hati rasa ingin berkongsi..
rasa gembira, puas usai segala paper utk lengkapkan degree; dua degree.
tapi hakikatnya dalam2 diri terasa sayu, sedih dirundung duka.
sebab? kerana diluar sana jutaan keadaan/suasana bak 'terkaman kuku besi' menanti, menanti untuk merobek aqidah & tangga kesabaran kita. kalau tidak kerana ummah perlukan kita, kalau tak kerana dunia luar itu kayu ukur ilmu mu, maka tak kan langsung kaki ini terasa ingin menjejak dunia luar.
bagai anak burung yang 'di-gred-kan' cukup dewasa untuk dilepaskan ibu dan ayah, supaya anak2 ini bebas terbang mencari rezeqi sendiri. bimbang ia tewas ditangan garuda atau helang pemangsa. tapi kita bukan burung yg tujuan utama hidupnya memburu untuk makanan, tujuan utama hidup kita ialah memburu untuk iman.
Bina iman, kuatkan pasaknya! kerana dunia luar itu kayu penentu ditahap mana kuatnya iman kita, lalu tempuhi lah ia. kelak kau akan beransur2 percaya pada dirimu, percaya pada Tuhanmu, percaya bahawa imanmu mampu membawa iman yang lainnya meniti ke syurga.
kita hidup tak lama, tak sempat pun utk kumpulkan bergunung-ganang pahala, oleh itu curi lah kesempatan melalui kebaikkan orang lain yang kita iringkan bersama perjalanan iman kita.
lihatlah pada gambar anak ini, siapa yang akan membantu jika tiada ummah yang cukup kuat mental & fizikalnya membina tamadun?
kini UIAM dah lepaskan ana dan rakan-rakan untuk terbang kembara membina dan membuka jalan dan laluan hidup sendiri, kemudian bakal juga mencorakkan masyarakat masa depan. ilmu-ilmu perkongsian dari dada-dada mu'allimin dan asatizah itu bekalan perisai iman. moga diri kita semua terus kuat.
ana belum lagi officially graduate dari universiti ini, insya Allah seperti di atas sijil/skrol ana pegang Ijazah dalam ekonomi (majoring in Islamic Finance) juga Ijazah Ilmu Wahyu (majoring in Fiqh & Quran Sunnah) maka seperti itu juga ana cuba bina peribadi dan jalan memperkuat kekuatan insan lain bersama2 meng-upgrade-kan kekuatan diri..
mohon doa, agar ana bisa kuat membetulkan ummah selepas membetulkan diri sendiri.
bidang kami tertumpu kepada aspek kewangan Islam, bagaimana men-Syara'-kan kewangan Islam yang telah dibangunkan sejak 1983.
Teras ilmu perbankan & kewangan (konvensional & Islam), ekonomi (konvensional & Islam), aspek2 al-Quran dan as-Sunnah, Usuluddin, Fiqh & UsulFiqh dah tertanam mampat dalam diri 5 bakal graduate students Du0-Degree Syari'ah+Economics tenure 2007-2011. kelak bakal menyusul lagi 5 graduate student di bidang yang sama untuk tenure 2008-2012. Kos ini ditakuti kerana berat untuk dibawa serentak. Dua dunia yang hanya punya sedikit persamaan digabungkan sekaligus untuk diselesaikan sama masa dengan single degree yang lain. Kerana itu, production graduate di bidang ini berjumlah kurang sepuluh orang bagi setiap tenure.

Andai pertolongan ana yang diperlukan insya Allah jutaan kerahan tenaga akan dihulurkan untuk membantu; kerana cinta Allah itu memberi segala-galanya tanpa syarat. (n_n) maka ana akan cuba ber-takhalluqu bi akhlaqillah..
Allahu Musta'an.. fi amanillah.
lihatlah pada gambar anak ini, siapa yang akan membantu jika tiada ummah yang cukup kuat mental & fizikalnya membina tamadun?kini UIAM dah lepaskan ana dan rakan-rakan untuk terbang kembara membina dan membuka jalan dan laluan hidup sendiri, kemudian bakal juga mencorakkan masyarakat masa depan. ilmu-ilmu perkongsian dari dada-dada mu'allimin dan asatizah itu bekalan perisai iman. moga diri kita semua terus kuat.