
.
.
.
.
.
◄ تحب
◄ تضحي
◄ تسامح
__________________



وانتبــــه من ثــــــلاث :
◄ تجرح
◄ تخدع
◄ تخون


_________________


ولا تعيـش مع ثـــلاث :
◄ متكبر
◄ جاهل
◄ خائن


________________



واعطي الناس ثـلاث :
◄ المحبة
◄ الوفاء
◄ الكلمه الطيبة


________________



وعندما تحب شخص ابحث فيه عن ثلاث :
◄ الأمـانة
◄ الصدق
◄ الإخلاص


Sunday, July 3, 2011

Baby to Abort ???

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


A worried woman went to her gynecologist and said:

'Doctor, I have a serious problem and desperately need your help! My baby is not even 1 year old and I'm pregnant again. I don't want kids so close together.

So the doctor said: 'Ok and what do you want me to do?'

She said: 'I want you to end my pregnancy, and I'm counting on your help with this.'

The doctor thought for a little, and after some silence he said to the lady: 'I think I have a better solution for your problem. It's less dangerous for you too.'

She smiled, thinking that the doctor was going to accept her request.

Then he continued: 'You see, in order for you not to have to take care 2 babies at the same time, let's kill the one in your arms. This way, you could rest some before the other one is born. If we're going to kill one of them, it doesn't matter which one it is. There would be no risk for your body if you chose the one in your arms.

The lady was horrified and said: 'No doctor! How terrible! It's a crime to kill a child!

'I agree', the doctor replied. 'But you seemed to be OK with it, so I thought maybe that was the best solution.'

The doctor smiled, realizing that he had made his point.

The mom was convinced that there is no difference in killing a child that's already been born and one that's still in the womb.

The crime is the same!

Abu Huraira reported that two women of the tribe of Hudhail fought with each other and one of them flung a stone at the other, killing her and what was in her womb. The case was brought to Allah's Messenger (may peace be upon him) and he gave judgment that the diyat (indemnity) of her unborn child is a male or a female slave of the best quality, and he also decided that the diyat of the woman is to be paid by her relative on the father's side, and he (the Holy Prophet) made her sons and those who were with them her heirs. Hamal b. al-Nabigha al-Hudhali said: Messenger of Allah, why should I play blood-wit for one who neither drank, nor ate, nor spoke, nor made any noise; it is like a nonentity (it is, therefore, not justifiable to demand blood-wit for it). Thereupon Allah's Messenger (may peace be upon him) said: He seems to be one of the brothers of soothsavers on account of the rhymed speech which he has composed. [muslim 16:4168]

ALLAH says;

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُم مِّنْ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
And kill not your children out of poverty, We provide you and them.
(An'am 6:151)


وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
And kill not your children for fear [of] poverty. We provide them and you. (Israa' 17:31)


~gambar baby cumel ini sekadar hiasan ^_^ coz she's so cute & adorable!!~

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"