Pages

Sunday, March 6, 2011

donggakkan kepala..

ku donggakan kepala, ku lihat langit tinggi terbentang luas tiada bertepi...



waktu pertengahan dhuha.. sambil makan dtepi sungai menanti tiba waktu kelas english, kepala terdonggak ke langit.. cantik awan hari ini. kemudian lalu sebuah helikopter.

heli tu bila mendarat di tepi kita fizikalnya sgt besar, tiga kali ganda ketinggian badan kita mungkin. tapi bila di ruang udara, jauh nun di sana ia sgt kecil.

awan, bila kita pandang ia di sisi heli, ia kelihatan besar, lbh besar dr heli. malah awan lebih-lebih jauh dari kedudukan kita skrg. tp ia tetap kelihatan besar & luas.. bayangkan besar mana yer awan tu bila kita bdiri dekat dengannya..

matahari plak.. beribu-ribu batu jauhnya dr kita. bila dilihat dari bumi, ia besar sgt2..!! kalau kita bdiri di sisi matahari, agaknya besar mana ya jasad kita ni.?? mungkin tak percikkan 0.0000001ml bara matahari boleh mbakar sekurh tubuh kita..?

kita kecil, melihat ke atas kelihatan heli besar. lihat lagi ke atas awan lebih besar. teruskan lagi melihat, matahari lebih-lebih lagi besar. siapa yg ciptakan semua ini..??

kembara ilmu alam mengetuk minda.. sekali lagi journey ruhani nabi Ibrahim A.S melintasi akal & membenarkan kisah lakaran al-Quran tentang pencarian siapa Maha Mencipta.. logik akal menerima Allah teramat berkuasa. hatta makhluq se-tiny zarah pun Dia aturkan perjalanan hidup mereka.

kita..?? khalifah. tadbirlah alam dengan takdir yang baik.

Saturday, March 5, 2011

Interfaith Dialogue 3


spe pegi dialog nih..?? sangat2 best!

baru sy tahu bahawa asalnya agama hindu tu dr perkataan Sindhu.. sbb de kaum pe tah yg xblh pronounce S so jd la hindu. dan baru sy tahu yg hindu takde preeching or dakwah menarik orang ke agama diorang..

buddhist plak dorg bkn sembah idol, tp it just a matter of respecting the idol. dorg ada yg vegetarian krn ada larangan membunuh dlm kitab dorg, tp it's pereferable to be a vegetarian bukan wajib. dan larangan membunuh (cthnya sembelih ayam untuk makan) tu tak dikira membunuh sebab bukan si pemakan (buddhist) sendiri yg bunuh, tp pak cik kedai jual ayam yg sembelih.. lebih kurg cmtu la ia diertikan dorg tak dikira membunuh sbb dorg tak bunuh ayam tu directly.

hindu, christian lak percaya yang tuhan mereka ada tiga (trinity) atau lebih tu adalah memaksudkan seperti ini: raju di waktu pagi dia ke sekolah, maka dia adalah cikgu. raju di waktu petang dia berkebun, maka dia adalah pekebun. raju di waktu malam dia menyampaikan ceramah maka dia adalah speaker. so begitu juga Tuhan yg mereka faham. konteks satu Tuhan tapi menjelma dalam berbagai2 rupa.

penerangan misconception tentang Islam oleh brother shah kirit sgt menarik perhatian. saya suka. malam tu tepukan gemuruh banyak kepada beliau. antaranya tentang kenapa perempuan solat di belakang sedangkan lelaki di hadapan. diskriminasi kah..??

soalan diberikan kepada muslimat adakah mereka mahu berada di hadapan jamaah..? "no...!!!" jawab kami serentak. therefore, Allah gives us whta we want, not what you wont.. ^_~

Thursday, March 3, 2011

ingat masa bahagia ketika tersasar

alhamdulillah... cuaca diluar tingkap pagi ini berkabus nipis. sejuk dan tenang. menanti tibanya waktu ke kelas 10 am, lembaran demi lembaran koleksi majalah kegemaran sempat ditilik. moga ada sedikit pengisian pagi ini sebelum dhuha bertandang.

sedikit perkongsian yang mungkin berguna buat jiwa insan2 yang kemaruk dengan cinta penuh bernafsu sebelum 'tali halal' dipatri.

pasangan muda jimi (bukan nama sebenar) dan zizi (bukan nama sebenar) bernikah beberapa hari sebelum menjelang bulan Ramadhan. Nampak ceria ketika sama-sama berbual sewaktu bertemu di kampung pada Syawal lalu.

satu pagi dalam kesibukkan saya menyusun beg pakaian di dalam kereta untuk pulang ke ibu kota, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit-jerit dari dapur rumah sebelah. sangkaan saya binatang berbisa masuk rumah. tiba-tiba seorang anak saudaraku keluar memberitahu Jimi dan Zizi bergaduh. ada yang lari bertempiaran ketakutan.

"cepat kak, tolong Jimi, Zizi gaduh, saya takut.." Jerit seorang ahli keluarga, saya berlari meninggalkan bonet kereta yang ternganga. suami dan anak-anak saya ke kedai ketika itu.

sampai di dapur kelihatan si isteri menjerit-jerit di depan pintu bilik air, si suami pula menengking-nengking di depan pintu dapur. tak dapat saya tangkap butir bicaranya. segera saya tarik tangan anak saudara lelaki saya itu walaupun beberapa kali di acuba menepis. saya tarik si suami keluar rumah. hampir sejam saya cuba meredakan suasana. si suami nampak boleh cool setelah dinasihati dan bersedia untuk memaafkan si isteri. tak lama kemudian si isteri muncul di depan saya dengan wajah serba salah.

"mungkin hatinya dah sejuk," fikir saya

ketika si suami menghulurkan tangan untuk bermaafan, si isteri mengeraskan badan. tangan tak mahu dihulurkan, dalam usaha saya terus memujuknya dia tetap dengan kata-katanya, "saya datang ni nak bersalam dengan mak cik aje. bukan nak bersalaman dengan dia," panjang muncung si isteri menunjuk ke arah suaminya.

"istighfar banyak-banyak Zizi. Suami Zizi dah mengaku kesalahan dia, dia nak minta maaf, salamlah," pujuk saya.

"saya meluat, meluat, meluat! Menyesal kahwin dengan dia, tak kahwin dulu pun tak pa, dulu masa belum kahwin perangainnya tak macam ni, baran semacam. buat apa bermaaf hati ni tak ikhlas," kerasnya berbaur sebak. suaminya tunduk. dia cuba bersalama tapi ditolak si isteri. masih belum dapat bersabar dalam usaha menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

"masa bercinta memanglah indah. rindu-merindui, tak sabar nak bertemu, sabar memujuk cukup hebat walau ada yang merajuk sebab yang tukang kipas masa kamu berdua dating adalah syaitan dan nafsu. apabila kamu sudahberkahwin pintu rahmat Allah terbuka seluas-luasnya. syaitan menangis sebab sebuah lagi masjid sudah terdiri. Syurga isteri atas redho suami. Dendam syaitan tak pernah padam. Dia berazam akan runtuhkan pulak rumah tangga kamu dengan apa cara sekalipun. yang wangi-wangi dulu semua mainan nafsu dan syaitan, ingat Allah banyak-banyak. Ini dugaan," saya cuba memujuk.

selidik punya selidik antara punca pergaduhan pagi itu apabila masing-masing tinggal solat subuh walau sudah dikejut, masing-masing sedap diulit mimpi.

pesan ustaz yang mengajar kami di pejabat, jika seseorang itu memulakan kehidupan tanpa solat (kecuali wanita uzur syar'ie) kehidupannya pada hari itu ibarat orang tak makan ubta, rohani, jasmani dan mental akan sakit-sakit macam tiada antibodi.

inilah antara cabaran perkahwinan dunia moden hari ini. ikatan nikah cerai bagaikan tidak punya pengertian besar, lebih kepada sekadar menghalalkan yang haram. soal harga kesabaran, bertolak ansur generasi muda hari ini seakan semakin rapuh. perkataan cerai begitu mudah dijadikan sebagai satu permainan bahasa bibir. persediaan memadu cinta bagai nak 'ghak', sehingga lupa untuk membuat persediaan dalam mendalami ilmu agama yang sangat berhubung kait dalam merebut keberkatan rumah tangga.

nikah kahwin memerlukan ilmu, kemahiran dan azam yang kuat. ia bukan sekadar menyatukan dua buah keluarga menjadi satu tetapi menjalani peraturan syariat Allah.

Alhamdulillah berkat nasihat tulus pagi itu dapat dieratkan semula sebuah hubungan yang nyaris diputuskan akibat salah faham kecil...
tetapi kerana rapuhnya ilmu berumah tangga ia hampir mengakibatkan banyak gejala perpecahan rumah tangga! yang mesti diambil iktibar.

moga iktibar cerita petikan ANIS Disember 2007 dari column 'coter-coret' mampu membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat diluar sana sedang tenat dengan masalah2 begini. -_-

akhir kalam, buat muhasabah diri sendiri & sesiapa yang membaca: mulakan setiap pagi dengan solat, cukup yg fardhu 5 itu. kalau nak lebih barakah tambah dengan dhuha dan witir. itu pun dah sekadar cukup2 makanan harian ruhani. mau lebih 'bervitamin' ruh kita solat nawafil jgn tinggal + qiamullail. moga kita terus kuat; kuat untuk pertahankan iman sendiri dan insan2 yang lemah diluar sana yang memerlukan sokongan iman kita.

satu kisah iktibar lain, menurut sahabat di FB, hari ini genap 87 tahun khilafah islamiyyah jatuh. kalau situasi akhlaq ummah masih rosak begini, bagaimana mahu membina kembali khilafah di zaman ini?

Sunday, February 27, 2011

bercinta untuk akhirat

buat mereka yang merasakan mereka tdk 'berteman', mahup0n yang sedih krn ditinggaLkan ATAU MEREKA YANG BENAR2 BERCINTA UTK AKHIRAT =)
Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

copy paste : Syah Kenshiin

Wednesday, February 23, 2011

kelas Jarh Wa Ta'dil

sekitar kelas jarh wa ta'dil petang 23hb feb 2011. ntah knp hari ni sume pakat mengantuk.. kecian tgk syeikh2 ni struggle lawan syaitan dr terus melekat kat mata..


haha..! comel sgt tgk bdk2 ni punya gelagat.. mcm biasa, sy jnis pyh nk tido dlm kelas tahap mengantuk mcm mana pun. peratusan nk tertidur tu (klu semalaman xckup tidur pun) ade la dlm 20%. if sihat n cukup tidur sy blh remain up until malam plak.


sampai de sister jatuhkan buku baru dorg tjaga. plus sy tlg menyahut pertanyaan ustaz psl lecture mse tu. suara kuat sy menggerakkan dorg ke.. kui kui.. sj nk ngusik ^_~


gambar ni bkn nak aib kan spe2.. sj nk simpan n kisahkan dalm journal kenangan completekn double degree kt sni; UIAM Gombak.


tangan gatal n suka menyakat sy tu yg byk buatkan sy aktif dan happy selalu.. ayyuhash-habab, tauja ilal 'amal... nujahidu fisabilirrahman...! =)

sister gk c0ol n maintain :'p

Tuesday, February 22, 2011

Pro-M kuasai UIAM

CONSTITUENCIES (GOMBAK CAMPUS)

AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:

Hafizul Faris bin Che Razlan (641)
...
Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)

Muhammad Fitry b Hussin (619)

Muhammad Taufiq b Johari (186)

KULIYYAH OF ENGINEERING:

Mohamad Amir Arif b Ramli

Syahril Uzair b Syahmil Hameed

(won uncontested)

KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:

Masyitah bt Md Hassan (540)

Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)

Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)

Nur Sakinah Sulaiman (680)

Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)


KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:

Siti Aminah Mohd Naim

Wan Zulkarnain Wan Ismail

(won uncontested)

INSTITUTE OF EDUCATION:

Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)

Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)

Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)

Nurrul Hafizul Che Hussin (146)

Ahmad Abdussalam Husni (103)

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:

Mahirah Abdul Rashid (1624)

Mahmud Rajaie Othman (499)

Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)

Mohd Hazirin Zainordin (262)

Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)

KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:

Adib Fakhrullah b Azmi

Muhammad Hafizul b Taib

(won uncontested)


INTERNATIONAL STUDENT:

Mohammad Mohiuddin

Abas Abdullah Ahmed

Habib Abu Omer

Noman Bashir

(won uncontested)



CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)

KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:

Anis Nadia Hussin Shokri (163)

Farihah bt Abdullah (115)

Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)

KULIYYAH OF DENTISTRY:

Kamal Amar bin Dahlan

Nurun Hanim bt Othman

(won uncontested)

KULIYYAH OF MEDICINE:

Hanis bt Abdul Rani

Sharif b Ahmad

(won uncontested)

KULIYYAH OF NURSING:

Fauzan b Mohamed (148)

Intan Fazirah bt Mustapha (84)

Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)

KULIYYAH OF PHARMACY:

Ahmad Mustaqim b Ariffin

Noor Baiti Solehah bt Nu Awi

(won uncontested)

KULIYYAH OF SCIENCE:

Muhammad Shafiq bin Abu Hassan

Siti Aminah Muhammad Imran

(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:

Miss Hasna Ahmad

(won uncontested)


gambar2 ini hanya gambaran yg sempat sy ambil semasa kempen pilihanraya lalu. gambar kempen kat kulliyyah sy jer.. hehe~ kulliyyah of economics & management sciences

Friday, February 18, 2011

Aurat vs.Urat

aurat lagi..?? xabes2 pasal aurat, sejak dr kuar perut mak sampai la dh tua bangka nih xsudah2 lg bicara bab nih ~bg org yg xske tdedah dgn isu2 agama gni sjak kecik jela yg akn merungut n pk xlarat dh nk jmpe bab nih~

ok, kali ni nk petik sedikit dr teguran Dr.abu ameenah bilal philip yg dtg kat UIAM jumaat malam minggu lepas. rentetan jawapan kepada soalan seorang sister yg menganggap 'adalah tidak adil cam perempuan je yg dberatkn dgn isu aurat sedangkan lelaki tidak. knp perempuan kne cover sume tp laki bebas bpakaian dr perempuan alkisahnya lebih kurg begitu la mafhum soalan yg ana faham.

jwpn syeikh gni~as my understanding, klu salah sesape yg dtg mse tu dpersilakn betulkn~:

perempuan ni dinilai-mahalkn dgn identiti menutup aurat sbb every inch/part of their body are priceless. cuma itu je dberatkan pun, yg lain2 sume lelaki kena buat; means sume amanah tertanggung di bahu lelaki; bkn kena jaga diri sendiri jek, siap hal & pertanggungjawaban atas perempuan pun lelaki yg akan jawab nanti. hatta bab solat pun perempuan siap dpt cuti every month lg~tak sume perempuan la kot~. tgk, bpe byk punya keringanan kt perempuan.

rata2 muslims even kita tgk norm kat malaysia sendiri perempuan mostly dh tutup almost everytink ~wlupn pd hakikatnya bsepah lg kt luar nuh duk dedah2 sne sni~. ok, ni nk tgk dr context rakyat2 UIAM lah.. perempuan mmg dh muslimah tp lelaki...

kata syeikh, lelaki xsedar yg sbenarnya mereka mdedahk aurat. antaranya pakai seluar ketat. klu pakai 'sarung'/pelikat tu kre ok lg.

mmg betul ckp syeikh. akhirnya beliau mengutarakn rse yg dh lme ana pendam. ~aduhh, tsiksa tanggung sorg2~. rse cm waktu syeikh ckp tu ana nak gi depan amik microfon tlg sokong n taukidkn lagi hujah beliau.


sedikit pkongsian pgalamn (dr cerita kwn2 n observation):

dr sekolah selalu duk observe pe'el dan pesyen bdk2 laki pakai seluar type nk tlondeh tuh. apakah mereka xpunya pinggang utk sangkut seluar bg rapi? or xde tali pinggang? ~kalu xde meh nak bg ana punya. beli sama citarasa dgn my brother lg, tali pinggang lelaki pn ana ada utk diri sendiri, xkn bdk2 laki sndiri xde kowtt..?~

~cluz skill 3rd year, ada bdk laki bcangkung tunggu lecturer skill xdtg2 lg. klu yer pun cbe la pakai bju labuh cket. sister sbuk duk kumpul koleksi t-shirt labuh nak cover sume, apsal laki duk singkat lagi..???

skelas dgn para2 senior,4th year. SEPATUTNYA mereka dh 24 tahun maklum dgn hal2 aurat. nak bdiskusi dgn sir pun xperlu lah dari jauh 'pelusuk' meja sampai nak 'melentikkn badan' atas meja smata2 nk bincang dgn sir. once dh lentikkn badan tuh sure baju akan terangkat lalu..%&*^%$#..!! cbe gi dekat2 dgn sir, straight-kn badan elok2 utk bincang/tanya apa2.

lain, tempat wudhuk lelaki dkawasan yg tbuka. paip rendah mmg muslimin kena cangkung nk bwudhuk. kalau baju singkat/x tuck-in, korg rse pe yg jadi..? bkn suka2 je nk tgk, even kalau spe2 lalu kt kawasan tbuka gitu pun conpem sume akn nmpk. aurat tu bkn prempuan je dosa tgk, hatta ia dh 'mlimpah' had sampai kalau laki tgk pun blh dosa. yer la, msti de muslimin laen yg dtg dr belakang dorg utk bwudhuk jgk. ana rse kn, dh smpai msenya lelaki pun kena wat tempat wudhuk tertutup gk ~nk kne bwk kt SRC tak nih?~

trend seluar londeh tetap ada hatta duk tgk bdk2 universiti pun still dgn imej seluar bagai nk 'luruh' xtahu bila bakal 'luruh'nya. ~risau kalau jln sebelah dorg~ seluar ketat pun sme gak, mmg dh xckup kain ke? or seluar loose makin mahal sekarang nih?? tak 'lemas' ke component dorg tu?? hadoilaaa......haihhhh!

tu baru bab seluar. xmasuk bab jubah lagi. jubah dah sunnah tp cara muslims pakai dh lari sangat dr sunnah. org perempuan sibuk duk cari/beli kain dalam utk cover dr nampak bayang2 betis/paha. knp lelaki tak nak buat gitu. dah tahu jubah laki de yg jarang bak tayangan wayang kulit bergerak, PLEASE la initiate-kn sesuatu agar urat dan aurat kalian tu tjaga cket.

ini bukan hal x menundukkan pandangan lg dh, tundukkan pun, dh klu nk jd 'rezeqi' a.k.a MUSIBAH nk tergelapnya hati tu TERNAMPAK sekali toleh mmg kne maki dlm hati la jwbnya org2 yg xreti nak observe aurat diri sendiri. ~mujur la Allah anugerahkan mata ini rabun tahap KAW, blh tanggal spek je ble jln. once tlanggar dinding or tiang, mmg... aish2!~ kalau de yg tegur kt jalan tu ana xrespon, paham2 la yg mata lg dua dah dicabut smentara bjalan dikhalayak.

pernah baca teguran ustaz zaharuddin pd wanita2? " Wanita yg pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara & punggungnya ( krn baju sempit) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan di khalayak dengan kemaluannya sedang 'keras' terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu? namun tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu hakikat sedang berkata kepada yg melihat, "cantik & besar tak payu daraku, punggungnku?" di khalayak awam." - meh skrg ana plak nk tlg lengkapkan teguran ustaz ana tuh; ustaz tegur pompuan ana tegur yg laki. biar anak murid n tok guru sama2 laser.

last but not least, tlg lah jaga diri kalian, baik kalian lelaki atau perempuan. jaga aurat diri utk tlg jaga hati orang lain (kalau tak pun hati org tu 'menikmati' keindahan tubuh kalian, sudah tentu ada jgak effectnya pd hatinya walau sedikit; hilang abeh segala hafazan! ~plg teruk pun kena maki jek "apa punya bdk, dh besar bljr kt U tp xreti2 xfhm2 lg??!!"~), simpan la mata cantik kalian yg bkilau2 tu (biru, ijo, kuning, coklat) utk tgk yg dah dihalalkan jek ~tgk laki/bini msg2 sudey~.

if kalian adalah lelaki/perempuan yg baik n rapi menjaga, tlg2 lah kengkawan kalian andai mereka 'tersasar' dr garis-panduan aurat nih. manusia tu mudah lupa, jadi ingat2 kan lah..~ana sendiri pun masih perlu byk dtegur~

Allah memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jenis. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Katakanlah kepada laki–laki yang beriman : ”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. An Nuur [24]: 30 )

Dalam lanjutan ayat ini, Allah juga berfirman,

“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)

~mujur la pakai spek, blh tanggal ble de 'pemandangan' tak indah. cbe kalau pakai contact lens, huh! mau meraba jalan lepas excidently tbe2 tpaksa tanggalkn lens bila tnmpk 'pemandangan' kurang permai tersebut~

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"