Pages

Thursday, February 17, 2011

PRK UIAM 10/11

CONSTITUENCIES

Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws:

Hafizul Faris bin Che Razlan

Muhammad Eizzaz b Redzuan

Muhammad Fitry b Hussin

Muhammad Taufiq b Johari


Kuliyyah of Engineering:

Mohamad Amir Arif b Ramli

Syahril Uzaid b Syahmil Hameed

(won uncontested)


Kuliyyah of Economics & Management Sciences:

Masyitah bt Md Hassan

Mohammad Iqbal b Ab Wahab

Nashrul Haziq b Mohd Nasir

Nur Sakinah Sulaiman

Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil


Kuliyyah of Information & Communication Technology

Siti Aminah Mohd Naim

Wan Zulkarnain Wan Ismail

(won uncontested)


Institute of Education

Mimi Nor Syahuda bt Setapani

Nik Mohd Hanis Nik Rakami

Mohd Fairul Mohd Nawawi

Nurrul Hafizul Che Hussin

Ahmad Abdussalam Husni


Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences

Mahirah Abdul Rashid

Mahmud Rajaie Othman

Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri

Mohd Hazirin Zainordin

Mohd Rizwan b Mat Zain


Kuliyyah of Architecture & Environmental Design

Adib Fakhrullah b Azmi

Muhammad Hafizul b Taib

(won uncontested)


International Student

Mohammad Mohiuddin

Abas Abdullah Ahmed

Habib Abu Omer

Noman Bashir

(won uncontested)



Kuliyyah of Allied Health Sciences

Anis Nadia Hussin Shokri

Farihah bt Abdullah

Muhammad Luqman Hakim bin Roomali


Kuliyyah of Dentistry

Kamal Amar bin Dahlan

Nurun Hanim bt Othman

(won uncontested)


Kuliyyah of Medicine

Hanis bt Abdul Rani

Sharif b Ahmad

(won uncontested)


Kuliyyah of Nursing

Fauzan b Mohamed

Intan Fazirah bt Mustapha

Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim


Kuliyyah of Pharmacy

Ahmad Mustaqim b Ariffin

Noor Baiti Solehah bt Nu Awi

(won uncontested)


Kuliyyah of Science

Muhammad Shafiq bin Abu Hassan

Siti Aminah Muhammad Imran

(won uncontested)


International Student

Miss Hasna Ahmad

(won uncontested)




sedikit petikan berita dari meja WUFI:

GOMBAK, 16 Feb:

Dalam pengumuman senarai akhir calon bertanding oleh Ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Ustaz Fauzi Muda pada pukul 3 petang tadi di Galeri Kulliyyah Senibina UIAM, Pro-M telah berjaya memenangi 2 kerusi tanpa bertanding di Kulliyyah Kejuruteraan, Informasi dan Teknologi Maklumat serta Seni Bina yang berada di kampus Gombak manakala selebihnya dari kampus Kuantan iaitu di Kulliyyah Perubatan, Farmasi, Pergigian dan Sains.

Manakala persaingan pula akan berlaku di Kulliyyah Undang-Undang, Ekonomi dan Sains Pengurusan serta Institut Pendidikan yang berada di Gombak.

Persaingan di Kuantan pula akan melibatkan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu dan Kejururawatan.

Manakala kesemua kerusi yang diperuntukkan untuk pelajar antaranbangsa turut dimenangi tanpa bertanding.

sumber: Pro-M

Sunday, February 13, 2011

sekitar Flood Relief Johor

atas minat yang sgt2 mendalam nak ikut gak flodd relief yg dijalankan CENSERVE IIUM baru2 ni, sy korbankan sedikit masa waktu cuti untuk ikut serta. setelah penat bergelut dengan arrangement jadual pelajaran yang tak menentu, akhirnya trip ke-3 berjaya saya bolosi dengan bantuan brother izzuddin dari CENSERVE dan kak mar ^_~

bertolak jam 4 pagi sabtu untuk tempoh masa sehingga ahad petang kami akan berada di johor dan muar. padahal saya ada midterm isnin tu. bekalan kitab di bawa bersama. entah baca entah tidak. pergi semata2 diri dan kitab tanpa kamus. mudah2an international student yg turut serta mampu membantu jadi kamus bergerak saya

hari pertama skuad kami bertugas di rumah orang2 kampung yg teruk dilanda banjir. rumah walimah yg tak sempat adakan kenduri kami selesaikan pinggan mangkuk dan perkakasan dapur untuk majlis. skuad group lain yg dpecahkan ke rumah makcik ini. saya dan yg btugas di rumah sekeliling dtg berkumpul di rumah ini untuk makan tengah hari (di sediakan pihak berwajib). rumah anak kecil ini teruk kesannya. kesan pada kesihatan ibunya, berat anak ini sekarang 2kg ++, turun mendadak dari berat semasa dia dilahirkan 3kg++. sy sedih tgk T_T


tubuh kecilnya sempat sy gendong beberapa minit ketika ibunya sibuk memasakkan makanan tambahan buat kami yg bertandang men=mbantu mengemas (makanan kami memang telah disediakan kementerian, tapi pihak tuan rumah sgt2 bermurah hati nak masak makanan sampingan; ubi kayu goreng, sedap!)

hari kedua kami ditugaskan untuk cuci masjid berdekatan. kaler masjid ni warna febret saya ^_~ biru dan unggu. sama seperti semalam kami mencuci perkakasan dapur masjid dan yg lain2 cuci sekitar kawasan masjid (student lelaki)


kelihatan tanah perkuburan bersebelahan dengan kawasan sungai. pokok2 bakau menandakan paras air naik ketika banjir lalu. jika diukur fikiran sy, banjir di sini melepasi hidung sy! tanah perkuburan hilang sudah rona merahnya, semuanya kelihatan kelabu

sisi pandangan belakang masjid selepas kami menyiapkan kerja2 baik pulih & membersihkan sekitar, luar dan dalam.

sukarelawan lain sedang berehat keletihan.. kesian dorg.. saya kaki tak boleh duduk diam, setelah menyelia dan turut selinsing lengan membantu, sy round2 sekitar masjid amik gambo sebagai kenangan. takjub dengan kawasana sekitar. cantiknya alam kian pudar setelah dilanda banjir besar.

suasana pagi itu cerah & sejuk, mendamaikan hati. tiada tanda2 sy keletihan. cuma sakit pinggan sket sbb angkat brg2 berat semalam. basuh periuk besar tadi. itu jek.. insya allah qudrat 'lelaki' yg allah bg pada saya mampu buatkan sy membantu gadis2 lain..

ahad, jam 3 ptg kami bertolak balik ke UIAM. dipertengahan jalan menghampiri bandar sepang hujan lebat turun, hinggalah tiba di jalan duta. KL sayu dlm kesejukkan. saya dah kamching dgn pak cik bus sejak hari pertama bertolak lagi. pakcik yg sama bawa sy ke program KAKS januari lalu.. selalu sj kami bersembang (sbb sy selalu jd co-driver dan dikenali sbg 'peramugari' oleh yeop & wak mse gi trip ke HPA tahun lalu ^_~ )

Friday, February 11, 2011

remaja & valentine

Assalamualaikum wrh wbkth,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Dakwah Turun Padang - Jom Lihat Realiti Remaja & Belia Sekitar KL (Program berbentuk ToT Perkaderan Pendakwah) akan diadakan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh: 12-13 Feb 2011
Turun Padang di Lokasi: Taman KLCC, Lorong Hj Taib, Chow Kit (12 Feb 2011)
Bengkel Realiti & Pelan Tindakan di Masjid Wilayah (13 Feb 2011)

Tarikh: 13-14 Feb 2011
Turun Padang di Lokasi: Tasik Permaisuri (14 Feb 2011)
Program Gerakan Subuh (15 Feb 2011)
Dakwah Bil-Hal di sekitar Masjid Al-Muhsinin (15 Feb 2011)

Untuk makluman tuan, penyertaan program ini adalah amat terhad dan terpilih. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur amat berharap sekiranya pihak tuan tiada halangan untuk menghantar wakil peserta (2-3 orang) untuk menghadiri program berkenaan.

Untuk makluman, penginapan disediakan di Masjid Wilayah (12 Feb 2011) dan Masjid Al-Muhsinin (14hb Feb). Manakala pengangkutan adalah tidak disediakan.
Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi saya di talian 013-6714932.

sekian, terima kasih.

Us Khairul Anwar
Penyelaras

*program adalah anjuran Sekretariat Unggas, PUM, ABIM, PUMWP dengan kerjasama Masjid Wilayah, JAWI, DPMM, e-relawan dan lain-lain.

Thursday, February 10, 2011

kuasa seorang khalifah

semalam, berlalu dari library melangkah pulang ke mahallah.. baru je usai azan maghrib berkumandang saat baru melepasi lintasan jalan raya. terserempak dengan pak guard bwak moto keluar dari pondok jaga mahallah menuju ke masjid mungkin.

"alangkah bagusnya kalu semua student menuju solat jama'ah. tak de oarng yang nak fikir nak buat jahat pada bila2 masa pun. tenang & senang aku nak solat jama'ah gak kat masjid"

itu bukan gomelan pak guard pada ana, tapi gomelan ana membayangkan pak guard punya hati berbicara demikian. kesian tengok mereka struggle jaga maslahah student2 di sini hampir separuh hari bertukar2 shif. tapi mereka belum tentu sempat nak kejar jama'ah kat masjid kelima2 waktu, bimbang & nak jaga kita. lagi2 saat orang bergegas menuju masjid tika tarawih bulan ramadhan. mungkin rasa hati mereka ingin sama2 memeriahkan malam2 ramadhan macam kita, tapi time2 tu la banyak plak masalah yang student buat (ish2...!!)

mana etika kita sebagai khalifah..?
nak mengamankan dunia tanpa perlu orang lain (pak guard) bersusah2 (jaga kaum2 hawa nih) kerana niat jahat kita (I mean if ada yang nak mencuri or nak pecah masuk mahallah perempuan tu or etc)

~~~~~

pesanan ustaz hanafi abdul malik menjelma dalam kepala:

"ingat senang ke nak berdakwah..? tak senang. semua kerja dalam dunia ni tak senang. tapi bila kita buat sesuatu kerja biar kerja itu punya nilai di dunia & akhirat walaupun ia barang sekecil zarah cuma"

tamsilan ustaz, cuba tanya orang2 yang kerja punggut/kutip/sapu sampah. senang tak kutip sampah hari2? penat tak? berbau tak? tanya pula pada pakcik2/makcik2 cleaner. penat tak kerja ni? susah tak? mesti dorg jawab penat. camtu jgak la kita ni yang nak berdakwah & dekati masyarakat untuk merubah mereka (sbb masa tu tengah mood operasi Jejak Belia Metropolitan)

tapi, once kita ikhlaskan niat kerana Allah, ganjaran pahala dah satu then dapat lak menyumbang kepada masyarakat. contohnya pakcik/makcik cleaner tadi, kalau tak sebab usaha penat lelah mereka itu tak kan indah punya alam sekeliling kita. kalau tak kerana orang2 yang kutip sampah (siap kena tahan bau hari2) tu habis berbau alam sekitar kita sampah terbiar. kita juga (ustaz fokus pada kami semua), jangan menghukum tapi berdakwah atas dasar merubah mereka.

so, pesan ustaz: hargailah orang sekeliling kita walau apa pun kerjanya. kerana usaha mereka yg kita nampak kecil tu sebenarnya beri banyak hikmah dalam hidup kita. dan kita pula, andai rasa susah/payah melakukan sesuatu kerja, ikhlaskan hati buat kerana Allah. insya Allah langkah kita akan terasa diringankan PLUS lagi nikmat manisnya ganjaran syurga & redho Allah kelak bertambah2 berbaloi. andai kita tidak dihargai, it's ok. asalkan kuasa tertinggi menerima.

~~~~

hmm.. kenapa tiba2 berfikiran begini..? kenapa tiba2 anda menulis ini ya RAS..? ntah la.. sbb kadang2 melihat & memerhati senario insan2 hidup di sekeliling kita buat saya terfikirkan macam2 perkara.. betapa hebat kuasa seorang khalifah andai segala tuntutan syariah dijunjung tinggi dalam hidup (pak guard tak susah, makcik cleaner rasa senang berbakti, pakcik kerja angkut sampah rasa HAPPY je duk dengan sampah hari2, then kita pun rasa takkan mengeluh belajar tinggi2....)

saya teringat pagi tadi ada saya terbaca dari majalah ANIS. menunggu waktu2 dhuha.
CARILAH KEMAQBULAN: dalam apa bab sekalipun, apa yang kita buat bukan sekadar memelihara sah dan batal. tetapi hendaklah mencari kemaqbulan. sah ini kita hanya fikir buat yang wajib dan tinggalkan yang haram. ini amalan budak-budak. tetapi umur kita, kena cari kemaqbulan. hendak mencari maqbul perkara asas yang mesti ada ialah adab. kita hendaklah beradab dengan Allah s.w.t

apabila memperkatakan tentang adab, perlu ada dua perkara yang disebut nilai tambahan. pertama buat sunat (yang wajib tetap dipelihara) dan yang kedua bersungguh-sungguh tinggalkan yang makruh. barulah mudah mendapat kemaqbulan. - ustaz sabri abd rani, perunding motivasi Fokus Budi.
gabung-jalin 3 komponen besar syari'ah; ibadah+fiqh+akhlaq then improvekn lagi dengan nilai2 tambah tu, tak mustahil kuasa seorang khalifah mampu bangkit mentadbir alam dengan penuh harmoni.

kembali memetik kenangan bersama2 ABIM ke operasi Jejak Belia Metropolitan, rasa sayu hati melihat begitu ramai peribadi2 muslim yang carik & rosak kerana kuasa kekhalifahan mereka sirna. dek tersalah pilih kawan atau terjebak dengan kejutan budaya.. T_T

usaha kita..? biar lah kecik atau kelihatan sedikit, namun biar impaknya menembusi pembentukkan insan2 baru. insan2 yang akan berubah dan kemudian dia pula akan merubah orang lain.

caranya..?? berhikmahlah.. TOP-UP diri dengan nilai tambah untuk kita kuat RE-CHARGE kuasa kekhalifahan orang lain.
HEBATNYA SOLAT MEREKA

Hatim bin Asam r.a ditanya orang mengenai tentang hal keadaannya mengenai solat. Jawab Hatim, "Tiba waktu solat aku pun berwudhuk dan pergi ke tempat solat. Aku duduk di situ sehingga ketegangan anggota tubuhku kendur (berasa tenang). kemudian aku pun berdiri untuk solat."

"semasa inilah aku membayangkan satu gambaran yang jelas di hadapan mataku iaiatu Kaabah di hadapanku, kakiku berdiri di atas Titian (Sirat) dengan syurga di sebelah kananku dan neraka di sebelah kiriku. Izrail di belakangku. Aku berasa seolah-olah inilah solatku yang terakhir"

"aku lemas dalam dua perasaan - takut solatku tidak diterima dan berharap sungguh agar solatku diterima. dalam keadaan inilah aku menunaikan solat dengan penuh keikhlasan dan ketaatan"

Tuesday, February 1, 2011

S.T.E.V.I.A

STEVIA - manisnya iman itu disebarkan.. lantas ia bercambah.. bermula cuma hanya setitis cecair, menjadi selautan perubahan.. tidak pantas kemudhoratan bersama2nya. analogi sifat Stevia berlawanan kepada sifat manisnya GULA, kerana ia manis yg membunuh, manis yang tidak ampuh melawan sejuta ancaman yg mendatang..

~nama group ana di kursus ini; cuba diadaptasikan dengan dunia kucar-kacir diluar sana, dalam membina jati diri yang kebal.. buat muhasabah diri...~

"Sudah 35 org terbunuh sejak protes di Mesir meletus pada Selasa lalu, termasuk 10 anggota polis. 1,500 penduduk awam dan 1,000 anggota polis cedera. Beberapa bhgian Kaherah kelihatan spt zon perang, dgn sampah sarap bertaburan di jalan raya & asap serta bau gas pemedih mata memenuhi udara. Didoakan negara bersejeraha umat Islam itu mampu dibebas dari tangan regim yg korup."

status ustaz zaharuddin baru sempat ana tatap di dada FB hari ini (31 jan 2011). hari keempat ana dalam program keusahawanan anjuran kelab usahawwan IIUM. tak sempat hendak ber-online. perkembangan terbaru tentang hal2 di Mesir ana ketahui dari berita2 yg terpampang di dada akhbar juga di kaca TV saat lunch atau dinner shj. itu pun isunya tidak lengkap yg sampai ke pengetahuan ana. ura-ura mengatakan ia ada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin. tapi di media massa dapat difahami ia kerana pergolakkan politil yang mahu hosni mubarak berundur.

moga Allah lindungi sahabat2 dan saudara2 se-iman ana di bumi Mesir juga yg sekitarnya. Ana risau sangat semenjak berita tentang Mesir ni diwar2kan.. nak berseminar/kursus/program ni pun rasa tak dapat tenang dalam 100% tumpuan..

sebentar tadi di saat sesi tazkirah menjelang maghrib di hotel kami menginap, encik zahir dan beberapa sahabat se-program lain ada mengingatkan beberapa perkara.. dalam konteks keusahawanan yg lebih difokuskan. tapi minda ana merencahkan isu2 yg dikupas tersebut dengan hal2 pergolakkan di bumi Mesir..

antaranya:

"wala tai-asu min rahmatillah.." itu yg dapat ana simpulkan dari isi2 hujahan lebar pengisi slot tazkirah.. "jangan berputus asa dari rahmat Allah", sesungguhnya Allah tak kan timpakan kita dengan hal2 yg tak mampu untuk kita pikul.. adakah kamu menyangka kamu sudah dikira beriman selagi mana kamu tidak diuji..?

tiket ke syurga itu bukan murah & ia bukan senang. mazmumah itu susah (untuk dilepaskan), mahmudah itu juga susah (untuk diinisiatifkan)

ana suka nak memetik beberapa point tazkirah encik zahir sendiri:
"life is short, but death is sure"

"pagi kita ini beriman, tapi bila petang kita tak" - sbb iman kita fluctuate, so kita kena selalu muhasabah & beristighfar.

"para sahabat solat nampak syurga, kita solat nampak dunia" - betul tak..? memang itu hakikat kita sekarang. hatta menyebut tentang ajal & maut pun sudah menggerunkan dek kerana kita ni sayang nak tinggalkan dunia.

then petikan dari arham, wakil dari group ana:

"dan berpeganglah pada tali Allah.." beserta hadith "seorang muslim bagi muslimin seperti sebuah binaan, saling menguatkan antara satu sama lain" - setiap isi2 tazkirah tersebut disampaikan dalam 'genre' kami sedang berkursus untuk keusahawanan dan ana melihat ia sangat berkaitan rapat andai ia mampu diolah untuk diadaptasikan pada situasi tegang rusuhan di Mesir dan Tunisia baru-baru ini..

buat muslimin di sana (bumi yang bergolak) ana nak sisipkan sesuatu:

perjuangan kita ini sekecil kuman cuma walaupun ia terasa memberat di bahu pemikul dan terasa perit di benak pejuang, namun doa senjata kita, juga sematkan tinta sejarah ar-rasul s.a.w diuji bersaksikan bumi Tho'if, moga nilai cinta baginda kita suntikkan terus ke arteri2 kita, buat penguat semangat perjuangan yg terkalung dileher kita hari ini. ana bersama2 muslimin di Mesir kerana Allah turut bersama2 kalian, andai kerana AgamaNya yg kalian perjuangkan..

berita terbaru yg sempat ana tilik hari ini (1 feb 2011), "+10am waktu Mesir, rakyat Mesir sedang berkumpul & bersiap-sedia untuk berarak dari Tahrir Square ke istana Presiden. Pihak tentera berjanji tidak akan menggunakan sebarang kekerasan terhadap penunjuk perasaan. Wartawan AlJazeera yang memberi laporan di Live Streaming dirahsiakan identitinya atas sebab-sebab keselamatan"

sumber update keadaan pelajar Malaysia di Mesir: http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

KAKS kecil

sedikit background kenapa kami memilih nama STEVIA sebagai nama group kami ^_^

Stevia is a genus of about 240 species of herbs and shrubs in the sunflower family (Asteraceae), native to subtropical and tropical regions from western North America to South America. The species Stevia rebaudiana, commonly known as sweetleaf, sweet leaf, sugarleaf, or simply stevia, is widely grown for its sweet leaves.

As a sweetener and sugar substitute, stevia's taste has a slower onset and longer duration than that of sugar, although some of its extracts may have a bitter or licorice-like aftertaste at high concentrations.

With its steviol glycoside extracts having up to 300 times the sweetness of sugar, stevia has garnered attention with the rise in demand for low-carbohydrate, low-sugar food alternatives. Because stevia has a negligible effect on blood glucose, it is attractive as a natural sweetener to people on carbohydrate-controlled diets.

The availability of stevia varies from country to country. In a few countries, it has been available as a sweetener for decades or centuries; for example, stevia is widely used as a sweetener in Japan where it has been available for decades.

n some countries, stevia is restricted or banned. In other countries, health concerns and political controversies have limited its availability; for example, the United States banned stevia in the early 1990s unless labeled as a dietary supplement, but in 2008 approved rebaudioside A extract as a food additive. Over the years, the number of countries in which stevia is available as a sweetener has been increasing.

Friday, January 28, 2011

Demam serangkai dan dirhea

Lately ramai student di sini diserang demam. Musim hujan dan pertukaran angin monsun barangkali. Demam 3 serangkai la berkemungkinan banyak terjadi (demam, batuk dan selesema). Ana sendiri dah dua kali diserang demam 3 serangkai dlm sebulan, setiap sekali makan masa selama seminggu. Simpati terhadap luahan rasa seorang kawan baik baru-baru ini. Dia ditimpa demam selsema tapi doctor di klinik hanya bagi paracetemol & ubat selesema shj.
Syafakillah ya ukht..

Ana nak kongsi, kebiasaan ana berhadapan dengan demam serang hari ni hanya dengan cara tradisional. Abah ajar cari air kelapa muda dan beliau selalu penuhi keinginan/kekempunan-an lidah demam ana sejak kecil. Cara umi pula, cari sumber vitamin C yang tinggi, kalau boleh jangan vit.C sintetik (tiruan/kombinasi kimia semata2) tapi sumber asli seperti oren juice atau limau atau mangga. Vit.C paling tinggi daripada ribena/blackcurrent.
Semenjak kenal dengan HPA ubat demam suggestion umi selalunya jus rosell. Minum patinya sesudu. Rosell sangat tinggi vit.C. buah plum pun ok jgk. Cara saya pula dari kecil, asal demam je saya teringin makan buah apple. Dan jangan terkejut appale ialah ubat demam terbaik dari Allah untuk ana. Cepat je baik =) pernah dengar pepatah orang cakap “an apple a day keeps u away from sickness”? pepatah ana itu effektif pada ana ^_^

DIRHEA

Dirhea atau keracunan makanan boleh terjadi sebab salah campuran makanan yang kita ambil seharian, makanan yang terdedah, sebab gastrik atau usus kita alah kepada apa-apa makanan. Itu pelajaran yang ana belajar/terima dari kecil, melalui ilmu dari umi dan pengalaman dari sekolah kehidupan sendiri.

Hari ini dirhea kembali mengajar ana, kembali menghangatkan ingatan kepada perawatan mengatasi dirhea, alahan kepada susu ber-laktosa. Sepanjang hari ana bertarung dengan running-stomach (istilah sendiri dari Dr. tak bertauliah).

Adik perempuan ana (future nurse) cadangkan ORS &tab.Lomotil atau ranitidine. ORS tu fungsinya untuk gantikan cecair dalam badan yang hilang sebab kita selalu ke tandas (banyak ‘buang’ isi perut). By the way, cecair yang hilang itu turut terkandung garam mineral yang diperlukan badan kita. Bila kuantiti mineral yang banyak keluar dari badan saat keracunan makanan, so ORS ni sejenis garam rehidrasi berbentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum diminum.

Ana pun agak biasa dengan ORS bila tengok umi (ex-nurse) treat adik adik keracunan makanan atau cirit-birit. Biasanya masa ana kecil, kalau adik-adik sakit umi akan minta ana ke farmasi carikan ORS perasa oren. Kadang-kadang ana ‘culik’ sepeket untuk diratah saja tanpa perlu dibancuh. Hehe~ sedap!

Simptom-simptom normal dirhea ini biasanya kita akan rasa dahaga tahap melampau. mungkin ini disebabkan cecair dalam badan makin berkurang. Cara terbaik, cari air mineral untuk minum, jangan air mati (air yang dimasak) sebab ia hanya memberi cecair gantian kepada badan tetapi tidak menggantikan mineral yang badan perlukan.

Ana musafir hari ini, pergi-balik ke ipoh untuk silaturrahmi dengan kawan lama dan ingin berjumpa adik ana untuk serahkan barang. Sejak subuh hinggalah lewat malam dirhea ‘bersama-sama’ ana. Nak cari farmasi memang tak sempat dah, kalau tak barang sedikit ilmu yang ana ada tu ana dah jadi ‘doktor’ sendiri dah. So dalam fikiran hanya ada “sampai di bilik nanti, teh pekat perlu diteguk”. Ana tak tahu apa kandungan/effectiveness teh untuk rawati dirhea tapi pengalaman dari orang tua-tua mengkhabarkan ia mampu men-sembelit-kan. So, lawan kepada cirit-birit tu lah!. Hehe~
maaf la, ana belajar hal2 dunia medic sejak kecil dari kaum kerabat yang nursing/medic based, so tak fikir nak segan-segan dalam bab revealing ubat dan penyakit. Kebetulan ana buat degree in fiqh, lagi la tak boleh segan-segan nak berterus-terang bab hukum-hakam. Lagi pulak part2 medic. Sebab dulu ana pernah diberi assignment fiqh usrah bab uyub fi zawaj. Memang best sebab kombinasi fiqh+medic. Clear & transparent ana kena revealkan bab mati pucuk. hehe ~sekadar berkongsi pengalaman sambil belajar~

Ok, sambung bab dirhea. Tiba di kampus ana disuntik cecair buscopan untuk fast-relief sebab esok ana perlu hadiri program di Sepang selama seminggu. So perlukan rawatan yang cepat bertindak. Cecair yang disuntik cepat meresap masuk ke sel-sel dalam badan untuk bertindak pantas berbanding pil-pil yang perlu dihadam system pencernaan dan ambil masa untuk 'ditapis' masuk ke sel-sel dan ke fungsinya yang memerlukan. Disamping buscopan, cap Imodium, ORS serta tab.Buscopan juga dimuatkan dalam prescription dr doctor bertugas merawat ana. Semuanya free!!
~Untung study kat sini, banyak manfaah yang disertakan sambil menuntut ilmu dan membina jaringan pengalaman hidup. ^_^ ~mode: bakal rindukan IIUM sebab dah nak grad nih~

Mujur di bilik ana sendiri ana punya bekal pati garam mineral Himalaya. Dari pati itu, setiap air minuman harian ana mengandungi set lengkap 8 jenis mineral dalam air tulen.

Apa-apa pun, pada yang sakit tu "syafakallah syifa’an ajilan, syifa’an la yughadiru ba’dahu saqaman". Dan petua-petua yang ana ceritakan tu jangan diambil serius sebab ia sekadar berkongsi pengalaman. Apa-apa pun kena gak minta nasihat/prescribtion dari doctor terlatih.

~sekadar sedikit pengalaman hidup yang ingin dikongsikan mantan medic-student yang tak pernah ada degree pun dalam medic nih.. yang belajar hanya dari umi, adik perempuan, juga doktor2 saat ana ditimpa sakit lalu ana suka menemu-ramah doctor tentang sakit2 ana dengan lebih terperinci (n_n) jika ada rezeqi, ana bercadang nak buat degree ketiga dalam medic kerana minat ‘tepu’ ni tak pernah sirna dari interest ana. Itu pun bergantung kepada ‘keizinan’ masa depan la jgak~

sekian.. ^_^

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"