Pages

Monday, October 4, 2010

menanti ketibaan PTWBF

salam semua biro.
final touch PTWBF akan diadakan pd esok, isnin, 8pm di CAC.
sila pastikan semua subcomm anda datang.
agenda: updates, present master plan, cac tour.
WAJIB. tqvm :-)

tour tu tugas saya. rabu lalu saya dah masuk ke CAC, melihat susun atur semua kerusi n kedudukan convocation. kiranya disamping committees officer yg incharge convo, saya n headcomm sy dah pun masuk dulu utk rehersal convo ke-26. susunan kerusi emas bg awards pun saya tgk, ada la dlm 3 to 4 line. abang elias kata nanti dah hari2 akhir sume tu dah xde da.

uish, so org2 akhir xde da la blh duduk di kerusi spesial tu..? setiap sudut istimewa CAC utk hari2 konvo sy n ketua sy dah lawat, setiap sudut n ruang. esok lah akhirnya convo. tepat je 4pm sy dan askar2 saya dah boleh masuk CAC. itu kuasa kami, bermula 4hb petang sampai la lewat pagi 6hb, CAC milik kami.

slide tentang floor plan CAC, dr level plg bwh sampai la ke atas sy n committees sy kena master. dan malam nanti dah perlu dpresent pd semua. termasuk tour. backdrop akan masuk mungkin malam itu juga. esok petang saya perlu bsiap sedia menanti kedatangan meja sewaan dari luar, utk mini exhibition & MTF dgn maher zain.

apa lagi yg perlu saya lengkapkan ni..?? nampak mcm dah xde bnda. mcm kurang je tugas. tp program ni besar. 20 lebih VIP, VVIP lain plak. tak termasuk media lagi. ramai jgk dean kulliyyah minta utk turut hadir. bajet keluasan CAC paling critical pun blh masuk 3500 kerusi. tapi utk sesi lakonan n terjunan para artis dlm musical theather nanti memungkinkan kami sediakan sekitar 3000 je seat utk tiket2..

risau sgt..! moga esok akan berlangsung dgn mantap n saya takkan panik. mudah2an ketua dan anak2 buah saya pun tak kelam kabut. saya akan tenang, insya allah.. :')

acara utama esok disamping tugasan saya:

::GRAND FORUM- "Bercinta Sampai ke Syurga"::
Tuesday, October 5 · 9:00pm - 11:00pm
IIUM SHAS Mosque
IIUM 26th Convocation Fiesta
Moderator:
USTAZ CHE ABDUL MAJID CHE OMAR(Lect. CFS Nilai)

Panelist:
USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD
USTAZ WAN AKASHAH WAN ABDUL HAMID
BR. MOHD NURUL IMRAN KOYUBE (President of I Luv Islam)

All of you are invited | will be conducted in Malay

~"Barangsiapa yang ada padanya tiga syarat ini,ia dapat merasai KEMANISAN IMAN:
i) jika dia mencintai Allah dan Rasulnya mengatasi kasihnya pada yang lain
ii) jika dia mencintai seseorang,tidaklah dia cintai melainkan kerana Allah
iii) jika dia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana dia benci untuk memasuki api neraka"~

Thursday, September 30, 2010

Islamic Musical Theather PTWBF 2010

up coming event..

hottest ever! insya Allah.. (^.^)
bila sebut 'the hottest ever' tu teringat dalam benak, "demi palestin kerana Allah ke demi mengejar program terhangat dpasaran?"

buang lah jauh2 rasa yg mengejar dunia itu wahai insan yg mengurus tadbir sesebuah aktiviti begini. perjuangan itu takkan selesai andai tiada ikhlas dalam hati. nasihat tuan haji norazman malam perjumpaan lalu kembali membetulkan segala niat dihati2 andai ada yang terpesong. moga Allah terus izinkan kami sentiasa dilandasanNya. ameen..

sudah ready kah kalian utk jihad kecil ini..?

saya masih lemah. mohon sama2 semarakkan supaya semuanya kembali panas. palestin makin kritikal sekarang. itu update yg saya dapat dari tuan haji norazman malam itu.

please visit us: official weblog

Saturday, September 25, 2010

khabar dari langit

Kau melangkah tanpa henti
Acapnya engkau berlari
Tak memandang kanan kiri

Laut luas kau renangi
Gunung tinggi engkau daki
Tak endah apa di sisi

Lahar dunia tak terasa panasnya
Emas di hujung gapai
Tak kira apa korbannya
Kejar…

Turunlah walau sejuta
Khabar dari neraka
Atau digentarkan seksa
Dari yang Mengenggam Nyawamu

Pabila waktu telah pun terhenti
Tak kan kau dengar
Walaupun cuma nafas yang terhela
Semua indera telah dibelenggu
Terik mentari mencairkan
Segenap isi tubuh yang hina
Bencana itu makin depan mata
Tidak kau mampu
Larikan dirimu dari sengsara
Azab-Nya

Tetap juga kau berlari
Dan melangkah tanpa henti
Bagai hidup tak kan mati

Murka-Nya tak kau peduli
Walaupun bergegar bumi
Ranapkan segenap isi

Biar gegak gempita guruh di langit
Tak kau hirau
Asalkan petirnya tak memanahmu
Lebur…

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Isman Nadim
Muzik : Trabye
Gitar : Trabye
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Thursday, September 23, 2010

CONVocation+fiESTa 2010 (CONVEST'10)


remark dari rector:

Alhamdulillah, this year we are celebrating our 26th Convocation Ceremony at the International Islamic University Malaysia (IIUM). In line with the theme for this year, “Empowering Future Excellence”, it is hoped that the spirit of achieving greater excellence will be embodies in the students’ heart.

Together with the ceremony, our annual Convocation Fiesta (CONVEST) is also held to celebrate the graduating students. Various programmes are being prepared and this year, CONVEST’10 is held from 30th of September to 6th of October 2010.
I would like to extend my gratitude to Allah s.w.t for allowing CONVEST’10 to success. I would also like to express my appreciation to the subcommittees in the programme and to those who are involved in making the programme a successful event. Only Allah s.w.t can reward your hard work. Thank you.

Y. Bhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid
Rector
International Islamic University Malaysia

*** *** *** ***

IIUM Intervarsity Mega Futsal (Saidina Hamzah Sport Complex)
800am - 500pm ~ 9-10 October 2010
pic-Muhymeen(0133716051)
payment-RM100Opening Ceremony (Convest Hill)
830pm - 1000pm
1 october 2010
IIUM Chocalate Fair
(KAED Gallery)
900am - 500pm
2 - 4 October 2010Grand Exhibition
Riverside & Center)
900am - 500pm
2 - 4 October 2010Seminar
Main Auditorium Engin)
800am - 500pm
2 October 2010

Payment-RM10Forum Cinta (Mosque/KAED Audi)
800pm - 1100pm ~ 5 October 2010
pic-Ahmad Afiq(0133087005)

Palestine Tomorrow Will Be Free
CAC)
800pm - 1100pm
6 October 2010
PIC: ana sendiri pn boleh je
Payment - RM20
Ini tambahan untuk in conjunction programme

ENHANCING AQEEDAH THROUGH SCIENTIFIC DISCOVERIES IN AL-QURAN
30 OCTOBER 2010(800PM - 1100PM)
EXPERIMENTAL HALLI-SISWA COMMUNITY SERVICE
1-3 OCTOBER 2010
RUMAH TITIAN ASHRAFUL ROHANIAH TELUK INTAN PERAK
MALAYSIAN ARMED FORCES IN ACTION 2010
2 OCTOBER 2010(800PM -1200PM)
SAIDINA HAMZAH SPORT COMPLEX
MOCK TRIAL
5 OCTOBER 2010(800PM -1100PM)
MAIN AUDITORIUM

Maybe ada changes lagi..akan dimaklum..terima kasih


Wednesday, September 15, 2010

RFC Jitra

welcome..!!


mula beroperasi sejak 26 ogos, RFC cawangan Jitra restoran makanan segera 'halal, organik, fresh' yg masih dianggap 'baby' di sekitar PJ1*, PJ2* & PJ3*


pagi itu saya merayau di area sini. premis dibuka jam 10.30 pagi tapi saya dah menapak sejak 9 pagi, lalu saya dijemput masuk terlebih awal dari 10.30 pagi
(hoho..! apalah menyemak kamu nih)


terletak di antara laluan ke alor setar (di seberang jalannya PETRONAS) dan laluan ke UUM, Sintok. lebih tepat dikatakan ia tersangat hampir dengan PJ2.

kurang lima minit dari kampung saya dengan menaiki motosikal..

ini sudut pandangan jalan memasuki ke premis RFC Jitra, jalan belakangnya di penuhi sawah padi (a.k.a jalan 'short-cut' kami utk tembus ke kampung2)


saya ada interview beberapa petugas di awal pagi itu, belum pun genap sebulan lagi ia beroperasi. pihak pengurusan masih belum mulakan perniagaan mereka ini dengan solat dhuha & al-maathurat ('-') insya allah akan datang... ameen!

sedikit info tentang TUJUH herba terpilih dalam RFC saya sertakan buat bacaan kita sama2 tambah ilmu (^.~)







*PJ1, PJ2, PJ3 = Pekan Jitra 1, 2, 3 (",)

Monday, September 13, 2010

himpunan Aidilfitri

kali ini biar gambar berbicara..
bahawa saya telah sampai di sana,




dewan mentaloon yg menjadi saksi,
rupanya anak kelahiran kedah saya ni..

bermula di sini, tarikhnya di awalkan; iaitu pada 12hb september..

saya bertolak bersama2 dua hero dan seorang bakal jururawat hinggap di singgahsana Mentaloon utk kenal lebih dekat MB negeri saya ini.. (^.^)










“..sy ingtkn awk org kL..huhu..=)~ sb xpnah dgr cakap kedah pun.." - dah 3 syawal baru bakal Head Committee sy ni tahu saya lahir di bumi jelapang padi ni, walhal kami dah berkawan lebih setahun!

~irtihaly anak perantau, lisan pertuturannya pun cacamarba dah. cuma tak sempat belajar berbahasa minangkabau je lg~

Friday, September 10, 2010

al - a'ideen wal faizin

salam e'id al-fitr mubarak..

sepuluh jari jemari disusun rapi memohon ribuan, jutaan & infiniti kemaafan dari semua pihak, andai ada salah ana dalam setiap langkah selama ana hidup disisi kalian wahai hamba2 Allah yg disayangi. minal a'idin wal faizin, kullu 'am wa antum bikhair hendaknya.

raya kali ni tak ada duit raya nak bagi lew, tapi di sini ana sertakan sedikit 'kueh raya' buat halwa Qalbi wa Fuadi ana & kalian. moga firmanNya tertanam mendap ke dalam hati kita & terpasak kuat pada pelaksaannya, Insya Allah..

firmanNya: BINTANG 31

"Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?

Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?

Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?

Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa

Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang di usahakannya

Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak)

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmulah kesudahan (segala perkara)
Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan,-

Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syi`ra

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum "`Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud),

Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Salih). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.

Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.

Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dialah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi

Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?

(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis- jenis amaran yang telah lalu!

Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat)

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.

Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan- keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?

Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid)."



"ya Allah, matikan kami dalam redhoMu.. temukan kami sekali lagi dengan Ramadhan.."
mungkin juga du'a qunut dalam Qiam td adalah rayuan utk witir terakhir (-.-)

~beratnya hati nk melepaskan Ramadhan itu pergi madrasah ruhani ini (T.T) & suasana begini payah utk dirasai diluar bulan rahmah ini~

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا

School of Life

"The difference between school and life are in SCHOOL, you were taught a lesson, then given a test to test your IQ, but in LIFE you are given the test first that teaches you a lesson. Test in life is one of the measure's faith or belief in God for all people"