Pages

Tuesday, November 30, 2010

selamat datang cinta

salam alaikum..

lama tak ber-tenet-ing juga sibuk dgn program menyambut kedatangan adik2 baru UIAM sesi Disember 2010/2011. AHLAN WA SAHLAN ila Jamiah IIUM buat 1,200 new intake students.

so, yg sempat ini je dulu buat pengisi laman ini dr lenggang. puisi hadiah utk orang2 yg kawen musim2 cuti sekolah ni :) tahniah buat hannan & isteri juga buat sahabat seangkatan saya, afifah hj. daud & suami (^_~) moga kekal hingga ke syurga. ameen!!

cintaku tetap pada buku dan penulisan, cuma masa tak mengizinkan utk melekat 'melekit2' dgn laman maya selalu :p apa yg ada cuma cinta pd ber-aktiviti juga conducting programs. moga makin terasah bakat kepimpinan.



Love …
Would make you blind
But it matters when love blinds me from seing Allah's light

Love
Would make you forget
I don't care to much if I couldn't remember
But it matter when love makes me forget Allah

Love …
Makes you a fool
I don't care so much in being a fool
But it matter if I am a fool in telling the difference between right and wrong

Love makes you happy
But why should I be happy
When I should be grieving for disobeying Allah's order

Love
needs a lot of sacrifice
I am willing to sacrifice
But why should I sacrifice, if it is not for Allah?

Love..
Why should I love
If it is not for Allah

ehsan: pkongsian dr facebook :)

Wednesday, November 17, 2010

SALAM E'IDUL ADHA buat semua (^_^)

menyemak erti pengorbanan: pengorbanan apa yang dah ana lakukan untuk ummah.. bertanya pada diri dan sahabat2 juga.. moga setiap detik mampu kita manfaatkan buat ummah dimasa akan datang.. perjuangan menuntut ilmu juga pengorbanan, korban masa, duit, dan tenaga jua minda. kelak, hasil dari semua itu kita akan mentadbir bumi ini sebagai khalifah..

~moga bumi Malaysia dan seluruh negara Islam akan betul2 mengadaptasikan ummah dan daulah toyyibah dengan kepimpinan generasi kita kelak, ameen!~

sedikit tazkirah yang ana sempat baca di musim final exam lalu, kini ana ingin berkongsi di sini. moga sama2 beroleh manfa'ah.

Padang ‘Arafah.. simbolik sebuah perhimpunan seluruh ummah. Tidak membezakan darjat dan kedudukan serta taraf kerana ia sama di sisi Allah. Padang ‘Arafah, gambaran mahsyar!

Fakta: ‘Arafah ialah salah satu masy’ar haji (tempat ibadah) di luar batas Tanah Haram Makkah. Jaraknya kira-kira 22km dari sebelah Tenggara Masjidil Haram. Luasnya kira-kira 10.4km persegi. Wukuf di ‘Arafah merupakan rukun haji yang utama. Ini bererti sesiapa yang berniat haji tetapi tida sempat wuquf maka dia ibarat tidak melakukan haji, kerana Rasulallah s.a.w bersabda: “Haji itu ialah ‘Arafah.”

KHUTBAH WIDA'



disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Padang ‘Arafah pastinya mengimbas kembali detik-detik itu. Di sinilah pada tahun ke-10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wida’, Rasulallah s.a.w menyampaikan khutbahnya yang terakhir.

Baginda bertolak ke ‘Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.

Baginda pun bangun berdiri menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:


rujukan teks arab

“segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepadaNya. Kita berlindung denganNya daripada kejahatan diri dan keburukkan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayah kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya. aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allahsupaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaatiNya. Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar baik-baik apa yang akan ku katakana ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah dampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebgai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah s.w.t. wajib ke atas mereka untuk mengjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, amak wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seseorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah da Sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t Tuhan kamu dan menunaika solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah s.w.t telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa ynag mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan dipersoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab: “kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda s.a.w lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya kea rah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulallah s.a.w mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulallah s.a.w dengan kuatknya di ‘Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.”

Sumber rujukan:
Buku Makkatul Mukarramah Kelebihan dan Sejarah oleh Abdul Basit bin Abdul Rahman.
ANIS December 2007

Monday, November 15, 2010

matangkan diri Wherever You Are

pesanan dari ustaz Zaharuddin yg ana de tbaca di FB pagi 15hb Nov 2010: "Bagi yang berada di negara yang menyambut raya esok hari, amat baiklah jika dapat berpuasa sunat hari ini (Isnin -15 Nov). Bagi yang menyambut raya lusa (17 Nov), juga amat baik berpuasa hari ni dan esok. Moga mendapat ganjaran penghapusan dosa (kecil) utk seluruh tahun ini & tahun hadapan. Dosa besar masih perlukan taubat."

di bawah ini ialah hadiah buat koreksi diri juga buat pemulih semangat 'berkelana' dalam dunia exams final yg begitu mencabar. rakan sekeliling pelik, bagaimana saya mampu bertahan dalam senyuman walaupun bercampuraduk subject ilmu wahyu dan economy juga finance BLANDED padat dalam kepala :)

moga dari 'perang study' ini mematangkan kita semua, bahawa ini juga satu ujian, andai kita gagal atau lulus itu terserah pada kerja Allah. Dia letakkan exams begini as sunnatullah kps students utk kita selalu bergantung padaNya. mudah2an semua akan berjaya; berjaya dalam kejayaan juga berjaya kerana anda gagal, itu berjaya menangkis ujian dengan sabar dan ikhlas. ujian, kejayaan, penat, sedih, stress dan segala2nya dalam hidup ini adalah warna2 hidup terbaik yg Allah anugerahkan buat saya.

lihat bagaimana insan ini menghayati dunia dan mewarnainya melalui lagu yg menyentuh.. saya ter-jatuh hati dgn lagu ni bila kali pertama meng'explore' lagu Make Me Strong dan No Word is Worthy jemputan-dengar dr ustaz zaharuddin waktu 'peak' UIAM sibuk dgn final exams lalu. the dari situ saya cari website rasminya. nah, album ketiga beliau telah pun dkeluarkan, 'Wherever You Are'. makin berentak mantap hasil karya anak kelahiran darah british ini :) itu cara beliau mengasah kematangannya. :)
~selain lagu 'salaam', saya suka sangat dengan lagu 'No Word is Worthy' ~

I dream for a day
When there'll be
No more misery

When there's no more hunger
No need for shelter
Isn't there enough to share
Or is that we just don't care?

We're here for a day or two…

Let me show my way…

Salaamu alaik, Salaamu alaik, Salaamu alaikum

I pray for a day
When there'll be
Justice and unity

Where we put aside our differences
Fighting makes no sense
Just a little faith
To make it a better place

We're here for a day or two…

Let me show my way…

Salaamu alaik, Salaamu alaik, Salaamu alaikum

Salaamu alaikum Ya ahlas-salaam, Salamu alaikum
Salaamu alaikum Sayyid al-Kiram, Salaamu alaikum

Let me show my way…

Salaamu alaikum, alaikum, alaikum


Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

01 WHEREVER YOU ARE
02 SALAAM
03 WITHOUT YOU
04 YOU CAME TO ME
05 GIVE THE YOUNG A CHANCE
06 TRIALS OF LIFE
07 WORRY ENDS
08 FRAGILE WORLD
09 IN EVERY TEAR, HE IS THERE
10 MAKE ME STRONG
11 NO WORD IS WORTHY
12 HEALING (BONUS TRACK)
13 YOU CAME TO ME (ARABIC)
14 YOU CAME TO ME (TURKISH)
15 YOU CAME TO ME (FARSI)

* * * * * * *

Friday, November 12, 2010

Antara lobak, telur dan kopi..

Maya hampir putus asa dengan masalah demi masalah yang menimpa hidupnya. Satu masalah berlalu, masalah lain pula datang bertalu-talu. Perasaan marah, sedih, malu, takut, benci, meluat, geram… sebut apa juga perasaan yang menghimpit snubari, semuanya pernah dirasakan. Sehingga, Maya berasakan dirinya dan derita adalah satu.

Maya ke rumah ibunya. Kepada ibu semua masalah diluahkan dan ibu mendengar dengan tenang tanpa banyak bicara.

Selepas mendengar penuh empati, ibu mengajak Maya ke dapur. Ibu mendidihkan tiga periuk air kosong. Setelah air mendidih. Ibu memasukkan lobak merah, telur dan serbuk kopi asli ke dalam periuk berasingan. Semua dibiarkan mendidih beberapa lama.

Selepas itu, ibu mengeluarkan lobak merak dan telur tadi dari periuk serta meletakkan kedua-duanya ke dalam mangkuk. Periuk yang diisi kopi dituang ke dalam mangkuk juga. Kemudian si ibu menoleh kepada Maya sambil berkata, “Apa yang Maya Nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi.”

“dekat lagi. Cuba pegang lobak ini. Bagaimana keadaannya?”

Maya menurut saja, lalu menjawab, “Lembik.”

“ambil telur itu dan pecahkan. Tengok bagaimana keadaan di dalamnya,” pinta si ibu.

Maya tidak membantah. Dia melakukan seperti apa yang diminta oleh ibunya.

“sekarang cuba hidu dan rasa kopi ini.” Satu lagi permintaan si ibu dan Maya juga menurut.

“Wanginya! Aroma dan rasa kopi… tapi apa makna semua ini, ibu? Apa kena mengena semua ini dengan Maya?” maya inginkan penjelasan.

“semua ini… lobak merah, telur dan kopi telah dididihkan dengan cara dan jangka masa yang sama, kan?”

“Ya… Betul! Jadi?”

JADILAH SEPERTI KOPI

“Lobak merah mulanya keras. Tetapi setelah dimasukkan ke dalam air mendidih ia menjadi lembik. Telur pula, sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih, kulitnya rapuh melindungi isi lembut. Tapi selepas itu isi telur menjadi beku dank eras berbanding sebelumnya.”

Ibu Maya mula menjelaskan. Kini giliran ibu pula bercakap dan Maya mendengar dengan penuh perhatian.

“Serbuk kopi ini lain. Tak sama lobak dan telur. Sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sangat keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air panas mendidih. Sifat pepejal luarannya hilang. Ia larut seolah-olah mengalah kepada air panas, namun ia Berjaya mengubah warna, rasa dan bau air panas mendidih. Air yang jernih telah menjadi air kopi. Jatidiri kopi tidak berubah walaupun ia larut dalam air panas, bahkan dia mengubah air kosong panas menjadi air kopi!”

Maya merenung jauh ke dalam diri apabila ibu memegang kedua bahunya. Renungan mata ibu tenang, lembut dan bersinar bertemu mata Maya yang layu dan lesu. Dengan penuh kasih sayang dari lubuk hati, si ibu bertanya, “mana satu hatimu, anakku… lobak, telur atau kopi?”

Andai soalan terakhir ini ditujukan kepada kita, apa jawapan yang kita ada?
Adakah kita seperti lbak merahyang keras dengan warna yang gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila dilanda ujian serta cabaran kehidupan… meratap sepanjang hidup atas ‘malangnya’ nasib yang menimpa diri? Tercari-cari siapa yang patut dipersalahkan atas ‘panasnya’ penderitaan yang melanda?

Atau seperti telur yang bermuladengan memiliki hati yang lembut, menjadi keras hati apabila menghadapi ujian serta cabaran kehidupan? Luarannya seperti tidak berubah, tetapi dalamannya menjadi keras. Tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas atas ‘panasnya’ penderitaan yang melanda? Mengukur-ukur berapa tebal tembok yang perlu dibina antara diri dengan ‘penjahat-penjahat’ yang membuat hidup susah.

Atau seperti bij kopi yang tidak pernah hilang jatidiri walaupun telah dikisar dan dimasukkan pula kedalam air mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian yang dihadapi tidak mengubah jatidiri. Kepasrahannya menerima apa jua yang mendatang tidak membunuh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi. Lebih banyak cabaran dan rintangan, potensi diri terus berkembang sehingga mampu pula member inspirasi kepada orang lain. Dari pengalaman menghadapi ‘kepanasan’, mampu pula membimbing orang lain.

SAPAAN KASIH DARINYA

Orang sekeliling yang melihatnya dengan mata lahir memandang simpati dengan apa yang menimpanya… tetapi dia sendiri tenang. Semuanya diterima sebagai sapaan penuh kasih dari Allah yang ingin memperkenalkan sifatNya Yang Maha Sempurna. Peristiwa yang berlaku diberi pemaknaan tauhid yan mendalam, seolah-olah Allah menyapanya dengan pesanan ini:

“22. Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23. Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

al-hasyr, 22-24

Banyak pengalaman dalam tulisan takdir terasa ‘panas’ membakar rasa. Allah menghantar orang-orang yang selalu menyakitkan perasaan sedangkan sepatutnya mereka diamanahkan untuk suatu yang membahagiakan – member cinta, kasih sayang, perlindungan, persahabatan semuanya atas perintah Allah. Mengapa sebaliknya yang diberi kepada kita? Adakah hanya kerana menjadi wanita.. semua henyakkan perasaan ini terpaksa dilalui?

Ya, inilah peluang untuk mengadu nasib kepada Allah Yang Maha Agung dan mengenalNya dengan lebih mendalam.

Firman Allah :

و لله الأسماء الحسنى فادعوه بها وذرواالذين يلحدون في أسمئه سيجزون ما كانوا يعملون

Ertinya: “Hanya milik Allah Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A‘raf :ayat 180)

Maksud hadith qudsi berikut juga menggambarkan bahawa Allah menciptakan segala makhluq: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluq supaya Aku dikenali.”

Kenali Pencipta melalui ciptaanNya. Hayati sifatNya melalui taqdirNya. Semoga panasnya ujian dan cabaran tidak menggugah iman, malah menjadi batu loncatan membentuk peribadi unggul sebagai khalifah dan hamba Allah yang menjadi bidadari dunia dan ratu syurga.

Antara lobak, telur dan kopi.. mana satu hatimu, anakku..?

ANIS OGOS 2010

Tuesday, November 9, 2010

jom Tahajjud! (^_~)

Seorang wali Allah berkata:

“pada suatu malam aku tertidur dengan nyenyaknya sehingga tidak terjaga untuk bersolat Tahajjud. Aku melihat dalam mimpi seorang gadis yang sangat jelita yang aku belum pernah melihat seumpamanya seumur hidup. Daripada tubuhnya keluar haruman semerbak yang sangat wangi yang tidak pernah aku hidu.

Dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tiga rangkap syair yang bermaksud, Kamu terlalu sibuk dengan keseronokkan tidur sehingga kamu lupa mahligai di syurga, yang akan menjadi tempat kediamanmu selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah daripada tidurmu, membaca al-Quran dalam solat Tahajjud lebih baik daripada tidur.” Selepas peristiwa mimpi tersebut beliau berkata, “apabila aku mengantuk dan teringat syair tersebut maka mengantukku pun akan terus hilang.”

(dipetik dari kitab Fadhilat Amal)

Rujukan dari ANIS, Julai 2010.

Monday, November 8, 2010

C.E.R.M.I.N

ini bukan cerita hantu seperti yang biasa kita tonton; CHERMIN, tapi cerita nurani kita sendiri..

ana petik dari post sahabat di bumi Syam, untuk kita sama2 muhasabah diri (",)


Tatkala kudatangi sebuah cermin, tampaklah susuk yang sudah sangat lama.

Kukenal dan sangat sering kulihat.

Namun aneh, sesungguhnya ... aku belum Mengenal siapa yang kulihat.

Tatkala kutatap WAJAHnya, hatiku bertanya : Apakah wajah ini yang kelak akan BERCAHAYA Dan BERSINAR INDAH DI SURGA? Ataukah wajah ini yang akan HANGUS LEGAM DI NERAKA JAHANAM? Hnya kamu yang mampu menjawapnya..

Tatkala ku menatap MATA, nanar hatiku bertanya : MATA INIKAH YANG AKAN MENATAP ALLAH? ,Rasulullah, dan Kekasih-kekasih Allah kelak? Ataukah mata ini yang TERBELIAK, TERBONJOL, TERBURAI MENATAP NERAKA JAHANAM? Akankah mata penuh maksiat ini akan terselamat? WAHAI MATA, APA GERANGAN YANG KAU TATAP SELAMA INI? HNya kamu yang mampu menjawapnya...

Tatkala kutatap MULUT, apakah mulut ini Yang kelak mendesah penuh kerinduan. Mengucap LAA ILAAHA ILLALLAAH saat malaikat maut menjemput? Ataukah menjadi MULUT YANG MENGANGA DENGAN LIDAH MENJULUR, DENGAN LENGKINGAN JERIT PILU yang akan mencabut sendi-sendi setiap yang mendengarnya? Ataukah mulut ini jadi pemakan buah zaqum Di jahanam yang getir , penghangus dan penghancur setiap usus? APAKAH GERANGAN YANG ENGKAU UCAPKAN WAHAI MULUT YANG MALANG? Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan? Berapa banyak hati yang remuk. Dengan hirisan pisau kata-katamu yang menghiris tajam? Berapa banyak kata-kata semanis madu. Yang palsu yang engkau ucapkan untuk menipu? Berapa banyak kata yang sering engkau berkata jujur? Berapa kali engkau dengan syahdu memohon agar Allah mengampunimu? Hanya engkau yang mampu menjawabnya..

Tatkala kutatap TUBUHku, apakah tubuh ini, Yang kelak menyala penuh cahaya, bersinar, bersuka cita, bercengkrama disyurga? Ataukah tubuh yang akan terkoyak-koyak hancur mendidih dalam lahar neraka jahanam, Terpasung tanpa ampun, menderita yang tak akan pernah berakhir? WAHAI TUBUH, BERAPA BANYAK MAKSIAT YANG TELAH ENGKAU LAKUKAN? Berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu? Berapa banyak hamba-hamba yang lemah yang engkau tindas dengan kekuatanmu? Berapa banyak orang yang memohon pertolongan yang engkau acuhkan-tanpa peduli, padahal engkau mampu? Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas? HINAya engkau yang mampu menjawabnya..

Ketika kutatap HATI, seperti apakah gerangan isi hatimu? Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu? Ataukah sekotor daki-daki yang melekat ditubuhmu? Apakah hatimu segagah ototmu.. Ataukah selemah daun-daun yang sudah layu? Apakah hatimu seindah penampilanmu. Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu? hanya kamu yang mampu menjawabnya..

amatlah berbeza apa yang tampak dicermin dengan apa yang tersembunyi... Aku telah tertipu oleh topeng yang selama ini tergambar... Betapa banyak pujian yang terhampar hanyalah memuji topeng......

Sedangkan aku....hanyalah selonggok sampah yang terbungkus

Aku tertipu... oleh diriku sendiri.....

Sunday, November 7, 2010

hujan rahmat bawa banjir nikmat


Fasa minggu kedua final exams di UIAM Gombak, hujan kerap turun menjengah waktu rembang. Suasana sejuk pagi terasa seperti panjang waktunya. Hatta sampai 3 ke 4 petang pun masih terasa paginya. Sang mentari tewas pada awan sejak dua hari lalu. Entah mana perginya ‘cik mat’ tu dua hari nih.

Ana tak perasan sejak bila bumi berbukit Gombak ini mula dilanda hujan yang kerap. Seingat ana, 4hb belum lagi serancak ini sang awan berarak dalam kepulan gelap tebal. Ia bermula jumaat lalu mungkin.

Situasi ini membuatkan ana tak langsung boleh berpisah dengan bilik, pakaian yang berjemuran di ampaian perlukan tuannya untuk diselenggarakan tuntas datangnya gerimis. Dalam kelam kabut warga blok mahallat menerkam pakaian dari di’basah’kan, ana teringat diskusi madam Che Amnah dalam kelas usuluddin beberapa minggu sebelum lecture period berakhir lalu.

Dimulakan dengan menyoal students adakah kami terasa seperti kerap nak sakit-sakit, terasa berat kepala dan malas2an memparasit dalam rutin harian. Memang ada madam! Ramai mengiakan. Usai madam ‘bertitah’ merungkai keadaan masa baru ana tahu yang sekarang musim jerebu.. hehe~ betapa ketinggalannya ana sem ni dengan dunia semasa. Sem2 lalu ana follow up berita setiap hari. Itu pun sebab ustaz bari wajibkan setiap student update setiap berita bkaitan dengan kes-kes berkaitan dengan undang-undang keluarga, kalau tak takkan berjodoh la ana dengan newspaper setiap hari begitu.

Jerebu yang melanda Indonesia, tempiasnya juga turut kita rasai. rupanya itu antara faktor kenapa rata-rata insan sekitar ana ditimpa sakit-sakit termasuk bermalas-malasan (a.k.a terasa berat kepala nak gerak dan rengsaan dipermukaan kulit) ni dsebabkan musibah di negara jiran itu.

Kini, depan mata ana hujan turun lebat, tapi titisannya halus. Ana imbas pengalaman dan ilmu yang madam kongsikan itu, lalu ana pandang pada hujan. Mulut ana mula menggomel berbicara sendirian umpama si gila, “adoyai.. hujan lak.. baju xsempat kering  tapi.. banyak lagi yang ia berikan… ”. Disebalik gerimis yang meresahkan suri rumah menjemur baju diampaian, juga para pelajar yang keluar ke dewan exam, sebenarnya siraman dari langit itu berisi seribu satu rahmat. Kepulan hitam berat yang berat itu cuma datang beberapa ketul, isinya sekadar berjuta, manfaahnya..? berinfiniti mencurah-curah.. bagai magnet yang menarik ‘panggil’ titisan-titisan itu untuk turun.

Mana tidaknya, time2 jerebu ni, hujan saja yang mampu menjadi ‘mesin hampagas’ mensucikan kembali udara yang kita sedut di dalam setiap helaan nafas. Hujan juga tunjang utama pepohon kembali segar, pohon dan tanaman baru mulai tumbuh, untuk menyedut butiran karbon dioksida yang terbebas melebihi ‘dos’ sunnatullah. Hujan turun di waktu dan tika pelajar-pelajar melangkah berdebar menuju medan juang melakar masa depan, kerana turunnya hujan petanda langit rezeqi dibuka, lalu doa diaminkan malaikat yang menurunkan rezeqi. Tidakkah hujan itu punya infiniti nikmat..? berbanding sedikit kepayahan yang datang daripadanya.. berlenjun basah meredah langkah ke dewan exam, berkejar-kejar ‘menyelamatkan’ jemuran dari kembali basah, mematikan mood untuk ke library dan akhirnya penyebab asas kepada datangnya demam.

Ahh..! itu bukan sifat semulajadi hujan. Ia datang bukan untuk menyusahkan, misinya datang hanya membawa rahmat yang Allah pinta ia sampaikan buat kita hamba-hambaNya. Demam itu datang semuanya kerana kita. Kerana tangan kita yang membuatkan hujan itu berasid; yang merosakkan kulit juga memeningkan kepala.


Hujan.. datanglah fizikalmu meresap ke bumi kami menumbuhkan harapan2 baru buat semua makhluq

Hujan.. datanglah ibrah darimu buat meresap ke jiwaku, bahawasanya Allah penciptamu jua penciptaku, menjadikan kamu (hujan) untukku singkap seluas tujuh lautan hikmah disebalik tiap rencana kejadianmu.

Ini hari ketiga hujan hadir dalam sela-sela waktu, datangnya tidak menentu. Moga rahmatNya sentiasa selalu.. mengiringi gerimis yang menitis lembut ke pipi ini, meresap padu ke dalam muka bumi..


…:::mode: aku sukakan hujan:::…

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"