Pages

Wednesday, October 27, 2010

mawar berduri VS pohon semalu..

thanks a million to Amir Abdullah kerana membawa saya kepada pembacaan dr BAITULMUSLIM sbentar tadi. di sini saya kongsikan bersama2 utk muhasabah diri sendiri juga buat muslimeen/muslimat seluruhnya...

Posted Mon, 10/11/2010 - 08:05 by fatihah_88

mawar berduri VS pohon semaluku melihat pada bunga mawar..

lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja.. mudahnya..
benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..
cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia,
dan ia tidak akan berkekalan..

ku melihat pada semalu.. "erm..bunga apa ini, kat tapak kaki aje ia"
lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..
masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..
wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..

masya Allah..subhanallah..wallahua'lam.. wallahua'lam..

di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi,
dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)

apa perbezaan tu?

Mawar ~ sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..

pohon semalu ~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita, apabila menyentuhnya, dia akan terus menyembunyikan dirinya. begitu tinggi nilainya. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..

namun perasankah kita, pohon semalu ada keindahanya. kerana dia juga ada bunganya. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)

hayatilah sebaiknya..
dunia kini sudah berbeza. wanita yang indah semakin ramai. wanita sebegini memang mahal dirinya, sukar untuk didekati andai tiada cara..

apabila cara mengena diri, maka tunduklah wanita.itulah ia mawar berduri. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..

tetapi... wanita solehah, adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai, menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..

wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam, sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..

wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya, maka setialah ia kepada suaminya. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..

itulah pohon semalu. hanya kelihatan daun dan batang berduri, tiada satu pun indah untuk melihatnya. namun apabila tiba masanya, ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..

dr pena hati irtihaly:
..::dalam hati ada taman, taman bunga semalu (^_^) mne nak cari?? bukan pada seorang gadis yg 'solehah'nya hanya pada kad pengenalan bernama SOLEHAH semata2, tp yg terukir terpahat pd aqidah, akhlaq & muamalahnya juga ada 'cop' SOLEHAH! mata yg bsuluh cahaya iman shj akan dapat detect 'hologram' tulen SOLEHAH itu::..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

sumber inspirasi UMMUHAQ

Tuesday, October 26, 2010

cerita tentang Eropah; muzik & orang2nya

dalam cluz usuluddin saya ada bincangkan dgn madam usuluddin saya berkenaan hujah 'muzik itu haram'. then madam came out dengan satu persoalan,

"what do u feel when u heard Sami Yusuf' songs?"

"calm! sangat2 tenang & tersentuh" - bingkas saya yg mjawab persoalan madam petang tu., sebab saya memang suka lagu Sami Yusuf. biasanya students akan mengantuk cluz jam 2ptg till 330ptg. tapi bila ada recent isu yg berbangkit diutarakan, semua membulatkan mata.

hujah tentang muzik itu terpulang pada individu juga mengikut latar belakang ilmu individu terbabit. pada pandangan saya secara peribadi saya akui bahawa lagu2 nyanyian Sami Yusuf, Yusuf Islam dan yg terbaru Maher Zain, tak terlepas dari menarik hati saya lebih terasa saya selalu diawasi dan disayangi oleh suatu kuasa yg sangat besar. terkadang ia memotivasikan jiwa & semangat, iman juga terasah dengan muzik menyentuh hati begini. walaupun muzik itu bukan kunci utama naik turunnya iman, tapi ia adalah penyumbang kita melangkah kearah itu. asalkan liriknya bagus, jalinan lagu n iringan alat muziknya tidak bercanggah dengan yg membawa ketenangan dan mendekatkan diri dengan kuasa Agung yg Satu itu.


~Bukankah Islam itu indah, so tidak perlulah muzik yg membinggitkan telinga utk menenangkan jiwa kita melalui hiburan. Bukankah Islam itu syumul & relevant sepanjang zaman, so jangan menyempitkan usul2 fiqh dalam menghukum. Bukankah uruf & adat itu diterima sebagai salah satu cara mendatangkan hukum, so janganlah menolak keras jalan2 yg diterima masyarakat sebagai salah satu uruf yg Malays terima-pakai dalam mendidik ummah. muzik & lagu2 dah lama diterima masyarakat kita sebagai jalan mendidik budi anak2 bangsa.~

saya saja nak sertakan salah satu lagu yg saya 'tertengok n terdengar' rentetan selepas je isu 'musik itu haram' vs 'jiwa saya tenang menerima lagu2 ber-unsur-asas yg baik' (muzik, lirik, penyanyi)

dari Sami Yusuf, album awakening. mengadaptasi ilmu pelbagai bahasa, muziknya tenang, mengajak kita sama2 berdoa utk Muslimin keseluruhannya. tengok muka penyanyi saya rasa tenang, mendengar dendangan juga memberi ketenangan, liriknya bukan saja meniup rasa senang hati malah juga memberi ilmu tambah dalam berbahasa secara santai. lalu salahnya hanya pada muzik instruments (mengikut hadith), tapi dah banyak hujah yg mungkin mereka2 yg menolak itu terlepas pandang (atau mungkin saya ni yg masih tak habis belajar)~~ allahu 'alam..

'wondering: kalau ia betul2 sah haram kenapa ustaz saya ustaz zaharuddin tak bersuara lak, ramai je ustaz2 fiqh & syariah kulliyyah saya tak pulak menentang??'



O Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy
Ya Allah don't deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this plea

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah

Turkish:
Affeder gunahi
Alemin padisahi
Yureklerin penahi
He is the Forgiver of all sins
He is the King of the universe
He is the Refuge of all hearts

Isit Allah derdimi, bu ahlarimi
Rahmeyle, bagisla gunahlarimi
Hayreyle hem aksam hem sabahlarimi
O Allah hear my sorrows and my sighs
Have mercy and pardon my sins
Bless my night and days

Hindi:
Wo tanha kaun hai
Badshah wo kaun hai
Meherba wo kaun hai
Who is the only One?
Who is the King?
Who is the Merciful?

Kya unchi shan hai
Uskey sab nishan hai
Sab dilon ki jan hai
Who is the most praised and benevolent?
Whatever you see in this world is His sign
He's the love of every soul

Arabic:
Ya rabbal ‘alamin
Solli ‘ala Tahal amin
Fi kulli waqtin wa hin
O Lord of the worlds
Send peace and blessings
On Ta-ha the trustworthy
In every time and at every instant

Imla' qalbi bil yaqin
Thabbitni ‘ala hadhad din
Waghfir li wal muslimin
Fill my heart with conviction
Make me steadfast on this Religion
And forgive me and all the believers.

..::setakat pengalaman yg saya ada dalam berurusan dengan Muslims berketurunan darah Eropah, hati saya tak dapat capai & bayangkan betapa besarnya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w sampaikan Islam hingga tersebar seluasnya di muka bumi, buktinya depan mata saya;
  • lecturer English for Academic Purposes saya (sir Abdul Shakour Preece Duncan) dari England, sangat baik pegangan beliau pada Islam juga baik pada student2 ~syukran atas perhatian yg diberikan buat cluz representative sir yg sorg nih~
  • lecturer Quran & Hadith saya dari Turki, (ustaz Serdar Demirel) sangat mantap ilmu Hadith & Fiqh for Daily Life yg diajarkan pada saya ~jika ada seorang lelaki cam ustaz ni saya nak simpan seorang buat contoh, sebab dari akhlaq beliau saya dapat bayangkan ini antara contoh peribadi nabi Muhammad s.a.w~.
  • cluzmate saya yang selalu bbicara dengan saya dalam cluz Financial Management (FMI) juga, berasal dari Kosovo.
  • groupmate Economy saya berasal dari Rusia (his name is Rasil Galev) ~beliau mengajar saya erti tepati masa & buat kerja dengan systematic. BM yg cuba dituturkan depan groupmates kami sangat bagus~
  • cluzmate english saya sekarang dr Albania (Shaaban) ~thx kerana ajarkan kami 'selamat berbuka puasa' dalam bahasa Albani~
  • Research Assistant kepada lecturer FM II saya (Abdul Ghani) asalnya dari Morocco ~jazakallah utk tutorkan saya FM2 & berbahasa arab hanya dengan saya dalam cluz FM II~

bahawa Islam tu bukan hanya ada pada Melayu sahaja tapi semua jenis bangsa, warna kulit & negara berbeza. dunia pandangan & penilaian saya tentang Islam berkembang luas seiring bertebarannya pelajar2 wakil dari negara2 Islam yg berada di sini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia::..

Monday, October 25, 2010

"Aku Telah di Khitbah"

Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih.

***************************************

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila awak menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!"

Anis tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"

Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Sila-sila, saya puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Adani bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..."

Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.

************************************

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

edited from: iluvislam

notakaki: kisah nih bukan kisah aku. tapi kisah ini adalah kisah kita. kisah kita yang telah di khitbahkan dan di tunangkan dengan maut. bukan nak buat kontroversi atau mereka-reka cerita. namun ini adalah peringatan buat kita semua. hari ini kita lalai dan leka dalam mengejar cinta dan cita-cita yang kebanyakkannya berimpikan dunia. namun kita lupa untuk menabung dalam saham akhirat. negeri yang abadi tempat kita akan kembali. selamanya.

entah bila 'majlis' kita akan di rai. entah bila 'dia' datang menyunting kita. itu rahsia Allah. rahsia yang kita tidak pernah berhak untuk mengetahuinya.

p/s: jangan terkejut kalau saya da tukar status engage kat FB yer. mohon maaf.

dipetik dari LAYARMINDA

Sunday, October 24, 2010

Imam Abu Hanifah

THE FOUR GREAT IMAAMS
(Rahmatullaahi Alaihim)
Compiled by:
Students of Jamea Tul Imam Muhammad Zakaria (R.A)

Jamea Publication No.4

IMAAM ABU HANIFAH (R.A.)

Imaam of Imaams; Lamp of the Ummah; Leader of the Jurists and Mujtahideen; Hafize-Hadith Hadhrat Imaam Abu Hanifah (R.A) was a prestigious Mujtahid, Muhaddith, authoritative person, truthfully spoken, abstinent, wise, and pious.

A great many Muhadditheen and Hanafi, Shafi’ee, Maaliki and Hanbali Ulamaa are in unison with regards to Imaam Sahib’s strengths and virtues. Thousands of literary works have been compiled by Imaam Abu Hanifah (R. A.). Amongst the Imaams ‘Imaam-e-Aazam’ (Greatest of the Imaams ) was the address of Imaam Abu Hanifah (RA.) alone. A great group of Ulamaa and Muhadditheen remained the followers of Imaam Abu Hanifah (RA.), and more than half of the Ummah of Prophet Muhammed Sallallahu Alaihi Wasallam are, till this day, followers also.

He was born in the era of the Companions may Allah be pleased with them. Abstinent, God fearing, generous, knowledgeable and virtuous are all attributes collectively found of Imaam Abu Hanifah (R.A.).

His origination is in Kufa, which at the time, was the greatest centre of ahaadith. As, in Kufa thousands of Companions may Allah be pleased with them of Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam had resided there; more than one thousand jurists were born in Kufa of which one hundred and fifty were Companions of the Holy Prophet Sallallahu Alaihi Wasallam. Kufa, was where the ranked Hadhrat Abdullah Ibn Mas’ud may Allah be pleased with him and Hadhrat Abu Hurairamay Allah be pleased with him had previously resided.

Imaam Sahib’s upbringing and education was achieved in such a reputed educational centre, and he reaped much advantage from the Ulamaa of Haramain.

LINEAGE: Nu’maan ibn Thabit Ibn Zuta Ibn Maah\ lbn Marzubaan. (Difference of opinion lies only in choice of wording not name.)

YEAR & PLACE of BIRTH: 80 A.H. Kufa, Iraq.

RENOWNED ADDRESS: Imaam-e-Aazam \ Abu Hanifah (R. A.).

SPECIAL ATTRIBUTE: It has been unanimously agreed that Imaam Abu Hanifah (RA.) was a Taabi‘ee. There are various differing quotes concerning the number of Companions seen by Imaam Sahib. Sahib-e-Ikmaal narrates a total of 26, whilst Hafiz Ibn Hajr quotes 8. The most opposed view is that of Hafiz Almizzi whom has stated 72 Companions (R. A.).

ACQUISITION OF KNOWLEDGE:Primary, basic Islamic teachings were acquired as a child, which were short lived due to Imaam Abu Hanifah’ s father’s death. Subsequently, he supported the family business.

MEANS OF LIVELIHOOD: Silk Merchant.

ADVANCEMENT OF KNOWLEDGE: At the age of 22 years much spare time was spent in debating. In this period of time Imaam Sha’bee (R. A.) advised Imaam Abu Hanifah ( R.A.) to associate himself with a scholar.

Being unable to answer a query regarding the correct Sunnah procedure of divorce, Imaam Abu Hanifah began to join the gatherings of lmam Hammad (R. A), (student of Hadhrat Anas (RA.) ), disposing of his works as a debator. For the next ten consecutive years he remained the student of Imaam Hammad (R.A.). After two years, for a period of two months Imaam Hammad took a sudden leave to Basra ( due to his relative’s death) leaving Imaam Abu Hanifah (R. A.) to continue his works in Kufa. Imaam Abu Hanifah (R. A.) remained Imaam Hammad’s student for a further 8 years.

MOST EMINENT TEACHER OF JURISPRUDENCE:

Imaam Hammad (R A)

MOST EMINENT TEACHER OF AHAADEETH:

Imaam Aamir Sha’bi (R. A.).

NO. 0F AHAADEETH ACQUIRED:

4,000 Ahaadeeth in which 2,000 Ahaadeeth from Imaam Hammad ( RA.)alone.

3 PROMINENT PRINCIPLES UPON WHICH IMAAM ABU HANIFAH ACCEPTED AHAADEETH:

1).Since the initial day of hearing the hadith it is remembered in its correct form to the very time of narration.

2). The hadith must have been projected by the Holy Prophet Sallallahu Alaihi Wasallam and narrated onwards via wholly reliable persons.

3). Any Ahaadeeth which contradicted the Qur’an or other famous Ahaadeeth were unacceptable.

A SMALL GLIMPSE OF IMAAM ABU HANIFA’S (R.A.) TEACHERS: Aamir Ibn Shurahbeel, Sha’abi Kufi, Alqama Ibn Marthad, Ziyaad Ibn Ilaqa, Adi Ibn Thabit, Qataada Basri, Muhammed Ibn Munkadir Madni, Simaak Ibn Harb, Qays Ibn Muslim Kufi, Mansoor Ibn Umar etc. etc.

A SMALL GLIMPSE OF IMAAM ABU HANIFA’S (R.A.) STUDENTS: Qazi Abu Yusuf, Muhammad Ibn Hasan, Zufar Ibn Huzayl, Hammad Ibn Abu Hanifah, Abu Ismat Mugheera Ibn Miqsam,Yunus Ibn Is‘haaq, Abu Bakr Ibn Ayyaash, Abdullah Ibn Mubarak, Ali Ibn Aasim, Ja’ far Ibn Awn, Ubaydullah Ibn Musa etc. etc.

IMAAM ABU HANIFAH’S (R.A.) LITERARY WORKS: ‘Kitaab-ul-Aathar’ - compiled from a total of 70,000 Ahaadeeth, ‘Aalim-wal-muta ‘allim’, ‘Fiqhe Akbar’, ‘Jaami’ul Masaneed’, ‘Kitaabul Rad alal Qaadiriyah’ etc. etc.

IMAAM ABU HANIFAH’S CHARACTERISTICS:

a). Impartiality: Imaam Abu Hanifah (R. A.) has never accepted a favour from anyone and so was never indebted to anyone.

b). Humanitarian ways& generosity: On seeing Imaam Abu Hanifah (R. A.) a passer by avoided him and took a different path. When Imaam Abu Hanifah (R.A.) questioned as to why he did so, he replied that he was ashamed of himself as he was Imaam Abu Hanifah’s debtor of 10 000 Dirhams. The man’s humbleness over took Imaam Abu Hanifah (R.A.) and so he forgave the repayment of the debt.

c). Kind heartedness: Once, whilst sitting in a Masjid Imaam Sahib learnt of someone who had fallen from a roof. Immediately, Imaam Sahib departed from the gathering, barefooted, and ran to the place of accident. Until the injured recovered, Imaam Sahib paid daily visits to nurse him.

d). Disposition: Imaam Sahib would never speak unless it was necessary to do so. Someone mentioned before Sufyan Thawri (R.A.) that he had never heard Imaam Sahib back biting. Sufyan (R.A.) replied, "Abu Hanifah (R.A.) is not such a fool that he will destroy his own good deeds."

e). Abstinence & God Fearing Ways:

i). Sharik has stated, "I have never once observed Imaam Abu Hanifah reposing within the nights hours."

ii). Abu Nu’aym states, "Even before observing salaah Imaam Hanifah (R. A.) would weep and supplicate before Allah."

iii). There is no such Surah within the Qur’an which I have not recited during Nafl prayers." - Abu Hanifah (R. A.)

iv). Kharija lbn Mus’ab has stated that 4 religious leaders have completed the recitation of the entire Qur’an in one rakaah of salaah alone. Uthmaan Ibn Affaan (RA.), Tameen Daari (RA.), Sa’eed Ibn Jubair (R. A.) and Imaam Abu Hanifah (R. A.).

v). There was once acknowledgment of a stolen sheep. Imaam Abu Hanifah inquired and researched as to how long a sheep lives. After finding out, he never ate sheep for 7 years, fearing that the meat may be from the stolen sheep.

vi). For 40 consecutive years Imaam Sahib observed a nocturnal practice of performing Fajr salaah with the ablution of Esha.

NO. 0F QUR’AN’S COMPLETED IN RAMADHAAN : 60

NO. OF PILGRIMAGES OBSERVED IN LIFETIME: 55

TRIALS & TRIBULATIONS:

Trial No.1: During the reign of Ibn Hubaira Imaam Abu Hanifah ( R.A.) rejected his request of the post of Chief Justice. (As Imaam Sahib did not want to collaborate with the corrupt).

Consequence of Rejection : Tormented by passing through the city mounted upon a horse, whereby he was whipped 10 times a day for eleven consecutive days.

Trial No.2: During the reign of Abu Jaafar Mansoor again the above request was pledged, yet again rejected.

Consequence of Rejection No.2: Imprisoned and violently beaten.

Prolongation of Trial: Khalifa Abu Ja’far Mansoor again urged that Imaam Sahib should reconsider. Finally, Imaam Sahib swore by Allah that he would not accept.

Consequence: Imaam Sahib was lashed, shirtless 30 times, drawing blood that seeped to his heels. He was again imprisoned, with restricted rations for 15 days, after which he was forcefully made to drink a poison that led to his martyrdom.

STATE OF DEATH:In the state of prostration.

AGE & DATE OF DEATH: 70 years of age : 150 A.H. in the month of Rajab. (others have stated Sha’baan and Shawwaal also).

BURIAL: Six Janaazah salaah were conducted in order to cater for more than

50,000 people whom had collected. His son, and only child; Hammad, lead the last Janazah salaah.

Saturday, October 23, 2010

'fesyen Islami' zaman ini

saya memikir2, isu terkini apakah yg akan saya sertakan dalam term paper Contemporary Issues in Usuluddin. dari topik BBA(sales on deferred payment) saya dapat idea utk mengulas isu terkini 'Islamic Fashion Show' juga memandang isu yg agk terlepas kebelakang tp masih hangat dipraktikkan; 'tudung membonggol-untakan belakang kepala muslimah'. hmm.. ok tak..??

Awasi Islamic Fashion Show

Oleh my Foundation in Islamic Economy ustaz:

Zaharuddin Abd Rahman

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

* Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
* Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
* Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
* Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
* Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
* Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.

Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

read more www.zaharuddin.net juga ustaz's blogspot.

22 Oktober 2010


BUSANA MUSLIMAH
ulasan ustaz Hasrizal beberapa bulan lepas juga memuatkan isu 'hijab' terkini zaman ini:

LANDSKAP SEMASA

Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.

Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.

Baguslah begitu.

Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.

Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.

PENTAKRIFAN


“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33])

Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?

Bagaimana dengan batas-batas Aurat?

Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?

Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]

Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas
kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?

Sekadar meletakkan sesuatu di atas kepala, atau melabuhkan top hingga ke bawah ala-ala jubah atau abaya, jadilah ia BUSANA MUSLIMAH!

Di manakah Islamnya?

Pakaian ini diberikan kepada artis-artis yang mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat di hati sesama insan. Tetapi niat yang baik itu ditemukan dengan solusi yang sangat jauh daripada Islam. Apatah lagi, dengan status pemakainya sebagai ikon masyarakat (jika masih mahu mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.

Tidak sampai ke suku ketiga tahun 2010, penyelewengan cara berpakaian menurut Islam semakin menjadi-jadi.

Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?

Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.

BEBAS

“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.

“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.

Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.

baca selanjutnya di posting lalu atau ke ustaz hasrizal (^_^)

any suggestion or comment? please leave it below this post. tQ!

Thursday, October 21, 2010

Sumber Perubatan Rasulullah

perkongsian yg saya pinjam dari LAYARMINDA. rentetan seorang sahabat dikejauhan yg dtimpa musibah (tak sihat) baru2 ni dalam perjalanan menuntut ilmu. moga Allah selalu meraahmatimu (~__~)

Berikut ini sebahagian daripada rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air Zam-Zam dan Minyak Zaitun yang Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan izin Allah Ta’ala:

1. MADU:

Allah Ta’ala berfirman,”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan” (QS. An Nahl : 69)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Kesembuhan itu ada pada tiga hal, iaitu dalam pisau pembekam, meminumkan madu, perawatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al ‘asali wal qur-aani” yang artinya “Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh al-Zahabi. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu secara marfu’)Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, “Madu memiliki banyak khasiat. Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus, pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban tubuh, baik dengan cara dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk lanjut usia dan mereka memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung lembab dan dingin” (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 42-43)

2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur. Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis. Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas karena faktor temporal’ (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)

3. AIR ZAM-ZAM:

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)”(HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’

Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang dokter atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi hal. 23)

4. MINYAK ZAITUN:

Allah Ta’ala berfirman,“.. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah Barat” (QS. An Nur : 35). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at Tirmidzi II/166)Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

10 BAHAYA DISEBABKAN MAKANAN

Kesan sampingan dan bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia diakui sendiri oleh pakar perubatan bahawa punca penyakit yang diidapi oleh masyarakat manusia dan ada yang membawa kematian khususnya masyarakat moden hari ini, ia berpunca daripada banyak makan daripada kekurangan makanan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan atau tidak mengawal makanan dengan cara yang betul.

Oleh sebab itu Nabi SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).Hadis di atas di samping menganjurkan agar menghadkan kadar makan dan minum, Nabi SAW juga mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi dengan tanpa hadi. Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita hanya selamat jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia merbahaya kepada kesihatan kita sendiri.

Oleh sebab itu Imam Al Ghazali dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya berpunca daripada lebihan makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum tanpa had itu ialah;

1. BANYAK MAKAN HATI MENJADI KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.

Dalam sebuah hadis yang agak masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak Adam ditempa bentuknya mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan sifat hati itu berpunca daripada makan minum.

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.

Dalam Al Quran pula Allah mengingatkan agar jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau pun dengan makan minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).

Hukama’ pula ada berkata; “Perut itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia mendidih asapnya akan terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan kotor dan menjadi hitam”. Ertinya bahan kimia daripada makanan itu menghasilkan toksid yang boleh membinasakan hati dan jantung.

2. BANYAK MAKAN HATI MENJADI RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.

Seorang yang sentiasa kenyang sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya, seperti mata, telingan, lidah dan kemaluannya cenderung untuk melakukan perkara haram. Tetapi bila perut lapar, semua anggota menjadi aman dan tenteram daripada runtutan maksiat, hatta perkara fudhul (tidak berfaedah).

Berkata Ustaz Abu Jaafar Rahimullahu ta’ala, bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi kenyang (tidak ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia kenyang, maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum.

Jika makan yang haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi jika makan belebihan, walaupun halal, ia mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan pula.

3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN AKAL DAN TERHALANG DARIPADA MENJADI CERDIK.

Benar sekali apa yang disebut oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin sesuatu dari keperluan dunia dan akhirat, maka janganlah engkau makan dahulu sehingga perkara yang engkau ingin itu tercapai atau berhasil. Kerana makan itu akan merubahkan fikiran menjadi lemah.Bukti itu telah dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.

4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANG IBADAH.

Banyak makan menyebabkan badan menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan lesu dan lemah. Walau pun dipaksa untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak berdaya lagi, kecuali hanya tidur seperti bangkai terbuang.

Diceritakan bahawa Nabi Yahya as pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu serupa joran (alat memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau bawa alat ini”. Jawab iblis; “Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak Adam”. Tanya Nabi Yahya lagi; “Adakah aku juga hendak engkau pancing?”. Jawb iblis; “Tidak ada peluang. Tetapi pernah pada suatu malam, engkau makan agak banyak. Maka aku dapat memancing kamu sehingga engkau terasa berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi Yahya; “Kalau macam itu, mulai hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang sepanjang hidup aku”. Kata iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku kerana membuka rahsia ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan menceritakan lagi rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya terlebih makan itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.

Cubalah bayangkan, bagi orang yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu sekali bukan sahaja malas, bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah malam. Bila terjaga pada waktu malam sayang sekali untuk tinggalkan kain selimut dan tilam empuk untuk bangun beribadah kepada Allah.

Berkata Syied Sofwan Rahimullah; “Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan) yang menguntungkan. Warungnya adalah berkhalwat dan barang perniagaannya ialah berlapar”. Ertinya jika kita tidak berlapar, maka kita ibarat peniaga yang membuka warung yang kosong.

5. BANYAK MAKAN AKAN MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.

Seperti seorang seniman yang sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya, ia pasti lupa alam sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya, ia akan terasa suatu kepuasan. Demikian juga dengan badah yang dilakukan dengan takun dan khusyuk, akan terasa sedap dan nikmat. Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.

Saidina Abu Bakar berkata; “Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan Allah”.Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan) mukasyafah. Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya; “Tiada yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya (takwa)”.

Inilah tanda dan sifat orang yang telah mendapat maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan minum.Kata Addoroni, saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah semasa perutku rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).

6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.

Menurut Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi SAW, maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.

Banyak makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah SAW mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.

7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK

Di antara perkara buruk atau kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;

a). Hati dan badan menjadi penat kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan untuk tujuan menyediakan makanan yang lazat-lazat dan mahal-mahal perencah dan resepinya.

b). Badan akan menjadi penat dan letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis masakan, mencuci alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.

c). Menghabiskan masa, fikiran, dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi agar terasa lazat. Kerana bimbangkan risiko kekurangan salah satu bahan, nanti kurang sedap.

d). Selepas makan, kesibukan itu bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan selepas makan seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai pencuci mulut dan lain-lain.

e). Jika perut allergic terpaksa pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan seperti terkena penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan lain-lain, maka terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang masa.

f). Selalu rugi di bidang agama seperti;

i). Banyak makan menjadikan seseorang malas beribadah atau melambat-lambat sembahyang, kerana terasa penat akibat perut terlalu kenyang. Jika ibadah pun telah mengurangkan perkara-perkara sunat.

ii). Orang yang banyak makan akan sentiasa hendak membuang air kecil atau air besar atau sentiasa kentut. Oleh sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal. Ertinya, ia tidak mampu kekal dalam keadaan suci, iaitu sentiasa berada dalam wudhuk. Sedangkan orang yang sentiasa berwudhuk, menurut hadis, ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah sepanjang ia berwudhuk.

iii). Banyak makan menyebabkan kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat berlama-lama dalam mesjid, kerana keluar untuk keperluan cari makan atau kerana terbatal wudhuk (sentiasa kentut) atau kerana hendak buang air kecil atau air besar.

iV). Orang yang banyak makan ia tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.

Demikian beberapa kelemahan keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu kerugian.Sesungguhnya puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa berkeadaan suci - sentiasa berwudhu', termasuk juga menjaga kebersihan pakaian pada diri) dan lain-lain itu merupakan perkara yang menjadi ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak makan, menyebabkan peluang untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat pahala menjadi terganggu oleh kesan sampingan akibat makan banyak seperti perasaan malas, mengantuk, terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan tidak tahan berada dalam keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.

Kerana itu Nabi SAW mengingatkan, maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus atau lahap dalam makan dan punca segala ubat ialah berpantang”.

Malik bin Dinar pernah berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.Oleh itu orang yang Cuma menghabiskan masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua urusan yang dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan dan tidak ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan semata-mata untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu, menanggung penyakit dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.

8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.

Dalam hal ini Nabi SAW ada mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita”.

9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT, KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.

Firman Allah, maksudnya; “Dan ingatlah hari ketika orang-orang kafir dimasukkan ke dalam neraka, kepada mereka dikatakan; ‘Kamu telah menghabiskan rezki dan kesenanganmu yang baik di dunia dan kamu telah pun bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini dibalas pula dengan azab yang menghinakan. Kerana kamu dahulu di dunia sombong dan fasiq tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).Jika kita hanya mengambil dan menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan kesenangan di dunia, maka akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh Allah.

Diriwayatkan bahwa suatu masa Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak kepada Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini kita akan makan sekarang, tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang fakir di kalangan sahabat Muhajirin yang meninggal dunia, kerana belum pernah kenyang makan roti yang dibuat daripada sya’ir (iaitu gandum yang amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya, Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat ganjarannya”. Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga, sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita, kerana di antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.

Saidina Umar amat faham tentang peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika seseorang itu telah mendapat nikmat dunia dan bermewah-mewah dengannya, nanti di akhirat ganjarannya akan berkurangan.

Diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air daripada seorang sahabat yang ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun menghulurkan kepadanya air yang di dalamnya bercampur beberapa butir buah kurma sehingga air itu terasa manis. Sebaik-baik sahaja Saidina Umar menghirup seteguk air itu, lalu ia bagaikan tersentak dan bersuara; “Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka Saidina Umar tersentak kerana air itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya, Amirul Mukminin….seboleh-bolehnya aku inginkan agar air itu cukup terasa manis, tetapi jika ia kurang manis, aku minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi kerana terlalu manis”. Selepas itu dengan nada terharu Saidina Umar menyambung lagi; “Kalaulah tidak kerana ada Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu bersenang-senang menikmati kehidupan di dunia ini”.

10. BAHAYA MAKAN MERUMITKAN SOAL JAWAB DI AKHIRAT.

Bahaya makan terakhir ialah mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat rumit ketika berhadapan dengan soal jawab di akhirat.Walau pun memakan rezki yang halal, tapi jika di akhirat kita disoal siasat oleh Allah di Mahkamah Akhirat tentang daripada mana kita perolehi yang halal itu dan ia diperhetungankan satu persatu. Jika kita memakan makanan yang syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin bersenang-senang. Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain orang yang susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.

Sesiapa yang tidak membantu orang yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu, maka ia dianggap tidak tergolong sebagai umat Islam.

Sebuah hadis bahawa Nabi SAW bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa yang tidak memikirkan urusan sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan mereka (bukan golongan Muslim)” -(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).

Oleh itu, dalam hidup ini, kita selaku umat Islam telah tersedia memikul amanah, sama ada amanah masyarakat atau amanah diri dan keluarga. Jadi, tidak pantaslah setiap hari kita cuma memikirkan tentang makan dan mengisi perut sahaja. Kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga dan masyarakat.

Memang dalam hidup ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat, terbina daripada makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu perlu, tetapi janganlah sampai makan terlalu berlebihan sehingga melupakan tanggungjawab lain yang lebih utama.

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"