menyemak erti pengorbanan: pengorbanan apa yang dah ana lakukan untuk ummah.. bertanya pada diri dan sahabat2 juga.. moga setiap detik mampu kita manfaatkan buat ummah dimasa akan datang.. perjuangan menuntut ilmu juga pengorbanan, korban masa, duit, dan tenaga jua minda. kelak, hasil dari semua itu kita akan mentadbir bumi ini sebagai khalifah..
~moga bumi Malaysia dan seluruh negara Islam akan betul2 mengadaptasikan ummah dan daulah toyyibah dengan kepimpinan generasi kita kelak, ameen!~
sedikit tazkirah yang ana sempat baca di musim final exam lalu, kini ana ingin berkongsi di sini. moga sama2 beroleh manfa'ah.
Padang ‘Arafah.. simbolik sebuah perhimpunan seluruh ummah. Tidak membezakan darjat dan kedudukan serta taraf kerana ia sama di sisi Allah. Padang ‘Arafah, gambaran mahsyar!
Fakta: ‘Arafah ialah salah satu masy’ar haji (tempat ibadah) di luar batas Tanah Haram Makkah. Jaraknya kira-kira 22km dari sebelah Tenggara Masjidil Haram. Luasnya kira-kira 10.4km persegi. Wukuf di ‘Arafah merupakan rukun haji yang utama. Ini bererti sesiapa yang berniat haji tetapi tida sempat wuquf maka dia ibarat tidak melakukan haji, kerana Rasulallah s.a.w bersabda: “Haji itu ialah ‘Arafah.”
KHUTBAH WIDA'
disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Padang ‘Arafah pastinya mengimbas kembali detik-detik itu. Di sinilah pada tahun ke-10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wida’, Rasulallah s.a.w menyampaikan khutbahnya yang terakhir.
Baginda bertolak ke ‘Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).
Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.
Baginda pun bangun berdiri menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:
rujukan teks arab“segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepadaNya. Kita berlindung denganNya daripada kejahatan diri dan keburukkan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayah kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya. aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allahsupaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaatiNya. Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik.
Wahai manusia! Sila dengar baik-baik apa yang akan ku katakana ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
1. Sesungguhnya
darah kamu,
harta benda kamu dan
kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).
2. Sesiapa yang
memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
3. Ingatlah! Segala
amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (iaitu telah dihapuskan).
4. Tuntutan
hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah dampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5.
Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia!
Takutilah Allah s.w.t di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebgai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah s.w.t. wajib ke atas mereka untuk mengjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, amak wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seseorang muslim
mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu
kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah da Sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya
tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t Tuhan kamu dan menunaika
solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta
mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan
kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah
mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah s.w.t telah menetapkan hak menerima
pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa ynag mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan dipersoal
tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab: “kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda s.a.w lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya kea rah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulallah s.a.w mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulallah s.a.w dengan kuatknya di ‘Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.”
Sumber rujukan:
Buku Makkatul Mukarramah Kelebihan dan Sejarah oleh Abdul Basit bin Abdul Rahman.
ANIS December 2007