Pages

Sunday, December 4, 2011

something to ponder

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


sekolah membunuh kreativiti? Lets have a look at this economical view of presentation ^^


Saturday, December 3, 2011

Al-Fatihah buat Almarhum Illham Ellani

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Selamat jalan sahabatku, moga Allah meredhai perjalananmu menuju padaNya, Ya Allah ampunkanlah dosa2nya, rahmatilah dia kasihanilah dia, redhailah dia, tempatkan dia bersama para anbia' dan solihin...

al-Faatihah..

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأدخله الجنة



ana tak kenal almarhum, tetapi sempat beberapa detik tahu tentang beliau sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. saat ana sedang melangkah kaki ke medan tarbiyyah, lutut lemah kerana pemergian insan ini sangat menyentuh hati.


"Baru pulang dari MAS Cargo Sepang, menyambut ketibaan jenazah Arwah Ilham Illani dari Jordan yang turut ditemani ibu bapa arwah. Arwah seorang Old Putra Royal Military College yang menerima biasiswa Kementerian Pertahanan dalam bidang kedoktoran di Jordan. Meninggal akibat leukumia. Kagum melihat ketenangan ibu dan bapa arwah semasa menguruskan perjalanan jenazah anak bongsu mereka. Senyuman dan ucapan terima kasih tak lekang dari mulut mereka berdua. Setenang menyambut kelahiran anak mereka ke dunia, setenang itu jugalah mereka melepaskan anak bongsu kesayangan mengadap Illahi. Paling tidak, membuatkan mata yang memandang berfikir, mampukah aku setenang dan seredho itu? Alfatihah buat arwah..."

gambar: akh Hayyi Mohamad & akh Mohamed Akmal

Friday, December 2, 2011

Muzoharaat: di Sekitar

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Muzoharaat:

Dataran Tahrir, Mesir - 20 November 2011*
*berlarutan selama beberapa hari

UIAM Demo Tolak 1.0 - 24 November 2011

‘Walk for Freedom’, Malaysia - 29 November 2011


Public sector strike rallies held across UK - 30 November 2011



jangan lupa, Palestin masih menanti kita dibebaskan.

Thursday, December 1, 2011

jom bersedia untuk balik 'rumah'

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


4 sungai dlm Syurga (Surah Muhammad ayat ke-15) :

1. sungai-sungai yg airnya tidak payau
(أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ)

2. sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya
(أَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ)

3. sungai-sungai khamar
(أَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِي)

4. sungai-sungai madu yang murni
(أَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى)

tak rindu ke? ^^, jom dengar gambaran yang lebih jelas dan membahagiakan hati yang mendengar janji-janji Allah:




Lecture delivered at The Bangsar Mosque, Kuala Lumpur, Malaysia on the 1 Dec 2011.

Wednesday, November 30, 2011

The Real Battle Field, Begins..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Episod percaturan padang bola antara Malaysia dan Indonesia diakhiri dengan kegembiraan berpihak kepada Malaysia; yang seterusnya bola sepak negara terpaksa akur kalah pada Bahrain dengan perbezaan satu mata; 3-2.

Episod nasib ummah di bumi yang tertegaknya universiti tertua dunia, al-Azhar masih dalam percaturan:

Pre-Stages (determination):

Peringkat Pertama (28 November 2011) - Cairo, Alexandria, Damietta, Fayoum, Port Said, Kafr El-Sheikh, Assiut, Luxor dan Red Sea.

Peringkat Kedua (14 Disember 2011) - Giza, Menoufiya (Shibin El-Kom), Sharqiya (Zaqazik), Beheira (Damanhur), Beni Suef, Ismailiya, Suez, Sohag dan Aswan.

Peringkat Ketiga (3 Januari 2012) - Gharbiya (Tanta), Daqahliya (Mansurah), Minya, Qalioubiya, North Sinai, South Sinai, Marsa Matrouh, Qena dan New Valley.

..::sumber: Azhar al-Marbawi::..

Allahumma a’3izzal Isalama wal Muslimin. Allahumma allif baina Qulubihim wa tsabbitaqdamahum..!




bukan sahaja semangat yang sama dengan kita bersorak pada bola patut kita semarakkan di sini, malah bergunung-gunung doa didambakan, agar bumi anbiyak ini bakal terus subur dengan tertegaknya kalimah Allah tanpa sebarang nifaq yang menyelubungi kebebasan raíyyah.


Stage 1:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil hamd..

Keputusan tak rasmi pilihanraya Mesir peringkat pertama, menunjukkan Islamiyyin dan gerakan Islam samaada dari parti Ikhwan Muslimin (al-Hurriyyah wa al-'adalah), Parti Salafi (al-Nur) dan lain-lain, sedang mendahului carta.

Semoga peringkat seterusnya, menjadi penyejuk mata para pencinta Islam.




antara info yang ana perolehi dari ustaz Nasrudin Hassan:

Ikhwanul Muslimin dan Salafi menang besar dlm pilihanraya umum Mesir. Hampir 120 kerusi drpd 168 kerusi untuk peringkat pertama di 9 Muhafazah. Keputusan rasmi belum diumumkan lagi. Masih ada dua peringkat iaitu pada 14 Dec dan 3 Jan. Sama - samalah kita berdoa untuk kemenangan besar bagi golongan Islam.



gambar: حزب الحرية والعدالة - الإخوان المسلمين

updated info:

Ikhwan bertanding 45 kerusi ulangan, menang 34 kerusi dan kalah 11 kerusi. Peringkat Pertama di 9 Muhafazat drpd 168 kerusi, Ikhwan dapat 44 kerusi atas tiket Parti Al Adalah wal Hurriyah dan 36 kerusi atas tiket parti bebas so = 80 kerusi. Salafi dapat 28 kerusi atas tiket Parti An Nuur dan 5 kerusi atas tiket parti bebas so = 33 kerusi. Parti Wasot dpt5 kerusi atas tiket parti. Total golongan Islam dapat 118 kerusi drpd 168 kerusi. Ada satu dua lagi calon bebas yang disokong oleh oleh Ikhwan menang dan satu parlimen dalam 5 kerusi dibatalkan. Insyaallah akan diulang pada January ini.

Monday, November 28, 2011

Mata: Rahmat Untuk Hati yang Mahu Berzikir

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


"jadikanlah perubatan ini sebagai satu jihad & satu dalil kebesaran Allah"

"doktor ni org yg dpt mengkaji ciptaan Allah yg plg tinggi. kalau doktor yg kaji ilmu Allah tetapi masih buta hatinya memang org yg paling buta.."

terkesan pada hati (-_-)



via: Prof. Dr. Muhaya page

Friday, November 25, 2011

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


petikan dari DrMAZA

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.



2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.


Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.


Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.


3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).


Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.



4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit.

Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).


5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.


6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.


7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.


8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.


9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"